Hai semua..
Pagi ni masa singgah kat stesen minyak, bajet asalnya nak cari coffee je lepastu ternampak pulak ada coffee Starbucks. Mula-mula fikir dua kali gak nak ambik ke tak, tapi sebab teringin sangat nak merasa frappuccino tu terus grab satu. Masa bayar..haaa ambik kau RM12 satu botol...281 ml. huhuhu...Tak tau nak cakap mahal ke murah. Menggigil jugak tangan ni masa nak menbayarnya. Sabar je la kan nak merasa punya pasal.
Tapi ada promosi la, Buy 1 and get 1 free yang boleh dituntut hanya di outlet Starbucks sahaja ya. Dinyatakan jugak kena tunjuk resit pembelian di 7E sahaja. Tak perasan pulak kedai dalam stesen minyak tadi tu kedai stesen tu sendiri atau 7E punya outlet. Dah tu cashier nya pun tak bagi resit macam mana nak pergi tebus? ehh jap..Kat Kelantan ada outlet Starbucks ke? hihihi...selama ni tak pernah nak berminat sangat dengan makanan ni sebab mahal.
Rasa dia manihhh...dan berkrim. Tu kot takrifan untuk frappuccino ni, manis dan berkrim.
Coffee kan ada macam-macam ada Latte, Mocha, Cappucino. Kalau yang lite ambil latte sebab dia sederhana. Kalau mocha ni pulak macam kaw sikit rasa kopi tu dan frappuccino ni macam cappucino jugak la. Rasa kopi nya tak seberapa, sesuai la minum waktu awal pagi atau lewat malam. Tu pandangan aku la, yang memang hari-hari breakfast dengan coffee.
Sekian dulu....
LOVE,
Mcdaa.
No comments:
Post a Comment