Andai itu takdir nya...
Amin terpaksa pasrah dengan ketentuan yang telah menimpa
hidupnya. Atas desakan keluarga, dia terpaksa akur dan turuti kehendak keluarga
untuk mencari calon isteri dan menamatkan zaman bujangnya.
Amin tahu, perasaan yang disimpan selama ini terhadap anak
jiran nya terpaksa dilupakan. Kerana dia tahu perasaan itu tiada pengakhiran
dan akan terkubur begitu sahaja.
Walau setingga mana sekali pun harapannya terhadap Lela,
namun perasaan itu tidak akan kemana kerana Lela tidak pernah sama sekali
punyai perasaa yang sama sepertinya. Bagi Lela, dia hanya lah sekadar kawan
rapat untuk berbicara, dan hanya sebagai abang sahaja pangkat yang mampu Lela
berikan terhadap Amin.
Amin akur dengan perasaannya sendiri.
Hari berlalu dengan pantas, permintaan keluarga nya harus
dituruti. Keluarganya berjanji, akan menyerahkan perniagaan keluarga kepada
Amin setelah dia bertemu jodoh dan berkahwin. Ibu bapanya sudah semakin uzur
untuk meneruskan perniagaan keluarga mereka. Untuk serahkan sepenuhnya perniagaan
tersebut untuk diuruskan oleh Amin sendiri, keluarganya khuatir Amin tidak
mampu. Jadi, hanya dengan kehadiran isteri Amin barulah keluarganya yakin untuk
menyerahkan perniagaan tersebut kepadanya.
Oleh kerana Amin tidak ramai kenalan perempuan, Amin
terpaksa ikhtiarkan sendiri bagaimana untuk dia mencari calon bakal isterinya
kelak. Amin, seperti rakan sebaya nya gemar melayari internet dan bersosial
melalui facebook, whatapps dan instagram akhirnya menemukan Wati.
Wati telah menarik minat dan perhatian Amin, dalam masa
perkenalan yang tidak sampai setahun Amin telah menyuarakan hasratnya untuk
memperisterikan Wati. Bagi Wati, tujuan utama perkenalan nya dengan Amin adalah
untuk mencari calon suami juga. Oleh kerana usia Wati semakin meningkat, tambahan
pula wati juga tidak punya ramai kenalan lelaki yang serius dengan nya.
Kehadiran Amin dalam hidupnya unpama pengakhiran terhadap penantiannya selama
ini. Pertemuan di laman internet, siapa sangka membuahkan hasil untuk wati dan
amin menjalinkan hubungan dan akhirnya bakal diakhiri dengan pernikahan.
Dengan persetujuan oleh kedua belah pihak Wati dan Amin,
maka keluarga wati telah didatangi oleh keluarga amin untuk majlis merisik dan
bertunang. Mereka tidak mahu majlis besar-besaran, cukup sekadar melaksanakan
apa yang wajib sahaja.
Wati dan keluarga tidak menyangka, keluarga Amin adalah dari
kalangan keluarga berada. Wati juga sebagai budak kampong, yang tinggal
dikawasan agak terpencil, tidak pernah membayangkan tentang kelaurga amin.
Baginya, cukuplah dia tahu amin bekerja dan boleh menampung hidup mereka kelak,
kerana wati setelah tamat pengajian diuniversiti masih lagi bergelar
penggangur.
Selesai majlis pertunangan, pihak keluarga wati telah
bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan 3 bulan dari tarikh pertunangan
tersebut. Wani dan amin tidak sabar untuk menunggu tiba hari bahgia mereka
untuk diijabkabulkan. Namun, tanpa amin sedar pihak keluarga amin tidak berpuas
hati dengan layanan yang diterima dari keluarga wati. Berlaku konflik antara
keluarga tersebut, namun wati dan amin tidak mengetahui tentang perkara
tersebut. Amin tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara
tersebut, kerana bagi amin apa yang perlu difikirkannya hanyalah tentang majlis
yang bakal berlangsung kelak. Sama juga wati tidak sedikit pun terdetik untuk
megetahui perkara tersebut, baginya semua itu hanya lah hal remeh dan dia tidak
mahu menambah beban fikirannya dengan hal-hal tersebut.
Setelah pulang dari majlis tersebut, keluarga amin
benar-benar tergangu dengan konflik antara keuarga besan mereka. Kerana, bagi
mereka layanan yang diterima pada majlis pertunangan tempoh hari amat
menyakitkan hati dan tidak boleh diterima langsung. Tiada kemesraan yang
ditunjukkan oleh bakal besan mereka, bakal besan mereka juga seperti tidak
mengalu-alukan kehadiran mereka. Keluarga amin punyai nama dan kenalan dari
golongan berpelajaran dan tahu menjaga adap dan budi pekerti, bila mereka
diperlakukan dengan cara kurang adab dan budu pekerti, sedikit sebanyak telah
memberikan gambaran akan sesuatu yang tidak mereka inginkan terjadi. Apakah
bakal menantu mereka nanti juga berperangai kurang adab dan budi pekerti juga
atau mungkin kan bakal menatunya itu juga punyai perwatakan sama seperti bakal
besan mereka yang mereka temui dimajlis tertunangan itu. Semua itu menjadi
persoalan dan tanda Tanya dalam fikiran mereka. Namun, mereka tiada daya untuk
menhgalang amin dari menghentikan perhubungan tersebut. Kerana meraka tidak
mahu jadi penghalang atau penyebab putusnya ikatan yang bakal terjalin kelak.
Bapa amin dari awal lagi sudah berpesan kepada nya, walau
apa pun yang bakal amin tempuhi kelak jangan sesekali libatkan mereka, amin
perlu terima bakal isteri dan mentuanya kerana itu adalah pilihan amin sendiri.
Amin sepatutnya mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang keluarga wati.
Akhirnya tiba lah hari yang dinantikan oleh Amin dan Wati.
Majlis berjalan dengan lancer dan ramai hadirin dari kenalan mereka yang datang
memeriahkan majlis. Selang seminggu, majlis di pihak Amin pula berlangsung.
Majlis kali ini lebih meriah berbanding di pihak Wati. Mungkin kerana ini
merupakan majlis pertama kali dalam kelaurga amin, jadi keluarganya tidak
keberatan untuk berbelanja lebih untuk majlis sambut menantu. Manakan tidak, amin
hanya dua beradik sahaja tambahan pula keluarga mereka dikenali dan ramai
sahabat-sahabat perniagaan juga hadir untuk memeriahkan majlis.
Kini amin lega, akhirnya wanita yang dicari selama ini telah
muncul dan telah selamat bergelar isteri kepadanya. Amin tahu, selepas ini
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh nya makin bertambah. Tanggungjawab
sebagai ketua keluarga, untuk membimbing alam pernikahan mereka. Dan
tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga yang bakal diserahkan kepadanya
kelak. Dia berharap dengan kehadiran wati disisinya dia mampu untuk menjalankan
tanggungjawab yang bakal dipikulnya kelak.
Wati tahu dia akan sentiasa diperlukan oleh suaminya amin.
Kerana dari awal perkenalan dia sudah dapat merasakan yang kehadiran nya dalam
hidup amin telah memberikan harapan dan semangat dalam hidup amin untuk maju
kehadapan dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Cinta wati untuk
amin benar-benar tulus dan ikhlas. Walaupun perkenalan mereka singkat, namun
wati tahu hatinya tak pernah silap dalam memberikan cinta kepada insane yang
selayaknya. Mereka telah ditakdirkan bersama, wati berjanji untuk sentiasa
menjadi tulang belakang kepada amin dan membantu nya disetiap kesusahan yang
bakal ditempuhi mereka kelak.
No comments:
Post a Comment