Powered By Blogger
Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, 20 December 2016

Penyakit Tyhpoid atau Demam Kepialu

Hai....

Hari ni nak bercerita tentang makanan dan kesihatan sikit. Walaupun aku ni bukan la seorang pakar dalam bidang perubatan dan seangkatan dengannya, tapi ada la sikit sikit ilmu tentang penyakit yang berkaitan dengan makanan ni. Tapi kalau nak dikirakan yang realitinya 'we are what we eat' maksudnya makanan memang mainkan peranan yang utama dalam aspek kehidupan kita.
Termasuklah dari segi kekuatan, kebolehupayaan, kebahagian dan keberkatan hidup pun ada berkait jugak dengan makanan. Jadi boleh disimpulkan yang makanan dan kehidupan kita ni sangat la berkait rapat.

Tapi aku taknak cerita tentang skop yang luas yang ada segala macam kaitan antara makanan dan kehidupan tu. Skop yang aku nak cerita kat sini ialah tentang penyakit tifoid atau demam kepialu atau matsalleh panggil typhoid fever.

Demam kepialu ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang dah dijangkiti oleh bakteria atau kuman terutamanya kuman yang bernama Salmonella Typhi. Bukan dalam makanan je bakteria ni boleh disebarkan dalam air minuman pun dia boleh hidup membiak dan tersebar ke tubuh manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria.

Sebabtu la kalau dalam akta makanan di Malaysia ni dah bagi syarat kepada penggusaha makanan supaya mereka dapatkan suntikan anti-tifoid ni terlebih dahulu. Supaya kuman atau penyebaran kuman dari penggendali makanan dapat dikurangkan ke tahap yang selamat.
Dan pengguna pulak ada tanggungjawab jugak, pengguna kena la pastikan kedai yang dipilih tu menyediakan makanan yang bersih, penggendali pun bersih dan persekitaran kedai makan tu pun kena bersih jugak.

Sebab banyak kes kes demam kepialu di kalangan kita ni, kalau kita nak elak dari terkena pada diri kita dan keluarga kita pastikan amalan kebersihan diri, kebersihan tempat penyediaan makanan dan premis kita sentiasa dalam keadaan bersih. Dan pengguna jugak dinasihkan berhati hati atau berwaspada jika kawasan kediaman atau taman yang korang tinggal tu dah diistiharkan ada wabak demam kepialu. Sebab wabak ni senang merebak dan tersebar.

Dan antara simptom yang biasa muncul bila seseorang tu dah disyaki terkena demam kepialu ni antaranya demam panas, muntah-muntah, sakit kepala berlarutan, badan terasa lemah, lenguh-lenguh sendi dan otot. Kalau diperhatikan simptom demam kepialu ni lebih kurang macam terkena keracunan makanan je, sebab kedua-duanya berkait dengan serangan atau jangkitan bakteria dalam badan kita. Sebab tu la simptom nya lebih kurang sama je. Dan ujian analisis bakteria perlu dilakukan untuk dapatkan kepastian simptom tu berkait dengan penyakit apa sebenarnya.

Sebab tu la, kalau demam berlarutan atau ada tanda-tanda kat atas yang berlarutan sebaiknya segerala ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Kalau betul la dijangkiti dengan bakteria demam kepialu ni, dia sangat cepat merebak dan takut silap haribulan boleh tergadai nyawa.

Tambahan pulak sekarang dihujung-hujung tahun ni musim hujan dan musim cuti sekolah. Kalau diperhatikan kedai makan tumbuh macam sendawan selepas hujan. Gerai tepi jalan tumbuh di segenap jalan, belum kira yang homemade punya produk pun banyak pilihan jugak tu. Tapi adakah diorang peniaga makanan ni tahu tentang kebersihan diri, premis dan makanan diorang? Adakah diorang jaga kebersihan ni semua? haaa....yang ni soalan yang kita tak dapat jawapan tapi kita kena fikir sendiri dan nilai sendiri keadaannya.

Sebagai contoh, kalau beli makanan frozen atau sejuk beku balik rumah nanti pastikan masak betul-betul. Kalau dikedai atau gerai, pilih gerai yang  bersih dan jauh dari punca pencemaran seperti habuk dan asap dari kenderaan, tak ada longgokan sampah atau jauh dari tempat pembuangan sampah. Dan pastikan jugak makanan yang hendak dibeli tu terutama yang di gerai di tepi jalan tu makanannya bertutup atau dalam bekas yang terlindung dari pencemaran.

Bagi mak aku pulak dia selalu cakap yang dia kalau nak beli makanan atau kuih muih kat kedai dia akan perhatikan orang yang menjual tu, dan dia lebih suka beli di kedai yang dia dah biasa dan kenal si pembuat makanan tu. Kalau kita tahu dan kenal si pembuat sekurangnya kita tahu sikit sebanyak macam mana orang tu handle makanan tu takde la kotot atau mencurigakan.

Sekian dulu......



LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 2 November 2016

Kira Tarikh waktu subur anda; Tips mengandung atau elak mengandung


Hai....

Semalam terjumpa dekat situ website ni dia share tools untuk kita cek tarikh sesuai untuk kita merancang kehamilan. Kalau untuk mereka yang sedang merancang kehamilan, macam aku sekarang ni, elok la kita cari sedikit ilmu untuk memperkasakan lagi usaha kita ke arah itu.

Sebab kadang tu, sebenarnya kita sendiri boleh rancang kehamilan kita. Dan aku pulak rasa menyesal sangat sebab dah pernah ambik pil perancang. Aku dah hampir setahun lebih berhenti dari ambik pil perancang, tapi sampai sekarang masih belum lagi hamil. Sedangkan suami pun dah balik tinggal sekali dengan aku, kalau dulu ya la alasannya jarak jauh, tapi sekarang alasan tu dah tak terpakai lagi dah. Sebab tu la aku macam menyesal ambik pil perancang tu dulu, aku rasa macam sekarang ni aku sedang menanggung kesan dari pil tersebut.

Setiap kita hormon kita berbeza-beza, mungkin ada yang hormonya aktif dan terlebih-lebih, jadi pengambilan pil perancang tiada kesan yang lama untuk dia. Sebab ada sesetengah wanita, yang amalkan penggambilan pil perancang bila berhenti je dari ambik pil tu terus melekat dan hamil. Alhamdulillah untuk mereka yang murah rezeki macam tu.


Makanya, terpaksa la aku berusaha lebih sikit dan kena cari ilmu berkaitan kehamilan supaya ada la hasilnya suatu hari nanti. Insha Allah, semuanya atas kehendak dari Nya dan kita hanya mampu merancang dan bertawakal kepada Nya.
Supaya dengan lahirnya zuriat kita nanti, kesinambungan ajaran islam akan dapat terus diamalkan dimuka bumi Allah s.w.t ini.

Kalau korang rajin, boleh la try cara ni pulak selain dari pengambilan vitamin atau ubat-ubat yang berkaitan kehamilan.
Bagi yang nak hamil, waktu atau tarikh subur adalah tarikh yang sangat sesuai untuk lakukan hubungan suami isteri dengan lebih kerap. Supaya peluang persenyawaan tu terjadi lebih tinggi. Tapi bagi yang merancang untuk tak hamil lagi, atas sebab-sebab kesihatan atau sebab yang dibolehkan, tarikh subur ni terpaksa la kurangkan aktiviti hubungan suami isteri tu, atau kalau tak boleh tahan tau-tau la kan apa cara alternatif selepas berhubungan intim tu.


cara nak kira tarikh subur

Contoh yang aku punya.

Tapi sebelum ni, alat ni akan mintak korang nyatakan tarikh korang mula period untuk 3 bulan terakhir.
Untuk aku punya kitaran haid for pass 3 months,
22hb Oct
21hb Sep
22hb Ogos

Dan selepas dia calculate, keluarla tarikh subur untuk next 3 months ahead.
Untuk bulan nov ni, tarikh subur aku jatuh pada
6, 7, 8, 9, 10 hb. 
Ha...seminggu ni kena lebih giat melakukan senaman laki bini la nampak gayanya..opss.hihi    

Tips mengandung atau elak mengandung ni sangat-sangat membantu bagi mereka yang tiada masalah dengan hormon atau rahim atau sistem persenyawaan lain lah. Tapi bagi yang ada masalah tertentu tu, sebaiknya rujuk la kepada yang pakar dalam hal-hal ini.

Ini cuma alat bantuan untuk kita yang sedang berusaha untuk hamil macam aku ni. Jadi, semoga usaha kita semua akan membuahkan hasil ya. Insha allah.


LOVE,
Mcdaa.

Thursday, 6 October 2016

Edamame; Young soybeans, kacang berkhasiat dan sedap


Hai..

Sape suka makan makanan Jepun? Korea? sape pernah makan kat sushi king? sapa yang tau nama kacang Edamame ni mesti la spesis yang suka makanan jepun atau korea kan.


Aku pulak takde la fanatik sangat dengan makanan korea atau jepun ni, sebab aku ni jenis yang suka makan segala macam makanan. asal halal dan boleh dimakan, semua pun rembat. sampaikan dulu masa zaman blaja, kami bila sampai time makan mesti ramai2 duk tanya nak makan kat mana, kedai mana sedap, makanan apa sedap blaa blaa tapi semua geng aku tu tak layan sangat soalan tu kat aku sebab diorang tahu bab komen makanan ni memang aku fail!!
Sebab kalau aku cakap sedap, semua macam...ko apa je yang tak sedap...hahhhahah. teruk kan citarasa orang macam aku nih. 


Banyak pulak merapu, sebenarnya nak bagitahu kegemaran terbaru aku sekarang nih. haaa...kacang edamame ni la. edamame ni kacang soya muda, yang masih dalam kulit dia lagi. Selalu rang korea atau jepun suka hidang kacang ni sebagai snack diorang. Serius sedap kot, dah la susah nak dapat kacang ni. Kacang ni berbeza dengan kacang buncis atau apa2 kacang yang hijau panjang macam ni yang ada jual kt supermarket jusco atau giant tu, lain sangat. rasa tak sama dengan edamame ni. pernah tanya kawan yang kerja dengan sushi king, diorang cakap kacang ni memang tak ada jual kat pasaran kalau ada pun susah nak jumpa. diorang mungkin beli direct dri supplier import kot.


Kacang edamame...my favorite!



Kacang ni rasa lemak2 manis gitu, lepastu kulit dia selalunya akan ada rasa masin2 garam sedapp okey. tu je yang aku boleh cakap tentang edamame ni..

The United States Department of Agriculture states that edamame beans are, "a soybean that can be eaten fresh and are best known as a snack with a nutritional punch".
Edamame and other preparations of soybeans are rich in protein, dietary fiber, and micronutrients, particularly folate, manganese, phosphorus and vitamin K (table).
The balance of fatty acids in 100 grams of edamame is 361 mg of omega-3 fatty acids to 1794 mg of omega-6 fatty acids.
As a significant source of plant protein, edamame beans are under research to establish whether a relationship exists for soy consumption with reduction of disease risk.

Petikan kat atas tu aku cedok dari wikipedia, tentang nutrien yang terdapat dalam edamame ni. Biasa la, kekacang kan memang banyak khasiat dan kebaikannya. tambah pulak kekacang yang dimasak stim atau kukus, takde kehadiran lemak dari minyak gorengan. bagus la tu....

Acah2 terror pegang stick tu..


Ni zaman kerja dengan Mas Awana sepang.


Gambar empunya blog tiada kaitan dengan kebaikan edamame ya kawan2. bukan bermaksud makan edamame boleh jadikan korang glow2 floless ke apa..sebab aku makan kesan tu tak muncul pun....hihi


Sekian.


LOVE,
Mcdaa.

Tuesday, 4 October 2016

Kebaikan dan Khasiat GREEN TEA

Hai...


Mungkin ramai yang tahu kewujudan green tea ni atau teh hijau. Banyak kebaikan dari pengambilan teh hijau ni. Rasa dia agak pahit sikit kalau nak banding dengan teh biasa tu. Warna pun lain dari teh biasa. Aku mula kenal dengan green tea pun sebab tengok kawan satu office suka sangat minum green tea Lipton tu.


Masa mula-mula try tu memang la ada rasa lain sikit dari teh biasa kita minum tu. Tapi bila lama2 minum rasa sedap pulak. Ditambah pulak dengan khasiat dan kebaikan dari teh hijau tu lagi la menambahkan rasa sedap teh tu..ya lah, makanan kalau kita tahu khasiat dia tinggi dan bermacam2 sedaya upaya jugak akan makan atau minum, dan kemudian kesedapan tu akan muncul kemudian...ha lebih kurang macam tu lah maksud dia...



Ini adalah antara kebaikan Green Tea
  1. Membakar kalori dengan cepat
  2. Merendahkan kadar kolestrol yang bagus untuk penyakit jantung
  3. Mencantikkan dan menjaga kulit
  4. Dapat menghidarkan kita dari penyakit kanser kerana antioxidant nya
  5.  Elok untuk penyakit diabetes kerana ia membantu mengawal gula dalam darah

Banyak artikel mengenai kebaikan green tea ni. Untuk yang nak diet pun sesuai jugak amalkan pengambilan green tea. Tapi ingat, minum green tea tanpa gula ya kawan2. Bukan green tea yang dah ditambah dengan krimer, gula atau susu yang macam tengah hot kat pasaran sekarang ni.


Green tea ni kaya dengan antiokdisa, tinggi komponen bioaktif yang membantu menambahkan nutrien dalam badan. Green tea jugak mengandungi kafein sama macam kopi, tapi jumlah kandungannya lebih rendah. Jadi pengambilan green tea sehari tak boleh lebih dari 3 gelas sebab takut nanti akan ada kesan dari kafein yang tinggi dalam badan.


Komponen dalam green tea jugak dapat bantu dari segi proses penurunan berat badan. Sebab tu kebanyakan produk pelangsing mengandungi bahan green tea dalam ramuannya.
Dan banyak lagi kebaikan serta khasiat yang boleh kita dapat dari pengambilan minuman green tea ni.


Tapi apa yang aku nak share kat sini ialah tentang green tea dari Thailand yang hot kat pasaran tu. Memang kandungan produk tu ada ramuan green tea, tapi disamping tu jugak ada bahan tambahan lain. Seperti pewarna dan perasa. Kalau yang pernah try serbuk dalam paket tu, just tambah air dan kacau, tak pun tambah susu untuk bagi lebih berkrim tu, yang tu bukan menambah khasiat yang tu tambah penyakit ada lah..



Green Tea dari Thai yang hot kat pasaran sekarang.

Sebaiknya green tea asli

Yang senag nak cari brand lipton la. serta diyakini...


Lambakan produk minuman segera kat pasaran jugak boleh mengelirukan kita. Sebab kandungan serbuk minuman segera tu ada yang mengandungi pewarna tiruan, perasa tambahan dan bermacam bahan pengawet. Yang tu elok la dikawal pengambilan nya.

Bukan tu je, teh tiruan pun berlambak dipasaran sekarang ni. Ada pengusaha yang nak kaut untung berlipat ganda semata-mata, jadi diorang dengan cerdik pandainya mencipta makanan yang melampau-lampau. Contohnya kalau manis tu terlampau manis, kalau warna tu terlampau terang, kalau rasa tu terlampau kaw-kaw. Sebab makanan yang terlampau-lampau di bukan la makanan yang asli. Makanan yang asli selalu nya kurang rasa, kurang warna dan biasa2 sahaja.
Tepuk dada tanya selera, pilihla makanan yang betul2 selamat.

Oh ya...untuk nak tahu keaslian teh uncang atau serbuk teh yang kita beli tu kita boleh try test sendiri. Selalunya serbuk teh timbang yang buat teh tarik tu.

Ambik 2 gelas air kosong suam, satu gelas masukkan 2 atau 3 sudu serbuk teh yang disyaki dan satu gelas lagi masukkan teh lipton. Lepastu perhatikan warna yang keluar dari serbuk teh tu. Kalau warna nya turun laju je tu maksudnya ada pewarna tiruan, kalau gelas tu warna nya turun perlahan dan seragam tu maksudnya warna teh asli.

Sekian.............


LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 28 September 2016

Folic Acid ; Usaha untuk hamil


Hai...
Ikhtiar hamil aku. Semalam dah beli Folic Acid dekat farmasi. Ni antara usaha aku untuk hamil kali kedua. Lepas bersalin secara czer anak pertama, dan consume pil perancang selama setahun setengah. To the date 28/9/16 ni, Ammar dah berumur 2 tahun 2 bulan.
Jadi dah hampir setahun aku berhenti makan pil perancang, tapi masih belum ada rezeki lagi untuk hamil anak kedua.
Ni adalah sebagai permula. Folic acid ni bukan semata-mata pil untuk terus hamil ya. Dia just membantu kita untuk ikhtiar untuk menjadi lebih subur. 

''Aids the healthy development of the unborn child, from the moment of conception''
Harap nya ada la hasilnya nanti...Insha allah amin...


28/9/2016 start consume....


LOVE,
Mcdaa.

Sunday, 25 September 2016

Ikhtiar Hamil

Assalamualaikum...

Hai...

September 2016, Ammar genap 2 tahun 2 bulan. Masa lahirkan Ammar dulu, aku czer. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, jadi jalan terakhir adalah czer. Kalau ikutkan, mestilah nak bersalin secara normal, tapi apakan daya dah takdir aku macam ni. Czer, ada kebaikan dan kelebihannya tersendiri. Tapi bagi aku banyak kekurangan kalau bersalin secara czer. Penjagaan pantang yang berpanjangan, bukan pantang makan je, pantang jalin hubungan dengan pasangan pun agak lama.
Kalau dah bersalin czer dan ikut nasihat doktor, paling kurang kena jarakkan kehamilan seterusnya selama 3 tahun. Jadi, dalam tempoh tiga tahun ni memang tak digalakkan untuk mengandung lagi. Sebab takut luka pembedahan belum baik sepenuhnya dan takut ada komplikasi lain masa hamil nanti.

Jadi, terpaksala aku ambik pil perancang. Sebab takut kalau-kalau terhamil dalam tempoh sebelum 3 tahun ni. Tapi ada je kawan aku yang tak ambik pil perancang dan rancang sendiri. Dan ada jugak yang hamil lepas setahun bersalin czer. Sebenarnya boleh, tapi kalau terjadi apa-apa risiko sendiri kena tanggung.
Aku ambik pil perancang selama setahun, lepastu stop ambik dah. Sebab dengar-dengar dari kawan yang ambik pil perancang, untuk dapat peluang hamil yang seterusnya agak ambik masa yang lama. Mungkin kesan dari pil perancang tu. Dan sekarang aku dah alaminya. setahun dah tinggalkan pil perancang, tapi masih belum ada tanda-tanda untuk hamil kali kedua.

Dalam tempoh setahun lebih ni, aku dan suami duk berusaha tapi masih belum berjaya. Mungkin belum rezeki aku lagi, atau mungkin jugak kesan dari pil perancang. Mana satu penyebabnya aku tak pasti, tapi yang pastinya kami tetap akan berusaha dan tak kan putus asa.
Aku ada terbaca asid folic bagus untuk ikhtiar hamil. Selain dari produk sheekle dan susu kambing sunnah yang tengah hot sekarang ni, mungkin bagus jugak aku cuba makan vitamin asid folic ni.
Hasil dari carian google, memang banyak maklumat tentang kebaikan asid folic untuk yang sedang ikhtiar hamil macam aku ni. Mungkin aku patut try dulu lepastu kita tengok hasilnya nanti.

Selain tu jugak, tak boleh bergantung pada asid folic semata je, kena jugak rancang waktu subur aku dan suami bila. Untuk perempuan macam aku ni, kena kira kitaran haid dan aim waktu subur. Biasanya hari ke 14 sebelum kitar haid seterusnya. Jadi kena kira betul-betul waktu sesuai untuk lakukan hubungan supaya berhasil.
Dan waktu subur bagi lelaki pulak ialah waktu pagi dari pukul 3 pagi hingga subuh. Info ni pun aku dapat hasil dari google penulisan dari belog-belog kesihatan. Waktu macam ni, penghasilan sperma sangat banyak dan peluang untuk berjaya jugak sangat tinggi.

Jadi, untuk next kehamilan aku perlukan perancangan dan usaha yang lebih tak macam kehamilan pertama dulu. Dulu, lepas kahwin 3 atau 4 bulan baru la aku mengandung. Jadi nak cakap tak subur, tak jugak la sebab awal-awal kahwin dah boleh hamil. Tapi tak semestinya jugak, sebab makin tambah usia kita makin tak subur tambahan pulak kesan pil perancang mungkin juga faktor kenapa sampai sekarang masih belum hamil lagi.

Walau apa sekalipun alasanya, semuanya adalah ketentuan Allah. Rezeki anak datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. Kita kena sentiasa berdoa mohon padanya sebab hanya dia lah yang berkuasa keatas setiap kejadian yang berlaku..insaf kejap...huhu

Semoga aku dan suami dapat keberkatan dan dikurniakan rezeki anak sementara kami masih ada kudrat untuk membesarkan zuriat kami...amin.


LOVE,
Mcdaa.

Tuesday, 20 September 2016

Durian; Manfaat dan Kesan

Hai.....

Time rajin nak berbelog ni, durian rm5 sekilo pun nak cerita kat sini...hahhhahaha
Pape je la kannn janji hati tenteram dan tak serabut. Kadang bila rasa serabut best jugak datang berbelog kat sini. boleh kurangkan keserabutan tu sekejap..huhuu
Alkisahnya sekarangkan musim buah durian, dan kena pulak aku ni hantu durian. sape tak suka durian kan, sedap kot...tapi ada je yang aku kenal tak suka dengan durian ni, bukan takat tak suka makan durian bau durian pun dah bising..hahhahahhah. ruginya mereka mereka itu, tak dapat rasa nikmat buah durian.


Semalam kawan post dekat group wasap bagitahu ada orang jual durian rm5/kg dekat dengan kawasan pejabat aku ni. ingat hari ni nak pergi tengok durian tu, kalau ok mungkin boleh beli. aku memang suka durian kampung yang macam ni. durian yang besar-besar tu aku tak berapa fanatik sangat. dan...aku pun belum pernah lagi merasa durian musang king...hahhahaha. kata peminat durian, tapi musang king pun belum penah merasa lagi, belum tahap peminat lagi la kan...hihihi

Musang King / durian kunyit


Durian XO macam durian kampung
Dari Indon - Durian bokor

Dari Thai - Durian Chanee


Durian yang aku paling tak suka durian yang isi dia tebal, agak keras dan rasa yang tak seberapa nak manis atau pahir. rasa dia ada-ada je, tak kaw....
Tapi tulah durian feberet mak aku. Tak pasti pulak apa nama betulnya dan dari mana asal durian tu. yang pasti bukan durian dari tempatan. dari thailand mungkin kot...

Tapi durian ni ada kebaikan dan keburukan jugak tau. ya lah apa-apa makanan pun kalau dimakan berlebihan akan ada kesan sampingan.

Manfaat Buah Durian bagi kesehatan Tubuh

  1. Bagus untuk pencernaan, boleh mengatasi sembelit. Kandungan serat yang tinggi dalam buah durian
  2. Mengatasi penyakit anemia. Kandungan asam folat dan vitamin B9 dalam buah durian menjadikan buah ini bagus untuk menghasilkan sel darah merah
  3. Untuk kulit. Kandungan vitamin C dalam buah durian menjadikan buah berkulit duri ini bagus dalam mencegah terjadinya penuaan dan kerutan pada kulit.
  4. Durian bermanfaat untuk tulang dan persendian. Kandungan potasium dan kalsium dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan tulang
  5. Buah durian boleh mengstabilkan darah, ini karana dalam buah ini mengandungi mangan. tapi tetap tidak bagus kalau dimakan dalam jumlah yang banyak.
  6. Kandungan tembaga dalam buah durian bagus dalam menjaga kesehatan tiroid.
  7. Buah durian juga bermanfaat untuk meredakan stres dan mengatasi depresi, ini karana dalam buah durian mengandung vitamin B6 atau piridoksin
  8. Porfor dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan gigi dan mulut

  Keburukan Makan Buah Durian

Mungkin kita sering mendengar buah durian dikaitkan dengan ibu hamil, sebab adanya efek panas pada durian yang boleh mengakibatkan keguguran pada janin. Hal ini belum ada bukti yang clear secara perubatan. Selain berbahaya bagi kesehatan janin yang dikandungnya, ada bahaya lain buah durian iaitu:
  1. Buah durian boleh meningkatkan gula darah hingga diabetes, kalau dimakan dalam jumlah banyak dan kandungan glukosa yang tinggi dalam durian akan menjadi penyebab diabetes
  2. Selain itu, Durian juga berbahaya bagi pencernaan kalau dimakan bersama dengan alkohol. Selain itu, kandungan alkohol dan kolesterol dalam durian boleh mebahayakan kesihatan jantung. 
 Jadi berhati-hati lah, makan sekadar untuk merasa bukan untuk melantak..hihi
Sekian..



LOVE,
Mcdaa.

Tuesday, 6 September 2016

Info Kesihatan: Berak Berdarah

Hai semua..

Hari ni saya nak kongsi tentang berak bedarah. Sebabnya sekarang saya sedang mengalaminya. Mungkin ramai yang juga alami perkara yang sama dengan saya, tapi biasalah bila sifat malu menebal ada dalam diri kita...jadi kita diamkan aja..hihi.

Berak berdarah ada beberapa sebab dan ada yang beraknya sakit dan ada jugak yang tak sakit. Macam yang saya alami sekarang ni tak sakit, tahu-tahu ada darah mengalir keluar.
Dan berak berdarah ni ada yang tak berbahaya tapi ada jugak yang berbahaya atau boleh jadi seperti penyakit kanser...nauzubillah la kan dari penyakit-penyakit kronik tu.

Ada banyak sebab mengapa berlaku pendarahan.
  1. Buasir (haemorrhoid) – disebabkan oleh luka yang berlaku dari pembuluh darah yang menjadi kusyen bagi di bahagian anus (lubang dubur). Pendarahan sering berlaku bagi pesakit yang mempunyai sejarah sembelit atau kesukaran untuk membuang najis. Darah dari buasir selalunya adalah darah merah yang segar (fresh) beserta dengan menitis-nitis sesudah selesai pembuangan najis. Darah tidak akan bercampur dengan najis. Kadang kala pesakit dapat merasakan kehadiran benjolan-benjolan (bengkak) licin di lubang dubur.
  2. Divertikulum – Pendarahan yang berlaku selalunya darah yang segar kadang kala berketul seperti pendarahan haid di kalangan wanita. Pesakit akan mengatakan bahawa mereka ke tandas untuk membuang air besar tetapi yang keluar adalah darah segar, tiada najis.
  3. Kanser – Kanser usus. Tanda- tanda awal ialah berak berdarah yang tidak mendatangkan sebarang kesakitan sewaktu membuang najis. Darah akan bercampur dengan najis. Pesakit kadangkala ada pertukaran dari segi tabiat membuang air besa.
  4. Luka di anus (anal fissure) – sering kali darah daripada luka ini adalah darah merah segar beserta dengan sakit di anus dan selalunya pendarahan akan berhenti sendiri.
  5. Polip – ini adalah ketumbuhan “daging” yang boleh terdapat di sepanjang usus. Pendarahan yang berlaku bergantung kepada lokasi polip. Semakin dekat dengan dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku. Sesetengah polip adalah ketumbuhan yang berpotensi untuk menjadi kanser (bergantung kepada ujian biopsi)
  6. Angiodisplasia – adalah pembuluh darah kecil yang tidak normal boleh terdapat di seluruh kawasan usus. Pembuluh darah ini boleh luka dan menyebabkan berak berdarah. Variasi jenis pendarahan dari merah segar ke kehitaman bergantung kepada lokasi pembuluh darah ini.
  7. Keradangan usus (proctitis / colitis) – secara amnya keradangan boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman. Pesakit akan mengadu cirit bercampur dengan darah atau najis yang lembut diselaputi darah.
  8. Ubat – beberapa jenis ubat boleh menyebabkan pendarahan seperti ubat pencair darah – warfarin dan aspirin.
Langkah-langkah pencegahan dari mengalami masalah berak berdarah.
  • Perbanyak Minum air putih minimal 8 gelas perhari
  • Perbanyak Makanana berserat tinggi contohnya sayuran dan buah-buahan. Buah terbaik yaitu pepaya.
  • Berolahraga selama setidaknya setengah jam sehari, lima hari dalam seminggu, untuk menjaga tubuh tetap bugar dan sehat
  • Hindari makanan pedas
  • Hindari makanan atau minuman ber alkohol dan ber kafein
  • Hindari makanan olahan dan junk food
Maklumat tu saya copy paste dari encik google. Dari apa yang saya dapat, sebenarnya berak berdarah ni berbahaya sebab sekarang muncul pelbagai jenis penyakit. Jadi dinasihatkan berjumpa lah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini. Saya sendiri yang dah alami nya dah hampir sebulan, tapi masih bertanguh untuk berjumpa dengan doktor. Bukan sebab malu, tapi sebab takut untuk hadapi realiti kalau ini adalah penyakit yang sedang saya alami. Tapi kalau sebetulnya lebih baik tahu dari awal supaya senang untuk diubati. Entah lah, mungkin bila ada keberanian saya akan pergi jugak kot.
Sekian dulu dari saya.


LOVE,
Mcdaa.

Sunday, 4 September 2016

Khasiat Chia Seed untuk Diet



Assalamualaikum..
Hai semua. Pernah dengar tentang Chia Seed tak? mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang baru pertama kali dengar. Saya pun baru jugak tahu akan kewujudan makanan yang bernama Chia Seed ni serta kebaikan yang boleh didapati dari pegambilan makanan tersebut dalam diet seharian kita.
Rupa Chia Seed ni hampir sama macam biji selasih, tapi jika dibandingkan dekat-dekat ada perbezaan yang agak ketara dapat dilihat antara Chia Seed dan biji selasih.

Semenjak tahu akan kebaikan Chia seed ni, saya merancang untuk mencuba dan lihat sendiri sejauh mana kebaikan khasiat Chia seed ini.




Gambar diatas ni ialah Chia Seed yang saya tempah di website 11street, kebetulan masa saya tengan search tentang Chia Seed, page tersebut ada buat promosi. Untuk 3 pack chia seed seberat 200g harga promosi cuma RM39.90 dan free postage. Sangat murah dan berbaloi.

Pengalaman setelah 3 hari makan Chia seed ni, bagi saya memang dia tak ada rasa sama macam biji selasih yang selalu diletakkan dalam air sirap tu. Dan dia pun sama mengembang macam biji selasih. Tapi, yang saya perasan setelah makan chia seed saya asyik nak kentut dan sendawa je. Tapi setelah tu perut rasa agak selesa dan rasa kenyang.
Mungkin masih awal lagi untuk saya terus bagi kesimpulan terhadap pengambilan chia seed ni. Mungkin setelah habis satu dua pack baru tahu sejauh mana keberkesanannya terutama tentang penurunan berat badan...hihi.

Cara saya, pagi-pagi saya masukkan setengah sudu makan chia seed kedalam air nescafe yang saya bancuh untuk bawa bekal ke pejabat..sedapp sebab ada tekstur dalam minuman tu..hihi

Antara MANFAAT Chia seed :
  1. Melawan diabetes dengan melambatkan penghadaman. Selaput lendir pada luar chia seed apabila terdedah kepada air boleh mengelakkan 'blood sugar spikes'
  2. Membekalkan fiber yang banyak untuk keperluan seharian
  3. Sumber Omega-3 asid lemak. Lemak ini sangat penting untuk kesihatan otak. 
  4. Menguatkan gigi dan tulang
  5. Manganese yang ada dalam chia seed membantu badan kita menggunakan nutrien seperti biotin dan thiamin
  6. Fosforus yang ada dalam chia seed ini membantu penyerapan kalsium secara optimum dan mengelakkan berlakunya penimbunan kalsium yang boleh menyebabkan batu karang dan heart attack
  7. Diperkaya dengan protein dan tiada kolesterol
  8. Melawan lemak di perut yang menyebabkan buncit.
  9. Rasa cepat kenyang dan kenyang berpanjangan. Ini sagat nagus untuk mereka yang nak diet 
  10. Memperbaiki kesihatan jantung. Menurut Cleveland Clinic, chia seed memperbaiki tekanan darah kepada pesakit diabetes, juga meningkatkan kolesterol baik dalam darah dan mengurangkan kolesterol jahat, LDL dan triglyceride cholesterol dalam darah.
Setiap 1 ounce (28 gram = 2 sudu besar) chia seed mengandungi:


  • Fiber : 11 g
  • Protein: 4 g
  • Fat: 9g (5g adalah Omega 3)
  • Kalsium: membekalkan 18% daripada yang diperlukan diet harian kita (RDA)
  • Manganese: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
  • Magnesium: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
  • Chia seed juga mengandungi sedikit kandungan Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) dan Vitamin B2.

  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Menguatkan sistem ketahanan badan (immune system)
  • Dapat membantu mengurangkan berat badan
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membersihkan colon
  • Membantu untuk detox kan badan daripada sisa toxin
  • Dapat mencegah kanser
  • Baik untuk penghadaman
  • Merawat masalah sakit otot
  • Membantu kita mendapatkan kulit , rambut dan kuku yang lebih sihat