Hai....
Just nak share pengalaman and experience guna one of product sold in lazada. Last month tertarik dengan basikal exercise ni tangan pun laju la mengoder. Tapi sebelum order tu aku ada jugak la tengok tengok komen pengguna yang dah beli. Macam macam komen la yang diorang bagi tentang produk ni.
Rata rata komen cakap ok la sebab produk ni dijual dengan harga yang munasabah kan jadi nak komen lebih pun dah memang ko bayar untuk kualiti macam tu jadi tak sesuai la kalau nak expect something yang sama level dengan produk beribu.
Maklum la sekarang kan badan aku makin hari makin naik, lepastu gaya hidup sihat memang tak de langsung. Gaya hidup sihat tu dalam erti kata lain senaman la. Mimpi je la kalau aku rajin nak buat exercise macam joging ke apa ke. Jadi bila nampak iklan basikal exercise dekat lazada dengan harga bawah rm200 memang berbaloi la kalau nak mencuba.
Bila barang sampai, macam biasa lah kena pasang sendiri. Tapi ikut arahan pada manual produk tu la, siap bergambar lagi. Macam aku yang tak terer bertukang ni pun boleh pasang, jadi pemasangan basikal tu bukan point penting yang perlu aku highlight kat sini. Aku cakap macam ni sebab kalau korang tengok komen kat produk ni ramai gak yang komplain susah nak pasang.
Dah siap pasang tu apa tunggu lagi try lah..hiihi. tapi kan macam aku cakap kat atas tu jugak, jangan nak expect lebih lebih dengan produk yang berharga rm200 ni. Sebab kalau ikut kan harga basikal exercise yang berkualiti mau harga paling murah pun rm beribu. Oleh sebab yang ni ada perbezaan harga maka fungsi dan kualiti pun berbeza ya.
Basikal yang ni masa kayuh tu langsung tak rasa pape pun...hahha. maksud aku ringan je kayuh nya sebab macam takde pemberat. Contoh macam korang kayuh basikal bertayar tu kat tanah rata. Kayuh nya flat je. Kaki takde beban. Kalau kayuh kat kawasan berbukit kan macam ada beban bertambah pada kayuhan tu, kayuhan jadi berat dan perlukan tenaga untuj terus kayuh. Haaaa...tapi basikal yang exercise ni langsung tak ada rasa bebanan tu. Jadi peluh memang tak kan keluar la...hahhahh.
Lepastu dia punya seat duduk tu pun macam agak keras sikit. Dah nak naik kematu buntut ni kalau kayuh nak tunggu sampai berpeluh...hahhaha. berejam kayuh pun belum tentu lagi boleh keluarkan peluh. Aku pun terfikir jugak ni adakah pembakaran kalori dalam badan kita ni akan berkait langsung dengan penekuaran peluh? Maksud aku kalau badan tak berpeluh adakah kalori dalam badan masih tak berubah...hurmmm..sape boleh tolong jawab erkkk...huhu
Tapi ketinggian seat basikal ni boleh di adjust ikut ketinggian korang la. Nak tinggi ke nak rendah ke boleh laraskan sendiri ikut suka. Tapi tinggi kanak kanak tak sesuai la dengan basikal ni. Dan kalau tak silap aku ada komen bagitahu kalau yang tinggi lebih dari 170 cm pun tak sesuai jugak. Basikal ni dikhaskan untuk yang sedang sedang je kot.
Lagi tambahan komen tentang basikal ni ialah dia punya monitor. Walaupun cikai ke basikal ni tapi supplier bekalkan screen monitor sekali. Tapi yang aku punya ni langsung tak berfungsi. Bila tekan on screen monitor ni hidup je. Tapi apa benda yang dia baca aku pun tak pasti. Kejap keluar bacaan kalori kejap keluar bacaan masa, bacaan speed pun ada jugak. Tapi semua tu tak betul pun. Sebagai hiasan je la kot..hahhah.
Aku pun nak kata selalu atau hari hari guna memang tak de maknanya la. Bukan rajin sangat pun lepastu aku ni pun bukan spesis yang istiqamah dalam sesuatu hal. Kalau teringat nak buat aku buat la kalau tak tersimpan je kat dalam bilik tu. Konon masa beli tu nak exercise hari hari la, nak kecik kan paha la nak kuruskan badan la. Tapi berangan je lebih buat dan usaha nya tak seberapa pun..kahkahkah..
Bagi pendapat aku yang dah beli basikal ni hampir 2 bulan dan dah guna sendiri aku bagi rate 3/5..hihi. tapi ni base pada pandangan personal aku la.
Kalau ada yang nak bagi 5/5 tak salah tu ikut pada pandangan dan kepuasan hati korang la kan.
Tapi kalau ada yang nak beli tu tak rugi pun. Maklum la nak beli basikal pixi tu dah la tak mampu sebab mahal. Lepastu malu beb nak kayuh basikal kat atas jalan, dengan bontot tertonggeng kat belakang. Memang tak la aku nak buat macam tu. Jadi kalau beli basikal ni slow slow boleh kayuh kat dalam rumah dan takde la malu sangat. Paling kurang pun kena nganjing dengan laki ko sebab tak kurus kurus. Yang ni aku dah alami....
Better check balik beskal awak, sy berpeluh sakan je main beskal ni, boleh je adjust pemberat dia, then bacaan moniotr mmg kan bertukar2 setiap beberapa second. Alhamdulillah istiqamah dah lost dekat 7kg hari2 kayuh, setiap minggu akan adjust berat. mungkin masa pasang tak berapa betul. dan klu boleh masa kayuh jgn duduk bawah kipas atau dlm aircond yer. seta tuh sy setuju mmg keras, sy tambah bantal kecil supaya boleh tahan sejam atas tuh tetiap hari
ReplyDeletetq miss brenito sudi baca post sy.
Deleteohh ya ke? mungkin betul la kot saya salah pasang.
nanti saya try cek balik.
tq ya sudi share pengalaman miss....
kikiki no prob, pemberat tuh kena check semula penarik dia dalam tuh, salah pasang mmg tak jadi, nak adjust pemberat guna tombol pemutar bawah sikit dr monitor, pulak arah tambah, biasanya bila berat, mula-mula kita akan payah nak dapat tune dia, bila dah 10 minit, Alhamdulillah, laju je even da berat. duduk dlm bilik yg takde angin sepoi2 tau.. mmg lencun kuyup, monior mmg akan tukar2, maklumlah monitor kecik kan, so setiap beberapa second dia tukar la nk kasi kita tengok.. pakai baju lengan panjang n track suit, sy tak pki kasut sukan pon sbb dlm umah. This morning turun lg sikit, Alhamdulillah. Sharing is caring gittew... muah
Deletesaya pun ade beli. alhamdulillah bile guna berpeloh la juga mcam pegi jogging. haha.. baru2 ni siap guna losyen halia nak bagi keluar peluh dengan jayanya. cuba cek balik masa pasang tu. screen tu die akan tunjuk speed,distance,timer ngn calories. akan berubah2 bile tengah kayuh tu. try kayuh smp 400calories.
ReplyDeletebetul la..saya salah pasang, sekarang dah ok sikit. Hari tu try kayuh sampai 3oo calories, dah termengah mengah dah..huhu..
DeletePuan mcm mn adjust pemberat tu? Saya punya pun mcm puan.tolong ajarkan
ReplyDeletekena minta maaf dgn lazada ni....sbb u yg salah pasang.
ReplyDeleteBetuii..kayuh sikit pun berpeluh dah..boleh kurus ni
ReplyDelete