Time rajin nak berbelog ni, durian rm5 sekilo pun nak cerita kat sini...hahhhahaha
Pape je la kannn janji hati tenteram dan tak serabut. Kadang bila rasa serabut best jugak datang berbelog kat sini. boleh kurangkan keserabutan tu sekejap..huhuu
Alkisahnya sekarangkan musim buah durian, dan kena pulak aku ni hantu durian. sape tak suka durian kan, sedap kot...tapi ada je yang aku kenal tak suka dengan durian ni, bukan takat tak suka makan durian bau durian pun dah bising..hahhahahhah. ruginya mereka mereka itu, tak dapat rasa nikmat buah durian.
Semalam kawan post dekat group wasap bagitahu ada orang jual durian rm5/kg dekat dengan kawasan pejabat aku ni. ingat hari ni nak pergi tengok durian tu, kalau ok mungkin boleh beli. aku memang suka durian kampung yang macam ni. durian yang besar-besar tu aku tak berapa fanatik sangat. dan...aku pun belum pernah lagi merasa durian musang king...hahhahaha. kata peminat durian, tapi musang king pun belum penah merasa lagi, belum tahap peminat lagi la kan...hihihi
Musang King / durian kunyit |
Durian XO macam durian kampung |
Dari Indon - Durian bokor |
Dari Thai - Durian Chanee |
Durian yang aku paling tak suka durian yang isi dia tebal, agak keras dan rasa yang tak seberapa nak manis atau pahir. rasa dia ada-ada je, tak kaw....
Tapi tulah durian feberet mak aku. Tak pasti pulak apa nama betulnya dan dari mana asal durian tu. yang pasti bukan durian dari tempatan. dari thailand mungkin kot...
Tapi durian ni ada kebaikan dan keburukan jugak tau. ya lah apa-apa makanan pun kalau dimakan berlebihan akan ada kesan sampingan.
Manfaat Buah Durian bagi kesehatan Tubuh
- Bagus untuk pencernaan, boleh mengatasi sembelit. Kandungan serat yang tinggi dalam buah durian
- Mengatasi penyakit anemia. Kandungan asam folat dan vitamin B9 dalam buah durian menjadikan buah ini bagus untuk menghasilkan sel darah merah
- Untuk kulit. Kandungan vitamin C dalam buah durian menjadikan buah berkulit duri ini bagus dalam mencegah terjadinya penuaan dan kerutan pada kulit.
- Durian bermanfaat untuk tulang dan persendian. Kandungan potasium dan kalsium dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan tulang
- Buah durian boleh mengstabilkan darah, ini karana dalam buah ini mengandungi mangan. tapi tetap tidak bagus kalau dimakan dalam jumlah yang banyak.
- Kandungan tembaga dalam buah durian bagus dalam menjaga kesehatan tiroid.
- Buah durian juga bermanfaat untuk meredakan stres dan mengatasi depresi, ini karana dalam buah durian mengandung vitamin B6 atau piridoksin
- Porfor dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan gigi dan mulut
Keburukan Makan Buah Durian
Mungkin kita sering mendengar buah durian dikaitkan dengan ibu hamil, sebab adanya efek panas pada durian yang boleh mengakibatkan keguguran pada janin. Hal ini belum ada bukti yang clear secara perubatan. Selain berbahaya bagi kesehatan janin yang dikandungnya, ada bahaya lain buah durian iaitu:- Buah durian boleh meningkatkan gula darah hingga diabetes, kalau dimakan dalam jumlah banyak dan kandungan glukosa yang tinggi dalam durian akan menjadi penyebab diabetes
- Selain itu, Durian juga berbahaya bagi pencernaan kalau dimakan bersama dengan alkohol. Selain itu, kandungan alkohol dan kolesterol dalam durian boleh mebahayakan kesihatan jantung.
Sekian..
LOVE,
Mcdaa.
No comments:
Post a Comment