Powered By Blogger
Showing posts with label IDA MASAK. Show all posts
Showing posts with label IDA MASAK. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

Resepi Bihun Sup Simple


Hai...

Makanan yang paling mudah, senang dan cepat untuk disediakan buat santapan suami tercinta. bukan takat suami je, si kecik tu pun suka sangat bila ibu buat sup. kebelakangan ni hujung minggu je kering idea nak masak apa, last lasti bihun sup jugak yang jadi pilihan.

biasa la kan orang perempuan, lagi lagi suri rumah yang suka masak macam aku ni (terutama yang bekerja la) asal hujung minggu je mesti akan berhajat nak masak makanan yang best best kan, nak jamu suami dan anak. tak kisah la yang renyeh ke senang ke asalkan suami dan anak makan akan digagahi jugak siap kan.

bagi kami pulak bihun sup simple ni la yang jadi hidangan hujung minggu dah berminggu minggu..hahahha. nasib baik suami belum cakap bosan lagi. kita tunggu dia komplen atau bunyi ayat bosan baru kita tukar menu lah ya...hihi. bukan apa, menu ni dah la senang nak disediakan lepas tu kuah sup tu boleh simpan sampai esok nya lagi. bihun pun sama boleh simpan stok kat dalam rumah tanpa risau akan rosak. maksud aku bihun kering la, yang dah direbus tu satu hari je tahan nya.

Resepi untuk sediakan bihun sup simple cara aku ni seperti berikut;

1 paket bihun kering
Ayam (sekor boleh, 1/2 ekor pun boleh)
Perencah sup segera (apa-apa brand pun boleh, yang serbuk atau cecair pun boleh)
Bawang merah 5 @ 6 biji
Bawang putih 2 @ 3ulas
Garam dan gula
Serbuk perasa (tak guna lagi bagus untuk kesihatan)

Panaskan minyak, tumis perencah sup dan masukkan bawang yang diblend. masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
bila ayam dah separuh masak, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

Untuk condiment;
1. Begedil
(resepi full begedil ni korang boleh google ya. tapi aku share jugak yang aku punya)
ubi kentan (3 biji) direbus
dilenyek dan campurkan dengan isi ayam , daun sup dan bawang merah dipotong halus
kalau lebik tambah tepung gandum sikit
bentukkan jadi bulat dan celup dalam telur
goreng

2. Sos kicap
4 sudu kicap pekat
4 sudu kicap cair
2 biji perahan limau nipis
cili secukupnya dan 2 ulas bawang putih ditumbuk
1 senduk kuah sup
kesemua bahan dicampurkan bersama. nak pedas lebihkan cili.

3. Bawang goreng.

Bawang goreng buat sendiri lagi sedap dari yang dah siap dipack tu. untuk dapatkan bawang goreng yang rangup, lepas mayang halus bawang merah tu campurkan 1 ke 2 sudu teoung gandum supaya menyelaputi bawang. kemudian goreng. memang sedap rangup dan manis.

4. Ikan bilis goreng







Kalau ikut step resepi yang aku share ni, semua nya simple je. dan kuah sup ni pun tak pekat atau terlalu berempah. resepi ni sup dia rasa macam kosong, maksud aku tak ada rasa pelbagai rempah ratus. kalau yang jenis suka plain sup resepi ni memang sesuai.

Kalau nak nampak lagi meriah sup korang tu, boleh la tambah bermacam condiment lagi. antaranya sayur sayur seperti timun, kobis, atau sawi. boleh jugak tambah suun goreng atau lada jeruk.

Kami sekeluarga makan bertambah tambah sebab tak muak. ya lah, sup memang la tak muak kan sebab tak ada santan atau lemak yang berlebihan. anak suka ibu pun gembira..haaa gituuu.




LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 3 January 2017

Resepi Chicken finger Mudah

Hai....

Hari ni nak share resepi chicken finger super duper senang mudah dan cepat. Haa...resepi nak cepat dan mudah untuk mereka yang tak suka renyeh renyeh dan benda yang menyukarkan kerja harian..hihi.

Al kisahnya tengahari semalam pergi ambik anak buah dari sekolah diorang. Sebab semalam hujan tak berhenti henti sampai la ke tengahari ke petang hingga seharian hujan turun. Jadi kesian kan budak budak tu dari naik motor maka aku offer kan diri pergi ambik diorang. Sambil tu bawak si ammar jalan jalan. Kemain suka lagi si kecik tu kalau boleh naik kereta. 

Dah sampai sana, si kakak nya bagitahu yang adik dia pergi beli ayam goreng satey tu. Ayam goreng yang macam uncle bob punya tu. Kat depan sekolah memang banyak la gerai gerai kecik duk berniaga makanan ringan dan macam macam gorengan. Bukan budak je yang tergoda, kadang ada jugak mak budak yang terlebih membeli..hahah

Dah si adik pulak beli 2 cucuk je ayam gorengnya. Kebetulan pulak aku tak bawak duit, meraung la si ammar nak jugak. Tapi anak aku ni kadang boleh puji, sebab dia makan dipujuk. Bila aku cakap nanti balik rumah ibu lain ya..terus dia stop meraung pastu membebel...nanti ibu buat ya, buat untuk ammar ya, buat banyak...bla bla bla...

Tak kuasa pulak aku nak keluar lagi semata mata nak pergi beli ayam cucuk tu. Jadi gagahkan la diri ni buat sendiri. Kebetulan sebelum keluar ambik budak budak tu aku dah siap beli ayam sekor. Dah siap basuh dan tunggu nak simpan dalam fridge je. 

Terus pergi asingkan ayam yang bahagian isi isi tu untuk digoreng ala ala chicken finger. Nak buat macam ayam cucuk tu aku tak pandai, dah tu mana nak cari lidi nak cucuk cucuk ayam tu. Buat chicken finger lagi senang.


Resepi chicken finger.

Isi ayam dipotong panjang panjang
Bread crumb
Telur
Tepung gandum
Garam dan papper

Mula mula salutkan isi ayam dengan tepung yang di campur dengan garam dan papper.
Lepastu celup dalam telur.
Kemudian golek golek kan dalam bread crumb.
Buat satu persatu isi ayam tu sampai habis. Kemudian baru goreng.
Tak sampai 1 jam pun  chicken finger simple dah siap. Nak lagi sedap cicah dengan sos cili tak pun mayonis.


Lain sikit la kalau nak bandingkan dengan ayam cucuk tu. Ayam cucuk tu bila dah siap goreng diorang akan taburkan serbuk perasa kat ayam tu. Rasa dia akan jadi macam masin masin sikit lepastu kalau nak pedas diorang taburkan serbuk pedas tu. Bagi aku serbuk masin tu macam tak berapa bagus sangat. Tak berapa nak menyihatkan badan...huhu.






Kalau ibu ibu yang prihatin pada pemakanan anak korang, perasa makanan segera macam tu sebenarnya tak berapa elok untuk diorang. Tapi tu la kan sebab penjualan makanan macam tu sangat berleluasa dan susah nak kawal. Kalau tak bagi kan kesian sebab diorang duk tengok budak budak lain makan. Jadi terpaksa la mengalah dengan permintaan anak anak. Kalau boleh jarang jarang sekali baik kita yang buat kan makanan tu  sendiri paling kurang nak sama dengan apa yang diorang suka pun dah cukup bagus. Jadi tak la diorang terdedah sangat dengan makanan yang kurang berkhasiat tu.

Tapi aku memang tabik spring la kepada parents yang memang betul betul tegas gila bab pemakanan anak anak diorang. sebab ada je parents yang memang larang terus anak diorang dari makan makanan yang tak berkhasiat ni, walaupun its just a piece of candy..haaaa hambikk kauu....aku tak kuat macam tu, senang sangat mengalah dengan budak kecik tu..

Sekian dulu...


LOVE,
Mcdaa

Monday, 14 November 2016

Resepi BBQ Ayam Madu sedap

Hai...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share resepi Bbq ayam madu yang super duper sedap dan simple.
Tak sampai 5 minit dah siap resepi nya. Tapi masa perapnya takde la 5 minit je, paling kurang pun mau sejam dua baru la rasa perapannya tu.

Resepi ni aku main campak-campak je. sebab last minute buat pelan nak buat ayam panggang madu ni. Mula-mula ingat nak perap guna sos perapan bbq yang dah ready made dalam botol tu je, tapi malas pergi kedai cari sos tu last-last ambik je apa yang ada kat dapur. but then still marvelous gituu...😋

Bahan perap nya ialah (untuk seekor ayam):
4 @ 5 sudu kicap pekat
3 sudu sos wostershire
5 sudu madu 
3 sudu minyak masak / olive oil
4 sudu garam
3 sudu gula
sedikit serbuk black papper
Siap!

Masukkan dalam bag plastik saiz besar kedua-dua ayam dan sos perapan ni. Goncang sampai korang puas hati lepastu biarkan atau perap dalam sejam dua sebelum bakar.
Digalakkan lebihkan sos perapan tu, sebab masa kita bakar nanti boleh sapu atau renjis-renjis kan kat atas ayam tu. jadi ayam yang dibakar tu takde la kering sangat, akan jadi lembap dan berjuicy..wallahhh...😍😍😍😍



Menarik kan rupa ayam madu ni. Kena selalu balik-balik kan dan selalu jugak sapu lebihan sos perapan kat permukaan ayam tu supaya ayam tak terlampau kering.

Ikan tu hiasan sampingan..hihi

Resepi sos perapan ringkas ni, bila-bila masa pun boleh buat kan. sebab ramuannya senang dan tak payah nak tumbuk ke blend ke apa ke, campak kacau siap. Motif sangat kan orang zaman sekarang nih, semua benda nak cepat je kan, quality time la katakan..
Sekian dulu ya.


LOVE,
Mcdaa

Sunday, 9 October 2016

Nasi Briyani segera guna perencah Nasi Briyani Maggi

Hai...

Semalam diri ini terasa nak makan nasi briyani. tapi dengan kemalasan yang ada ni gagah kan jugak buat nasi briyani ni dengan jayanya. kebetulan kat dapur ada serbuk perencah Nasi Briyani Maggi yang dah lama beli tapi tak terbuat-buat maka semalam jadi la nasi briyani.

Nenek aku pulak jenis yang tak suka makan nasi yang ada banyak rasa rempah ratus ni, kalau boleh dia nak nasi tu sebetulnya nasi kosong gitu je. kalau nak tumis rempah bagai tu, memang dia langsung tak berminat..orang zaman dulu2 la katakan. sama jugak kalau dia punyi versi nasi kerabu, nasi kerabu dia cuma warna biru dari bunga je semata, kadang nak harum dia letak daun pandan. setengah tu diorang suka letak daun limau purut, yang ni pun nenek aku tak suka jugak. 

Mungkin zaman dia muda2 dulu penggunaan daun limau purut ni tak meluas kat kelantan ni kot. daun limau purut kan macam pengaruh dari Thai je bagi dia..huhu. apa-apa la nek.

Makanya, ditambah aku malas nak merenyehkan diri kat dapur dengan pelbagai penyediaan rempah ratus yang sememangnya akan ambik masa yang lama jadi perencah brand maggi ni jalan penyelesaiaannya. senang sangat kot, semudah A B C 1 2 3 je...
Ikut arahan kat plastik pembungkus tu, cuma tumiskan ayam dengan perencah nasi briyani. lepastu masukkan beras yang dah dibersihkan, masak nasi...siap. Dalam tak sampai 30 minit dah siap nasi. 

Sambil tunggu nasi siap tu, boleh la sediakan sambal udang dan acar. lupa nak snap gambar acar timun dan carrot. sebab simple je kan, dalam masa 30 minit dah boleh makan nasi briyani segera.
Tapi kalau penyediaanya dihujung minggu, boleh la buat yang rumit nya. tambah kari daging ke, kari ayam ke, tak pun ayam masak pedas pun sedap jugak makan dengan nasi briyani


Nasi briyani segera guna perencah maggi

  Ni la rupanya.


Senang kan, semudah A B C je kalau tiba2 teringin nak makan nasi briyani dikala lewat malam. Tak sempat nak sediakan bawang, rempah2 semua tu. guna perencah segera campak dah siap. untuk makan tekak sendiri boleh la, jamu keluarga pun boleh diterima. tapi kalau untuk buat jamu tetamu tu sebolehnya buat la ikut resepi yang asli. baru la berbaloi kalau tetamu berpuas hati. ni sekadar nak lepaskan keinginan tekak boleh la layan...hihi.


LOVE,
Mcdaa


Pau Cendawan; pertama kali rasa dan buat


Hai...

Semalam terajin membuat pau cendawan. tapi cendawan yang ni kejadiaanya tak seberapa. maklum la pertama kali try, lepastu pulak aku sendiri pun belum pernah lagi rasa pau cendawan original yang jual kat putrajaya tu..hihihi...main belasah je.
Sebab asyik duk tengok resepi pau cendawan ni muncul dekat news feed fb jadi aku pun try la buat sendiri. tengok resepi dan cara macam senang je.
Tapi yang ni aku buat inti ikut suka hati je, tak ikut sangat resepi asal. pau cendawan ni kelainan nya ialah inti pau dan kulit yang diselaputi coklat tu je.
Biasala orang sekarang kan lebih suka kepada makanan yang berhias-hias lepas tu ala-ala hipster gitu, ada kelainan dari kebiasaan.


Rupa pau cendawan aku untuk pertama kali buat

Meh nak share resepi pau cendawan yang aku buat semalam. rasanya boleh tahan la, manis masin cukup rasa..

Resepi pau.

2 cawan tepung pau,
1 1/2 cawan air
1 sudu yis
1 sudu shortening
2 sudu gula

Masukkan semua bahan dalam mangkuk, dan uli hingga jadi doh. Air masukkan sikit2 je, takut nanti tak jadi doh. Rehatkan selama 10 minit.

Resepi inti.

1 tin cendawan
4 batang sosej
sedikit daging cincang
1 ketul kiub pati ayam
tepung gandum 1 sudu
bawang besar potong dadu
bawang putih potong halus

Tumis bawang dalam kuali dengan sedikit minyak, masukkan cendawan, sosej dan daging (atau apa2 inti pun boleh asalkan seangkatan dengan cendawan tu). Masak hingga semua dah masak sempurna, lepastu bancuh tepung gandum dengan sedikit air kemudian tuang dalam kuali yang ada inti tadi tu, supaya inti tadi kelihatan pekat, likat dan macam bersos sikit. (kalau nak senang dan sedap masukkan je 2 keping cheddar cheese gantikan tepung gandum ni).

Kulit pau.
2 sudu serbuk koko
2 sudu tepung beras
Bancuh dengan sedikit air, supaya jadi macam rupa coklat ganache.

Ambik doh pau, leperkan lepastu masukkan inti tadi. Bulatkan pau dan sapu permukaan dengan tepung coklat ala-ala ganache tu. Biarkan pau lebih kurang 40 - 45 minit, supaya pau tu mengembang dan coklat di permukaan tadi akan kelihatan seakan merekah. bila coklat kat permukaan tu merekah, dia akan kelihatan macam permukaan cendawan.
Lpeastu kukus pau lebih kurang 20 - 25 min, masa kukus pau ni pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain. sebab takut nanti air kukusan tu menitik kat atas permukaan kulit pau tu.




Adunan coklat dan tepung beras ni untuk permukaan kulit pau


Inti yang dah siap

Rehatkan doh selama 40 - 45 min


Rekahan pada permukaan pau. aku dah malas nak tunggu pau ni mengembang lagi jadi ala2 cendawan macam ni pun ok lah


Rupa pau yang dah masak. dan inti pau yang sangat sedap...puji diri sendiri..hihi







Sous chef ibu yang setia...


Untuk percubaan kali pertama ok la kejadiaanya tu. nak bangga sangat pun takde la, tapi ada la sikit2 rupa macam cendawan. rasa yang ni dengan yang original tu pulak, aku tak leh nak komen sebab aku sendiri pun belum try lagi...hahhahaha...

Baiklah, sekian dulu untuk kali ni.



LOVE,
Mcdaa

Monday, 3 October 2016

PAJEON aka Korean Pancake

Hai....

Semenjak dua tiga hari ni, aku tak paham kenapa la tiba-tiba nak makan makanan jepun la korea la..padahal aku sendiri pun belum pernah sampai sana lagi. Peminat k-pop pun bukan, sorang pun aku tak kenal artis dari sana..kecuali Rain, yang aku kenal dalam cerita Full House tu. Lepastu geng2 running man. seronok layan running man sebab cerita dia lawak boleh buat aku tergelak golek guling-guling...hahhhahaa

Sebelum ni aku duk tergilakan Takoyaki, tapi sebab tak ada periuk takoyaki yang bulat-bulat jadi dapat alternatif buat okonomiyaki atau pancake korea. Rasa dia lebih kurang macam Takoyaki jugak la sikit-sikit tu. Lepas dah makan makanan Korea terasa nak makan makanan jepun pulak dahhh..vongek betul lah citarasa aku time nih. 
Lepastu terjumpa la nama makanan ni Pajeon aka pancake jepun. Macam lempeng la kalau kat malaysia ni.
Kalau okonomiyaki tu guna cabbage atau kubis yang ni pulak guna green onion, daun bawang sebagai ramuan utamanya.


Pajeon dengan sosnya...buatan sendiri..hihi


Nak buat pajeon ni senang sangat kot. main campak-campak je bahan nya lepastu masak atas kuali leper macam masak lempeng tu. Sos dia pulak guna sos tomato, soy sauce, dengan sos worcester.
Time2 malas dan terasa nak kelainan sikit dari lempeng yang biasa duk buat tu, tak salah cuba buat pajeon ni. sebab rasanya sedap, dan bahan nya menyihatkan sebab pakai banyak daun bawang.



LOVE,
Mcdaa.

Wednesday, 28 September 2016

Okonomiyaki versi Tempatan

Hai...
Assalamualaikum..semoga kita semua diberkati dan dimurahkan rezeki, aminn..

Semalam teringin sangat nak makan benda alah nih, jadi gighkan diri jugak buat walaupun kat rumah tak ada bahan yang cukup. Jadi sebelum duk kempunan tu baik la buatkan dulu. 
Okonomiyaki ni atau pancake versi Jepun sangat senang dan mudah je, rasa pun sedap. Macam lebih kurang Takoyaki. 
Beza dengan Takoyaki sebab tako tu kan bulat-bulat yang ni pulak leper macam lempeng gitu. Ala-ala lempeng kubis la versi yang aku buat semalam..hihi

Meh nak share resepi simple sangat untuk buat Okonomiyaki ni, tapi versi aku lah. Asal rasa lebih kurang sama jalan aje...

Resepi;
1 cawan tepung 
1 cawan kubis yang dipotong kecik2
1 kiub pati ayam
1 biji telur
air secukupnya untuk jadikan adunan.
*campur semua dan bancuh macam jadi adunan nak buat lempeng tu..lepastu goreng atas kuali leper macam masak lempeng jugak.

Untuk sos;
1/2 cawan sos worcester
4 sudu sos tomato
3 sudu kicap pekat.
*Campurkan semua dah siap.
Lepastu buh mayonis sekali kat atas okonomiyaki tu.

(Kalau google ada macam2 lagi bahan tambahan seperti sos okonomiyaki/sos takoyaki, fish flakes, seaweed, sotong, sosej, udang dan macam2 lagi makanan jepun tu. tapi kan ni versi aku sendir, jadi simple-simple sudah. tak kuasa nak cari kedai jual barang2 masakan jepun/korea baru boleh buat okonomiyaki ni. baik guna apa yang ada dan senang nak cari tapi hasilnya lebih kurang sama. tapi kalau nak sedap dan kickkk macam yang real, memang kena pergi cari jugak la bahan2 tersebut)

ni la rupa sos worcester brand Lea & perrins. jangan risau, yang ni halal. insha allah...




Okonomiyaki paling simple atas muka bumi ni....hihihiihi



Sekian.


LOVE,
Mcdaa.

Wednesday, 21 September 2016

Nutella Pizza aka lempeng nutella

Hai...

Hari ni aku nak share resepi nutella pizza ciptaan aku sendiri...ehhhe. pandai reka-reka resepi dah sekarang ni ya...ada kemajuan sangattt.

Asalnya beli nutella, masa tu ada promosi, lupa plak berapa harga masa promosi tu, tapi yang penting murah la dari yang harga biasa berbelas belas ringgit untuk satu botol secoett tu.
En.suami mintak nak makan nutella, masa tu malam macam tak kena pulak nak makan nutella dengan roti time2 tu, bukan apa...kan tu waktu malam, aku ada kat rumah dan takde pape kerja, kan nanti bagi roti dengan nutella je nampak benauuu pemalasnya. jadi rajinkan diri la mencipta resepi untuk en.suami tersayanggg...hihi

Resepi untuk buat base ala-ala pizza tu:
Tepung gandum 2 cawan
susu pekat 3 sudu
air secukupnya
garam secubit
*sebenarnya ni adalah adunan untuk buat lempeng..hikhikhik.
macam biasa buat lempeng, tapi senipis mungkin yaa...
dah siap lapisan bawah buh lempeng lepastu sapu nutella,
lapis dengan lempeng lagi,
sapu nutella,
dan ulang untuk lapisan ke 3 ke 4 ke 5 suka hati nak buat berapa lapis.
Siapp!
Potong kasi rupa macam pizza lepastu hidang masa lempeng masih panas-panas lagi..perghhh memang mavelessss sangatttt...

Nutella pizza


Comot takpe janji sodappp
Senangkan, bajet je nama pizza tu. sebenarnya lempeng nutella. tapi nak moden kan makanan tu sebab tu lagi bagi nama pizza...hihi.
En.suami aku ni kalau makan satu botol nutella tu boleh habis time tu jugak. bertambah-tambah makannya. tu belum berebut dengan anak lagi, si kecik ammar pun hantu coklat jugak tu, besar nanti serebut la korang...ibu tukang masak je, sape cepat dia la yang kenyang...hihihi
Sekian...


LOVE,
Mcdaa.

Sunday, 18 September 2016

Resepi Bawang goreng krupp krapp

Hai semua...

Kali ni nak share cara buat bawang goreng jadi lebih rangup dan tahan lebih lama. Alkisahnya bermula masa hari raya baru-baru ni. Kakak ipar aku ni memang suka makan bawang goreng buar sendiri. Kalau ada bihun sup ke, mee kuah ke apa-apa je lah yang nak dimakan, mesti dia akan goreng bawang merah dulu pastu baru la boleh makan.
Selama hidup dekat 30 tahun dah ni..opsss...hihi. Aku tak pernah pun nak suka dengan bawang goreng. Kalau kat kedai beli nasi goreng awal-awal dah pesan jagan letak bawang goreng sebab aku memang tak suka okeyy..
Tapi hari tu entah macam mana rasa nak mencuba bawang goreng yang kak ipar aku buat tu, macam wonder pun ada jugak. Apa la yang best sangat bawang goreng ni. Bila makan, ehh ehh macam sedap pulak. Baru angkat dari kuali panas-panas dan macam fresh la jugak..tu yang jadi sedap kot. Last-last aku makan gitu je bawang goreng tu.

Terus dah macam kemaruk nak makan bawang goreng pulak dah. Hahaha... Esok nya terus aku buat sendiri untuk aku makan. Nak buat macam kudapan, sebab tengah excited gila dengan bawang goreng kann..hihi. Teringat pulak yang aku pernah jumpa kat fb ada resepi yang letak tepung untuk bagi dia rangup dan tahan lama. Aku try buat dan alhamdulillah menjadi. Memang rangup dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Memang buat khas untuk makan dia je..

Resepinya:
Bawang merah sebanyak yang korang nak
Mayang halus
dah siap mayang, masukkan 2-3 sudu tepung beras
Adun sepaya tepung tu menyalut bawang yang dimayang
Goreng
Siap!





Serius, bagi aku memang sedap sangat sebab rangup je bila kunyak bawang ni. Tapi masa menggoreng tu kena perhati betul-betul la. Bila dah kuning tu kena cepat-cepat angkat takut nanti hangus, rasa pahit pulak.

Sekian...


LOVE,
Mcdaa.

Air Asam Perut versi Kelantan

Hai semua...

Dalam entry ni aku nak share cara senang nak buat air asam perut versi Kelantan (atau lebih tepat versi nenek aku). Simple dan sedap. Tu je yang aku boleh cakap tentang air asam perut ni.

Resepi Air Asam Perut:
Perut lembu yang dah dicuci, dibersihkan dan direbus hingga empuk
Perahan jus limau (kalau kelantan dipanggil limau nipis..hihi)
Secubit belacan
Bawang merah dimayang
Cili
Air rebusan perut lembu
Garam dan gula

(Sukatan nya adalah ikut sesedap rasa korang)

Potong perut lembu tu kecik-kecik. Dalam bekas aasing, masuk kan semua bahan kecuali perut. Lepas tu penyet2 semua ramuan supaya sebati (aku ramas pakai tangan je baru la kickkk). Lepastu masukkan air rebusan perut lembu dan perut sekali. 
Dah siap..Senang dan mudah sangat kan. Pejam mata pun boleh buat..

ehhh..
ehhh..
Tapi penyediaan nya sangat la mengambil masa yang lama tau dakk...Sebab perut lembu tu kena cuci betul-betul kalau tak nanti ada bau yang semerbak dari perut tu. Dan lepas dah cuci kena rebus 2 3 jam supaya perut lembu tu tak liat dan boleh dimakan. Kalau perut masih liat, rebus lagi walaupun dah nak masuk 5 jam..hihi.
Petua mak aku, masa rebus perut tu masukkan asam keping 2 3 keping, garam sikit dan biji kurma untuk cepatkan proses merebus.
 


Air asam ni warna dia putih keruh macam tu, tak sama dengan air asam yang moden sekarang ni...yang letak tomato, air asam jawa dan lain-lain tu. Sebab tu air dari rebusan perut semata-mata dan masam nya dari jus limau bukan dari perahan air asam jawa. Rasanya memang ada beza. Nak tau beza macam mana, cuba lah...


Sekian....


LOVE,
Mcdaa.

Wednesday, 24 August 2016

Baked fries bolognese

Hai semua....

Semalam rajin benor memasak untuk adik laki bongsu... Maklum la sekarang dia tengah cuti semester, sementara tu jugak la dia suka ambik kesempatan request macam macam makanan...
Tapi best jugak ada dia, nak masak macam macam pun seronok la sikit sebab ada tukang makan..hihihi. Harapkan anak aku si ammar yang baru 2 tahun tu, banyak mana sangat la kalau makan pun.

Sebab kan adik laki aku nih suka makanan yang ala-ala western gitu, tak pun apa-apa makanan yang dibakar atau digoreng..jadi semalam terajin nak buat Baked fries bolognese...hihihi...nama ni aku yang cipta hokeyyy...tapi makanan ni sebenarnya dah diwujudkan atau dicipta oleh sape ntah..
Ala-ala masakan orang bujang, nak simple dan main campak-campak aje...huhu




Resepi dan cara-caranya ya:

Kentang goreng a.k.a french fries
Sosej
Daging kisar (aku guna daging burger ramli je)
Bawang hollend
Sos speghetti bolognese Kimball nak guna prego pun boleyy
(tak kuasa nak buat sos speghetti sendiri..)

Mula-mula goreng fries, pastu letak dalam loyang. Sambil tu buat sos ala-ala macam
sos speghetti bolognese tu..
Tumis bawang, lepastu masukkan sosej, daging kisar aka daging burger yang dah dicarik-carik
kasi saiz kecik. Pastu bila sosej dan daging dah masak, masukkan la sos speghetti.
Kacau pastu seasoning sikit, tambah garam, blackpepper dan pape la yang korang rasa
sesuai.
Bila da siap, tuang sos bolognese tu kat dalam loyang yang ada fries tu. Susun cheese yang korang suka, ikut banyak mana, kemudian bakar dalam oven...
Suhu dan masa pun suka hati je..hihihi. Yang aku buat tu 170C selama 15 min je.
Asalkan cheese tu melt sudah, sebab lain-lain semua dah masak kan.

Fries yang siap digoreng terus masukkan dalam loyang


Sos ala-ala sos speghetti.

Tuang sos tadi kat dalam loyang yang ada fries tu. pastu tabur cheese kat atas. Sorry gambar lepas letak cheese lupa nak snap.

Ni la rupanya. Dari gambar ni pun dah tau betapa tak sabarnya nak makan...hihi

Okey...sekian dulu resepi masakan untuk hari ini.


LOVE,
Mcdaa