Powered By Blogger
Showing posts with label RUMAH IDAMAN. Show all posts
Showing posts with label RUMAH IDAMAN. Show all posts

Thursday, 27 October 2016

Kos Lukis Pelan dan Kelulusan Majlis Daerah

Hai...

Update untuk progress kerja-kerja nak mendirikan rumah tangga...ehhe. Dah masuk 3 tahun mendirikan rumah tangga dan dah ada anak dah pun. Tapi rumah yang bertangga tu yang masih belum mampu untuk didirikan lagi..sedihkan..

Tu la, sepatutnya masa nak mendirikan rumah tangga dulu sepatutnya awal-awal lagi dah fikirkan tentang rumah yang bertangga ni. Rumah kepunyaan sendiri, bukan rumah mak bapak atau rumah yang disewa.

Dan sekarang, bila terasa diri makin tua dan muncul kesedaran untuk memiliki rumah sendiri baru la tergerak untuk mulakan kerja-kerja pembinaan rumah untuk kami sekeluarga berteduh.
Bunyi macam mengeluh pulak kan...huhu. Sebenarnya bukan mengeluh pun, cuma nak membebel sikit. Biasala kan bila banyak benda nak difikirkan, lepastu bila apa yang dirancang tak berjalan lancar jadi sebagai seorang perempuan yang normal membebel itu adalah terapi untuk kesihatan diri...hahhaha
Ok...part membebel dah tamat.

Sebenarnya aku nak share lanjutan dari proses nak mula bina rumah impian kami. Sebelum ni kan aku ada share mengenai perjanjian dengan kontraktor tentang lukis pelan. Dan kami bersetuju untuk lantik dia sebagai kontraktor. Jadi lukisan pelas tu dia caj sebanyak RM0.90 untuk sekaki. Darab dengan luaas rumah yang tak seberapa sangat tu 1282 kaki persegi, jadi total keseluruhan upah lukis pelan ialah RM1153.8

Lukisan pelan dah settle, dan kontraktor mintak kami berjumpa untuk finalize kan butiran akhir tentang rumah tu. Dan masa berbincang minggu lepas, kontraktor mintak RM3000 untuk mulakan proses submit pelan kepada majlis dan sebagai proses permulaan untuk kerja-kerja permohonan kelulusan pelan.
Dan masa tu jugak la kontraktor tu macam pujuk-pujuk kami cakap rumah 1282 kami tu kecik, dan kalau eloknya suruh kami tambah lagi beberapa kaki. 

Jadi disini akan bertambah la nanti kos pembinaan. Kontraktor ni macam tak faham pulak perjanjian awal hari tu. Kami dah cakap, bajet untuk rumah kami peruntukannya cuma RM200K sahaja. Aku tak nak lebih dari tu, sebab aku takut nanti aku tak mampu nak bayar bulan-bulan. Makin besar rumah, makin tinggi kos pembinaan makin tinggi la nilai pinjaman nanti.
Pening pulak kepalaa otak ni bila dia mintak besarkan sikit dan tambah bajet lebih. Bila nego-nego last aku boleh up loan cuma RM230K sahaja, lebih dari tu memang aku tak nak. Dan kalau dia rasa tak berbaloi nak bina rumah untuk kami, kami mungkin akan cari kontraktor lain yang sudi.

Biasala kontraktor cari projek mesti la nak untuk beribu ribu kan. Paling kurang mau 20k 30k untuk untuk satu-satu projek. Macam rumah kos 200k ke bawah ni, berapa sen je la yang mampu diorang make up, sebab tu dia mintak besarkan sikit lagi rumah tu dan tambah loan lagi.

Detail kos yang aku perlu bayar untuk mulakan proses submit pelan rumah

Kontraktor ada bagi detail maklumat kos-kos yang perlu aku tanggung sebelum dia boleh mulakan proses submit pelan rumah kami untuk kelulusan. Kalau ikutkan total semua dalam RM4831, tapi dia bagitahu RM3k pun ok dah untuk mulakan proses ni.

Dan untuk senarai kos-kos tu aku tak pasti mahal atau memang harga standard. Tak tahu nak compare kat mana atau nak tanya dengan siapa..huhu
Dia ada bagitau jugak, untuk pembiayaan sampingan macam kos-kos ni semua kami kena tanggung sendiri. Sebab loan belum mohon lagi, jadi memang kena guna duit poket. Tambahan lagi, caj pemasangan elektrik dalam rumah nanti pun kami jugak yang kena tanggung. 
Caj 4k ni belum masuk caj peguam dan sebagainya lagi. Banyak lagi kos-kos tersembunyi yang tak langsung semasa kerja-kerja pembinaan ni nanti akan muncul. Jadi jangan terkejut la kalau tiba-tiba kontraktor mintak kita jelas kan apa-apa kos di kemudian hari.

Anggaran kasar dalam 10k jugak untuk proses pelan rumah, tukar geran tanah dan caj guaman. Mungkin lebih, itu aku tak pastu. Sebab tu dia cadangkan aku buat loan lebih.
Sekarang ni, loan yang aku akan mohon ialah sebanyak RM230K. Bajet untuk siapkan rumah dengan keluasan 1200 - 1300 kaki persegi ialah RM170K maximum. RM50K untuk harga tanah, dan baki RM10K untuk kos-kos tersembunyi ni. Kos-kos tersembunyi dan aksesori dalam rumah nanti mungkin boleh tambah dengan duit simpanan KWSP kami.

Tambah lagi sebulan masa untuk proses permohonan ni...hurmmm..Harap-harap sempat la tapak tu wujud sebelum hujung tahun 2016....aminn


LOVE,
Mcdaa.

Wednesday, 5 October 2016

Proses submit pelan rumah ke Majlis Daerah

Hai...

Sambungan untuk proses kerja-kerja pembinaan rumah. Eh belum bina rumah lagi, baru nak submit pelan rumah je ni. semalam kontraktor dah finalize pelan rumah ikut macam design yang kami mintak. ubah ruang bilik dan besarkan ruang dapur, dan buang tingkap dinding sisi rumah sebab aku tak berkenan.

Pelukis pelan tu dah siap kan pelan dan bagi wasap gambar kepada en.suami, kami dah berpuas hati dengan pelan tu jadi dia kan proceed submit pelan ke pihak majlis untuk kelulusan.
Dia jugak pesan mintak kami stanby duit dalam RM3K untuk proses kelulusan pelan dan kerja2 sampingan. Dia cakap nanti duit ni akan dapat balik lepas loan approved.
Kira macam kami bayar dulu, nanti dalam loan untuk buat rumah dia selaku kontraktor yang kami upah akan potong la jumlah tu..

En.suami jugak ada tanya tentang harga upah kalau dengan dia berapa sekaki dia akan cas. Lepas bincang2 dan nego dia setuju dengan harga RM110 sekaki. Alhamdulillah...kira murah la sikit, sebab harga pasaran sekarang kebanyakan nya dalam rm120 - rm140 sekaki.

Next week dia mintak kami ke pejabat untuk bincang perincian detail tentang design rumah yang kami nak. Mungkin nak bincang tentang spec rumah atau nak buat quotation untuk kemasan kot..

Monday, 3 October 2016

Pelan Lantai Rumah

Assalamualaikum...
hai...
Baru dapat wasap dari en.suami. Kontraktor aka arkitek lukis plan rumah dah hampir siap design rekabentuk pelan rumah seperti yang kami mintak. Sebenarnya pelan rumah arkitek ni dah ada, macam-macam design, tapi hari tu aku ada mintak perubahan sikit dekat pelan lantai dapur. Pelan asal ada 4 bilik, tapi sebab kami rancang nak buat rumah biasa-biasa je dulu jadi cukup la bilik 3 je. Inshaallah kalau ada rezeki masa akan datang baru kami tambah lahi..hihi. lagipun sekarang anak sorang je. si adiknya tak tahu bila baru akan muncul..
Oleh kerana luas rumah kami cuma 1200+ kps sajaha, makanya bilik perlu dikurangkan untuk bagi ruang kepada bahagian lain dalam rumah.




Ni pelan pandangan hadapan dan pandangan sisi ikut pada design yang kami mintak hari tu. Design biasa je sekadar cukup untuk bajet RM200K. Kami belum mampu lagi nak buat rumah banglo besar-besar. Dapat yang saiz ni pun dah syukur sangat2 dah...ehhh ehhh..macam la dah siap bina. baru je siap lukis pelan kak oiii...
Next, bila siap pelan sepenuhnya, kontraktor aka arkitek tu akan submit ke pihak majlis untuk kelulusan pulak. Sila bertabah lagi sebab proses menunggu masih panjang yaaa....
Ni kontraktor Muqis Resources yang buatkan pelan rumah. Proses pembinaan pun kami mungkin akan ambik dengan Muqis ni jugak.
Untuk lukin pelan lantai ni, harga yang dia ambik RM0.90 sekaki persegi. 
Kalau luas rumah 1200 kps  x RM0.90 Total RM1080 harga untuk sebuah pelan rumah.
Ada kontraktor yang ambik upah lukis pelan RM1.20 sekaki, ada yang RM1.0 bergantung pada diorang la nak letak harga berapa, tapi kebanyakannya memang seringgit dan keatas la. 
Tapi bab ni boleh jimat kalau kita upah kontraktor sekali dengan lukis pelan dan bina rumah. Kadang diorang bagi free jee...
Yang kami punya ni tak pasti lagi free atau kena bayar...tungguuuu...hihihihi



LOVE,
Mcdaa.

Wednesday, 21 September 2016

Binaan Asas Sebuah Rumah

Hai....

Aku sekarang ni tengah merawang-rawang je dengan rupa rumah idaman. Masih tak boleh nak move on dengan kehidupan. sebab tak sabar menunggu bila rumah idaman tu akan terialisasi..huhu.
Dalam kehidupan kita mesti la ada goal kan. ok goal utama sekarang ialah dapatkan rumah atau miliki rumah sendiri sebelum berakhir nya umur 30 tahun..haaa...sebab dah masuk 30 tahun dah macam tua dah patutnya dah boleh ada kehidupan sendiri.

Dan walaupun goal yang satu lagi ni masih sangkut...bila nak dapat second baby.. =(
Ya Allah...mungkin ada sebab kenapa aku masih belum dapat peluang tu lagi. 
Kadang cemburu jugak bila kawan seangkatan dengan aku ramai yang dah preggy anak no.2. almost semua yang kawin dah ada anak sorang, sekarang ni dah menggandung anak kedua dan ada yang bersalin anak kedua tahun ni..serius memang ramai sangat..tu yang menambahkan lagi kecelaruan dalaman aku ni..hukhukhuk...

Berbalik pada binaan asas untuk sebuah bangunan yang dipanggil sebagai rumah. Binaan penting pada pandangan aku antaranya ialah:

1. rupa luaran binaan rumah tersebut

Kadang ada yang suka rekabentuk ala-ala kampung, ada jugak yang suka moden. dan yang moden ni kebanyakan design atap bumbung rumah tu macam condong-condong gitu, cantik je rupanya tapi aku tak pasti pulak apa fungsinya. 
Kedudukan pintu utama, pintu terrace, tingkap pun perlu difikirkan jugak.

2. pelan layout - ruang2 dalam rumah iaitu pembahagian ruang yang jelas

Kene ada ruang yang jelas, antara satu-satu ruang. mana tandas patutnya dibina. dapur dengan ruang makan jauh mana. tahap keterbukaan antara ruang-ruang tersebut pun perlu difikirkan jugak.

3. ruang tamu, ruang family dan ruang makan

 Kalau ruang rumah tu luas boleh la ada pembahagian yang jelas, kat sini ruang tamu, belah sana ruang keluarga, celah sana ruang makan. tapi kalau dah ruang secoett tu je, macam tak mampu nak adakan semua ruang ni. paling kurang pun ruang tamu dan ruang makan. kalau design moden ruang dapur terbuka terus dengan ruang tamu. tapi aku lebih suka ikut gaya rumah tempatan yang dapur nya terlindung dari ruang tamu, tak terbuka terus.

4. bilik tidur

Jumlah bilik tidur perlu ditentukan dari awal lagi. dan bilik tidur mana yang perlu ada tandas kat dalam, bilik tidur mana yang perlu tandas kongsi, kat mana bilik tidur utama sepatutnya dibina. dan sebagainya....
 
5. tandas

Bab tandas pun banyak jugak perkara yang perlu difikirkan. sebab kadang ada rumah yang tandas utamanya besar, boleh letak mesin basuh. tapi kalau ikut design moden sekarang tandas kecik sikit dan mesin basuh ada ruang asing dari tandas. berapa jumlah tandas yang diperlukan untuk rumah dengan keluasan yang sesuai. susun atur dalam tandas pun nak kena fikir jugak. nak letak pancuran kat belah dalam sikit atau kat depan pintu atau kat sebelah toilet bowl dan macam-macam aspek lagi lah.
 
6. dapur

Dapur nanti aku nak buat post khas. sebab yang ni jadi keutamaan aku nanti. hihihi...banyak hal yang aku dah fikirkan untuk ruang dapur tu nanti..ok jom sambung mimpi tentang dapur.....hihi

Bagi pandangan aku, 6 perkara asas ni memang wajib ada. dan untuk dapat rumah seperti yang diidamkan makanya kita perlu la titik beratkan semua aspek berkaitan. Antaranya rupa ruang-ruang tersebut, kemasan untuk ruang tersebut, design ruang, warna yang sesuai, penggunaan mozek atau kemasan lantai, aksesori dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu.

Oleh kerana dah banyak sangat survey rupa sebuah rumah macam mana, jadi sekarang ni ada la sikit gambaran rumah macam mana yang aku nak bina nanti.
Kalau la aku ni pandai guna auto cad ke apa tah nama aplikasi design rumah tu dah lama aku design ikut kehendak aku. tapi sebab tak pandai, jadi terpaksa ambik kombinasi dari gambar tu sikit gambar ni sikit lepastu cantum dalam kotak fikiran imaginasi...hahhhahhhah..boleh tak macam ni?

Tuesday, 20 September 2016

Pelan Rumah; 3 bilik 2 bilik air

Hai..

Progress pembinaan rumah impian...part 2 kot. huhu
Semalam 19 september 2016, en.suami dah pergi jumpa dengan peguam dan bertanyakan tentang urusan proses permohonan loan. dan juga bertanya tentang kontraktor untuk bina rumah, kos-kos terlibat dan prosedur yang perlu dilalui.
Oleh kerana kami beli tanah lepastu bina rumah atas tanah tersebut, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan la. Lain kalau terus buat permohonan untuk beli rumah siap, proses tu terus straight forward dan tak banyak prosedur yang diperlukan...sediakan duit je. yang ni pun kena sediakan duit jugak apa..ngehhhngehhh..

Tanah tu kami beli dari pak sepupu aku, jadi tak ada la leceh sangat nak kena tukar nama geran tanah dulu ke apa. sebab untuk buat pelan rumah dan dapat kelulusan dari majlis daerah tempatan, geran perlu atas nama kita melainkan pemunya tanah bersetuju untuk teruskan kerja pembinaan dengan nama dia dulu.
Sambil tu kita baru tukar nama, maksudnya permohonan loan rumah berjalan serentak dengan tukar nama geran tanah. kalau tukar geran dulu, pastu buat pelan, lepas tu baru mohon loan yang ni akan ambik masa sikit.
Kami ni spesis yang dah tak boleh bersabar lagi dah, kalau boleh hari ni jugak nak mula kan proses pembinaan rumah tu..hahahah. nampak tak betapa tak sabarnya...

Lepas selesai bincang tentang proses permohonan dan semua prosedur tu, sebelum balik en.suami ada ambik 3 contoh pelan rumah dari kontrak yang bekerjasama dengan peguam tu. kiranya peguam dan kontraktor dari pejabat yang sama la, senang nanti kalau ada apa-apa hal yang timbul kemudian hari takde la susah sangat nak mencari depa ni. sebab kadang problem dengan kontraktor, kadang akan muncul problem dengan peguam bab payment, loan dan sebagainya.

Pilihan kami

Yang ni kalau ubah sikit, pun berkenan jugak

Yang ni dua-dua tak ada komen
Oleh kerana peruntukan bajet untuk rumah kami ni adalah terhad, sebab aku belum berani nak ambik komitmen yang tinggi, jadi telah dimuktamadkan hanya rm200 000 sahaja kos yang diperuntukkan untuk bina rumah idaman tu. tak kisah lah walau dapat saiz sekangkang kera sekali pun janji ada rumah tempat untuk berteduh.

Perancangannya kami nak bina rumah 3 bilik dan 2 bilik air, dengan keluasan 1200-1400 kaki persegi. tapi bila survey harga, kebanyakan kontraktor akan ambik upah rm130-rm140 untuk sekaki persegi. Ni kalau quotation dari kontraktor yang berdaftar la, maksudnya yang ada syarikat dan agak terkenal. Tapi ayah aku cakap kalau ambik upah dengan tukang kampung, rm80 - 90 skp boleh dapat. Kalau pandai cari lagi murah dari tu pun boleh dapat.

Cuma yang sakitnya, kalau ambik tukang kampung ni, kita kena stanby duit kat dalam akaun paling kurang rm15 000. sebab tukang kampung akan mintak kita sediakan alatan untuk pembinaan, kiranya simen, bata, kayu dan semua alatan asas tu kita kena sediakan. kalau nak tunggu loan lulus sekali pun, paling kurang kena ada progress pembinaan untuk bank nilai baru boleh dapat duit. duit loan pulak bukan keluar semua, dia akan bayar ikut progress rumah.

Lain kalau dengan kontraktor, dia akan ada time frame pembinaan, loan akan keluar dan sebelum tu diorang akan guna modal sendiri untuk mulakan kerja pembinaan. kiranya kalau akaun bank aku tak ada duit pun masih boleh jalan kan juga kerja pembinaan tu..
Nak tahu lebih detail, sila rujuk peguam atau kontraktor...hihi. aku pun baru je tahu tentang maklumat ni dan masih lagi blur-blur.
ok tak larat nak menaip dah.
sekian....


LOVE,
Mcdaa.

Monday, 5 September 2016

Flip or Flop ; Inspirasi rumah idaman

Hai semua...

Sekarang ni asyik duk layan cerita Flip or Flop je. Lpeastu mula la berangan nak macam tu nak macam ni. Lepas tu mula la pening kepala fikir bila semua ni akan berlaku, bila akan jadi realiti..dan macam-macam lagi lah..

Serius memang rasa tak sabar sangat nak ada rumah sendiri. Lepas tu nak design ikut citarasa sendiri. Lepas tu nak deko situ sini ikut gaya tersendiri dan bla bla bla...sampai kesudah tak habis..hahah.
Cerita Flip or Flop ni banyak bagi inspirasi untuk kita transform atau nak cipta kediaman yang berkonsepkan moden gitu. Cantik, selesa dan sangat bergaya. Tapi more to english style la, ya la dah cerita pun host nya mat salleh, pastu duk reno rumah-rumah mat salleh sah-sah la gaya deme bukan gaya orang timur.
Tapi sekarang kan dah moden, ramai orang kita ikut design rumah berkonsepkan ala-ala english modern style gitu. Tak de la nampak kampung sangat rumah kome tu nanti.

Gambar tu menunjukkan salah satu transformation dapur yang diorang dah buat. Selepas dan sebelum, rupa dapur memang berubah hampir seratus peratus tapi masih kekal kan keadaan susun atur yang lama. Cantik kan setelah dia buat perubahan, tukar warna cat dan lengkapkan perabot.

Ni pulak tandas sebelum dan selepas. Sebijik macam kat hotel. Agak-agak kat rumah kita praktikal tak kalau bina tandas macam ni?.. pendapat saya memang tak sesuai la, cantik memang cantik tapi mat salleh kan guna air tak macam kita, kita ni tandas hampir 24 jam basah dan lembap. Tapi kalau yang pandai urus dan selesa dengan design macam ni why not give a try kan...untuk tandas masterbed room sesuai sangat.

Yang ni pulak ruang dapur, dining dan living area. Kalau tengok yang sebelum tu dapur macam tertutup dengan dinding lepastu ruang pun nampak kecik, tapi lepas di transform ruang jadi nampak lebih luas dengan open concept. Reka bentuk macam ni pun cantik sangat dan memang nampak luas, kalau ikut design rumah kita kebanyakan nya ruang dapur tertutup dan tidak terbuka terus dengan ruang tamu. Kalau guna open concept, nak menumis ke apa nanti satu rumah boleh bau pastu kena pulak masak kailan ikan masin masa tetamu datang semua pakat duk bersin sebab aroma terus direct menusuk hidung masing-masing...hihihi. Sesuai ke tak ya...hurmmm


Susun atur dapur, dining dan ruang tamu macam kat atas ni pun ok jugak kan. Sambil masak boleh tengok tv tak pun borak-borak dengan en.suami atau tetamu yang datang. Tak de la terkejar-kejar kat dapur..
Sekian dulu angan angan rumah impian untuk kali ni. Kita sambung berangan dalam next entry pulak.


LOVE,
Mcdaa.

Monday, 29 August 2016

Kronologi Tentang Rumah Kami

Hai semua...

Hari ni aku nak cerita lanjutan dari proses untuk membina rumah impian kami.
1 Langkah dah terlangkah..ehh..ehh..maksud aku langkah nya dah bermula. Proses untuk dapatkan tanah dan geran sudah hampir selesai.

Sekarang tinggal nak tunggu tukar milik nama geran secara sah dan bertulis. Lepas tu baru kita sambung ke langkah seterusnya.
Walaupun proses dapat tanah belum selesai lagi, tapi aku dah lama buat gambaran dan senarai kerja-kerja serta keperluan berkaitan dengan proses untuk menjadikan rumah impian ke realiti..

Aku kongsikan senarai yang dah aku list kan untuk tindakan selanjutnya. Jangan ingat proses ni senang macam goreng pisang ya. Proses untuk jadikan rumah impian sesuatu yang realiti sangatlah tidak mudah. Banyak cabaran, dugaan dan paling menguji kesabaran ialah MASA. Proses ni boleh ambik masa berbulan bulan malah bertahun pun mungkin jika kita tak rancang dan uruskan dengan sebaik-baiknya...cewahhh...Macam pakar berbicara pulak...hihihi

Antara senarai yang aku rancang;
1. Proses jual beli tanah dan tukar nama geran
2. Urusan loan peribadi untuk pembelian tanah (Ogos 2016)
3. Jumpa peguam untuk urusan loan pembinaan rumah, S&P, perkara berkaitan guaman dll (September 2016)
4. Jumpa kontraktor untuk urusan pelan lantai rumah,(October 2016)
5. Urusan dokumen loan
6. Urusan detail dan kemasan reka bentuk rumah
7. Pendawaian elektrik
8. dan seterusnya......sebab aku tak tau apa langkah seterusnya...hihihi

Bila urusan tanah selesai, langkah seterusnya ialah jumpa peguam dan bincang untuk perkara seterusnya. Sekarang peguam dah ada, sebab pernah jumpa dan berbincang dengan dia. So far, ok la. Aku pilih peguam ni pun sebab dia memang ada pejabat di daerah Machang. Dan kontraktor yang dia cadangkan tu pun satu pejabat dengan dia. Jadi kalau ada apa-apa masalah atau pertanyaan senang boleh terus ke pejabat dan tanya.
Cari peguam dan kontraktor yang senang untuk dihubungi dan dekat dengan sekitar kita. Sebab yang ni memang sangat membantu kalau kita nak komen atau mengadu apa-apa dengan diorang. Kalau jauh, mungkin masalah kita lambat untuk diselesaikan dan akan makan masa lama pulak untuk siapkan rumah.

Sampai sini dulu untuk senarai perancangan aku. Nanti akan bersambung selepas progress yang seterusnya....


LOVE,
Mcdaa.

Tuesday, 23 August 2016

Tapak Rumah

Assalammualaikum....

Kalau ikut tajuk tu nak cerita tentang rumah idaman aku.. tapi yang sebenarnya sampai sekarang masih belum mula apa-apa pun lagi. Dalam erti kata lain, nak buat rumah idaman apa nya kalau tapak rumah pun belum ada lagi....hukhukhuk...nangis japp.

Okeh...alkisahnya dah ada tanah kepunyaan dua sepupu yang nak dijual, dan kami laki bini pun dah setuju nak beli...cumanya sekarang sangkut tang Loan yang aku mohon untuk bayar tanah tu..

Hadoii...proses nak mohon loan tu satu hal, nak nego-nego harga tanah pun satu hal, nak mula kan permohonan loan tu yang makan tahun baru aku buat...aku pun tak paham dengan diri sendiri, kenapa asyik nak tanguh-tanguh je mohon loan tu...

Sekarang dah mohon, loan pun bank pun dah lulus, tapi masih tak masuk akaun aku lagi sebab surat pengesahan lantikan bos tak sign lagi....yang ni satu hal..uwaaaaaa.... nak meraung plak rasanya..
Tak kan la aku nak pergi paksa bos suruh sign borang permohonan aku tu cepat-cepat, nanti tak pasal kena sound dengan dia..ok...mungkin dia tak sound cuma macam tak elok la anak buah p paksa bos dia...hahhaahaha...ohhh bertabah lah...surat dah submit seminggu kot.

Baiklah....tak leh nak cerita panjang-panjang lagi tentang rumah idaman aku tu sebab hal tanah pun tak setel lagi sampai sekarang. Tunggu tanah dah bertukar milik, geran dah dapat kat tangan....pastu bermula episod cerita Rumah Idaman...ambik kau...berepisod bagai...hhuhuuhuuhu.
Dalam kepala otak ni dah macam macam angan-angan dan idea timbul...tak sabar dan rasa excited semacam je nih...hihihihi...

Sementara tu meh aku tunjuk sikit rupa rumah-rumah yang menarik perhatian aku dalam masa terdekat ni... Almaklum la, tiap kali tengok rumah-rumah kat tepi jalan yang sedang dalam pembinaan tu...perasaan dia...haisshhhh tau tau nak gambar apa..terawang awang kat dalam kepala rumah sendiri would be like.....








Cantikkkk kannnn........





LOVE,
Mcdaa