Powered By Blogger

Tuesday, 6 September 2016

BUNDLE.....?

Hai...

Bundle....
Sekarang en.suami dah balik kampung, dah berhenti kerja dan akan menetap dikampung dah. Bermula Ogos 2016 maka berakhirla khidmat kerja dia di USJ Selangor.
Ok, dia berhenti pun sebab dah tak tahan duduk jauh dengan anak isteri dia. Tiap-tiap hujung minggu mesti dia akan balik kampung, jadi jalan terbaik ialah berhenti kerja dan balik kampung...huhu

Bila dah balik, kerja masih belum dapat lagi pastu dia buat keputusan nak berniaga. Ok, dah nama pun bini kan kena la support en.suami tak kira la apa kerja sekali pun. Asalkan dari sumber yang halal dan selamat.

Maka dengan itu dia berhajat nak berniaga barang-barang bundle...huhuhu. Ok, ikhlas nya saya memang tak berapa nak layan sangat dengan dunia bundle-bundle ni, bukan berlagak kaya atau poket tebal ke apa...tapi, entah lah.

Barang bundle ni tak la teruk sangat, kalau jumpa yang ok tu memang ok la. En.suami cakap berniaga barang bundle ni dah macam gamble jugak masa cari benda semua tu. Sebab diorang akan pergi beli guni bundle, kat dalam guni tu kita tak tau apa yang ada. Contoh guni kain, kat dalam tu memang mak nenek kain semua ada la. Kadang yang underwear pun ada jugak.
En.suami pulak pilih untuk berniaga bag perempuan, sebab dia cakap berniaga bag perempuan ni cepat jalan dari bag lelaki atau barang-barang lain. Kata nya la...Sekarang ada la dalam 2 3 guni dia dah beli, dalam guni yang dia dapat tu bukan ada bag je, baju-baju pun banyak. Sebabkan dia just aim nak bag aje, makanya kain baju semua tu dia buang je kat tempat jual bundle tu, sebab malas semak kan rumah.






Satu guni yang en.suami saya beli tu berharga RM100. Dalam tu kan ada macam-macam, kalau nasib baik pilih guni yang ok boleh jumpa barang yang branded dan dalam keadaan yang elok, tapi kalau nasib tak baik dan pilih guni yang salah...alamat nya yang dapat cuma sampah je la...tu la maksud gamble dalam berniaga bundle ni.


Apa pun yang dia pilih, saya sebagai isteri akan tetap support dia dan sentiasa ada dibelakangnya. Dan sentiasa berdoa supaya dia sentiasa dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan dan sihat sentiasa..Aminnn..

No comments:

Post a Comment