Powered By Blogger

Thursday, 8 September 2016

Pertama kali Audit Hospital

Hai semua...

Ni cerita semalam, kira throwback jugak lah. Semalam tak masuk pejabat sebab dilantik untuk jadi juruaudit. Pertama kali dapat peluang untuk pergi keluar audit, walaupun kat dalam negeri ni je tapi pengalaman pertama kali tu sangat la bermakna. Aku masih merangkak lagi dalam kerja-kerja auditing ni. Belum mahir sangat lagi tentang selok belok kerja pengauditan ni. Selalunya aku yang diaudit, tapi sekarang aku dah ada peluang untuk audit orang lain pulak, ehh bukan audit orang tapi audit premis dan sistem...hihi

Cerita semalam, dalat peluang pergi Audit Dapur Hospital Pasir Mas. Oleh kerana aku masih newbie, jadi aku cuma sebagai juru audit pelatih sahaja ya. Mula-mula tu memang rasa gementar dan cuak jugak la, sebab pengalaman pertama kot, lepastu pengarah hospital pun join sama masa opening meeting. Risau jugak, kot la dia ikut sekali masa audit dapur nanti.
Tapi, biasa la orang atasan ni banyak sangat urusan penting yang perlu dihadiri, maka pengarah hanya join masa opening meeting sahaja. The rest, pegawai terlibat yang akan uruskan.
Dapur hospital ni tak ada la besar sangat pun, kecik je dapurnya. Dapur yang digunakan untuk sediakan makanan untuk pesakit dalam wad. Atau dalam bahasa hospital dapur penyediaan diet pesakit. Diet ok, sebab tu la rasa makanan dia..korang paham sendiri la kan..hihi

Kami mula audit dari jam 9 pagi dan selesai semua hingga ke closing meeting pada jam 4.30 petang. Seharian jugak la duk kat dapur hospital tu. Lepas audit, bincang pasal penemuan lepas tu buat report dan akhir sekali closing meeting iaitu pembentangan tentang penemuan kami. Oleh kerana dapur hospital ni adalah premis bawah jabatan yang sama dengan kami, juru audit ni makanya banyak kelonggaran jugak la yang diorang dapat. Lepas tu apa-apa penemuan yang sikit-sikit tu kami just bagitahu secara verbal sahaja kepada pegawai bertugas, untuk tindakan penambah baikkan dimasa akan datang.








Ok...ni gambar juru audit yang tak bertauliah tu..hihi. Diornag siap sediakan bilik rehat untuk kami. Tapi guna nya tak sampai 15 minit pun. Just untuk solat je, lepas tu sambung balik kerja.
Dalam nak mula audit tu, tiba-tiba rakan sekerja wasap tanya free tak pada 21hb nanti, katanya nak ajak pergi audit hospital Kota Bharu pulak. Ohh hoiii...tetiba pulak datang peluang kedua, dan kebetulan tarikh tu tak ada hal, so terus setuju.
Ok untuk next audit, kita dah kena improve skill sebab dah alami pengalaman audit dan dah tahu sikit sebanyak tentang audit dapur hospital. Harap nya nanti ok lah, tapi hospital Kota Bharu tu dua kali ganda dari hospital Pasir Mas kot...hurmmm



LOVE,
Mcdaa.

No comments:

Post a Comment