Powered By Blogger

Monday, 19 September 2016

BOKITTA DARI THAI


Hai...

Tudung Bokitta..tudung sarung atau pinless tudung, sarung dan siap. Senang dan cepat. Dulu tak kenal pun dengan tudung brand Bokitta ni. Tapi satu hari tu kawan post gambar kat wasap, aku tengok tudung dia cantik je, corak pun rare. Dia ni jenis yang tak pernah dan tak pandai pun pakai shawl, tapi bila pakai Bokitta nampak macam dia pakai shawl. Bila diterangkan baru la aku kenal brand Bokitta ni, brand mahal rupanya..Semua nya harga seratus keatas, tapi corak dia memang cantik dan menawan hati sungguh.

Nak tengok corak dan design tudung Bokitta korang boleh google nanti keluar macam-macam page yang jual tudung ni. Website rasmi Bokitta ada, website agen pun ada tapi yang aku nak cerita ni bukan dari hasil penemuan google...












Aku pernah ternampak kawan FB post pasal tudung Bokitta. Aku macam berminat nak beli satu, cantik kan sape tak nak. Terus pm dia tanyakan detail. rupanya dia ambik stok dari Thailand..huhu. aku rasa yang Thai punya ni yang ciplak kot, tapi entah la. tak berani pulak nak tanya detail..

Orang buat bisness tak baik kita kacau, lain la kalau betul-betul nak beli memang la aku akan korek sampai lubang cacing pasal status tudung ni. Tapi oleh kerana dari awal aku dah frust sebab bila tanya harga...katanya RM60. Mahal kot dah la bukan original Bokitta, kain macam mana pun tak tau, tak sanggup aku nak habiskan duit untuk tudung tak original dengan harga seperti sedemikian rupa..ohhh tidakkkk..kalau 30 40 mungkin la boleh dipertimbangkan, tapi bila dia bagitahu rm60 dan pilihan corak pun dah tinggal satu je, memang aku terus tak jadi nak beli..huhu

Sebab aku rasa kalau beli blah-blah sana tudung tu boleh dapat murah kot. Macam tudung neelofa yang kain lembut tu, lupa apa jenis kain tu. Sarung siap, yang macam shawl tu, adik aku jumpa kedai ciplak dia dekat vietnam. Murah gila kot dalam rm20 lebih sehelai kalau tak silap aku, kalau yang original dalam 70 80 kot..berbaloi la nak beli kalau harga separuh dari harga original, siap ada tag brand tu lagi..
Sekian...tu je nak cerita tentang tudung Bokitta ni... =)


LOVE,
Mcdaa

No comments:

Post a Comment