Hai semuaa....
Last week aku ada beli handbag brand Charles & Keith di Lazada.com.
Oleh kerana produk tu shipment nya dari oversea, maka nya dijangka sampai hujung bulan ni la.
Fuhhhh....lama tu nak menunggu hujung bulan baru boleh merasa pakai handbag baru..sabooo la nak oiii...
Sebenarnya ada cerita nak dikongsikan pasal pembelian ni...huhu. Alkisahnya, aku dah lama duk usha handbag brand C&K ni. Usha punya usha jenis handbag yang aku berkenan tu punya la mahal nak mamposss..bagi aku yang duit tak berapa nak ada ni memang mahal la kalau rege dia 200-300 ratus. Mampu je, tapi ikat perut la sikit bulan tu. Bukan jenis aku kot guna pepatah biar papa asal bergaya tu. Memang not me at all la..
Bila jumpa handbag ni, aku dah click masuk list pembelian dah. Harganya RM220 free shipping. Ok macam biasa proceed ke next step masuk kan alamat semua, pastu dah tekan cara payment. Online payment, dah key in semua tinggal nak confirm kan TAC no je lagi. Ok hold, tak jadi buat bayaran..hahahahah
Seminggu jugak aku biarkan macam tu, tapi hari-hari duk tilik list tu. Lazada pun dah email pasal order yang tak selesai tu. Diorang wonder kot nape aku tak buat bayaran..sebenarnya aku sayang kot nak bayar handbag dengan harga banyak tu...44 kali aku duk pikir masa nak bayar tu.
Last aku buka lagi sekali website Lazada, search dekat handbag brand C&K TU, sekali aku tengok harga ada dua nilai yang berbeza. Satu gambar RM220 dan satu lagi RM195. Aku tak pasti kenapa ada harga 2 nilai yang berbeza tapi bag nya sama je. Mungkin dari seller berbeza kot, lupa nak check nama seller. Sebab dalam Lazada ni kan ada pelbagai seller yang jual produk yang sama. Last-last dapat rege tu dah tak pikir panjang la, time tu jugak buat payment..hihi. Kan dah save RM25, bijak tak....hihihi
LOVE,
Mcdaa.
No comments:
Post a Comment