Powered By Blogger

Thursday, 15 September 2016

Bundle ; handbag coach

COACH

Aku tak ada la fanatik sangat dengan brand yang super mahal nak mampus ni..hihi. serius memang mahal gila dan memang tak pernah mimpi pun nak pakai handbag coach ni. Yang setakat mampu Guess je la..Tu pun sebab en.suami bagi masa hantaran kahwin. Kalau tak, memang tak merasa la.

Oleh kerana en.suami aku kan berniaga bag bundle, jadi bila buka guni bundle yang dia beli tu akan jumpa la macam-macam jenis jenama handbag yang muncul. Yang aku tak kenal dan tak pernah dengar pun ada. Entah tu barang brand yang mahal atau tu just brand local yang biasa murah-murah je..aku tak pasti. en.suami aku pulak senang je, bila buka guni bag, tengok bag mana yang elok dan boleh dijual dan mana yang dah memang teruk gila dia akan asingkan siap-siap. Lepas dah asingkan mana yang elok untuk dijual tu, dia akan google jenama yang ada dekat bag tu, kemudian baru dia tahu jenama tu mahal atau so-so je..


Tapi coach yang dalam gambar ni bukan en.suami aku yang jumpa masa buka guni, ni hasil pembelian kawan dia. Rezeki kawan dia dapat bag jenama dalam guni yang dia beli. Pastu laki aku wasap tanya nak tak beli bag coach ni, kawan dia bagi harga RM150. Perghhh gila mahal...bagi aku mahal la sebab bundle kot. Tapi en.suami pulak cakap tu dah kira kawan dia jual murah dah dengan harga tu..okey...huhuhu..
Tapi aku tak ambik pun sebab aku baru je beli handbag Charles & Keith dekat Lazada. Belum sampai lagi...hihi


LOVE,
Mcdaa.

No comments:

Post a Comment