Powered By Blogger

Tuesday 6 September 2016

Pensijilan MeSTI

Hai..

Cuma nak berkongsi sedikit mengenai Skim Pensijilan MeSTI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Skim pensijilan ni adalah Percuma ya. Dan sijil sah selama 3 tahun.

Skim ni sesuai untuk IKS dan industri kecil yang berhajat untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap program jaminan keselamatan yang dilaksana di kilang mereka.

Kami di pihak daerah terutamanya sangat-sangat mengalakkan IKS untuk memohon pensijilan ini dan kami akan bagi bimbingan secara percuma je untuk IKS, bimbing hingga lah mereka mendapat sijil. Baik kan...hihi


Kepada mana-mana penggusaha yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai pensijilan ni di website rasmi KKM iaitu fsq.moh.gov.my atau bkkm.gov.my. Kat situ boleh terus daftar dan download garis panduan untuk pensijilan MeSTI.

Nak bebel tentang pensijilan ni sebab tak banyak industri yang nak mohon. Mohon la ya, nak maklumat lanjut dengan saya pun boleh.



LOVE,
Mcdaa

No comments:

Post a Comment