Powered By Blogger

Thursday 8 September 2016

HGTV ; Rancangan TV untuk inspirasi design rumah

Hai semua..

Sekarang ni petang malam mesti nak tengok tv show di channel HGTV astro 731. Serius, dah macam addicted dengan rancangan kat dalam channel ni. Sebab kebanyakan nya tentang nak design rumah gaya moden, dan renovate rumah la, rumah kecik la, rumah dengan pemandangan indah di laut la, dan macam-macam lagi lah.

Best sangat bila tengok bab cerita yang buat renovation rumah tu. Terus termimpi mimpi dapat miliki rumah macam dalam tv tu..hihi. Insha allah suatu hari nanti, amin kan dulu..

Antara favorite tv show yang aku selalu layan ialah;

1. Flip & Flop
Tentang suami isteri ni yang hunter rumah yang dilelong atau dijual dengan harga berpatutan, lepas tu buat 100% perubahan dalam rumah tu. Biasanya diorang cari rumah yang orang dah tak nak duduk, rumah macam dah usang usang sikit atau pun rumah yang dilelong. Sebab rumah ni boleh dapat harga murah dan lagi senang diorang nak renovate baru. Selesai renovate, diorang akan masukkan rumah tu dalam pasaran. Rumah yang lengkap dengan semua kemudahan dan perabot ni boleh bagi untuk yang banyak.



2. Listed Sister
Yang ni pulak tentang dua beradik yang bekerja sama tolong keluarga atau pasangan yang nak cari rumah baru. Diorang akan tolong cari kan rumah ideal seperti yang diminta oleh pelanggan lepas tu dalam masa yang sama tolong jual rumah yang sedia ada. Kira nya diorang tolong orang yang nak jual rumah dengan renovate dan reka bentuk rumah tu supaya dapat pikat pembeli baru. Bila ada pembeli, pasangan yang nak jual akan dapat untuk dan dapat la beli rumah idaman mereka. Manakala dua beradik ni pulak akan hias rumah dan buat rumah nampak menarik untuk dijual.




3. Love it, or list it.
Sorang design rumah sorang lagi agen hartanah. Yang si agen hartanah akan nilai harga rumah ikut pasaran semasa, lepastu carikan rumah ideal untuk pelanggan ni. Manakala dalam masa yang sama si designer rumah pulak akan tinjau rumah dan akan buat perubahan pada rumah tersebut. Bila dah siap renovate cat dan semua tu, diorang akan tanya tuan rumah sama ada nak jual rumah yang dah diubah lepastu beli rumah baru yang agen hartanah tu cari, atau nak stay kat rumah tu dan bayar upah renovate.


Dan pelbagai lagi rancangan yang sangat la banyak kalau nak diulas kat sini. Nak tahu lagi detail maklumat atau apa-apa cerita tentang pengubahsuaian rumah, korang rajin kan diri google HGTV nanti akan keluar web site dan semua rancangan ada kat situ.



No comments:

Post a Comment