Buka memory phone yang dah nak penuh tu, terjumpa pulak si kenit rambut kerinting ni. Alahai kerinting nya rambut awak ya, bergulung-gulung dah rambut tu. Ikutkan ibu tak ada lah suka sangat dengan rambut kerinting ni yang disimpan panjang. Ibu kalau boleh nak awak rambut pendek je.
Dalam ramai-ramai awak sorang je yang ikut nenek, berambut kerinting. Orang lain semua rambut ala-ala blonde gitu, ikal mayang tapi awak kerinting terus...hihi
Tapi takpe, barang rare ni selalu jadi perhatian lebih sikit dari yang normal ni. Ok lah, dari langsung tak tumbuh rambut kan.
Muka comot je kan..masa ni si kenit kerinting ni demam selesema hidung tu asyik beringus je manjang. Tapi alhamdulillah si kenit ibu ni kalau demam tak de la teruk sampai kena masuk wad. Seingat ibu, si kenit ni belum pernah masuk wad lagi. Alhamdulillah, semoga sentiasa sihat dan cergas selalu ya sayang ibu.
Rupa si kenit ibu bila rambut dipotong pendek. Macam ni la baru handsome boy kan. Masa ni tak silap musim kemarau teruk tu, hujan yang memang berbulan tak turun. Habis semua tanah kering kontang, rumput pun dah mati dan mereput macam tu je sebab langsung tak ada hujan.
Budak-budak seronok la main kat padang sebab rumput tak ada, lalang-lalang semua pun takada, padang clear je ibu pun terasa macam nak join korang main..hihi
Ramai yang cakap muka awak sama macam ibu. Anak ibu kan mesti la muka macam ibu. Dan mesti jugak kuat, tabah sama macam ibu ya..aminn...
MUHAMMAD FIR AMMAR FITRI BIN MOHD FIRDAUS
LOVE,
Mcdaa.
No comments:
Post a Comment