Hai semua..
First of all, aku ni bukan la peminat jam tangan jenama G-Shock ok. Tapi oleh kerana jam ini pemberian ikhlas dari en.suami, jadi aku pun akan mengikhlaskan diri memakai jam ini..huhu
Aku pun tak tahu pemberian ni bersempena dengan apa. Bukan hadiah birthday, pun bukan hadiah anniversary kami..entah lah, malas nak tanyak banyak-banyak dah orang bagi lagi mau tanya itu ini..
Katanya beli online, dekat page apa tah yang kena buat bidaan tu, seller open harga rendah pastu sapa yang berkenan korang up la harga, lawan up harga sampai la dipersetujui oleh seller dan orang lain dah stop bida. Lebih kurang macam tu lah. Harga asal aku tak ingat, tapi harga last yang en.suami dapat RM300.
Patutnya dia belikan aku Baby-G baru la sesuai aku nak pakai datang kerja. Tapi yang dapat ni bapak punya besar gila kot dengan tangan aku ni...redha kan je laa....
Motif??
Hahahahha...takde motif pape pun. Masa ni kat dalam bank, tengah tunggu loan approved. Ok, kaitan nya ialah masa itu emas......
LOVE,
Mcdaa.
No comments:
Post a Comment