Assalamualaikum...
Hai...
September 2016, Ammar genap 2 tahun 2 bulan. Masa lahirkan Ammar dulu, aku czer. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, jadi jalan terakhir adalah czer. Kalau ikutkan, mestilah nak bersalin secara normal, tapi apakan daya dah takdir aku macam ni. Czer, ada kebaikan dan kelebihannya tersendiri. Tapi bagi aku banyak kekurangan kalau bersalin secara czer. Penjagaan pantang yang berpanjangan, bukan pantang makan je, pantang jalin hubungan dengan pasangan pun agak lama.
Kalau dah bersalin czer dan ikut nasihat doktor, paling kurang kena jarakkan kehamilan seterusnya selama 3 tahun. Jadi, dalam tempoh tiga tahun ni memang tak digalakkan untuk mengandung lagi. Sebab takut luka pembedahan belum baik sepenuhnya dan takut ada komplikasi lain masa hamil nanti.
Jadi, terpaksala aku ambik pil perancang. Sebab takut kalau-kalau terhamil dalam tempoh sebelum 3 tahun ni. Tapi ada je kawan aku yang tak ambik pil perancang dan rancang sendiri. Dan ada jugak yang hamil lepas setahun bersalin czer. Sebenarnya boleh, tapi kalau terjadi apa-apa risiko sendiri kena tanggung.
Aku ambik pil perancang selama setahun, lepastu stop ambik dah. Sebab dengar-dengar dari kawan yang ambik pil perancang, untuk dapat peluang hamil yang seterusnya agak ambik masa yang lama. Mungkin kesan dari pil perancang tu. Dan sekarang aku dah alaminya. setahun dah tinggalkan pil perancang, tapi masih belum ada tanda-tanda untuk hamil kali kedua.
Dalam tempoh setahun lebih ni, aku dan suami duk berusaha tapi masih belum berjaya. Mungkin belum rezeki aku lagi, atau mungkin jugak kesan dari pil perancang. Mana satu penyebabnya aku tak pasti, tapi yang pastinya kami tetap akan berusaha dan tak kan putus asa.
Aku ada terbaca asid folic bagus untuk ikhtiar hamil. Selain dari produk sheekle dan susu kambing sunnah yang tengah hot sekarang ni, mungkin bagus jugak aku cuba makan vitamin asid folic ni.
Hasil dari carian google, memang banyak maklumat tentang kebaikan asid folic untuk yang sedang ikhtiar hamil macam aku ni. Mungkin aku patut try dulu lepastu kita tengok hasilnya nanti.
Selain tu jugak, tak boleh bergantung pada asid folic semata je, kena jugak rancang waktu subur aku dan suami bila. Untuk perempuan macam aku ni, kena kira kitaran haid dan aim waktu subur. Biasanya hari ke 14 sebelum kitar haid seterusnya. Jadi kena kira betul-betul waktu sesuai untuk lakukan hubungan supaya berhasil.
Dan waktu subur bagi lelaki pulak ialah waktu pagi dari pukul 3 pagi hingga subuh. Info ni pun aku dapat hasil dari google penulisan dari belog-belog kesihatan. Waktu macam ni, penghasilan sperma sangat banyak dan peluang untuk berjaya jugak sangat tinggi.
Jadi, untuk next kehamilan aku perlukan perancangan dan usaha yang lebih tak macam kehamilan pertama dulu. Dulu, lepas kahwin 3 atau 4 bulan baru la aku mengandung. Jadi nak cakap tak subur, tak jugak la sebab awal-awal kahwin dah boleh hamil. Tapi tak semestinya jugak, sebab makin tambah usia kita makin tak subur tambahan pulak kesan pil perancang mungkin juga faktor kenapa sampai sekarang masih belum hamil lagi.
Walau apa sekalipun alasanya, semuanya adalah ketentuan Allah. Rezeki anak datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. Kita kena sentiasa berdoa mohon padanya sebab hanya dia lah yang berkuasa keatas setiap kejadian yang berlaku..insaf kejap...huhu
Semoga aku dan suami dapat keberkatan dan dikurniakan rezeki anak sementara kami masih ada kudrat untuk membesarkan zuriat kami...amin.
LOVE,
Mcdaa.
No comments:
Post a Comment