Powered By Blogger
Showing posts with label Review Makanan. Show all posts
Showing posts with label Review Makanan. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

Nasi dan Air Asam Perut di Suliza Kota Bharu

Hai...

Hari ni share makanan kegemaran suami aku. Dia ni jenis yang susah sikit kalau bab makan makan ni. bagi aku dia ni memilih tapi dia cakap bukan memilih. pening kan...mana tak pening, aku cakap memilih sebab dia cuma akan makan makanan yang dia suka dan dia biasa makanan. kalau bagi dia try makanan yang dia belum pernah makan, sah sah dia tak kan cuba. pujuk la macam mana sekali pun dia tetap tak kan jamah makanan tu walaupun cuma untuk merasa.
kalau dah perangainya macam tu, sah sah la tu namanya memilih makanan. apa yang dia makan cuma ayam, daging, sotong, kailan ikan masin dan ikan yang bersaiz besar. tu je makanan dia, kalau masak selain dari yang ni memang dia tolak.

dan air asam perut lembu ni pulak one of his favorite dish. maklum la orang kelantan memang famous dengan air asam perut ni. sape je yang tak suka makanan ni kan, boleh dikatakan ramai orang suka termasuk la aku sendiri. sedap sampai menghirup kuah hingga ke titisan terakhir..haaaa lebih kurang macam tu la perumpamaan sedapnya air asam perut ni.

tapi air asam perut ni ada macam macam jenis perut jugak. laki aku tu perut bulat dia tak suka. perut bulat ni kalau makan kena berhati-hati sikit. sebab bentuk dia bulat bulat takut orang yang masak perut ni tak cuci betul betul nanti masa makan terburai habis keluar isi perut yang tak cuci tu. korang tau kan apa yang berkemungkinan ada dalam perut bulat tu...hihihi. (kalau yang tak tahu, dalam bahasa sopan dalam perut tu mungkin ada sisa makanan lembu yang tak sempat dihadam lagi).
jadi kalau nak selamat dan tak nak benda asing merosakkan mood selera makan korang, sebaiknya pilih la perut lembu yang berlipat lipat tu. apa tah nama perut tu..

kalau korang datang kelantan, aku cadangkan korang try makan air asam perut ni. cari la kat mana mana kedai makan disekitar sini. banyak je kedai yang jua air asam perut ni. dan yang aku nak share ni yang latest kami makan di Kota Bharu tempoh hari. kedai suliza air asam kalau aku tak silap.
betul betul berhadapan dengan bangunan wisma kota bharu, senang je nak jumpa kedai ni.
kedainya tak la besar sangat, lot kedai biasa je. tapi time lunch hour agak padat jugak la.

harga makanan kat sini boleh tahan la, tak mahal sangat pun. untuk dua orang makan kurang dari rm20. dan pilihan menu dia pun tak banyak. jadi service kat sini pun agak cepat jugak la, ya la sebab menu tak banyak pilihan kan semua makanan dalam menu tu dah stanby tinggal nak serve bagi pelanggan je.
antara menu yang aku ingat ialah tentu tentu la air asam perut, daging bakar, dan ayam bakar. sebab ni menu yang kami order..huhu




Air asam perut ni simple dan mudah je bahan bahan nya. nak buat pun mudah je, tapi makan masa yang lama. makan masa tu sebab nak bersihkan dan masak perut lembu tu bukan sekejap je. berejam jugak la kena rebus perut tu supaya dia betul betul empuk dan boleh dihadam. kalau setakat rebus sekejap je memang lenguh la gigi korang nak mengunyah perut tu, silap gaya langsung tak boleh nak telan.

nak cuci perut lembu ni pun satu hal jugak. time korban lembu aku pernah jugak tolong tolong bersihkan perut lembu ni. makaihhh nak siap kan cuci perut tu mau nak patah pinggang aku nih punya la lenguh. ya la nak bagi betul betul cuci bersih putih mulus memang kene buat elok elok.

tapi pak cik aku pulak lain ceritanya, dia cakap kalau basuh perut tu jangan kasi cuci bersih bersih sangat, tinggal kan sikit kesan kesan perut lembu tu supaya ada bau bau lembu sikit baru la umphhh.macam ni pun ada....hahhaha

untuk resepi air asam perut lembu ni aku ada share di sini Air Asam Perut
yang aku share ni versi nenek aku punya. memang air asam terbaikkk lahh.


sekian dulu ya...


LOVE,
Mcdaa

Thursday, 29 December 2016

Kerepek Emping pahit

Hai...

Just nak share rare food, for me la. sebab till now still dont know the exact name kerepek ni. alkisahnya mak aku suka sangat dengan kerepek ni. sebab dulu dia pernah tinggal kat utara masa tu ikut ayah yang bertugas kat sana. masa dia menetap kat sana la dia kenal kerepek ni.
sejak dari tu, asal pergi belah sana je tak pun sape sape ahli keluarga yang kena dia mesti akan kirim kerepek ni.

rasa kerepek ni pahait, kami adik beradik memang tak pernah nak suka dengan kerepek ni.
dia suka la sebab makan tak berebut..hihihi...
tiap kali lepas goreng kerepok ikan untuk kami adik beradik, mak mesti akan goreng kerepek ni. tapi tu la, kerepek ni susah nak cari. kawan cakap ada je jual kat kelantan ni, tapi aku belum pernah jumpa lagi. tak silap nama kerepek ni malinja. entah betul ke tak.
oleh sebab kat sini susah nak dapat, terpaksa la dia berjimat cermat. tapi kadang kedai di stesen minyak ada jugak yang jual kerepek ni.

rasa kerepek ni sangat la pahit, memang tak sedap. tapi...guess what?? tiba tiba entah macam mana ceritanya aku dengan adik aku si zurah ni boleh pulak tersuka tanpa sengaja...hahhhaha
aku pun terkejut masa tahu yang dia pun suka jugak kerepek ni walaupun rasanya pahit.
dia boleh suka sebab katanya masa dalam perjalanan nak balik kelantan dari kl (kan dalam 6 ke 7 jam perjalanan) dia singgah stesen minyak pastu beli kudap-kudap nak makan masa dalam perjalanan. ternampak kerepek ni, teringat kat mak terus dia beli.
memang dah tau pahit, tapi sebab teringat kan kat mak dia beli jugak sebab nak rasa lagi sekali kenapa mak boleh suka sangat dengan kerepek ni.

bila dalam perjalanan tu boleh pulak dia tibai makan habis satu bungkus kerepek tu. lepas makan dia cakap takde pun rasa pahit melekat or any after taste yang wujud. tapi mulut rasa macam manis-manis pulak. sejak dari tu terus dia pun terjebak sama dengan mak aku.

tapi betul la, kerepek ni memang rasa pahit pada awal kita makan tu. tapi lepas lama-lama tu akan rasa manis di hujung hujung tunas rasa. bagi kami rasa yang macam tu sedap...hihi
mak aku suka benda pahit pahit ni, maksud aku apa apa jenis makanan yang pahit la sebab katanya benda pahit ni bagus untuk kesihatan dan banyak manfaat. 
sebab tu la kot dia walau umur dah lewat 50-an tapi alhamdulillah sihat dan tak ada penyakit.




warna dan rupa kerepek ni hampir sama macam keropok berperisa udang tu. tapi rasanya memang totally different la. agak keras sikit kalau nak banding dengan kerepok ikan atau keropok berperisa udang tu. harga kerepek ni untuk yang mentah sekilo rm16 - rm17, boleh tahan jugak la harga nya. tapi kalau yang dah siap goreng dan pack yang macam jual kat dalam kedai di stesen minyak tu agak mahal.

aku sendiri pun tak pasti apa nama kerepek ni yang sebenarnya dan dari apa asal kerepek ni. kalau keropok ikan tu aku tahu la, berasal dari tepung ubi dan isi ikan, yang keropok berperisa udang tu pulak haaaa....korang jangan tertipu ya. keropok berperisa udang tu asalnya dari tepung ubi atau tepung sagu atau apa-apa je tepung yang dicampurkan dengan perisa. perisa sintetik atau lebih senang cakap bahan kimia sebab bukan nya dari udang yang asli.

betul pepatah cakap....tak kenal maka tak cinta....tak rasa maka tak tahu la kenikmatan nya. haaaaa gitu....




LOVE,
Mcdaa

Thursday, 1 December 2016

Kedai KEK Viral Di Bachok

Hai...

Just nak share apa yang tengah hot sekarang dekat area sini. Tak tau la kalau ada yang dah pernah jumpa facebook or dari mana-mana blog tentang kek viral ni.
Tapi rasanya masih baru sangat-sangat lagi kek viral ni muncul kat laman sosial. Dan peniaga ni pun baru je buat promosi kek murah ni.
Di Bachok ni, memang banyak sangat orang yang berniaga kek, roti dan pelbagai lagi. Setiap pelusok kawasan kot mesti ada kedai kek. Sama ada kedai kek yang macam outlet tu, yang buat lepastu terus jual kat kedai tu jugak, tak pun ada jugak yang buat di bengkel dan dipasarkan ke luar. 

Tak kisah la buat kat kedai ke atau kat bengkel ke, yang penting kek yang dihasilkan sedap-sedap dan murah. Murah tu paling penting. Sebab tu la muncul kek viral yang murah ni. Ok, satu kedai ni kek dia sebijik cuma RM9.90 je. Ada pelbagai jenis pilihan kek. Murah kan...mana nak dapat sebijik cuma RM9.90 je. Dah la sekarang ni semua barang naik harga, tapi tu lah strategi diorang kan pandai cari peluang dan berfikiran kreatif.

Kedai kek yang sebijik RM9.90 ni pukul 9 pagi diorang dah beroperasi dah. Dan orang ramai pun datang seawal pagi lagi untuk dapatkan kek murah ni. Kalau lambat, atau sampai time puncak memang kena beratur la jawabnya. Penangan viral kan...huhu
Dan murah dan sedap...sah sah la berduyung orang yang datang dan sangup beratur panjang.





Dan satu kedai ni pulak pun sama jugak, jual kek murah. Tapi dia ada masa-masa jugak untuk jualan kek tu. Kedai kek seringgit ni, untuk 1 slice diorang jual seringgit. Tapi ada jugak jual sebijik, RM7.00. Pun murah jugak kan. Untuk yang RM1 per slice tu, diorang cuma buat untuk certain amount kek je. Maksudnya kalau dah habis diorang tak kan tambah stok lagi. Dan untuk yang kek sebijik atau kek keluarga tu pun sama jugak. Untuk sehari ada kuantiti tertentu je, sebab tak cukup manpower. Siapa cepat dia dapat la. Kek keluarga atau sebijik ni dia mula jual dari pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang kalau tak silap aku la. Dah lupa dah...hihi

Tak rugi pun beli kek ni sebab memang sedap, berkualiti dan murah. Kek yang sama macam ni kalau kat tempat lain mungkin harga sekali ganda. Atau berganda-ganda, sebab bukan yang premium macam kek secret tu, kek yang macam kat kedai kek yang biasa-biasa tu, tapi penggusaha ni sangup turunkan harga.
Tapi sebenarnya kan, nak cakap diornag dapat untung sikit je dari jualan ni tak jugak. Sebab bagi aku, kalau ko produce kek premium dalam kuantiti yang sikit, tapi ada certain customer yang willing to pay for higher prices, then sama kes macam you produce cake with low price but in high quantity then you still can generate money...rite??


Ni gambar kek yang aku dapat merasa, kalau tak silap kek tiramisu kot sebab ada macam rasa kopi sikit. Yang ni dari kedai kek RM9.90 sebiji, walaupun harga murah tapi kualiti tetap ada sebab sedap dan berbaloi dengan harganya. Sekali hadap sorang pun boleh habis makan, tak macam sesetengah kek yang murah tu, dah la tak sedap lepastu bila makan terus 'out' sebab macam tak boleh nak telan. Yang ni ok, tambahan diorang guna whipping cream sebagai topping kat atas kek tu bukan guna aising atau butter sebagai topping sebab tu la sedap dan tak cepat muak. Tak rugi pun kalau nak try beli kek ni.



LOVE,
Mcdaa

Monday, 14 November 2016

Kuih Bahulu akok atau Akok Bahulu

Hai...
Assalamualaikum...

Orang Kelantan memang sangat sinonim dengan kuih akok. Dan aku pun tergolong dalam kalangan yang gemar makan akok. serius sedap sangat akok ni kalau nak dibandingkan dengan kuih-kuih lain yang pernah wujud kat Malaysia ni..haaa sampai macam tu sekali tekak aku merasa kesedapan kuih akok ni.
Kalau yang tak tahu dan tak pernah makan atau jumpa dengan kuih akok ni, kuih ni diperbuat dari telur dan santan. dan kandungan gula dalam kuih ni jugak agak tinggi la bagi mereka yang jaga pemakanan tu. Sekadar makan 1 2 biji insha allah takde nya sampai boleh dapat penyakit kencing manis ke apa..hahhha..jangan risau ya. sila la mencuba nya jika ada kesempatan, banyak mitos yang bagitahu makanan ni tak sihat dan manis yang melampau, tapi korang jangan la percaya seratus peratus, cuba dulu kemudian baru komen.

Okeh..sebenarnya aku nak cerita mengenai kuih akok yang baru aku makan semalam. ehhh jap...akok ke bahulu erk? aku pun konfius sebanarnya...hahhhaha. pertama kali kot aku jumpa campuran antara kuih akok dan bahulu ni. sangat kreatif otak si penjual tu kan, siap cipta makana baru tu.
Dah tu, konfius lagi sekali nama kuih ni akok bahulu ke atau bahulu akok??
Kawan aku cakap kuih ni dia panggil akok tak menjadi...pun bolehhh..hihihi



Nampak tak? layer atasnya akok, bawahnya pulak bahulu


Tapi layer akok nya tu cuma secoet je la, tak tebal sangat

Kalau korang perhati gambar kuih akok bahulu tu, layer akok nya nipis je takde la tebal sangat. Kalau yang tak suka manis-manis dan jaga pemakanan layer nipis macam tuh sangat sesuai dengan citarasa korang. Tapi bagi aku si pengemar akok ni, tentu la nak layer yang tebal baru la terasa akok tu. tapi yang ni, layer bahulu yang lagi tebal. 
 Mungkin kuih ni lebih sesuai diberi nama bahulu akok la kot sebab bahula yang mendominasi kandungan kuih ni, macam tu baru sesuai.
Sedapnya lahai...meleleh leleh dah ni haa tengok gambar semalam...hhuhuuh.

Kuih ni aku jumpa kat kedai di dalam bandar Machang. Harganya pulak sebijik RM0.50. not bad la harga tu, sekarang apa je yang murah kan semua mahal-mahal..



LOVE,
Mcdaa

Monday, 7 November 2016

Chicken Pie; Gagal

Hai...

Haru sungguh kalau mood rajin memasak datang tapi dibantutkan oleh hasil masakan yang tak berapa nak membanggakan diri ini..stress makkk!

Biasala bagi tukang masak yang tak berapa nak pro macam aku nih, kadang masak tu menjadi dan laku macam goreng pisang panas, siap dapat pujian melambung-lampung kembang kempis lubang idung nih.
Tapi ada jugak kadang tu yang masakan kelaut..hahhah. 3 hari pun tak luak-luak jugak, lastnya masuk ke dalam tong sampah.sadiss bagi kesudahan makanan tersebut.

Selalunya orang share resepi dan teknik-teknik masakan yang menjadikan, tapi kali ni aku nak share kesalahan-kesalahan yang akan atau sering berlaku dalam masakan. Ok masakan yang aku nak bincangkan kesalahanya adalah masakan yang diberi nama Pai ayam atau chicken pie.

Sebenarnya dah banyak kali pun buat pai ayam ni, tapi entah kenapa kadang masih ada jugak kejadian yang gagal macam kes yang nih.
Kalau korang ada kerajinan, masa nak buat pai ni korang kena sentiasa ikut step satu satu dan follow setiap step seperti yang dinyatakan dalam resepi yang korang refer tu.
Jangan cuba-cuba nak menderhaka atau skip step masakan macam yang aku buat nih. Selalu nya kes-kes gagal ni sebab tak ikut step dengan betul la. Lepastu berani pulak murka dengan resepi, sekarang dah mendapat lah..hukhuk

Masa nak buat inti pai ni, pastikan korang betul2 masak dengan sebaik  mungkin, kalau boleh jangan ada ganguan lagi bagus. Sebab masa aku buat inti pai ayam ni, ganguan dari si kecik kerinting tu sangat la mencabar. Berbelit-belit dekat kaki ibu, lepastu duk main selak-selak baju ibu. Tak cukup dengan tu main tarik-tarik pulak. Sampai kan aku lupa dah letak garam ke tak, lastnya dua kali aku masukkan garam..hahhhah
Untuk kulit dia pulak, adunan tu kena betul-betul ikut sukatan. Kalau resepi cakap guna telur sila guna jangan skip memandai ganti dengan air ke susu ke, sebab itu apa yang aku buat. Malas nak masukkan telur, jadi aku letak air je. Lepas tu kuantiti butter pun kena sukat betul-betul. Hari tu, ambik butter dari fridge, lepastu terus gaul dengan tepung. Sepatutnya biarkan butter tu lembut dulu, lepastu baru masukkan dengan tepung. Baru la adunan sekata dan butter tak berketul. Masa adun butter dan tepung tu, aku dah boleh agak dah yang kulit pai ni nanti akan keras sikit tak lembut macam biasa, tapi nak guna jalan singkat punya pasal, biarkan aje..lastnya dapat hasil yang tak memuaskan..saborr je lah. 

Step last tu, pai sepatutnya kena cover semua dengan kulit yang kita buat tu. Tak boleh dedahkan inti atau cheese kat atas macam tu je. Macam kita buat pizza, kan cheese tu kita tabur je kat atas. Yang pizza lain cerita sebab masa bakarnya singkat berbanding dengan pai. Aku pulak sekali lagi ambik short cut, malas nak cover inti atas tu dengan kulit, just letak cheese kat atas macam tu je, tu yang hangus semacam je pai ayam aku tu.


Patutnya bila dah letak inti dalam pai tu, letak cheese kat atas lepastu cover pulak dengan kulit pai kat atas, tak digalakkan dedahkan cheese macam tu je. kann dah hangus rupa cheese tu

Intinya ok la, tak de la masin sangat pun walaupun 2x termasukkan garam..hihih


Masih sedap dan boleh diterima tekak. Atas dia macam crunchy sikit sebab cheese hangus.


Kalau bagi yang pro dalam bab masakan, rasanya tak ada masalah pun kalau korang nak murka dengan resepi asal tu. Atau nak edit ikut citarasa dan resepi korang sendiri. Tapi bagi tukang masak suam-suam kuku yang masak lepastu berlagak nak short cut kan itu ini, begini la hasilnya. hihi..

Baru je plan nak impress mak mertua, sekali jadi macam ni. Terus simpan kat rumah makan sendiri lagi baik.hahhha tu la, niat pun dah tak betul kan sebab tu tak menjadi.
Patutnya kena niat, nak masak untuk bagi diorang rasa dan kenyang bukan sebab nak harapkan pujian like...waahhh pandai masak, waaahhh hebatnya masak..waahhh rajin nya masak sedap pulak tu...dan segala macam waaahhhhh lagi lah. Tu semua poyo je. Nak masak kena ikhlas, kena tenang dan aman baru menjadi. Serius nih!..huhu


LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 25 October 2016

Cheese Tart Montok Gebu

Hai....

Sekarang ni macam tren pulak tart montok gebu kembung montel ni...hahaha.
Macam-macam nama diberi untuk cheese tart kali nih. 

Kebetulan sepupu aku ada yang buat jual cheese tart ni. selalu jugak la dia post gambar-gambar tart montok di kat group wassap. mak aihhh...terliur siot tiap kali tengok gambar tiap kali tu la meleleh air liur ni teringin nak makan dan merasa cheese tart ni.
Kebetulan minggu lepas aku pergi KL. Dan sepupu ni duk cheras. mintak dia cod ke tempat tinggal aku tu, tapi dia tak sempat sebab jauh katanya. pastu dia bagi contact no anak murid sama sifu dengan dia yang belajar online sekali. Terus order 25 biji dan total rm33. rm3 charge cod, harga sebijik tart ni rm1.20


Ni yang aku order dengan sis puncak alam. tart shell dia macam hangus sikit bagi aku laaa...

Ni yang sepupu aku duk buat jual

Nampak tak betapa montok gebu nya cheese tuuu



Cantik sangat.....

Cantik-cantik kan hiasan cheese tart tu, dah la gebu gebass kembung elok je. 
Nak buat sendiri tak pandai. sebab selalu yang aku duk buat tu belum pernah lagi kejadiaanya montok gebu kembung macam yang nih.
Penah jugak la try-try usha resepi tart ni dengan dia, tapi hampeh kauuu...hihi
Sepupu aku tu cakap yang ni dia belajar online, kalau aku berminat dia suruh aku join kelas belajar online tu. yuran yang dikenakan untuk kelas online belajar cheese tart montok ni sebanyak rm80.
Bagi aku, mahal tu. bukan apa, aku kan kerja kalau masuk kelas tu then bayar dengan ssejumlah tu just untuk buat makan-makan macam membazir je. aku ni tak la rajin sangat nak buat selalu tart ni. lain la kalau aku tak kerja, boleh belajar betul-betul lepas tu buat bisnes, berbaloi la kalau macam tu.

Dah orang tak bagi, takkan nak paksa pulak kan. Alternatif lain, google je la. dan aku terjumpa page blog kepunyaan sapa ntah. dia ada share resepi dan tunjuk step by step. hujung minggu nanti boleh la try buat sendiri. kalau menjadi baru aku share kat sini blog sifu yang sudi share resepi tu. 


LOVE,
Mcdaa

Sunday, 9 October 2016

Kek Coklat Berhantu



Hai.....

Just nak share kek berhantu...hihi. Bunyi macam scary je kan...
Nama je lebih sekarang ni.
Dah macam tren plak sekarang ni orang letak nama makanan tah pape je.
Nama mesti gempak baru orang perasan dan viral dengan senang je..

Yang ni kes sama la. Duk scroll fb tapi asyik duk nampak orang tu duk promote kek coklat hantu dia.
Teringin jugak nak try apa yang berhantu sangat tu...

Tapi memang berhantu pun...hihi. Sebab sedap sangat...kek coklat nya lembap ganache pun mewah sebab banyak gila, lepastu kat dalam kek tu ada 1 layer lagi iaitu cheese kek. Marvelous sangatttt...






 pack ni rm10.. Berbaloi sangat la sebab sedap dan banyak. Worth your money....




LOVE,
Mcdaa

Thursday, 6 October 2016

Edamame; Young soybeans, kacang berkhasiat dan sedap


Hai..

Sape suka makan makanan Jepun? Korea? sape pernah makan kat sushi king? sapa yang tau nama kacang Edamame ni mesti la spesis yang suka makanan jepun atau korea kan.


Aku pulak takde la fanatik sangat dengan makanan korea atau jepun ni, sebab aku ni jenis yang suka makan segala macam makanan. asal halal dan boleh dimakan, semua pun rembat. sampaikan dulu masa zaman blaja, kami bila sampai time makan mesti ramai2 duk tanya nak makan kat mana, kedai mana sedap, makanan apa sedap blaa blaa tapi semua geng aku tu tak layan sangat soalan tu kat aku sebab diorang tahu bab komen makanan ni memang aku fail!!
Sebab kalau aku cakap sedap, semua macam...ko apa je yang tak sedap...hahhhahah. teruk kan citarasa orang macam aku nih. 


Banyak pulak merapu, sebenarnya nak bagitahu kegemaran terbaru aku sekarang nih. haaa...kacang edamame ni la. edamame ni kacang soya muda, yang masih dalam kulit dia lagi. Selalu rang korea atau jepun suka hidang kacang ni sebagai snack diorang. Serius sedap kot, dah la susah nak dapat kacang ni. Kacang ni berbeza dengan kacang buncis atau apa2 kacang yang hijau panjang macam ni yang ada jual kt supermarket jusco atau giant tu, lain sangat. rasa tak sama dengan edamame ni. pernah tanya kawan yang kerja dengan sushi king, diorang cakap kacang ni memang tak ada jual kat pasaran kalau ada pun susah nak jumpa. diorang mungkin beli direct dri supplier import kot.


Kacang edamame...my favorite!



Kacang ni rasa lemak2 manis gitu, lepastu kulit dia selalunya akan ada rasa masin2 garam sedapp okey. tu je yang aku boleh cakap tentang edamame ni..

The United States Department of Agriculture states that edamame beans are, "a soybean that can be eaten fresh and are best known as a snack with a nutritional punch".
Edamame and other preparations of soybeans are rich in protein, dietary fiber, and micronutrients, particularly folate, manganese, phosphorus and vitamin K (table).
The balance of fatty acids in 100 grams of edamame is 361 mg of omega-3 fatty acids to 1794 mg of omega-6 fatty acids.
As a significant source of plant protein, edamame beans are under research to establish whether a relationship exists for soy consumption with reduction of disease risk.

Petikan kat atas tu aku cedok dari wikipedia, tentang nutrien yang terdapat dalam edamame ni. Biasa la, kekacang kan memang banyak khasiat dan kebaikannya. tambah pulak kekacang yang dimasak stim atau kukus, takde kehadiran lemak dari minyak gorengan. bagus la tu....

Acah2 terror pegang stick tu..


Ni zaman kerja dengan Mas Awana sepang.


Gambar empunya blog tiada kaitan dengan kebaikan edamame ya kawan2. bukan bermaksud makan edamame boleh jadikan korang glow2 floless ke apa..sebab aku makan kesan tu tak muncul pun....hihi


Sekian.


LOVE,
Mcdaa.

Monday, 3 October 2016

ETAK; kerang kecik

Assalamualaikum..

Hai.. 
Etak atau di kelantan dipanggil sebagai etok. Ni makanan feberet aku. En.suami pun makan jugak benda ni, walaupun dia ada alahan dengan seafood tapi yang ni dia kebal, sebab lepas makan yang ni belum pernah ada kesan sampingan pun lagi.
Kat kelantan etak ni memang banyak ada di jual kat tepi-tepi jalan. Etak ni, lebih kurang macam kerang yang bersaiz kecik. Rasa dia...lain sikit dari kerang tu, entah la tau tau nak jelaskan rasanya macam mana, cuba sendiri baru la sendiri tahu macam mana rasanya.
Etak ni yang dah disalai. Diorang tak masak pun. Ada yang salai, atau jemur kat bawah matahari je dan ada jugak yang salai dengan asap api. Tapi sebelum disalai tu, etak ni mesti dibersih kan dahulu lepastu digaulkan dengan rempah ratus. Rempah ratus yang digunakan ni la yang menambahkan kesedapan etak tu. Ada yang buat manis, ada yang pedas sangat, masin dan macam-macam lah. Ikut pada resepi peniaga tu. Tapi bahan asasnya macam serai, bawang, garam gula dan cili.


Etak yang dah disalai masih tertutup.


Isi etak salai...



Pemakanan etak ni sebenarnya kena berhati hati dan berwaspada. sebab takut nanti terkena cirit-birit atau sakit perut. Al-maklum la, etak ni ada isu kebersihan sikit. Dari penyediaan hingga la ke jualannya. Bukan niat nak burukkan reputasi etak ke apa ni ya..tapi ni yang realiti sebenarnya. Sebab etak kan disalai, bukan dimasak jadi kemungkinan kuman tu banyak. Tambah pulak cara penyediaan kalau tak bersih cukup-cukup kuman mungkin boleh merebak dan membiak. Dan yang paling ketara ketika jualan la, terdedah kat tepi jalan. Lepastu kebanyakan penjual etak ni suka balut etak dengan surat khabar, aku pun tak tau kenapa tak nak masukkan dalam plastik atau guna kertas bungkus nasi tu...bagi aku kalau guna plastik atau kertas bungkus nasi tu tak kan jejaskan rasa etak kat dalam tu..
Entah la..mungkin sebab tiada kesedaran dikalangan penjual lagi kot. Dan penguna macam aku ni, teringin sangat nak makan main beli je walaupun dibungkus dengan surat khabar...huhu

Tapi secara keseluruhannaya, kalau korang jumpa kedai yang memang pandai salai etak ni, berbungkus-bungkus boleh habis tau..sedappp!

Sekian.......



LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 20 September 2016

Sambal Biliscious; sambal bilis rangup

Hai...

Jumpa makanan kegilaan baru..hikhikhik..sambal bilis rangup, keluaran sambal biliscious. Kelas nama sambal bilis ni sekelasss rasa dan kerangupannya..

First try kat rumah kak ipar, sedap sangat sambal ni buat makan dengan nasi. nasi dan sambal bilis ni je pun boleh makan nasi bertambah-tambah..huhuuhu.

Kami di Kelantan ni, jarang buat sambal bilis pedas dan rangup macam ni. Selalu nya orang belah-belah selangor, johor suka la makanan macam ni. kami ni sekadar sambal bilis yang makan dengan nasi lemak tu adalah.
Penah try buat sambal bilis rangup ni, tapi tak menjadi. ikan bilis nya rangup kejap je, lepas simpan semalaman dah lemau..mungkin tak tau teknik dia kot. ada yang cakap gaul sambal dengan ikan bilis goreng bila sambal tu dah kering dan sejuk, baru la ikan bilis tak lemau.
Yang aku buat dulu, bila tumis sambal dah nak kering, aku masukkan ikan bilis yang dah siap goreng dalam kuali yang ada sambal tu, goreng atas api sekejap lepastu angkat.
Tapi rasa macam teknik ni salah je, sehari bilis rangup la lepas tu lemau. mungkin next time buat nak try sejukkan sambal tumis tu dulu, lepastu baru gaul dengan ikan bilis. harapnya menjadi la..


Yang sambal biliscious ni harga ni aku tak pasti, kalau berminat dan nak tahu detail lagi tentang produk ni sila la tengok fb diorang. serious sedap sangattt...




LOVE,
Mcdaa.

Thursday, 15 September 2016

FIZOW KITCHEN BACHOK

Hai semua..
Throwback suatu ketika dahulu ya..hihi. Macam lama pulak bunyinya bila tulis suatu ketika, sebenarnya tak ada la lama sangat pun, just 2 3 bulan yang lalu je. Kami try pergi makan kat kedai ala-ala fastfood ni, FIZOW KITCHEN di Bachok. Okey..untuk pengetahuan yang ni bukan owner dia Fizo Omar pelakon hot tu ya, yang ni orang yang berlainan. Nama je serupa. Yang Fizo Omar punya restoran tu nama dio FIZO MAWAR Kitchen kalau tak silap aku.

FIZOW KITCHEN ni ok la not bad sangat. Makanan nya simple, tak banyak pilihan sangat dan harga sangat lah berpatutan.


Dia punya senarai menu boleh kira dengan jari je, tak banyak sangat pun. Tapi semua makanan western la. Hari tu aku try chicken chop, chicken grill dan meatball untuk si kecik Ammar. Masa ni Ammar buat perangai, mungkin sebab penat dan mengantuk lepas seharian duk berendam dalam kolam kot. Tunggu makanan sampai sempat la dio meroyan jap...hahhahah.
Tapi bila dapat makanan terus berhenti nangis dan fokus kat makanan dia. Kemainnn aihhh...





Seronok betul dua beranak ni menjamu selera ya..Kedai ni dibuka sebelah petang ke malam. Kedai dia memang betul-betul tepi jalan. Meja kami pun sebelah dengan jalan je, scary jugak masa makan sebab petang kereta lalu lalang agak banyak jugak. Penggunjung pun ramai, kebanyakan yang datang dalam group la. Tak rugi datang makan kat sini sebab harganya berbaloi dan service pun ok la. 



p/s: 18/12/16 FIZOW Kitchen ni dah berubah lokasi ke tempat lain ya. Sekarang kedai yang dulu dah tutup dan dah berpindah ke lokasi baru. Kedai yang baru ni lebih selesa dan selamat untuk menjamu selera. Sebab jarak kedai dan jalan raya dah tak dekat sangat. Tapi masih dalam daerah Bachok lagi..
Menu pulak tak tau dah berubah atau masih sama sebab yang kedai baru ni belum try lagi.


LOVE,
Mcdaa



NASI KERABU

Hai semua....

NASI KERABU....siapa tak suka nasi kerabu kan..lagi-lagi orang pantai timur aka orang Kelantan. Nasi kerabu dah sebati dengan rakyat Kelantan. Walaupun dalam nasi kerabu ni ada budu, orang yang tak makan budu pun akan makan budu dengan secara tak langsung...hihi
Kat sini, kalau nasi kerabu untuk makan sarapan pagi, masih boleh lagi dapat harga RM2 sebungkus. Memang murah kan, dalam tu takde la secoettt je, ok je cukup la untuk sarapan bukan nak melahap macam makan nasi tengahari.



Satu lagi kuih favorite aku ialah apam beras, sedap sangat ok. Dulu penah try buat, tapi tak menjadi tak naik kembang macam yang orang jual. Kat sini kuih muih pun masih boleh dapat harga RM1 untuk 4 biji kuih. Selalunya tak campur la, macam 4 biji karipap atau 4 biji apam beras, atau 4 biji donot yang diikat dalam satu plastik. Kiranya tak boleh nak mix kuih itu ini la kalau nak dapat harga 4 biji RM1. Tapi ok la tu murah kan..
 



Nak share resepi nasi kerabu nenek aku kat sini untuk tatapan aku dikemudian hari. Kalau google resepi nasi kerabu, beratus blog share resepi diorang dan kesemuanya lebih kurang sama je. Tapi ada la sikit-sikit yang beza. Contoh nya nasi, ada yang letak asam keping masa masak nasi. Ada yang letak daun pandan. Dan ada warna nasi kuning, putih dan biru. Semua tu ikut selesa tekak masing-masing ya. Kalau dah terbiasa dengan rasa nasi kerabu yang selalu duk makan, try yang lain mesti tak kan sama dengan yang dah sebati dengan tekak kita.

Resepi Nasi Kerabu.
Nasi
Beras
Daun pandan
Pewarna (@bunga warna biru tu)
Garam sikit
Masak nasi macam biasa

Kuah tumis
Bawang merah,
Bawang besar,
Bawang putih,
Halia,
Semua ni blend. Lepastu tumis dalam periuk yang ada minyak.
Santan,
Gula Melaka,
Budu,
Asam keping (optional)
Garam.
Campurkan semua ni dalam periuk yang ada bahan yang ditumis tadi. Kacau dan masak hingga mendidih.

Kelapa parut
Bawang merah,
Isi ikan rebus,
Kelapa parut,
Garam,
Gula
Gaul kan semua bahan kat atas ni dengan kelapa parut. Kalau nak sedap letak isi ikan lebih, bawang merah 2 3 biji dah cukup.

Dan resepi sampingan seperti solok lada dan lauk tu boleh ikut citarasa masing-masing..hihi. Sebab aku sendiri pun belum mahir nak buat solok lada. Selalu buat nasi kerabu yang simple tu je, sebab banyak kerja nak kena sediakan kalau nak buat complete set nasi kerabu. Kalau rajin apa salahnya kan.
Sekian dulu ya...


LOVE,
Mcdaa.

Tuesday, 6 September 2016

Starbucks Frappuccino; 1st time taste.

Hai semua..

Pagi ni masa singgah kat stesen minyak, bajet asalnya nak cari coffee je lepastu ternampak pulak ada coffee Starbucks. Mula-mula fikir dua kali gak nak ambik ke tak, tapi sebab teringin sangat nak merasa frappuccino tu terus grab satu. Masa bayar..haaa ambik kau RM12 satu botol...281 ml. huhuhu...Tak tau nak cakap mahal ke murah. Menggigil jugak tangan ni masa nak menbayarnya. Sabar je la kan nak merasa punya pasal.








Tapi ada promosi la, Buy 1 and get 1 free yang boleh dituntut hanya di outlet Starbucks sahaja ya. Dinyatakan jugak kena tunjuk resit pembelian di 7E sahaja. Tak perasan pulak kedai dalam stesen minyak tadi tu kedai stesen tu sendiri atau 7E punya outlet. Dah tu cashier nya pun tak bagi resit macam mana nak pergi tebus? ehh jap..Kat Kelantan ada outlet Starbucks ke? hihihi...selama ni tak pernah nak berminat sangat dengan makanan ni sebab mahal.

Rasa dia manihhh...dan berkrim. Tu kot takrifan untuk frappuccino ni, manis dan berkrim.
Coffee kan ada macam-macam ada Latte, Mocha, Cappucino. Kalau yang lite ambil latte sebab dia sederhana. Kalau mocha ni pulak macam kaw sikit rasa kopi tu dan frappuccino ni macam cappucino jugak la. Rasa kopi nya tak seberapa, sesuai la minum waktu awal pagi atau lewat malam. Tu pandangan aku la, yang memang hari-hari breakfast dengan coffee.
Sekian dulu....



LOVE,
Mcdaa.

Monday, 5 September 2016

Shell Out atau Ketam Goreng Tepung

Hai semua..

Malam ni saya rancang nak masak ketam, tapi tak pasti nak masak ketam buat shell out, atau nak buat ketam goreng tepung atau masak lemak ketam je..hihi. Al kisah nya tadi masa keluar pergi buat lawatan ke kilang IKS di sekitar daerah ni, masa nak balik office lalu kat tempat jual ikan dari Tok Bali. Singgah la sebab dah dekat setahun kot hari hari duk lalu depan kedai tu tapi tak pernah singgah pun. Hari ni entah kenapa terajin pulak nak menyingah.
Dah tu macam rabun jap tengok macam-macam ikan, dah tak kenal dah apa nama ikan. Hahhhahahaha...last nya tertumpu ke arah ketam. Saiz ketam kecik-kecik je, lupa pulak apa nama ketam ni tapi kecik je la saiznya. Peniaga tu longgok-longgok je, satu longgok tu RM10 kalau ketam yang besar yang biasa jual kat supermarket tu RM24 sekilo. Boleh tahan la harga nya, dah yang longgok tu murah aku pun main beli je.
Lepastu boleh pulak tambah lagi, sotong, udang, ikan. Ok siap kira semua aku bayar...ehhh jap! sekarang baru pukul 1 aku balik keje pukul 5 kot. Mana nak letak ketam semua ni...hadoiii. tu la padah bila rambang mata dan membeli tak hingattt. Jadi terpaksa la bawak masuk office aku ni. Tinggal dalam kete kan nanti keta bertukar bau pulak. Dalam office ni pun dah macam apa dah..Hadap je la...huhu

Google punya google resepi ketam, jumpa la satu dua yang best. Semua tu resepi ketam goreng tepung je yang menjadi idaman buat masa sekarang. Sape la tak suka makanan bergoreng kan..lagi-lagi yang rasa macam ayam KFC tu..memang tak tolak lah.


Ni yang aku ambik kat fb, minta izin ye tuan gambar...hihi. Bahan simple untuk buat shell out. Tapi kan aku lebih cenderung untuk buat ketam goreng tepung, jadi yang ni kita cancel kan dulu ya.



That was so attempting...weehuuuu. Makanan bergoreng memang susah untuk ditolak, aku pun tak paham dengan diri sendiri kenapa susah nak reject walhal dah tau bergoreng-goreng ni tak bagus untuk kesihatan, dan tak bagus untuk diet..ehhhe.
Ni rupa yang aku google ya, rupa kejadian yang sebenar belum ada la. Malam nanti baru nak proses..hahhahaha.
Kalau resepinya menjadi dan sedap dimakan, esok aku share resepi nya pulak. Untuk rujukan suatu masa kemudian.
Sekian dulu ya.


LOVE,
Mcdaa.