Powered By Blogger
Showing posts with label IDA BAKED. Show all posts
Showing posts with label IDA BAKED. Show all posts

Sunday, 8 January 2017

Kek Pisang Mudah

Hai....
Assalamualaikum.

Kali ni nak share resepi kek pisang pulak kat sini. Untuk rujukan dimasa akan datang. Entah kenapa angin takde ribut pun takde tapi tetiba je rasa nak makan kek pisang. Nak kata aku ni penggemar kek pisang, tak pun. Tapi teringin nak makan tu lain macam je..hihi. dah kalau teringin sangat nak makan aku pun rajinkan la diri buat kek pisang tu.

Balik dari kerja terus pergi cari pisang kat market. Dalam banyak banyak jenis pisang yang ada kat muka bumi ni, hanya a few je yang aku boleh kenal pasti. Yang lain semua kelaut. Sebelum aku share resepi kek pisang simple mudah senang aku tu meh kita berkenalan dulu dengan jenis jenis pisang yang aku kenal ya.

Pisang yang paling aku kenal dan cam tentu lah pisang berangan. Sebab pisang ni kan sedap, lepas tu senang nak dapat. Pisang berangan ni makan macam tu pun best. Sama jugak dengan pisang mas. Pisang mas aku kenal sebab rupa dia. Pisang mas ni kecik molek je rupanya. Pun best jugak kalau buat makan terus.

Pisang kapas sapa tak kenal kan. Dia adalah pisang yang paling mudah dijumpai dan paling banyak kot. Pisang kapas pun antara pisang yang murah la kalau bak bandingkan dengan lain lain pisang. Pisang kapas ni boleh je kalau nak buat makan terus pun tapi rasa dia agak kurang sedap sikit la berbanding pisang mas dan pisang berangan.

Seterusnya pisang nangka, jangan ingat pisang nangka ni ada rupa macam nangka ya sebab ianya langsung takde kaitan. Pisang nangka ni tak sedap makan macam tu je tapi sedap kalau dibuat goreng pisang. Aku pun tak faham jugak sebenarnya kenapa bila jadi goreng pisang je rasa dia terus lain sedap kot. Dan last pisang yang aku kenal ialah pisang tanduk. Yang ni sah sah sebab senang nak cam. Pisang tanduk kalau nak kenal senang je, sebab dia paling panjang dan besar antara semua pisang. Yang ni nak makan macam tu je pun sedap nak buat goreng lagi la sedap buat pengat pun sedappp jugak. Pisang tanduk susah nak jumpa dah tu kalau jumpa harga dia pulak boleh tahan mahal la. Barang rare memang la macam ni kaedah nya...huhu

Perghh dalam tak kenal pisang tu tapi bila di list kan pisang pisang yang aku tahu boleh tahan banyak jugak kan.hahhaha...aku kenal pun sebab selalu jumpa atau beli pisang pisang ni yang tak kenal tu sebab tak femes macam pisang yang aku senaraikan tu.

Semua pendapat dan pandangan aku tentang pisang pisang ni adalah berdasarkan dari pandangan aku semata mata ya. Sebab lain orang mungkin lain pendapat dia. Aku cakap pisang kapas tak sedap sangat macam pisang mas, tapi mana la tau kan kot ada yang gemarkan pisang kapas dan rasa pisang kapas lagi sedap dari semua pisang..haaa..ikut pandangan masing masing la ye..

Panjang pulak intro pasal pisang ni ya. Dah macam cara mengenal pisang pulak. Huhu..baikla meh tengok resepi senang versi aku yang serba serbi nak senang tapi sedap dan menjadi.


Resepi kek pisang mudah.

5 6 biji pisang dan dilenyek
1 dan 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak (minyak masak pun ok je)
1/2 cawan gula (3 @ 4 sudu pun ok)
2 biji telur
1 sudu soda bikarbonate
1 sudu baking powded
Garam secubit

Mula mula lenyek kan pisang tu. Kalau nak bagi sedap lagi jangan bagi hancur sangat. Biarkan ada sikit sikit ketulan pisang tu supaya nanti bila makan ada pisang dalam kek tu. Lepastu buat macam lubang kat tengah mangkuk pisang lenyek tu masukkan 2 biji telur. Pukul telur kat dalam mangkuk tu kemudian gaul sekali dengan pisang lenyek tu. Lepastu masukkan gula, minyak, garam dan last sekali masukkan tepung, soda bikarbonate dan baking powder. Kalau adunan pekat masukkan 3/4 cawan air dalam adunan tu supaya dia tak terlalu pekat. Dah siap adunan masukkan dalam loyang, aku punya just letak dalam cup muffin. Sebab malas nak basuh loyang.hihi. last sekali boleh letak pisang kat atas sebagai hiasan. 

Lepastu terserah nak kukus atau bakar. Aku suka kukus sebab kek lebih moist. Bagi aku kek pisang kukus lebih sedap dari kek pisang yang dibakar.
Kalau bakar macam biasa la suhu 180°c selama 20-25 min.








Dah siap kukus aku bagi nenek aku try dia cakap sedap. Mak aku pulak ingatkan aku guna tepung kek pisang segera. Sebab sebelum ni aku dapat dari kawan tepung segera tu. Yang tu senang je bancuh nya just masukkan telur dan minyak je tak payah sukat tepung. Tapi apa la sangat kalau buat sendiri pun sebab bukannya banyak jenis tepung pun. Satu adunan ni kalau guna cup muffin tu boleh dapat dalam 10 biji je. Kalau banyak ni sekali hadap pun dah habis. Jadi kalau nak buat makan untuk ramai boleh la doublekan atau triple kan adunan tu..
Ok lah tu je nak share tentang resepi kek pisang ni.

Monday, 7 November 2016

Chicken Pie; Gagal

Hai...

Haru sungguh kalau mood rajin memasak datang tapi dibantutkan oleh hasil masakan yang tak berapa nak membanggakan diri ini..stress makkk!

Biasala bagi tukang masak yang tak berapa nak pro macam aku nih, kadang masak tu menjadi dan laku macam goreng pisang panas, siap dapat pujian melambung-lampung kembang kempis lubang idung nih.
Tapi ada jugak kadang tu yang masakan kelaut..hahhah. 3 hari pun tak luak-luak jugak, lastnya masuk ke dalam tong sampah.sadiss bagi kesudahan makanan tersebut.

Selalunya orang share resepi dan teknik-teknik masakan yang menjadikan, tapi kali ni aku nak share kesalahan-kesalahan yang akan atau sering berlaku dalam masakan. Ok masakan yang aku nak bincangkan kesalahanya adalah masakan yang diberi nama Pai ayam atau chicken pie.

Sebenarnya dah banyak kali pun buat pai ayam ni, tapi entah kenapa kadang masih ada jugak kejadian yang gagal macam kes yang nih.
Kalau korang ada kerajinan, masa nak buat pai ni korang kena sentiasa ikut step satu satu dan follow setiap step seperti yang dinyatakan dalam resepi yang korang refer tu.
Jangan cuba-cuba nak menderhaka atau skip step masakan macam yang aku buat nih. Selalu nya kes-kes gagal ni sebab tak ikut step dengan betul la. Lepastu berani pulak murka dengan resepi, sekarang dah mendapat lah..hukhuk

Masa nak buat inti pai ni, pastikan korang betul2 masak dengan sebaik  mungkin, kalau boleh jangan ada ganguan lagi bagus. Sebab masa aku buat inti pai ayam ni, ganguan dari si kecik kerinting tu sangat la mencabar. Berbelit-belit dekat kaki ibu, lepastu duk main selak-selak baju ibu. Tak cukup dengan tu main tarik-tarik pulak. Sampai kan aku lupa dah letak garam ke tak, lastnya dua kali aku masukkan garam..hahhhah
Untuk kulit dia pulak, adunan tu kena betul-betul ikut sukatan. Kalau resepi cakap guna telur sila guna jangan skip memandai ganti dengan air ke susu ke, sebab itu apa yang aku buat. Malas nak masukkan telur, jadi aku letak air je. Lepas tu kuantiti butter pun kena sukat betul-betul. Hari tu, ambik butter dari fridge, lepastu terus gaul dengan tepung. Sepatutnya biarkan butter tu lembut dulu, lepastu baru masukkan dengan tepung. Baru la adunan sekata dan butter tak berketul. Masa adun butter dan tepung tu, aku dah boleh agak dah yang kulit pai ni nanti akan keras sikit tak lembut macam biasa, tapi nak guna jalan singkat punya pasal, biarkan aje..lastnya dapat hasil yang tak memuaskan..saborr je lah. 

Step last tu, pai sepatutnya kena cover semua dengan kulit yang kita buat tu. Tak boleh dedahkan inti atau cheese kat atas macam tu je. Macam kita buat pizza, kan cheese tu kita tabur je kat atas. Yang pizza lain cerita sebab masa bakarnya singkat berbanding dengan pai. Aku pulak sekali lagi ambik short cut, malas nak cover inti atas tu dengan kulit, just letak cheese kat atas macam tu je, tu yang hangus semacam je pai ayam aku tu.


Patutnya bila dah letak inti dalam pai tu, letak cheese kat atas lepastu cover pulak dengan kulit pai kat atas, tak digalakkan dedahkan cheese macam tu je. kann dah hangus rupa cheese tu

Intinya ok la, tak de la masin sangat pun walaupun 2x termasukkan garam..hihih


Masih sedap dan boleh diterima tekak. Atas dia macam crunchy sikit sebab cheese hangus.


Kalau bagi yang pro dalam bab masakan, rasanya tak ada masalah pun kalau korang nak murka dengan resepi asal tu. Atau nak edit ikut citarasa dan resepi korang sendiri. Tapi bagi tukang masak suam-suam kuku yang masak lepastu berlagak nak short cut kan itu ini, begini la hasilnya. hihi..

Baru je plan nak impress mak mertua, sekali jadi macam ni. Terus simpan kat rumah makan sendiri lagi baik.hahhha tu la, niat pun dah tak betul kan sebab tu tak menjadi.
Patutnya kena niat, nak masak untuk bagi diorang rasa dan kenyang bukan sebab nak harapkan pujian like...waahhh pandai masak, waaahhh hebatnya masak..waahhh rajin nya masak sedap pulak tu...dan segala macam waaahhhhh lagi lah. Tu semua poyo je. Nak masak kena ikhlas, kena tenang dan aman baru menjadi. Serius nih!..huhu


LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 26 October 2016

Resepi Tart Shell

Hai...

Saje-saje nak post gambar tart shell yang aku dah buat..hihi
Bila semangat rajin tu datang, maka terciptalah makanan. haaa...kalau time malas, haremmm, duk lepak depan tv je la jawabnya.

Tart shell ni boleh prepare siap-siap pastu simpan dalam bekas tupperware, kedap udara. bila-bila tekak terasa nak makan cheese tart ke, egg tart ke...senang je just buat filling je lepastu terus bakar dan siap.

Resepi tart shell ni ada macam2. tapi aku ni jenis yang malas nak menyukat dan malas nak ikut step yang betul. main campak je, kalau menjadi alhamdulillah la...kalau tak, jawabnya masuk tong sampah la...hahhha

Detail untuk full resepi cheese tart yang aku pernah buat boleh rujuk link kat bawah ni.









Berejam jugak la nak siapkan tart shell ni. Bagi yang tak berapa nak rajin tu, ada je yang orang jual tart shell ni. kalau korang memang mampu, malas nak renyeh renyeh dan tak kisah buang duit boleh le beli yang dah siap. Bagi aku walaupun tak berapa nak rajin ni, lagi baiknya buat sendiri. Jimat kos dan dalam masa yang sama boleh asah bakat terpendam..hihi...



LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 25 October 2016

Cheese Tart Montok Gebu

Hai....

Sekarang ni macam tren pulak tart montok gebu kembung montel ni...hahaha.
Macam-macam nama diberi untuk cheese tart kali nih. 

Kebetulan sepupu aku ada yang buat jual cheese tart ni. selalu jugak la dia post gambar-gambar tart montok di kat group wassap. mak aihhh...terliur siot tiap kali tengok gambar tiap kali tu la meleleh air liur ni teringin nak makan dan merasa cheese tart ni.
Kebetulan minggu lepas aku pergi KL. Dan sepupu ni duk cheras. mintak dia cod ke tempat tinggal aku tu, tapi dia tak sempat sebab jauh katanya. pastu dia bagi contact no anak murid sama sifu dengan dia yang belajar online sekali. Terus order 25 biji dan total rm33. rm3 charge cod, harga sebijik tart ni rm1.20


Ni yang aku order dengan sis puncak alam. tart shell dia macam hangus sikit bagi aku laaa...

Ni yang sepupu aku duk buat jual

Nampak tak betapa montok gebu nya cheese tuuu



Cantik sangat.....

Cantik-cantik kan hiasan cheese tart tu, dah la gebu gebass kembung elok je. 
Nak buat sendiri tak pandai. sebab selalu yang aku duk buat tu belum pernah lagi kejadiaanya montok gebu kembung macam yang nih.
Penah jugak la try-try usha resepi tart ni dengan dia, tapi hampeh kauuu...hihi
Sepupu aku tu cakap yang ni dia belajar online, kalau aku berminat dia suruh aku join kelas belajar online tu. yuran yang dikenakan untuk kelas online belajar cheese tart montok ni sebanyak rm80.
Bagi aku, mahal tu. bukan apa, aku kan kerja kalau masuk kelas tu then bayar dengan ssejumlah tu just untuk buat makan-makan macam membazir je. aku ni tak la rajin sangat nak buat selalu tart ni. lain la kalau aku tak kerja, boleh belajar betul-betul lepas tu buat bisnes, berbaloi la kalau macam tu.

Dah orang tak bagi, takkan nak paksa pulak kan. Alternatif lain, google je la. dan aku terjumpa page blog kepunyaan sapa ntah. dia ada share resepi dan tunjuk step by step. hujung minggu nanti boleh la try buat sendiri. kalau menjadi baru aku share kat sini blog sifu yang sudi share resepi tu. 


LOVE,
Mcdaa

Ayam Roasted Panggang Madu simple


Hai....
Assalamualaikum....

Minggu lepas tunaikan hajat nenek yang nak masak pulut kuning dengan ayam panggang. Katanya dia berniat kalau cicit dia si farisha tu khatam al-quran jadi sebagai hadiah dia nak jamu budak2 lain yang mengaji sekali.

Jadi aku offer untuk masak ayam panggang yang super senang sangat-sangat tu.
Resepi ni simple je dan tak banyak bahan. yang penting rasanya sedap, cepat je licin bila kena serbu dengan budak2 tu.

Resepi ayam panggang simple ni;
1 ekor ayam
3 sudu madu
3 sudu gula
2 sudu garam
2 sudu minyak
blend kan 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih.

Cara-caranya:
Cuci bersih ayam, lepas tu ketepikan dulu. Blend bawang dan campur sekali dengan semua bahan lain, madu, gula, garam jadikan macam pes perapan.
Ambik ayam, cucuk2 dengan garfu di seluruh badan ayam tu. supaya nanti perapan tu dapat masuk terus ke isi ayam. bila dah siap lumurkan ayam dengan sos perapan tu, rehatkan ayam tu dalam 30 - 45 minit sebelum sambung masak.
bila dah siap perap, jangan terus masukkan dalam oven.
Petua nak jimatkan masa dan cepatkan proses panggang ayam tu ialah masak ayam dalam kuali atas dapur dulu. lebih kurang 5 - 10 minit, kena selalu balik-balikkan ayam kat dalam kuali tu. kalau tak nak bagi melekat, boleh letak minyak 2 atau 3 sudu kat dalam kuali tu.
Agak-agak dah nampak isi ayam macam half cooked dah, baru la angkat dan masukkan dalam oven.
Bakar pada suhu 180c selama 45 - 50 minit atau hingga ayam betul-betul dah masak.










Ayam panggang makan dengan pulut kuning. disamping tu ada jugak rendang daging yang mak aku buat untuk makan dengan pulut. pulut ni tak lengkap kalau makan tanpa rendang, kena ada jugak baru umpphhh...hihi



LOVE,
Mcdaa.

Thursday, 25 August 2016

Cheese Tart

Hai semua....

Hari ni saya nak cerita tentang cheese tart yang saya pertama kali buat. Biasalah, kalau nama nya pun pertama kali selalunya akan ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Bila dah buat sendiri tu, baru la kita tahu apa yang sepatutnya perlu dibuat, apa yang sepatutnya perlu dielakkan, macam mana cara yang sepatutnya dan macam-macam lagi lah.

Tambahan pulak, saya ni jenis yang suka main campak-campak je. Tak ikut sukatan resepi sangat pun. Sebab selalunya cuma nak mencuba je, lepastu nak cepat dan tak nak renyeh-renyeh.. Jadi hasilnya tu pulak, sendiri dah tau la kan...

Hari tu semangat pergi kedai bakery cari bekas acuan tart. Jumpa la bekas acuan yang comel-comel tu. 12 pcs RM6, ok la kot.. Hari tu ambik 24 pcs sebab nak beli banyak-banyak pun bukan nak buat berniaga ke apa, cuma nak mencuba je dulu. Tapi kalau senang, menjadi dan tak leceh mungkin boleh buat jual...hihi. otak ni asyik fikir tentang bisnes aje tapi satu habuk pun tak jalan..




Cheese tart yang ni versi filling chocolate. Tak letak blueberry or strawberry filling sebab bahan tu tak ada kat rumah..hihi. Guna apa yang ada sahaja tu la hasilnya perlu la diterima dengan seadanya..

Ok, meh nak cerita tentang kesalahan-kesalahan yang perlu diperbaiki untuk projek seterusnya.
Pertama, tart shell aka kulit tart tu. Yang saya punya ni agak keras sikit sebab tak ikut sukatan. Sepatutnya shell tu mesti la rangup dan lembap dan tak keras sangat baru la sedap. Ala macam kulit tart nenas tu kan rangup. Adunan pun sepatutnya macam tu la. Masa saya adun doh, memang dah agak hasilnya keras sebab kurang majren dan terlebih gandum. Saya guna majrin sepatutnya nak sedap guna butter.

Filling pulak, kalau boleh letak je banyak sikit. Dalam gambar tu boleh nampak kan filling coklatnya tak berapa nak banyak, kalau nak sedap biar sampai filling tu tutup dasar bawah tart shell tu, baru la terasa filling nya nanti.

Sama jugak masa letak adunan cream cheese. Kena letak biar macam sebumbu gitu aka biar macam nak melimpah tapi jangan sampai melimpah limpah keluar dari shell tu, nanti dah tak cantik dan comot pulak hasilnya. Sebab adunan cheese tu nanti lepas bakar dia macam mengecut sikit.

Tu je kesalahan yang saya nak komen. Lain-lain tak ada masalah sangat. Resepi dan cara kat bawah ya.

Resepi Cheese Tart

untuk shell (kulit tart)
300g tepung gandum
60g gula icing
180g mentega
1 biji kuning telur
garam
*campur semua bahan, gaul hingga jadi doh. Jangan adun terlalu lama sangat.

Bahan inti
Chocolate filling
atau blueberry filling
atau apa-apa boleh beli yang dah siap

Untuk cheese atas
250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
*lembutkan cream cheese, masuk kan semua bahan dan adun sebati.

Mula-mula buat shell tu dulu. Guna acuan tart, cucuk-cucuk sikit kat dasar tu pastu bakar dalam oven pada suhu 160c selama 15 minit. Agak-agak kuning jangan sampai masak semua. Sejukkan shell pastu masukkan filling, dan letak adunan cream cheese menutupi filling. Bakar lagi sekali lebih kurang 10-15 minit pada suhu 160c jugak.

Selamat mencuba ya.

Eh..eh...saya nak open order lah.
Kalau ada yang berminat boleh order dengan saya ya:



LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 19 July 2016

Chocolate caramel cake a.k.a Kek Coklat Karamel

Assalammualaikum.

Hai semua...jumpa lagi kita dalam ruangan blog ni ya. Hari ni saya nak share sikit cara-cara nak buat kek coklat karamel. Ala kek yang puding karamel atau puding gula hangus di lapisan atas kek coklat. Proses penghasilannya agak remeh jugak la kalau nak bandingkan dengan kek coklat atau puding gula hangus tu sendiri. Sebab 2 langkah yang berbeza dimasukkan dalam satu resepi, bercantum sekali. Fuhh...remeh. Namun begitu hasilnya sangat memuaskan hati dan perasaan korang tau..

Ni rupa kek masa pertama kali kejadian

Ni pulak rupa kek untuk kejadian yang kedua. Agak berbeza sikit, tapi yang penting rasa tetap sama je.



Kek yang pertama kali buat tu agak besar dan karamel kat atau tu ada rasa pahit-pahit sikit. Bukan pahit apa, tapi rasa pahit gula hangus. Dah puding gula hangus kan, rasa pahit tu kena ada baru la ada umphh...hihi.

Tapi bagi yang tak suka rasa hangus aka pahit-pahit tu boleh la cuba cara yang kedua tu. Tak rasa pahit sangat, rasa manis-manis puding...yang ni pun sedap jugak..

Resepi Kek Coklat Karamel:

1. Buat gula hangus aka puding karamel dulu.
Bahan-bahannya:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
esen vanila
Cara-caranya:
Pukul telur supaya sekata
kemudian campurkan kesemua bahan-bahan 

Kemudian sediakan gula hangus.
3 sudu gula dimasak atas api.
*Ada 2 cara buat gula hangus, yang pertama macam kat atas tu, cara kedua bila gula dah hampir cair masukkan air dalam jumlah yang sama dengan gula tu. Jadi rupa gula hangus tu akan cair sedikit dan tidak mengeras macam cara yang pertama. Cara pertama rupa puding akan jadi macam dalam gambar yang atas tu.

Gula yang dah jadi karamel atau dan cair tu, cepat-cepat tuang ke dalam loyang kek. Kemudian tunggu gula hangus tadi tu mengeras sikit lepastu masukkan adunan puding tadi.
Kalau nak puding yang tebal macam gambar kat atas sekali tu masukkan semua adunan. Tapi kalau tak nak tebal macam tu, masuk kan separuh adunan tadi.
Dan dikukus separuh masak. 
* Masa nak mula kukus puding karamel ni, pastikan adunan kek coklat sudah selesai diadun dah sedia untuk digunkan. Maksudnya, sedia kan semua adunan dulu baru kita mula mengukus.

2. Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-bahannya:
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan air
1 cawan gula (kurangkan gula 3/4 pun ok)
1 cawan serbuk koko ( kurangkan koko 3/4 pun ok)
Masak atas api kecil hingga gula larut.

2 biji telur
*1 cawan tepung gandum
*1/2 sudu soda bikarbonate
*1/2 sudu baking powder
*ayak
esen vanilla

Cara-caranya:
Bila adunan cecair dah larut dan sebati, sejukkan sebentar sebelum masukkan 2 biji telur dalam adunan tu. 
Kemudian masukkan bahan yang dah diayak tadi. Kalau malas ayak bahan kering tu pun boleh. Masukkan terus dalam adunan kacau-kacau pastu tapis adunan kek ni supaya tiada ketulan tepung.

Bila dah kukus puding karamel separuh masak, tuang adunan kek coklat kat lapisan atas puding tersebut, dan kemudian sambung kukus lagi. 
Kalau puding tu terkukus sehingga masak sepenuhnya pun tak ada masalah, cuma bila dah siap masak nanti takut puding karamel tu tertanggal dari kek, sebab akan jadi dua lapisan yang berbeza dan tak melekat antara satu sama lain. Sebab tu saya nasihatkan cuma kukus puding sehingga separuh masak sahaja kemudian tuang adunan kek kat atas dia.

Selesai.

Resepi dan bahan-bahan untuk membuat kek coklat karamel tak ada la susah atau mahal sangat pun. Cuma langkah-langkah pembuatannya yang agak remeh dan leceh sedikit.
Selamat mencuba ya.





Tuesday, 12 July 2016

Biskut Tart Nenas dan Biskut Dahlia @ Semperit

Assalammualaikum....

Alhamdulillah...bermula dengan suka suka tapi akhirnya telah mendatangkan hasil yang sangat mengembirakan.
Langsung tak disangka dapat buat jualan biskut raya tahun ni. Asal nya buat untuk sendiri-sendiri makan, lepas tu jiran rumah mintak nak beli...dari situ la bermulanya projek tersebut.
Sebab kerana minat jadi tak la terasa penat dan bosan.
Tak sangka tempahan untuk pertama kali ni boleh cecah hampir seratus botol. Alhamdulillah...rezeki di bulan ramadhan.
Tu pun siapkan tempahan sendiri dan harga jualan pun memang murah sangat dari harga pasaran (ikut harga biskut yang freshly bake ya). Mak cakap harga salam pengenalan...
Insha Allah...kalau diberi kesempatan, tahun hadapan kena buat perancangan awal dan kena buat macam betul betul meniaga biskut raya la...
Siap di pack dan ready untuk delivery

Ni la rupa tart dan semperit yang kami buat.

Untuk resepi nya pulak, resepi semperit tu saya google je. Ada banyak dan macam-macam resepi yang boleh digunakan. Nasib agak baik jugak la sebab resepi yang mula-mula cuba tu menjadi, so saya teruskan la dengan resepi tu.

Resepi Semperit Gebu

1 buku butter cup (250 gm butter)
1 cawan gula aising (atau 1/2 cawan gula kastor)
1 cawan tepung gandum (apa-apa jenama pun boleh)
1 1/2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard 
1 kuning telur
sedikit esen vanilla
chocolate chip @ ceri merah untuk hiasan

Cara-caranya:
Kacau sebati kuning telur, butter dan gula supaya semuanya sekata. 
Masukkan esen vanilla. 
Kemudian masukkan tepung. Uli hingga adunan jadi doh dan tak melekat di tangan. 
Kalau doh masih lembik dan melekat kat tangan tu masukkan tepung kastard lagi.
Terap guna acuan semperit, dan siap bentuk cantik-cantik biarkan dulu sebentar dalam 10-15 minit sebelum bakar dalam oven.
Suhu oven 160-170C selama lebih kurang 15-17 minit. Ikut kesesuaian oven la.



Untuk resepi Biskut Tart Nenas

1 buku butter
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
esen vanilla
Jem nenas (bulat-bulatkan macam inti)
putih telur dan pewarna kuning untuk hiasan.

Cara-caranya:

Sama je macam buat semperit. Cuma kalau adunan lembik sangat tambah tepung jagung sikit sikit. Tapi untuk tart gulung adunan tak boleh terlalu keras sangat nanti susah nak tekan keluar dan rupa garisan nya tak cantik. 

Selamat mencuba ya kawan kawan.