Powered By Blogger
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts

Monday, 26 December 2016

Jalan jalan ke Farm In The City di Seri Kembangan

Hai...

Throwback cerita last week. Plan sebenarnya datang KL just nak datang ambik mak mertua je yang datang bercuti ke rumah anak dia iaitu selaku kak ipar aku yang tinggal di Puncak Alam. Tapi bila semua dah berkumpul lepastu dengan budak-budak pun ramai, macam kesian la kalau tak pergi bawak budak-budak ni berjalan.
Sebenarnya tak plan pun nak ke sini, cadangan last minit lepas puas berfikir tempat mana yang sesuai nak bawak budak-budak ni berjalan-jalan. Macam macam cadangan tempat yang ada, ya lah KL kot bandar serba maju dan canggih ni macam-macam ada. Tapi nak senang dan cepat tu yang kami datang sini.

Rupanya Farm In the City ni dekat dengan kawasan perumahan yang aku dan suami pernah sewa. Cehhh...memang masa kami sewa di Seri Kembangan ni dulu, setahun yang lalu je kot, kawasan ni takde pape pun. Kalau tak silap pernah diorang nak jadikan sebagai tapak pasar uptown atau downtown macam tu tapi macam tak hidup je.
Tak sangka pulak Farm In the City yang akhirnya muncul kat sini. Farm ni kat tengah-tengah jalan raya, maksud aku dikelilingi oleh jalan utama. Kalau duk dalam ni bukan terasa macam duk kat Farm pun, lebih macam masuk tempat pameran. Dah nama pun dalam city kan, bunyi kereta kat highway tak putus-putus..
Alang-alang dah sampai sini, terimbau pulak kenangan masa aku dengan suami menyewa disini. Kawasan perumahan kat sini best, tapi sekarang aku tengok pembangunan makin bertambah dah. Banyak apartment baru, dah makin sesak dengan kereta dan makin sibuk je suasana kat sini.
Banyak kenangan aku kat sini. Kenangan alam rumah tangga aku dengan suami. Dari aku mengandungkan Ammar, sampai la Ammar umur setahun kami tinggal menyewa disini.

Rombongan kali ni agak ramai jugak, semua ni belah suami. Mak dia saja-saja datang KL dah dekat 3 minggu jugak la dia duk kat Puncak Alam tu. Jadi last week plan asal kakak ipar aku yang tinggal kat kampung pergi ambik mak dia, kebetulan pulak abang ipar pun join jugak. Suami aku sah-sah la nak join jugak kalau dah ramai yang ke sana.
Balik kerja Khamis, petang tu terus bertolak ke KL. Sampai lebih kurang pukul 12 malam. Sampai je rumah kak ipar aku tu...makkkkaihhhh penuh satu rumah dengan anak beranak diorang, dengan riuh rendah nya...seronok je rasa, penat perjalanan dekat 7 jam tadi terus hilang bila duduk berkumpul ramai-ramai macam tu.

Esok nya pagi-pagi dah kene kejut sebab nak keluar berjalan. Budak-budak la paling excited. Lepas kelaur breakfast makan-makan terus ke Farm In The City. Kami sampai sana dalam pukul 12 lebih. Masa ni orang tak ramai sangat. Ya la, tengahari kan sebab mungkin diorang tak nak panas-panas duk dalam Farm tu.
Nak masuk macam biasa la kena bayor. Harga tiket agak mahal jugak la bagi aku..hihihi. Lupa pulak harga sebenarnya berapa sebab aku tak bayarkan. Kalau tak silap dewasa dalam RM30 + dan kanak-kanak belas belas ringgit je. Bawah 3 tahun free. Rombongan kami hari tu, 9 dewasa, 2 kanak-kanak dan 2 bawah 3 tahun, total semua dalam 300++.

Masuk je dalam Farm tu, terus excited gila tengok kura-kura yang besar dan real.Yang lawaknya bukan budak je yang teruja orang dewasa macam aku ni pun teruja gila kot....hahaha. Kura-kura dia lepas macam tu je, tapi ada pekerja yang awasi pergerakan kura kura tu. Menakutkan je tengok kura-kura yang bersaiz besar tu. Kat dalam tu, ada haiwan yang kita boleh bagi makan.
Antara haiwan yang boleh bagi makan macam kura-kura, arnab, ikan, biri-biri, burung, rusa dan rakun (aku pun tak pasti betul ke tak nama dia rakun).
Kat dalam tu ada mesin vending yang jual makanan haiwan. Kalau korang excited nak feed the animal, sila la beli banyak-banyak dan bawak sepanjang perjalanan kat dalam tu.

Aku ni jenis penakut dan geli, sekor haram pun aku tak bagi makan..hahhaha. Pernah masa kat dalam kawasan rusa dan kambing tu, aku duk seronok perhati budak-budak ni bagi makan tiba-tiba datang rusa jilat tangan aku...terkejut gila aku..hahhaha. Si Ammar pun sama, mula-mula ambik makanan burung letak kat tangan sekali burung patuk terus campak semua makanan tu..hahhaha. Penakut jugak ya anak ibu ni.



Kat dalam Farm ni agak panas jugak la. Kalau korang bawak baby baik sediakan kipas angin yang pakai bateri tu. Kalau tak jenuh nak kipas, sebab baby Harraz pun dah berpeluh-peluh kat dalam tu. Kat dalam Farm ada kedai yang jual air minuman, jadi kalau budak-budak dahaga ke apa ke boleh stop kejap kat gerai dalam tu. Lepastu sambung balik...



Muka acah acah berani sentuh rusa tu. Rusa ke kambing ke kancil ke semua nya jinak-jinak je. Eh jap..sebenarnya haiwan ni apa erk...rusa ke kancil? ahhhaha...kambing je yang aku tak tertukar yang lain semua out.


Masuk kat dalam ni kalau nak lagi mudah faham dan tak keliru, sebaiknya korang bawak peta kawasan ni. Sebab kat dalam tu dia dah buat maps untuk ke setiap check point yang ada kat dalam tu. Kalau ikut maps tu korang akan lalu semua tempat dan takde la lost sangat. Tapi tak lost sangat pun sebab tempatnya kecik je.

Kat dalam ni jugak ada disediakan horse ride. Tapi hanya untuk kanak kanak je la. Berat maksimum yang dibenarkan cuma 40 Kg ke bawah je. Tapi kan...kuda yang diorang sediakan untuk ride ni, aku tengok dah macam uzur je. Kesian pulak tengok kuda tu bila kena tunggang dengan budak-budak lepas tu duk pusing kat dalam kandang tu. Per ride kat dalam kandang tu RM7 untuk sekali pusing je. Kalau budak-budak nak naik tak payah takut sebab ada 2 orang pekerja yang akan bawak kanak-kanak pusing kandang tu. Jadi selamat la untuk budak-budak naik kuda tu.

Situ jugak ada buat pertunjukkan burung kakak tua. Tapi kami tak sempat tengok pun sebab pertunjukkan tu hanya pada masa tertentu je. Yang aku ingat pukul 3.30 petang, kami dah dekat 3 jam kat dalam tu nak tunggu lagi 30 minit dah macam tak larat sangat dah.


Masa beli tiket ni mungkin sebab bayar beratus dah untuk tiket sahaja, jadi dapat la jugak beberapa barang sampingan antaranya 2 kotak makanan haiwan (rumput je pun..huhu). Voucher makan di restoren kat dalam tu, diskaun untuk masuk ke Cat station (lupa apa nama tempat kucing-kucing tu sebab kami tak masuk) dan 3 button badge.


Tengah duk seronok bagi makan burung tiba-tiba datang cameraman snap gambar kami sekeluarga. Lepastu terus panggil yang lain pun berkumpul sama then dia snap gambar ramai-ramai. Macam biasa la gambar berbayar laa...bukan free. Dekat luar Farm tu ada booth gambar yang di snap oleh cameraman tu. Mula tu tak nak beli, tapi adik ipar cakap beli la kak buat kenangan, aku pun relakan la keluarkan duit bayar gambar tu.
Ada macam-macam saiz yang boleh request, ni aku ambik yang paling kecik sekali tu pun harga dah RM29 kalau ambik dua keping dapat diskaun jadi RM39. Takpe la bang, saya beli satu je, ni kat dalam phone masing-masing dah berlambak gambarnya..huhuhu


Gambar tu dia masuk kan dalam pamplet yang macam kat atas tu. Kalau nak print gambar dekat mug pun boleh je. Pun disediakan di kedai tu. Tak tanya pulak berapa harganya sebab aku tak berminat nak beli...
Dekat 3 jam jugak la kami menapak di Farm In the City ni. Walaupun sebenarnya kawasan dia tak la luas sangat pun. Tapi sebab banyak haiwan kat dalam ni, macam macam jenis yang kita tak pernah jumpa pulak tu. Dan tambahan pulak kita dapat berinteraksi secara dekat dengan kebanyakan haiwan dalam ni tu yang jadi seronok.

Walaupun tiket dia bagi aku agak mahal jugak la, tapi untuk masuk bawak kanak-kanak yang dalam lingkungan sekolah rendah tu memang sangat-sangat berbaloi la. Macam-macam haiwan boleh tengok dan sentuh...

Sekian dula ya...


LOVE,
Mcdaa

 

Sunday, 18 December 2016

Jalan-Jalan Singgah Melaka; Asam Pedas Claypot

Hai...

Bila hari rajin menaip datang, mula la episod throwback cerita-cerita lama..hihi. Atau dalam erti kata lain meng clearkan segala gambar kat dalam phone yang dah masuk beribu-ribu snap shot tu. Biasa la kan kalau dah ada phone berkamera macam pelik pulak kalau tak ambik gambar sebagai kenan kenangan untuk tatapan kemudian hari.
Tapi ye lah bila dah setiap benda pun kita anggap sebagai kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup kita, tu yang jadi phone asyik heng je dengan memori yang dah nak penuh tu.

Betul la kata orang kan, setiap gambar ada cerita yang tersendiri. Tiap-tiap gambar mesti ada cerita disebalik gambar tu. Sama ada kisah sedih, gembira, kecewa dan sebagainya ia tetap sebuah kisah yang pernah terjadi.

Ok lah, panjang nauuu mukadimahnya, padahal nak cakap nak clear gambar gambar dalam phone je pun..dia punya melalut kemainn haihhh..hahaha
Alkisah kali ni, just nak tepek gambar masa kami berjalan-jalan semalaysia. Asalnya aku dengan suami bercuti ke Shah Alam dan menumpang di rumah kakak ipar iaitu kaka kepada suami aku la..hihi. Dan kebetulan mak mertua pun ikut sekali.
Bila kami dah kat sini, abang ipar aku pulak kebetulan datang KL dan ajak kami pergi jalan-jalan kat Johor.
Kami on je pergi mana-mana pun asalkan ada yang nak bawakkan dan sponser..hihi. Maka nya bermula la trip kami dari Shah Alam ke Johor. Odw ke Johor tu kan lalu Seremban, dan dulu mak mertua aku sekeluarga ni pernah menetap di sini. Lama jugak la duk sini sebab ikut ayah diorang yang masa tu ditempatkan di kem tentera kat sini.

Kalau dah lama tak datang, lepastu lalu setelah sekian lama memang mengimbau kenangan habis lah. Dan mak mertua aku pulak terus terexcited sangat, maka kami pun pergi la melawat tapak rumah lama diorang tu. Sempat jugak singgah rumah jiran-jiran diorang suatu masa dulu. Tapi mak mertua aku cakap dah banyak berubah dari dulu masa diorang tinggal. Biasa la sekarang kan kat mana-mana tempat pun dah membangun, dengan taman-taman perumahan yang tumbuh macam cendawan la, dengan jalan raya yang makin lebar la dan macam macam lagi lah.

Sambil tu mak mertua dan suami asyik duk mengimbau kenangan lama diorang, macam-macam cerita yang keluar. Tapi aku perasan jugak la yang mak mertua aku tu macam sedih sikit, ye la sebab kan ayah mertua aku dah tak ada, mungkin dia teringat balik kenangan susah senang dia semasa bersama dengan arwah dulu.



Lepas dah puas pusing-pusing seremban tengok perubahan pembangunan dan mengimbau kenangan kat sana kami teruskan perjalanan dan singgah di Melaka pulak. Abag ipar aku ni memang kaki jalan, sama la dengan kakak ipar aku tu, tu yang best kalau keluar dengan diorang. Cakap je nak pergi mana, terus on..hihi
Di Melaka ni kami singgah kejap pergi kat dataran yang ada kapal tu. Lepak-lepak kat kedai tepi sungai tu (jap..sungai ke apa eh namanya..paham2 je lah). Selalu lalu Melaka tak pernah singgah pun, kali ni baru berkesempatan singgah dan jelajah bandar Melaka sekejap.






Lepas lepak kat sungai tu, jalan-jalan kat dataran kejap kami naik River Cruise pulak. Lupa pulak berapa harga tiket naik River Cruise tu. Bagi aku, nak cakap best tu takde la. Perasaan masa naik kapal tu biasa-biasa je. Tapi cantik jugak la hiasan kat dinding dinding bangunan di sepanjang laluan kami tu. Kiranya masa korang naik River Cruise ni, korang boleh tengok deretan kedai-kedai yang ala ala mewah gitu aka hipster, sepanjang laluan tu jugak ada hotel-hotel dan yang paling menarik masa lalu dekat deretan rumah-rumah sepanjang sungai tu.

Masa kami naik River Cruise tu hari dah petang nak gelap dah, jadi kami beruntung la dapat tengok lampu-lampu hiasa yang dipasang disepanjang kawasan perumahan tu. Kalau tak silap aku tu macam perkampungan terancang kot, sebab macam sebuah komuniti yang terpelihara.
Maklum la pelancong kan akan lalu ikut laluan tu, mestila kena bagi pandangan yang cantik, bersih dan aman kepada pelancong luar. Sebab tu la rumah diorang nampak cantik semacam je...hihi

Lepas dah selesai naik River Cruise tu kami teruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Restoran Asam Pedas Claypot yang femes kat Melaka tu. Ni kali kedua kami singgah makan kat kedai Asam Pedas ni. Bagi aku rasa dia sangat sedap dan tak rugi duit pun..hihi
Kalau korang nak tahu detail lokasi sila google la ya. Tapi seriua memang sedap dan berbaloi. Service pun boleh tahan la sebab tak perlu tunggu lama sangat pun untuk makanan sampai. Cuma mungkin kena tunggu meja je la kalau korang pergi time puncak atau time ramai orang.
Kat sini ada pelbagai pilihan lauk. Aku pilih asam pedas telur ikan, dan diorang pesan asam pesan ikan pari, kembung dan satu lagi aku lupa la...yang macam lemak lemak sikit, daging ke apa tah yang ni suami aku yang pesen, pun sedap jugak.





Lepas dah selesai makan kat sini, kami teruskan perjalanan kami yang masih jauh lagi tu iaitu Johor Bharu. Tapi kesian di driver sebab yelah dah seharian memandu, last-last tukar pemandu sebab dah penat tambahan perut dah penuh dengan asam pedas.
ok lah tu je nak share...huhu.


LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 14 December 2016

Kursus di Avillion Admiral Cove Port Dickson

Hai....

Kali ni share tentang tempat kursus yang aku pergi bulan lepas. Hari ni baru ada mood nak bercerita kat dalam belog ni. Bajet macam ada yang baca kan...hahhaha...lantak la ada yang baca atau tak, dah memang aku ni suka bercerita jadi kat sini la tempat yang sesuai nak bercerita tanpa ada yang rasa annoying...hihi

Bulan lepas aku attend kursus di Avillion Admiral Cove Port Dickson (AAC). Masa dapat surat kursus tu, macam terkejut jugak la sebab buat kat PD lepas tu pulak dengar nama hotel AAC tu macam best je kan. Selama ni aku belum pernah dengar pun nama hotel ni, jadi memang tak tahu nak expect macam mana. Tapi tak kisah la sebab datang pun atas tiket kursus aka free of charge kan jadi takde la aku beriya sangat nak google keadaan tempat ni. 
Tapi ada jugak la survey sikit-sikit. Well as we all know la kan, banyak dengar cerita hotel kat area PD ada yang hunting. Aku ni spesis penakut teramat jadi survey la jugak kot-kot AAC ni salah satu hotel yang haunted ke apa ke kan. Tapi alhamdulillah nan hadoo sebarang haunted happen here. Selamat...fuhhh

Tentang kejadian masa kurus berlangsung tak payah la aku nak hurai secara detail kot. Macam biasa la kalau attend kursus ni, lagi-lagi kalau penginapan disediakan selalunya program akan bermula dari pagi hingga malam la. Lepastu ko jangan mimpi nak diet kalau dah datang kursus, sebab dekat 6 kali sehari akan hadap makanan. Takkan la nak tolak makanan kan, paling kurang pun ambik rasa..hahahhah. ayat komam untuk elak rasa bersalah pada diri sendiri..


Tapi...sebagai kenangan macam nak bercerita jugak la tentang apa yang dah terjadi semasa kursus tempoh hari..hihi. Sebab ada kejadian yang sememangnya telah memalukan diri sendiri tu yang macam malas nak ulas kat sini. Tapi biasala kan, setiap perkara yang berlaku kita kena la jadikan sebagai pengalaman hidup baru la hidup ni meriah dan ceria. 
Al-kisahnya masa program tu berlangusng, aku dah ditugaskan untuk buat tugasan pembentangan khas yang dah disenaraikan oleh pihak urus setia. Kiranya pihak urus setia dah maklumkan sebelum kursus bermula kepada para peserta yang terlibat dengan tugasan pembentangan ni untuk sediakan slide pembentangan masing-masing mengikut pada tajuk yang diberikan. Urus setia pilih nama secara rawak je, kebetulan pulak nama aku pun tersenarai. Tentang nama aku terpilih tu dah dimaklumkan awal, aku pun ada call pihak urus setia nak kena buat persediaan apa-apa tak macam material untuk pembentangan ke slide ke apa ke, tapi masa tu ursu setia cakap tak payah buat apa-apa pun. Pembentangan biasa je, selamber badak je dia cakap macam tu. Aku pun rilek je lah. Lepas tu seminggu sebelum tarikh bermula kursus boleh pulak urus setia email dan maklumkan yang kami kena sediakan material pembentangan sendiri. Mampos la kau...huhu
Kebetulan pulak 2 3 hari sebelum ke sana aku sakit, tak masuk office. Tapi ada kebetulan lain pulak, iaitu tiket flight kawan aku tempah tu awal gila kot. Flight awal pagi, jadi sampai sana ada la masa untuk aku buat slide, buat yang simple-simple pun ok lah dari langsung tak ada.

Nak dijadikan cerita ni panjang lebar, masa hari kejadian kami dah tertinggal flight! Kau rasa...?? time tu aku dah memang tawakal je la. Nak marah pun tak guna sebab sendiri yang bodoh sangat tak pandai naik flight..hahhaha. Lastnya kami booked tiket petang hari yang sama, dan sampai sana pun dah agak lewat gila dah. Check in makan lepas tu dah mula taklimat sampai pukul 10 malam. Balik hotel pukul 10 lebih baru nak start buat slide...tergodek-godek la cari info sana sini. Pukul 1 2 pagi dah mula mengantuk. Hmmm memang terbengkalai la slide aku tu. Dah la aku kena buat pembentangan esok hari ni sebelah petang, memang tawakal dah dengan slide yang tah pape tu. Langsung takde maklumat yang berguna. Lantak lah, janji siap.
Sebab guna slogan janji siap la aku dapat malu...hahhhaha. Sebab lepas je buat pembentangan terus kena komen sebab slide simple sangat dan tak menarik, macam buat tak ikhlas..memang pun...huhu



Dah lah cerita tentang pembentangan hampeh tu. Aku nak share tentang AAC ni pulak. Bagi aku tempat ni memang cantik dan tenang sangat. Sebab hotel memang mengadap pantai, tapi macam ada teluk sikit. Sebab kat kawasan depan hotel tu ada park bot-bot mewah kepunyaan persendirian.
Bilik kat sana pun sangat luas dan selesa. Kemudahan kat dalam bilik pun lengkap ada peti ais, iron board dan iron, hair dryer dan lain-lain kelengkapan yang biasa disediakan oleh pihak hotel. Kemudahan lain jugak temasuklah kolam, gym, taman permainan dan macam-macam lagi sama ada disediakan secara percuma atau berbayar. Dan makanan yang disediakan di hotel ni pun boleh tahan menarik jugak, sedap la jugak bagi tekak aku ni. Cuma part pencuci mulut tu macam tak banyak pilihan sangat pun, tapi overall not bad.













Akhirnya tamat jugak kursus selama 5 hari non-stop dari pagi petang sampai ke malam. Banyak sangat ilmu dan perkongsian dari rakan-rakan di negeri lain. Sebab dah setahun berkidmat jadi masing-masing dah ada cerita dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama.
Tambahan diorang semua pulak happening dan sangat supportive memang tak terasa sangat lah walaupun terpaksa berkampung kat sana selama 5 hari.

Hotel Avillion Admical Cove ni pun boleh tahan cantik dan selesa. Dan harga pun tentu-tentu la boleh tahan jugak dengan suasana kat sana. 



LOVE,
Mcdaa

Monday, 28 November 2016

Berkelah di Pantai Melawi Bachok

Hai...

Edisi throwback kembali...
Hari tu mood berkelah datang dengan secara membuak-buak, padahal musim hujan tapi mood berkelah tu datangnya macam entah..nak jugak berkelah walaupun tahu tu musim hujan.
Mula-mula mak membantah sebab musim hujan kan, tak kan nak berkelah dalam hujan. Tempat berkelah pun sah sah la basah. Tapi aku tetap jugak berdegil nak pergi. Lagipun tempat yang aku nak pergi ni dia ada sediakan wakaf, jadi kalau hujan boleh berteduh kat wakaf yang disediakan tu.

Makanya, aku rajin kan diri siapkan makan minum dan barang-barang untuk berkelah macam pinggan mangkuk, dapur BBQ, arang, tikar dan lain-lain kelengkapan berkelah. Dah kalau semua dah ready, takkan la mak aku nak tolak pulak kan. Mesti dia kesian kat anak dia yang duk bersungguh siapkan semuanya. Dan akhirnya kami bertolak menuju ke tempat perkelahan yang aku pilih tu, Pantai Melawi Bachok.

Masa on the way nak ke sana, hujan punya la lebat selebatnya turun. Masa tu aku pasrah je. Lpeastu sedapkan hati cakap kat diorang...takpe sini je hujan nya, kat sana tak hujan kot.
Tak pun sini hujan, sana dah berhenti kot..
Dan alhamdulillah sampai je sana matahari dah muncul dan sana baru lepas hujan. Jadi kiranya kami bertuah jugak la sebab hujan pagi kat Pantai tu, kami bertolak dari rumah time pagi...sampai sana hujan reda...rezeki la tu...huhu

Pantai Melawi ni ok dan sesuai sangat kalau nak berkelah. Kalau nak mandi-mandi pantai tu aku tak syor kan sangat. Sebab walaupun air pantai dia tu landai dan macam tak berbahaya tapi tahap kebersihan air di kawasan tu kurang menyakinkan.




Berkelah dan BBQ bagai kan ombak dan pantai yang memang tak dapat dipisahkan...hihihii


Ayam BBQ tu aku main hentam perap je. Sekali perghhhhh sedap kot. Pandai jugak walau main campak je bahan-bahan perapan ayam tu. Kalau nak tau resepi boleh rujuk sini ya...





Tengok la cuaca tu...mendung je baru lepas hujan...best sangat.

Pantai Melawi ni panjang, bersambung dengan Kandis jugak la. Sepanjang pantai tu jugak ada resort yang agak popular tu Villa Danella dan Sutra Beach Resort. Pantai yang kami singgah berkelah ni sebenarnya dalam kawasan persendirian. Jadi masa nak masuk ke kawasan tu kami kena bayar RM3 per kereta. Ok la harga tu dengan kemudahan yang ada. Ada tandas, surau, wakaf dan paip air. Kalau nak berkelah yang free boleh je, tapi kemudahan tu memang sendiri kena cari la.

Ingatkan hari tu aku je yang meroyan nak berkelah kat pantai, tapi rupanya ramai je orang yang mood seperti aku. Berkelah di musim tengkujuh..hiihihi. Sebabnya, masa kami duk lepak-lepak tu datang rombongan dari mana tah buat reunion kat situ. Lepastu 4 5 biji kereta lain pun join berkelah jugak. Mula-mula sampai dalam pukul 12 macam tu, tempat macam sunyi sikit. Ada 2 keluarga je, bila dah agak petang lepas pukul 2 orang yang datang makin meriah pulak.

Lupa pulak, owner ni ada sediakan resort jugak. Tapi resort nya tak la famous, tapi jadi pilihan untuk sekolah buat aktiviti berkhemah kat sini. Ada la 2 bangunan yang macam dorm, tapi bilik macam resort la. Dan kat depan sikit dengan pantai tu ada resort yang sebijik sebijik tu, tapi design macam yang lama punya. Tak pulak aku berminat nak tanya harga resort tu. Tapi kalau yang macam dorm tu harga per night RM100.  Nama resort ni Pantai Perkasa kalau aku tak silap..Lupa nama tempat tapi ingat jalan je. hahhhhaha

Tu je la nak share pengalaman berkelah kat Pantai Melawi Bachok. 



LOVE,
Mcdaa

Thursday, 15 September 2016

FIZOW KITCHEN BACHOK

Hai semua..
Throwback suatu ketika dahulu ya..hihi. Macam lama pulak bunyinya bila tulis suatu ketika, sebenarnya tak ada la lama sangat pun, just 2 3 bulan yang lalu je. Kami try pergi makan kat kedai ala-ala fastfood ni, FIZOW KITCHEN di Bachok. Okey..untuk pengetahuan yang ni bukan owner dia Fizo Omar pelakon hot tu ya, yang ni orang yang berlainan. Nama je serupa. Yang Fizo Omar punya restoran tu nama dio FIZO MAWAR Kitchen kalau tak silap aku.

FIZOW KITCHEN ni ok la not bad sangat. Makanan nya simple, tak banyak pilihan sangat dan harga sangat lah berpatutan.


Dia punya senarai menu boleh kira dengan jari je, tak banyak sangat pun. Tapi semua makanan western la. Hari tu aku try chicken chop, chicken grill dan meatball untuk si kecik Ammar. Masa ni Ammar buat perangai, mungkin sebab penat dan mengantuk lepas seharian duk berendam dalam kolam kot. Tunggu makanan sampai sempat la dio meroyan jap...hahhahah.
Tapi bila dapat makanan terus berhenti nangis dan fokus kat makanan dia. Kemainnn aihhh...





Seronok betul dua beranak ni menjamu selera ya..Kedai ni dibuka sebelah petang ke malam. Kedai dia memang betul-betul tepi jalan. Meja kami pun sebelah dengan jalan je, scary jugak masa makan sebab petang kereta lalu lalang agak banyak jugak. Penggunjung pun ramai, kebanyakan yang datang dalam group la. Tak rugi datang makan kat sini sebab harganya berbaloi dan service pun ok la. 



p/s: 18/12/16 FIZOW Kitchen ni dah berubah lokasi ke tempat lain ya. Sekarang kedai yang dulu dah tutup dan dah berpindah ke lokasi baru. Kedai yang baru ni lebih selesa dan selamat untuk menjamu selera. Sebab jarak kedai dan jalan raya dah tak dekat sangat. Tapi masih dalam daerah Bachok lagi..
Menu pulak tak tau dah berubah atau masih sama sebab yang kedai baru ni belum try lagi.


LOVE,
Mcdaa



Sunday, 4 September 2016

Sudara Beach Resort, Bachok Kelantan

Hai semua..

Hari ni saya nak share dan throwback percutian kami di Sudara Beach Resort, Kelantan. Selama ni selalu je dengar nama resort ni. Tapi disebabkan dalam negeri Kelantan jugak jadi kami pun tak berapa nak ambik tahu sangat.

Cerita bermula masa tu en.suami cuti dan balik kampung (maklum la kami ni pjj, perkahwinan jarak jauh) sebab bosan duduk rumah dan dia ajak keluar jalan-jalan. Masa pusing-pusing dalam bandar, terasa bosan yang amat terus keluar idea nak pergi check in mana-mana resort berdekatan, dapat main dalam kolam mandi pun best jugak.
Terus search dan jumpa website Sudara Beach resort, masa tu dalam pukul 11 lebih masih sempat nak bersiap dan check in. Tapi en.suami cakap takpe lah kita terus je ke sana tak payah balik rumah ambik baju apa semua tu. Singgah kedai cari baju t-shirt murah-murah pastu terus pergi check in...hihihi. Memang selamber gila. Dengan susu ammar pun tak bawak pergi beli kedai, nasib baik botol susu dia memang sentiasa ada dengan dia.






Kebetulan hari tu hari sabtu, jadi tak ramai pun orang yang menginap pada hari tersebut. Kelantan kan kerja hari ahad, kalau holiday hujung minggu mesti la sabtu tu dah check out. Lagipun bukan musim cuti. Mula-mula risau jugak kot kami je yang bermalam di resort tu, tapi bila dah nak malam nampak ada lagi 2 3 family yang bermalam situ jugak. Kira ok la tak de la cuak sangat malam-malam nanti.
Kat sana ada macam-macam pakej. Resort pun ada 3 jenis, yang paling mahal Seaview (RM190), Poolview (RM160) dan Gardenview (RM130) harga plus minus lebih kurang macam tu lah. Kami ambik poolview sebab affordable...huhu. include breakfast tau...not bad la.
Sana dekat dengan pantai, pantai pun cantik, ada ruang untuk buat bbq malam-malam tapi tapak bbq kena sewa la..dalam RM58 plus minus. Kolam pun ok sebab masa kami mandi tu cuma ada kami dan satu lagi family, jadi kolam tak de la crowded sangat. Overall kami bagi 4/5.
Kami plan next trip nak bawak family datang buat bbq dan check in resort ni.

Sekian dulu dari saya.


LOVE,
Mcdaa.

Tuesday, 30 August 2016

Demong Beach Resort Terengganu

Hai semua..

Perkongsian kisah percutian kami di Demong Beach Resort, Kuala Terengganu. Tak ada la bercuti sangat pun, cuma datang menginap semalaman lepastu balik. Dari rumah ke Demong ni tak la jauh sangat. Aku pilih untuk bermalam kat Demong pun sebab ada kolam.
Ni kali kedua aku pergi Demong, yang first datang sini masa kursus anjuran Jabatan aku. Tempat dia ok la boleh tahan, selesa sebab ada kolam dan dekat dengan pantai. Tapi satu je la, bilik yang kami duduk bermalam tu tingkat dua. Adoiii...jenuh jugak la nak panjat tangga dia yang boleh tahan tinggi tu. Dah la hari tu bawak nenek aku sekali, kesian dia kena panjat tangga tingi-tinggi...huhuhu.

Sebab yang ni tak plan dari awal-awal, main terjah je datang tanya bilik kosong ada ke tak. Pastu terus check in...sempoi.. Budak-budak la yang seronok nya. Petang tu duk main kolam, jenuh panggil naik tak nak. Seronok sangat mandi kolam, budak-budak pun ramai. Kolam di buka untuk penggunjung luar yang tak menginap disini. Kebetulan pulak masa datang ni ada macam hari keluarga entah dari agensi mana tah. Pulak tu ada dua kumpulan yang berbeza, memang penuh la bilik ka sini hari tu. Bilik dia pulak tersusun macam bilik kat dorm..hihihi..Aku bagi 3.5/5 lah sebab bilik selesa, kemas, bersih dan ada breakfast sekali pakej...huhu.







Lepas dah puas main kolam, bawak budak-budak ni pergi kat kawasan belakang resort main pantai pulak. Tapi pantai kat sini macam tak berapa nak mesra pengunjung sikit...hahaha sebab pantai dia macam tak landai, dalam dan air laut pun agak kuat. Cuma main-main kat persisir pantai je yang mampu. Trip yang ni en.suami tak ikut sebab dia tak cuti, kami-kami yang perempuan aje yang pergi, tolak si kecik Ammar sorang yang laki-laki...hihi

Sekian dulu untuk kali ni. Next trip.....


LOVE,
Mcdaa.