Powered By Blogger

Wednesday, 28 September 2016

Okonomiyaki versi Tempatan

Hai...
Assalamualaikum..semoga kita semua diberkati dan dimurahkan rezeki, aminn..

Semalam teringin sangat nak makan benda alah nih, jadi gighkan diri jugak buat walaupun kat rumah tak ada bahan yang cukup. Jadi sebelum duk kempunan tu baik la buatkan dulu. 
Okonomiyaki ni atau pancake versi Jepun sangat senang dan mudah je, rasa pun sedap. Macam lebih kurang Takoyaki. 
Beza dengan Takoyaki sebab tako tu kan bulat-bulat yang ni pulak leper macam lempeng gitu. Ala-ala lempeng kubis la versi yang aku buat semalam..hihi

Meh nak share resepi simple sangat untuk buat Okonomiyaki ni, tapi versi aku lah. Asal rasa lebih kurang sama jalan aje...

Resepi;
1 cawan tepung 
1 cawan kubis yang dipotong kecik2
1 kiub pati ayam
1 biji telur
air secukupnya untuk jadikan adunan.
*campur semua dan bancuh macam jadi adunan nak buat lempeng tu..lepastu goreng atas kuali leper macam masak lempeng jugak.

Untuk sos;
1/2 cawan sos worcester
4 sudu sos tomato
3 sudu kicap pekat.
*Campurkan semua dah siap.
Lepastu buh mayonis sekali kat atas okonomiyaki tu.

(Kalau google ada macam2 lagi bahan tambahan seperti sos okonomiyaki/sos takoyaki, fish flakes, seaweed, sotong, sosej, udang dan macam2 lagi makanan jepun tu. tapi kan ni versi aku sendir, jadi simple-simple sudah. tak kuasa nak cari kedai jual barang2 masakan jepun/korea baru boleh buat okonomiyaki ni. baik guna apa yang ada dan senang nak cari tapi hasilnya lebih kurang sama. tapi kalau nak sedap dan kickkk macam yang real, memang kena pergi cari jugak la bahan2 tersebut)

ni la rupa sos worcester brand Lea & perrins. jangan risau, yang ni halal. insha allah...




Okonomiyaki paling simple atas muka bumi ni....hihihiihi



Sekian.


LOVE,
Mcdaa.

Folic Acid ; Usaha untuk hamil


Hai...
Ikhtiar hamil aku. Semalam dah beli Folic Acid dekat farmasi. Ni antara usaha aku untuk hamil kali kedua. Lepas bersalin secara czer anak pertama, dan consume pil perancang selama setahun setengah. To the date 28/9/16 ni, Ammar dah berumur 2 tahun 2 bulan.
Jadi dah hampir setahun aku berhenti makan pil perancang, tapi masih belum ada rezeki lagi untuk hamil anak kedua.
Ni adalah sebagai permula. Folic acid ni bukan semata-mata pil untuk terus hamil ya. Dia just membantu kita untuk ikhtiar untuk menjadi lebih subur. 

''Aids the healthy development of the unborn child, from the moment of conception''
Harap nya ada la hasilnya nanti...Insha allah amin...


28/9/2016 start consume....


LOVE,
Mcdaa.

Akta Makanan; GUID ELINES ON LABELLING OF “ NATURAL COLOUR ” ON LABELS OF FOOD PACKAGES FOR SALE IN MALAYSIA

Hai..
Assalamualaikum...semoga kita semua diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Esa.

Waaahhh panjang nau tajuk entry ni. Sebenarnya aku nak share kat sini mengenai garis panduan untuk label produk. Tak kira la penggilang atau pengguna, semua sepatutnya kena tahu mengenai garis panduan yang ada pada label dan maklumat yang perlu kita semua tahu mengenai label produk yang kita beli.

Kebanyakan dari kita tak ramai pun yang baca label masa beli produk. Aku sendiri pun jarang2 je baca label. pernah aku terbeli produk yang kat label dia tu tulis ''this product contain pork''...astagfirrullah...mengucap panjang aku laki bini. tu la, suka sangat cari makanan yang pelik-pelik kan sekarang dah terima nahasnya..bukan tak boleh makan benda pelik2 ni, tapi tu lah kena tengok logo halal, ramuan dan negara pengeluar pun kena tahu jugak..insha allah lepas ni memang aku dengan suami akan lebih berhati-hati...

''objective of these guidelines is to provide the food industry, enforcement agencies and consumers with information in respect of the labelling of natural colour on labels of food sold in this country''
 Under Regulation 21 of the Food Regulations 1985 colouring substances means any substances that, when added to food, is capable of imparting colour to that food and includes colouring preparation.
 Under Regulation 11 of the Food Regulations 1985, there shall be written in the label of any food product which has been added with food additive (colouring substance) the statement contains permitted colouring substance. This statement shall appropriately appear after the list of ingredients.      



The requirement for labelling ‘’Natural Colour’’
The use of statement ‘’natural colouring substance’’ on food label is permitted if the following requirement are followed;
a.       Food or food ingredient that used lead to natural colour formation or inherently natural to the food without any purification.
b.      Colouring substance which is specifically derived by appropriate traditional processes, physically processes and chemical processes from plant, edible fruit and vegetable, animal or mineral origin in either its natural or processed form for human consumption.
The use of word ‘’natural’’ only is permitted. The words ‘’does not contain artificial colour’’ or ‘’free from artificial colour’’ and similar wordings are prohibited.

Maksudnya dilabel produk tu kalau ada warna semula jadi, atau terciptanya pewarna semulajadi, atau dimasukkan warna semula jadi, makanya dibenarkan untuk tulis mengandungi pewarna / warna semulajadi. Tapi tak dibenarkan kalau tulis ''tidak mengandungi pewarna tiruan'' atau ''bebas dari pewarna tiruan'' sebab ayat penyata ni boleh mengelirukan pengguna. Sebab kalau tulis macam tu kat produk dia, habis tu produk lain tu tak tulis ''tak menggandungi pewarna tiruan'' maksudnya ada guna la tu...lebih kurang macam tu la, takut pengguna lain keliru. Sebab ada je produk yang memang tak guna pewarna tiruan pun dan pengilang tak tulis kat label yang dia tak guna pewarna tiruan. 
Jadi lah pengguna yang bijak...hihi
 Sekian.


LOVE,
Mcdaa.

Sunday, 25 September 2016

Cerpen Pendek; Andai Itu Takdirnya



Andai itu takdir nya...

Amin terpaksa pasrah dengan ketentuan yang telah menimpa hidupnya. Atas desakan keluarga, dia terpaksa akur dan turuti kehendak keluarga untuk mencari calon isteri dan menamatkan zaman bujangnya.

Amin tahu, perasaan yang disimpan selama ini terhadap anak jiran nya terpaksa dilupakan. Kerana dia tahu perasaan itu tiada pengakhiran dan akan terkubur begitu sahaja.
Walau setingga mana sekali pun harapannya terhadap Lela, namun perasaan itu tidak akan kemana kerana Lela tidak pernah sama sekali punyai perasaa yang sama sepertinya. Bagi Lela, dia hanya lah sekadar kawan rapat untuk berbicara, dan hanya sebagai abang sahaja pangkat yang mampu Lela berikan terhadap Amin.

Amin akur dengan perasaannya sendiri.
Hari berlalu dengan pantas, permintaan keluarga nya harus dituruti. Keluarganya berjanji, akan menyerahkan perniagaan keluarga kepada Amin setelah dia bertemu jodoh dan berkahwin. Ibu bapanya sudah semakin uzur untuk meneruskan perniagaan keluarga mereka. Untuk serahkan sepenuhnya perniagaan tersebut untuk diuruskan oleh Amin sendiri, keluarganya khuatir Amin tidak mampu. Jadi, hanya dengan kehadiran isteri Amin barulah keluarganya yakin untuk menyerahkan perniagaan tersebut kepadanya.

Oleh kerana Amin tidak ramai kenalan perempuan, Amin terpaksa ikhtiarkan sendiri bagaimana untuk dia mencari calon bakal isterinya kelak. Amin, seperti rakan sebaya nya gemar melayari internet dan bersosial melalui facebook, whatapps dan instagram akhirnya menemukan Wati.
Wati telah menarik minat dan perhatian Amin, dalam masa perkenalan yang tidak sampai setahun Amin telah menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Wati. Bagi Wati, tujuan utama perkenalan nya dengan Amin adalah untuk mencari calon suami juga. Oleh kerana usia Wati semakin meningkat, tambahan pula wati juga tidak punya ramai kenalan lelaki yang serius dengan nya. Kehadiran Amin dalam hidupnya unpama pengakhiran terhadap penantiannya selama ini. Pertemuan di laman internet, siapa sangka membuahkan hasil untuk wati dan amin menjalinkan hubungan dan akhirnya bakal diakhiri dengan pernikahan.

Dengan persetujuan oleh kedua belah pihak Wati dan Amin, maka keluarga wati telah didatangi oleh keluarga amin untuk majlis merisik dan bertunang. Mereka tidak mahu majlis besar-besaran, cukup sekadar melaksanakan apa yang wajib sahaja.

Wati dan keluarga tidak menyangka, keluarga Amin adalah dari kalangan keluarga berada. Wati juga sebagai budak kampong, yang tinggal dikawasan agak terpencil, tidak pernah membayangkan tentang kelaurga amin. Baginya, cukuplah dia tahu amin bekerja dan boleh menampung hidup mereka kelak, kerana wati setelah tamat pengajian diuniversiti masih lagi bergelar penggangur.

Selesai majlis pertunangan, pihak keluarga wati telah bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan 3 bulan dari tarikh pertunangan tersebut. Wani dan amin tidak sabar untuk menunggu tiba hari bahgia mereka untuk diijabkabulkan. Namun, tanpa amin sedar pihak keluarga amin tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima dari keluarga wati. Berlaku konflik antara keluarga tersebut, namun wati dan amin tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Amin tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara tersebut, kerana bagi amin apa yang perlu difikirkannya hanyalah tentang majlis yang bakal berlangsung kelak. Sama juga wati tidak sedikit pun terdetik untuk megetahui perkara tersebut, baginya semua itu hanya lah hal remeh dan dia tidak mahu menambah beban fikirannya dengan hal-hal tersebut.

Setelah pulang dari majlis tersebut, keluarga amin benar-benar tergangu dengan konflik antara keuarga besan mereka. Kerana, bagi mereka layanan yang diterima pada majlis pertunangan tempoh hari amat menyakitkan hati dan tidak boleh diterima langsung. Tiada kemesraan yang ditunjukkan oleh bakal besan mereka, bakal besan mereka juga seperti tidak mengalu-alukan kehadiran mereka. Keluarga amin punyai nama dan kenalan dari golongan berpelajaran dan tahu menjaga adap dan budi pekerti, bila mereka diperlakukan dengan cara kurang adab dan budu pekerti, sedikit sebanyak telah memberikan gambaran akan sesuatu yang tidak mereka inginkan terjadi. Apakah bakal menantu mereka nanti juga berperangai kurang adab dan budi pekerti juga atau mungkin kan bakal menatunya itu juga punyai perwatakan sama seperti bakal besan mereka yang mereka temui dimajlis tertunangan itu. Semua itu menjadi persoalan dan tanda Tanya dalam fikiran mereka. Namun, mereka tiada daya untuk menhgalang amin dari menghentikan perhubungan tersebut. Kerana meraka tidak mahu jadi penghalang atau penyebab putusnya ikatan yang bakal terjalin kelak.

Bapa amin dari awal lagi sudah berpesan kepada nya, walau apa pun yang bakal amin tempuhi kelak jangan sesekali libatkan mereka, amin perlu terima bakal isteri dan mentuanya kerana itu adalah pilihan amin sendiri. Amin sepatutnya mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang keluarga wati.

Akhirnya tiba lah hari yang dinantikan oleh Amin dan Wati. Majlis berjalan dengan lancer dan ramai hadirin dari kenalan mereka yang datang memeriahkan majlis. Selang seminggu, majlis di pihak Amin pula berlangsung. Majlis kali ini lebih meriah berbanding di pihak Wati. Mungkin kerana ini merupakan majlis pertama kali dalam kelaurga amin, jadi keluarganya tidak keberatan untuk berbelanja lebih untuk majlis sambut menantu. Manakan tidak, amin hanya dua beradik sahaja tambahan pula keluarga mereka dikenali dan ramai sahabat-sahabat perniagaan juga hadir untuk memeriahkan majlis.

Kini amin lega, akhirnya wanita yang dicari selama ini telah muncul dan telah selamat bergelar isteri kepadanya. Amin tahu, selepas ini tanggungjawab yang perlu dipikul oleh nya makin bertambah. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga, untuk membimbing alam pernikahan mereka. Dan tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga yang bakal diserahkan kepadanya kelak. Dia berharap dengan kehadiran wati disisinya dia mampu untuk menjalankan tanggungjawab yang bakal dipikulnya kelak.

Wati tahu dia akan sentiasa diperlukan oleh suaminya amin. Kerana dari awal perkenalan dia sudah dapat merasakan yang kehadiran nya dalam hidup amin telah memberikan harapan dan semangat dalam hidup amin untuk maju kehadapan dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Cinta wati untuk amin benar-benar tulus dan ikhlas. Walaupun perkenalan mereka singkat, namun wati tahu hatinya tak pernah silap dalam memberikan cinta kepada insane yang selayaknya. Mereka telah ditakdirkan bersama, wati berjanji untuk sentiasa menjadi tulang belakang kepada amin dan membantu nya disetiap kesusahan yang bakal ditempuhi mereka kelak.

Ikhtiar Hamil

Assalamualaikum...

Hai...

September 2016, Ammar genap 2 tahun 2 bulan. Masa lahirkan Ammar dulu, aku czer. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, jadi jalan terakhir adalah czer. Kalau ikutkan, mestilah nak bersalin secara normal, tapi apakan daya dah takdir aku macam ni. Czer, ada kebaikan dan kelebihannya tersendiri. Tapi bagi aku banyak kekurangan kalau bersalin secara czer. Penjagaan pantang yang berpanjangan, bukan pantang makan je, pantang jalin hubungan dengan pasangan pun agak lama.
Kalau dah bersalin czer dan ikut nasihat doktor, paling kurang kena jarakkan kehamilan seterusnya selama 3 tahun. Jadi, dalam tempoh tiga tahun ni memang tak digalakkan untuk mengandung lagi. Sebab takut luka pembedahan belum baik sepenuhnya dan takut ada komplikasi lain masa hamil nanti.

Jadi, terpaksala aku ambik pil perancang. Sebab takut kalau-kalau terhamil dalam tempoh sebelum 3 tahun ni. Tapi ada je kawan aku yang tak ambik pil perancang dan rancang sendiri. Dan ada jugak yang hamil lepas setahun bersalin czer. Sebenarnya boleh, tapi kalau terjadi apa-apa risiko sendiri kena tanggung.
Aku ambik pil perancang selama setahun, lepastu stop ambik dah. Sebab dengar-dengar dari kawan yang ambik pil perancang, untuk dapat peluang hamil yang seterusnya agak ambik masa yang lama. Mungkin kesan dari pil perancang tu. Dan sekarang aku dah alaminya. setahun dah tinggalkan pil perancang, tapi masih belum ada tanda-tanda untuk hamil kali kedua.

Dalam tempoh setahun lebih ni, aku dan suami duk berusaha tapi masih belum berjaya. Mungkin belum rezeki aku lagi, atau mungkin jugak kesan dari pil perancang. Mana satu penyebabnya aku tak pasti, tapi yang pastinya kami tetap akan berusaha dan tak kan putus asa.
Aku ada terbaca asid folic bagus untuk ikhtiar hamil. Selain dari produk sheekle dan susu kambing sunnah yang tengah hot sekarang ni, mungkin bagus jugak aku cuba makan vitamin asid folic ni.
Hasil dari carian google, memang banyak maklumat tentang kebaikan asid folic untuk yang sedang ikhtiar hamil macam aku ni. Mungkin aku patut try dulu lepastu kita tengok hasilnya nanti.

Selain tu jugak, tak boleh bergantung pada asid folic semata je, kena jugak rancang waktu subur aku dan suami bila. Untuk perempuan macam aku ni, kena kira kitaran haid dan aim waktu subur. Biasanya hari ke 14 sebelum kitar haid seterusnya. Jadi kena kira betul-betul waktu sesuai untuk lakukan hubungan supaya berhasil.
Dan waktu subur bagi lelaki pulak ialah waktu pagi dari pukul 3 pagi hingga subuh. Info ni pun aku dapat hasil dari google penulisan dari belog-belog kesihatan. Waktu macam ni, penghasilan sperma sangat banyak dan peluang untuk berjaya jugak sangat tinggi.

Jadi, untuk next kehamilan aku perlukan perancangan dan usaha yang lebih tak macam kehamilan pertama dulu. Dulu, lepas kahwin 3 atau 4 bulan baru la aku mengandung. Jadi nak cakap tak subur, tak jugak la sebab awal-awal kahwin dah boleh hamil. Tapi tak semestinya jugak, sebab makin tambah usia kita makin tak subur tambahan pulak kesan pil perancang mungkin juga faktor kenapa sampai sekarang masih belum hamil lagi.

Walau apa sekalipun alasanya, semuanya adalah ketentuan Allah. Rezeki anak datang dari Allah. Dia sebaik-baik perancang. Kita kena sentiasa berdoa mohon padanya sebab hanya dia lah yang berkuasa keatas setiap kejadian yang berlaku..insaf kejap...huhu

Semoga aku dan suami dapat keberkatan dan dikurniakan rezeki anak sementara kami masih ada kudrat untuk membesarkan zuriat kami...amin.


LOVE,
Mcdaa.

Thursday, 22 September 2016

Business Online

Hai...

Teringin sangat nak try buat business online.
Tapi asyik terbantut je.
Tak tahu apa yang membantutkannya.
Sebab anak?
Sebab kerja?
Sebab suami?
atau sebab modal?
atau mungkin semua sebab diatas?
hihi...aku sendiri pun tak boleh nak jawab.
Walaupun dalam hati ni meluap-luap nak berniaga online.
Berniaga offline tu ada la, secara kecil-kecilan je.
Tapi berniaga online dan offline ni sangat berbeza.
Azam dari tahun lepas dibawa ke tahun ni.
Mungkin akan dibawa ke tahun hadapan jugak azam ni nanti..

Wednesday, 21 September 2016

Nutella Pizza aka lempeng nutella

Hai...

Hari ni aku nak share resepi nutella pizza ciptaan aku sendiri...ehhhe. pandai reka-reka resepi dah sekarang ni ya...ada kemajuan sangattt.

Asalnya beli nutella, masa tu ada promosi, lupa plak berapa harga masa promosi tu, tapi yang penting murah la dari yang harga biasa berbelas belas ringgit untuk satu botol secoett tu.
En.suami mintak nak makan nutella, masa tu malam macam tak kena pulak nak makan nutella dengan roti time2 tu, bukan apa...kan tu waktu malam, aku ada kat rumah dan takde pape kerja, kan nanti bagi roti dengan nutella je nampak benauuu pemalasnya. jadi rajinkan diri la mencipta resepi untuk en.suami tersayanggg...hihi

Resepi untuk buat base ala-ala pizza tu:
Tepung gandum 2 cawan
susu pekat 3 sudu
air secukupnya
garam secubit
*sebenarnya ni adalah adunan untuk buat lempeng..hikhikhik.
macam biasa buat lempeng, tapi senipis mungkin yaa...
dah siap lapisan bawah buh lempeng lepastu sapu nutella,
lapis dengan lempeng lagi,
sapu nutella,
dan ulang untuk lapisan ke 3 ke 4 ke 5 suka hati nak buat berapa lapis.
Siapp!
Potong kasi rupa macam pizza lepastu hidang masa lempeng masih panas-panas lagi..perghhh memang mavelessss sangatttt...

Nutella pizza


Comot takpe janji sodappp
Senangkan, bajet je nama pizza tu. sebenarnya lempeng nutella. tapi nak moden kan makanan tu sebab tu lagi bagi nama pizza...hihi.
En.suami aku ni kalau makan satu botol nutella tu boleh habis time tu jugak. bertambah-tambah makannya. tu belum berebut dengan anak lagi, si kecik ammar pun hantu coklat jugak tu, besar nanti serebut la korang...ibu tukang masak je, sape cepat dia la yang kenyang...hihihi
Sekian...


LOVE,
Mcdaa.

Binaan Asas Sebuah Rumah

Hai....

Aku sekarang ni tengah merawang-rawang je dengan rupa rumah idaman. Masih tak boleh nak move on dengan kehidupan. sebab tak sabar menunggu bila rumah idaman tu akan terialisasi..huhu.
Dalam kehidupan kita mesti la ada goal kan. ok goal utama sekarang ialah dapatkan rumah atau miliki rumah sendiri sebelum berakhir nya umur 30 tahun..haaa...sebab dah masuk 30 tahun dah macam tua dah patutnya dah boleh ada kehidupan sendiri.

Dan walaupun goal yang satu lagi ni masih sangkut...bila nak dapat second baby.. =(
Ya Allah...mungkin ada sebab kenapa aku masih belum dapat peluang tu lagi. 
Kadang cemburu jugak bila kawan seangkatan dengan aku ramai yang dah preggy anak no.2. almost semua yang kawin dah ada anak sorang, sekarang ni dah menggandung anak kedua dan ada yang bersalin anak kedua tahun ni..serius memang ramai sangat..tu yang menambahkan lagi kecelaruan dalaman aku ni..hukhukhuk...

Berbalik pada binaan asas untuk sebuah bangunan yang dipanggil sebagai rumah. Binaan penting pada pandangan aku antaranya ialah:

1. rupa luaran binaan rumah tersebut

Kadang ada yang suka rekabentuk ala-ala kampung, ada jugak yang suka moden. dan yang moden ni kebanyakan design atap bumbung rumah tu macam condong-condong gitu, cantik je rupanya tapi aku tak pasti pulak apa fungsinya. 
Kedudukan pintu utama, pintu terrace, tingkap pun perlu difikirkan jugak.

2. pelan layout - ruang2 dalam rumah iaitu pembahagian ruang yang jelas

Kene ada ruang yang jelas, antara satu-satu ruang. mana tandas patutnya dibina. dapur dengan ruang makan jauh mana. tahap keterbukaan antara ruang-ruang tersebut pun perlu difikirkan jugak.

3. ruang tamu, ruang family dan ruang makan

 Kalau ruang rumah tu luas boleh la ada pembahagian yang jelas, kat sini ruang tamu, belah sana ruang keluarga, celah sana ruang makan. tapi kalau dah ruang secoett tu je, macam tak mampu nak adakan semua ruang ni. paling kurang pun ruang tamu dan ruang makan. kalau design moden ruang dapur terbuka terus dengan ruang tamu. tapi aku lebih suka ikut gaya rumah tempatan yang dapur nya terlindung dari ruang tamu, tak terbuka terus.

4. bilik tidur

Jumlah bilik tidur perlu ditentukan dari awal lagi. dan bilik tidur mana yang perlu ada tandas kat dalam, bilik tidur mana yang perlu tandas kongsi, kat mana bilik tidur utama sepatutnya dibina. dan sebagainya....
 
5. tandas

Bab tandas pun banyak jugak perkara yang perlu difikirkan. sebab kadang ada rumah yang tandas utamanya besar, boleh letak mesin basuh. tapi kalau ikut design moden sekarang tandas kecik sikit dan mesin basuh ada ruang asing dari tandas. berapa jumlah tandas yang diperlukan untuk rumah dengan keluasan yang sesuai. susun atur dalam tandas pun nak kena fikir jugak. nak letak pancuran kat belah dalam sikit atau kat depan pintu atau kat sebelah toilet bowl dan macam-macam aspek lagi lah.
 
6. dapur

Dapur nanti aku nak buat post khas. sebab yang ni jadi keutamaan aku nanti. hihihi...banyak hal yang aku dah fikirkan untuk ruang dapur tu nanti..ok jom sambung mimpi tentang dapur.....hihi

Bagi pandangan aku, 6 perkara asas ni memang wajib ada. dan untuk dapat rumah seperti yang diidamkan makanya kita perlu la titik beratkan semua aspek berkaitan. Antaranya rupa ruang-ruang tersebut, kemasan untuk ruang tersebut, design ruang, warna yang sesuai, penggunaan mozek atau kemasan lantai, aksesori dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu.

Oleh kerana dah banyak sangat survey rupa sebuah rumah macam mana, jadi sekarang ni ada la sikit gambaran rumah macam mana yang aku nak bina nanti.
Kalau la aku ni pandai guna auto cad ke apa tah nama aplikasi design rumah tu dah lama aku design ikut kehendak aku. tapi sebab tak pandai, jadi terpaksa ambik kombinasi dari gambar tu sikit gambar ni sikit lepastu cantum dalam kotak fikiran imaginasi...hahhhahhhah..boleh tak macam ni?

Tuesday, 20 September 2016

Pelan Rumah; 3 bilik 2 bilik air

Hai..

Progress pembinaan rumah impian...part 2 kot. huhu
Semalam 19 september 2016, en.suami dah pergi jumpa dengan peguam dan bertanyakan tentang urusan proses permohonan loan. dan juga bertanya tentang kontraktor untuk bina rumah, kos-kos terlibat dan prosedur yang perlu dilalui.
Oleh kerana kami beli tanah lepastu bina rumah atas tanah tersebut, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan la. Lain kalau terus buat permohonan untuk beli rumah siap, proses tu terus straight forward dan tak banyak prosedur yang diperlukan...sediakan duit je. yang ni pun kena sediakan duit jugak apa..ngehhhngehhh..

Tanah tu kami beli dari pak sepupu aku, jadi tak ada la leceh sangat nak kena tukar nama geran tanah dulu ke apa. sebab untuk buat pelan rumah dan dapat kelulusan dari majlis daerah tempatan, geran perlu atas nama kita melainkan pemunya tanah bersetuju untuk teruskan kerja pembinaan dengan nama dia dulu.
Sambil tu kita baru tukar nama, maksudnya permohonan loan rumah berjalan serentak dengan tukar nama geran tanah. kalau tukar geran dulu, pastu buat pelan, lepas tu baru mohon loan yang ni akan ambik masa sikit.
Kami ni spesis yang dah tak boleh bersabar lagi dah, kalau boleh hari ni jugak nak mula kan proses pembinaan rumah tu..hahahah. nampak tak betapa tak sabarnya...

Lepas selesai bincang tentang proses permohonan dan semua prosedur tu, sebelum balik en.suami ada ambik 3 contoh pelan rumah dari kontrak yang bekerjasama dengan peguam tu. kiranya peguam dan kontraktor dari pejabat yang sama la, senang nanti kalau ada apa-apa hal yang timbul kemudian hari takde la susah sangat nak mencari depa ni. sebab kadang problem dengan kontraktor, kadang akan muncul problem dengan peguam bab payment, loan dan sebagainya.

Pilihan kami

Yang ni kalau ubah sikit, pun berkenan jugak

Yang ni dua-dua tak ada komen
Oleh kerana peruntukan bajet untuk rumah kami ni adalah terhad, sebab aku belum berani nak ambik komitmen yang tinggi, jadi telah dimuktamadkan hanya rm200 000 sahaja kos yang diperuntukkan untuk bina rumah idaman tu. tak kisah lah walau dapat saiz sekangkang kera sekali pun janji ada rumah tempat untuk berteduh.

Perancangannya kami nak bina rumah 3 bilik dan 2 bilik air, dengan keluasan 1200-1400 kaki persegi. tapi bila survey harga, kebanyakan kontraktor akan ambik upah rm130-rm140 untuk sekaki persegi. Ni kalau quotation dari kontraktor yang berdaftar la, maksudnya yang ada syarikat dan agak terkenal. Tapi ayah aku cakap kalau ambik upah dengan tukang kampung, rm80 - 90 skp boleh dapat. Kalau pandai cari lagi murah dari tu pun boleh dapat.

Cuma yang sakitnya, kalau ambik tukang kampung ni, kita kena stanby duit kat dalam akaun paling kurang rm15 000. sebab tukang kampung akan mintak kita sediakan alatan untuk pembinaan, kiranya simen, bata, kayu dan semua alatan asas tu kita kena sediakan. kalau nak tunggu loan lulus sekali pun, paling kurang kena ada progress pembinaan untuk bank nilai baru boleh dapat duit. duit loan pulak bukan keluar semua, dia akan bayar ikut progress rumah.

Lain kalau dengan kontraktor, dia akan ada time frame pembinaan, loan akan keluar dan sebelum tu diorang akan guna modal sendiri untuk mulakan kerja pembinaan. kiranya kalau akaun bank aku tak ada duit pun masih boleh jalan kan juga kerja pembinaan tu..
Nak tahu lebih detail, sila rujuk peguam atau kontraktor...hihi. aku pun baru je tahu tentang maklumat ni dan masih lagi blur-blur.
ok tak larat nak menaip dah.
sekian....


LOVE,
Mcdaa.

Durian; Manfaat dan Kesan

Hai.....

Time rajin nak berbelog ni, durian rm5 sekilo pun nak cerita kat sini...hahhhahaha
Pape je la kannn janji hati tenteram dan tak serabut. Kadang bila rasa serabut best jugak datang berbelog kat sini. boleh kurangkan keserabutan tu sekejap..huhuu
Alkisahnya sekarangkan musim buah durian, dan kena pulak aku ni hantu durian. sape tak suka durian kan, sedap kot...tapi ada je yang aku kenal tak suka dengan durian ni, bukan takat tak suka makan durian bau durian pun dah bising..hahhahahhah. ruginya mereka mereka itu, tak dapat rasa nikmat buah durian.


Semalam kawan post dekat group wasap bagitahu ada orang jual durian rm5/kg dekat dengan kawasan pejabat aku ni. ingat hari ni nak pergi tengok durian tu, kalau ok mungkin boleh beli. aku memang suka durian kampung yang macam ni. durian yang besar-besar tu aku tak berapa fanatik sangat. dan...aku pun belum pernah lagi merasa durian musang king...hahhahaha. kata peminat durian, tapi musang king pun belum penah merasa lagi, belum tahap peminat lagi la kan...hihihi

Musang King / durian kunyit


Durian XO macam durian kampung
Dari Indon - Durian bokor

Dari Thai - Durian Chanee


Durian yang aku paling tak suka durian yang isi dia tebal, agak keras dan rasa yang tak seberapa nak manis atau pahir. rasa dia ada-ada je, tak kaw....
Tapi tulah durian feberet mak aku. Tak pasti pulak apa nama betulnya dan dari mana asal durian tu. yang pasti bukan durian dari tempatan. dari thailand mungkin kot...

Tapi durian ni ada kebaikan dan keburukan jugak tau. ya lah apa-apa makanan pun kalau dimakan berlebihan akan ada kesan sampingan.

Manfaat Buah Durian bagi kesehatan Tubuh

  1. Bagus untuk pencernaan, boleh mengatasi sembelit. Kandungan serat yang tinggi dalam buah durian
  2. Mengatasi penyakit anemia. Kandungan asam folat dan vitamin B9 dalam buah durian menjadikan buah ini bagus untuk menghasilkan sel darah merah
  3. Untuk kulit. Kandungan vitamin C dalam buah durian menjadikan buah berkulit duri ini bagus dalam mencegah terjadinya penuaan dan kerutan pada kulit.
  4. Durian bermanfaat untuk tulang dan persendian. Kandungan potasium dan kalsium dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan tulang
  5. Buah durian boleh mengstabilkan darah, ini karana dalam buah ini mengandungi mangan. tapi tetap tidak bagus kalau dimakan dalam jumlah yang banyak.
  6. Kandungan tembaga dalam buah durian bagus dalam menjaga kesehatan tiroid.
  7. Buah durian juga bermanfaat untuk meredakan stres dan mengatasi depresi, ini karana dalam buah durian mengandung vitamin B6 atau piridoksin
  8. Porfor dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan gigi dan mulut

  Keburukan Makan Buah Durian

Mungkin kita sering mendengar buah durian dikaitkan dengan ibu hamil, sebab adanya efek panas pada durian yang boleh mengakibatkan keguguran pada janin. Hal ini belum ada bukti yang clear secara perubatan. Selain berbahaya bagi kesehatan janin yang dikandungnya, ada bahaya lain buah durian iaitu:
  1. Buah durian boleh meningkatkan gula darah hingga diabetes, kalau dimakan dalam jumlah banyak dan kandungan glukosa yang tinggi dalam durian akan menjadi penyebab diabetes
  2. Selain itu, Durian juga berbahaya bagi pencernaan kalau dimakan bersama dengan alkohol. Selain itu, kandungan alkohol dan kolesterol dalam durian boleh mebahayakan kesihatan jantung. 
 Jadi berhati-hati lah, makan sekadar untuk merasa bukan untuk melantak..hihi
Sekian..



LOVE,
Mcdaa.

Sambal Biliscious; sambal bilis rangup

Hai...

Jumpa makanan kegilaan baru..hikhikhik..sambal bilis rangup, keluaran sambal biliscious. Kelas nama sambal bilis ni sekelasss rasa dan kerangupannya..

First try kat rumah kak ipar, sedap sangat sambal ni buat makan dengan nasi. nasi dan sambal bilis ni je pun boleh makan nasi bertambah-tambah..huhuuhu.

Kami di Kelantan ni, jarang buat sambal bilis pedas dan rangup macam ni. Selalu nya orang belah-belah selangor, johor suka la makanan macam ni. kami ni sekadar sambal bilis yang makan dengan nasi lemak tu adalah.
Penah try buat sambal bilis rangup ni, tapi tak menjadi. ikan bilis nya rangup kejap je, lepas simpan semalaman dah lemau..mungkin tak tau teknik dia kot. ada yang cakap gaul sambal dengan ikan bilis goreng bila sambal tu dah kering dan sejuk, baru la ikan bilis tak lemau.
Yang aku buat dulu, bila tumis sambal dah nak kering, aku masukkan ikan bilis yang dah siap goreng dalam kuali yang ada sambal tu, goreng atas api sekejap lepastu angkat.
Tapi rasa macam teknik ni salah je, sehari bilis rangup la lepas tu lemau. mungkin next time buat nak try sejukkan sambal tumis tu dulu, lepastu baru gaul dengan ikan bilis. harapnya menjadi la..


Yang sambal biliscious ni harga ni aku tak pasti, kalau berminat dan nak tahu detail lagi tentang produk ni sila la tengok fb diorang. serious sedap sangattt...




LOVE,
Mcdaa.

Monday, 19 September 2016

LNPT 2016; tahun kedua

Hai...

LNPT 2016, atau bermaksud laporan nilaian prestasi tahunan...bagi pekerja kerajaan macam aku ni memang wajib kena isi LNPT ni. Setahu aku untuk penilaian prestasi, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat kalau tak silap la..

ok sekarang dah start kena isi. secara online lepas tu hantar kepada penilai pertama, kemudian akan dihantar pula kepada penilai kedua.

Aku sendiri pun masih samar-samar lagi dengan LNPT ni. sebab ni baru kali ke dua aku isi. maksudnya ni baru tahun kedua aku berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan..huhu..

LNPT ni lebih kurang kena rekod balik semua pencapaian kerja kita sepanjang tahun. semua kegiatan yang kita lakukan termasuk la kursus, kelab, sukan, ceramah, pameran dan semua lah yang berkaitan dengan aktiviti kita.

Cuak jugak nak isi, sebab masih ada lagi perkara-perkara yang masih belum dicapai...hahahaha..teruk kan. macam mana nak dapat APC anugerah pekerja cemerlang kalau macam ni gaya nya..mimpi je la.huhu...

Sekian dulu ya...


LOVE,
Mcdaa.

Pelan Internet Terpantas di Kampung?

Hai...

Sekarang ni tengah search pelan internet apa yang sesuai untuk dilanggan...
En.suami dah balik kampung, dan akan menetap di kampung. katanya dah tak mau kerja KL. Jauh dari anak bini, dia dah tak sanggup..

Bila dah balik duk kampung, masalah terbesar sekarang ialah kami ni dah macam nomad. sekajap di rumah mak aku, sekejap dirumah mak dia. tiap minggu duk bergilir-gilir, tapi banyak nya duk rumah mak dia lah. sebab kalau kat rumah aku internet memang out of service...haaa. memang tak boleh hidup la zaman sekarang kalau seharian tak dapat excess ke internet. dah macam mati kutu..tapi aku yang dah biasa ni rilek je..huhu

Tambahan pulak dia plan nak buat bisness online, jadi internet yang laju power dan unlimited sangat lah diperlukan untuk bisness online tu nanti.
Jadi terpaksa la install internet kat rumah, sebab kalau just internet phone celcom, maxis, digi, umobile dan lain-lain tu memang mimpi la kalau nak download atau upload, kalau dapat pun berjanggut dulu la jawab nya...

Survey situ sini, kebetulan jiran kat rumah dia install streamyx..kata nya ok. ok dan seronok guna kalau hari tu tak ada orang pergi curi kable TM..haaaa...betapa haram jadah nya manusia, kabel utama pun dia boleh ambik..tak tau nak cakap..memang dasar mat gian.

Kat kampung unifi memang belum sampai lagi. P1 pulak aku tak yakin nak ambik sebab kontrak nya melampau dan tak pasti dapat coverage ke tak..

Tengok lah apa yang ada, yang sampai coverage kat kampung tu, mungkin yang tu la yang akan jadi pilihan nanti..
Lepas ni boleh la aku berbelog sepuas hati..hehhehehhh =)


LOVE,
Mcdaa.

AMMAR & IBU


Belek-belek phone, storage phone dah hampir nak penuh. Aku pun tak tahu apa yang berat sangat kat dalam phone ni yang guna banyak space. Tengok-tengok rupanya gallery la punyumbang utama kekurangan space dalam phone...hihi.

Setiap gambar ada cerita tersendiri ok. Sayang nak delete. Jadi terpaksa la aku sorting, untuk setiap cerita dan kenangan tu cukup la dengan sekeping dua gambar yang tinggal. Yang selebihnya terpaksa dikorbankan...demi untuk kenangan masa akan datang...cewahhh..hahahha poyo je kan..
 
Ni gambar di Gua Musang, masa otw balik dari KL. Lepas hantar abi balik KL. Ude, Kakak dan tok ma ada sekali.




Yang ni masa ibu balik kerja. Ammar behave dan datang sambut ibu kat depan pintu. Kalau biasanya waktu ni dia tengah syok duk bermain, ibu panggil pun tak layan.

Ni masa ibu balik kerja, maklong pepandai buat rambut ammar macam otomen..hihi

Ni masa hari raya. otw nak g beraya rumah tokma

Yang ni ibu lupa..hihi

Ni pun lupa. Sebab mungkin just berselfie je kot tu yang lupa.



Semoga anak ibu sentisa sihat, cergas dan dengar cakap ibu ya sayang..Ibu suka marah ammar. Ibu tau Ammar baru 2 tahun tak tahu pape pun lagi. Tapi ibu ni kurang sabar, asyik nak marah je, asyik nak bebel je kannn...saborr la nak...hihi.



LOVE,
Mcdaa.