Hai...
Haru sungguh kalau mood rajin memasak datang tapi dibantutkan oleh hasil masakan yang tak berapa nak membanggakan diri ini..stress makkk!
Biasala bagi tukang masak yang tak berapa nak pro macam aku nih, kadang masak tu menjadi dan laku macam goreng pisang panas, siap dapat pujian melambung-lampung kembang kempis lubang idung nih.
Tapi ada jugak kadang tu yang masakan kelaut..hahhah. 3 hari pun tak luak-luak jugak, lastnya masuk ke dalam tong sampah.sadiss bagi kesudahan makanan tersebut.
Selalunya orang share resepi dan teknik-teknik masakan yang menjadikan, tapi kali ni aku nak share kesalahan-kesalahan yang akan atau sering berlaku dalam masakan. Ok masakan yang aku nak bincangkan kesalahanya adalah masakan yang diberi nama Pai ayam atau chicken pie.
Sebenarnya dah banyak kali pun buat pai ayam ni, tapi entah kenapa kadang masih ada jugak kejadian yang gagal macam kes yang nih.
Kalau korang ada kerajinan, masa nak buat pai ni korang kena sentiasa ikut step satu satu dan follow setiap step seperti yang dinyatakan dalam resepi yang korang refer tu.
Jangan cuba-cuba nak menderhaka atau skip step masakan macam yang aku buat nih. Selalu nya kes-kes gagal ni sebab tak ikut step dengan betul la. Lepastu berani pulak murka dengan resepi, sekarang dah mendapat lah..hukhuk
Masa nak buat inti pai ni, pastikan korang betul2 masak dengan sebaik mungkin, kalau boleh jangan ada ganguan lagi bagus. Sebab masa aku buat inti pai ayam ni, ganguan dari si kecik kerinting tu sangat la mencabar. Berbelit-belit dekat kaki ibu, lepastu duk main selak-selak baju ibu. Tak cukup dengan tu main tarik-tarik pulak. Sampai kan aku lupa dah letak garam ke tak, lastnya dua kali aku masukkan garam..hahhhah
Untuk kulit dia pulak, adunan tu kena betul-betul ikut sukatan. Kalau resepi cakap guna telur sila guna jangan skip memandai ganti dengan air ke susu ke, sebab itu apa yang aku buat. Malas nak masukkan telur, jadi aku letak air je. Lepas tu kuantiti butter pun kena sukat betul-betul. Hari tu, ambik butter dari fridge, lepastu terus gaul dengan tepung. Sepatutnya biarkan butter tu lembut dulu, lepastu baru masukkan dengan tepung. Baru la adunan sekata dan butter tak berketul. Masa adun butter dan tepung tu, aku dah boleh agak dah yang kulit pai ni nanti akan keras sikit tak lembut macam biasa, tapi nak guna jalan singkat punya pasal, biarkan aje..lastnya dapat hasil yang tak memuaskan..saborr je lah.
Step last tu, pai sepatutnya kena cover semua dengan kulit yang kita buat tu. Tak boleh dedahkan inti atau cheese kat atas macam tu je. Macam kita buat pizza, kan cheese tu kita tabur je kat atas. Yang pizza lain cerita sebab masa bakarnya singkat berbanding dengan pai. Aku pulak sekali lagi ambik short cut, malas nak cover inti atas tu dengan kulit, just letak cheese kat atas macam tu je, tu yang hangus semacam je pai ayam aku tu.
Patutnya bila dah letak inti dalam pai tu, letak cheese kat atas lepastu cover pulak dengan kulit pai kat atas, tak digalakkan dedahkan cheese macam tu je. kann dah hangus rupa cheese tu |
Intinya ok la, tak de la masin sangat pun walaupun 2x termasukkan garam..hihih |
Masih sedap dan boleh diterima tekak. Atas dia macam crunchy sikit sebab cheese hangus. |
Kalau bagi yang pro dalam bab masakan, rasanya tak ada masalah pun kalau korang nak murka dengan resepi asal tu. Atau nak edit ikut citarasa dan resepi korang sendiri. Tapi bagi tukang masak suam-suam kuku yang masak lepastu berlagak nak short cut kan itu ini, begini la hasilnya. hihi..
Baru je plan nak impress mak mertua, sekali jadi macam ni. Terus simpan kat rumah makan sendiri lagi baik.hahhha tu la, niat pun dah tak betul kan sebab tu tak menjadi.
Patutnya kena niat, nak masak untuk bagi diorang rasa dan kenyang bukan sebab nak harapkan pujian like...waahhh pandai masak, waaahhh hebatnya masak..waahhh rajin nya masak sedap pulak tu...dan segala macam waaahhhhh lagi lah. Tu semua poyo je. Nak masak kena ikhlas, kena tenang dan aman baru menjadi. Serius nih!..huhu
LOVE,
Mcdaa
No comments:
Post a Comment