Powered By Blogger

Monday, 14 November 2016

Kuih Bahulu akok atau Akok Bahulu

Hai...
Assalamualaikum...

Orang Kelantan memang sangat sinonim dengan kuih akok. Dan aku pun tergolong dalam kalangan yang gemar makan akok. serius sedap sangat akok ni kalau nak dibandingkan dengan kuih-kuih lain yang pernah wujud kat Malaysia ni..haaa sampai macam tu sekali tekak aku merasa kesedapan kuih akok ni.
Kalau yang tak tahu dan tak pernah makan atau jumpa dengan kuih akok ni, kuih ni diperbuat dari telur dan santan. dan kandungan gula dalam kuih ni jugak agak tinggi la bagi mereka yang jaga pemakanan tu. Sekadar makan 1 2 biji insha allah takde nya sampai boleh dapat penyakit kencing manis ke apa..hahhha..jangan risau ya. sila la mencuba nya jika ada kesempatan, banyak mitos yang bagitahu makanan ni tak sihat dan manis yang melampau, tapi korang jangan la percaya seratus peratus, cuba dulu kemudian baru komen.

Okeh..sebenarnya aku nak cerita mengenai kuih akok yang baru aku makan semalam. ehhh jap...akok ke bahulu erk? aku pun konfius sebanarnya...hahhhaha. pertama kali kot aku jumpa campuran antara kuih akok dan bahulu ni. sangat kreatif otak si penjual tu kan, siap cipta makana baru tu.
Dah tu, konfius lagi sekali nama kuih ni akok bahulu ke atau bahulu akok??
Kawan aku cakap kuih ni dia panggil akok tak menjadi...pun bolehhh..hihihi



Nampak tak? layer atasnya akok, bawahnya pulak bahulu


Tapi layer akok nya tu cuma secoet je la, tak tebal sangat

Kalau korang perhati gambar kuih akok bahulu tu, layer akok nya nipis je takde la tebal sangat. Kalau yang tak suka manis-manis dan jaga pemakanan layer nipis macam tuh sangat sesuai dengan citarasa korang. Tapi bagi aku si pengemar akok ni, tentu la nak layer yang tebal baru la terasa akok tu. tapi yang ni, layer bahulu yang lagi tebal. 
 Mungkin kuih ni lebih sesuai diberi nama bahulu akok la kot sebab bahula yang mendominasi kandungan kuih ni, macam tu baru sesuai.
Sedapnya lahai...meleleh leleh dah ni haa tengok gambar semalam...hhuhuuh.

Kuih ni aku jumpa kat kedai di dalam bandar Machang. Harganya pulak sebijik RM0.50. not bad la harga tu, sekarang apa je yang murah kan semua mahal-mahal..



LOVE,
Mcdaa

No comments:

Post a Comment