Hai...
Saya nak share pengalaman suasana banjir di tempat saya ni, lebih spesifik lagi di kelantan..hihi. sepanjang hidup ni aku belum pernah lagi alami sendiri suasana banjir di sini. sebab kebanyakan tahun sebelum sebelum ni aku tak ada di kelantan, jadi agak excited jugak la bila boleh main air banjir ni.
tapi excited yang berlapik la, maksud aku bukan yang hu ha hu ha tu. suka sebab tengok orang ramai berkumpul dan bercerita keadaan banjir di tempat masing masing. sikit sikit tu ada la suka dengan air yang banyak melimpah limpah sampai atas jalan raya tu.
sebelum sebelum ni bukan tak pernah pun duk sini masa banjir, tapi dulu tu kalau ada pun memang kami tak pernah keluar dari kawasan kampung. ayah aku memang takut betul dengan keadaan banjir ni, mak pun sama. padahal kami belum pernah pun dilanda banjir atau jadi mangsa banjir. walaupun 2014 kelantan dilanda banjir besar, alhamdulillah rumah kami dan kampung kami langsung tak terjejas dengan air banjir tu. cuma terputus jalan keluar utama dan tiada bekalan letrik tu biasa la.
bila dah bekerja dan dah dewasa ni je baru berpeluang tengok tempat tempat lain yang dilanda banjir. bagi mereka yang tinggal dikawsan yang dah selalu banjir dan dinaiki air tu mungkin ni perkara biasa untuk diorang hadapi. dan diorang pun dah bersiap siaga dah dengan kemungkinan yang akan berlaku contohnya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.
atas tuntutan kerja, aku berpeluang la melawat mangsa banjir di sekitar kawasan aku ni. sempat la pergi melawat diorang, bertanya khabar dan tengok keadaan tempat pusat pemindahan tu. bagi aku ni adalah pengalaman pertama kali jejak kan kaki ke pusat penempatan sementara untuk mangsa mangsa banjir.
sebelum ni cuma berpeluang tengok dalam tv je, tak pun tengok dekat facebook. tapi bila berpeluang turun ke sana sendiri dan lihat sendiri perasaan tu lain dari pada cuma tengok dalam tv.
sekarang ni pusat penempatan untuk mangsa mangsa banjir dah agak selesa jika nak dibandingkan dengan suatu masa dahulu. banyak kemudahan yang dah disediakan dan kelengkapan harian seperti makan minum juga ada disediakan untuk mereka. maklum la rakyat malaysia kan memang prihatin jadi banyak bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa banjir ni. dari segi kesihatan dan keselamatan diorang pun terjaga.
Berikut aku share gambar gambar disekitar pusat pemindahan sementara untuk mangsa mangsa banjir di kelantan. daerah yang tak terjejas sangat dengan banjir kali ni ialah daerah Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai. daerah ni ada je mangsa banjir yang dilaporkan di pusat penempatan sementara tapi jumlah mangsa yang terlibat adalah sikit dan tak ramai.
Pelbagai agensi yang tampil dan ditugaskan semasa banjir melanda ni. jadi para mangsa banjir boleh dikatakan dijaga dan kebajikan mereka tetap diutamakan. ya la, diorang dah ditimpa dengan musibah yang tak dapat dielak, jadi bantuan dari pelbagai agensi dan bantuan dari orang ramai dah cukup untuk meringankan beban dan kesedihan mereka.
aku jugak ada pengalaman pertama kali hampir terkandas dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja. tapi nasib aku agak baik sebab kebetulan kawan aku pun ada follow sekali dengan kereta aku masa on the way nak balik.
dari tempat kerja ke rumah aku tu, jarak lebih kurang 60 km dah banyak jalan yang dah dinaiki air. kalau guna 4x4 wheel boleh la redah, ni setakat myvi tu memang azab la nak meredah air atas jalan tu.
dan ada jugak jalan yang dah ditutup terus untuk kenderaan. memang pening kepala jugak la cari jalan alternatif lain. masa tu hati dah cuak sangat sebab takut kalau kalau semua jalan dah tak boleh dilalui.
nasib baik la kawan aku yang follow sekali tu tahu jalan kampung. tapi masa tu dia pun teragak agak jugak dengan jalan kampung tu sebab ya la kalau dah jalan utama pun dah tak boleh dilalui jalan kampung lagi la berisiko.tapi kami tawakal jugak untuk cuba jalan alternatif kampung tu.
alhamdulillah...jalan kampung tu masih boleh dilalui, tapi air sungai di seberang jalan tu dah hampir cecah jalan dah. syukur sangat boleh lepas, dan lepas 3 jam duk pusing cari jalan akhirnya berjaya jugak sampi ke rumah dengan selamat.
banyak jalan yang jem sebab ada kereta yang rosak sebab redah air, ada yang kereta tak berani nak redah air kat atas jalan, dan ada jugak yang park kereta sebab nak perhatikan kereta yang pemandu hati kering redah air walaupun berisiko untuk enjin rosak. dalam cuak tu, seronok jugak perhatikan perlbagai ragam pengguna jalan raya dan orang kampung sekitar kawasan yang naik air tu.
LOVE,
Mcdaa
No comments:
Post a Comment