Powered By Blogger

Thursday, 20 October 2016

AUTHENTIC FOOD; Makanan Autentik

Assalamualaikum....

Sekarang dengan zaman semakin maju serta serba moden, dah jadikan dunia semakin tanpa sempadan. perkongsian maklumat seluruh dunia juga dah semakin meluas. percantuman budaya dan sempadan juga semakin bertambah.

Sama juga dari segi gaya hidup kita sekarang, banyak pengaruh unsur seantero dunia. contohnya pakaian ikut style k-pop, nyayian ikut style rap dari barat, makanan pulak ikut gaya thailand, dan bermacam lagi perumpamaan lain. bila dunia makin tanpa sempadan, teknologi makin canggih dan pasaran makin meluas, banyak cabaran yang akan datang. dari segi sosial dan ekonomi, segi gaya hidup dan pemakanan dan lain-lain.

Tujuan sebenarnya aku nak cuba ulas mengenai AUTHENTIC Food. Dalam erti kata lain, makanan asli yang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana campuran bahan lain. tapi ada juga takrifan authentic ni sebagai asli dari native state makanan itu terhasil. contoh bila ada yang cakap makanan authentic ialah makanan asal atau asli yang tercipta disitu, dihasilkan dengan cara yang asli sama semasa terciptanya makanan itu.
Selalu nya ramai negara yang claim makanan tu adalah authentik makanan dari tempat native tersebut. sebagai contoh, orang kelantan mengaku yang nasi kerabu adalah makanan asli yang tercipta dinegari kelantan. Keasliannya hanya boleh didapati dikelantan sahaja, kalau tempat lain yang buat nasi kerabu kiranya nasi tu tak authentik la. atau bukan orang kelantan yang buat nasi tu pun dah kira macam tak authentik.
Sama contoh jugak kalau cara masak yang tak ikut cara asli masakan tersebut. contoh lain kuih akok di kelantan. sesetangah dari kita akan kata akok yang asli atau yang authentik ialah apabila dimasak menggunakan dapur arang. itu baru lah dikatakan akok asli kelantan. sebab sekarang, untuk supply demand yang tinggi penggunaan dapur arang agak kurang praktikal dan tak mampu bagi keuntungan lumayan kepada penggusaha sebab itu ramai yang memilih untuk guna oven.

Untuk contoh yang lebih luas, umpamanya nasi lemak yang berasal dari Malaysia, yang diciptakan oleh rakyat malaysia suatu ketika dahulu. jadi bila makanan ni diakui sebagai makanan asli malaysia jadi kalau negera lain yang hasilkan dah tak jadi authentik lagi dah. nasi lemak yang dihasilkan dimalaysia dan dimasak oleh rakyat malaysia baru lah betul-betul authentik.

Tambahan pulak, sekarang banyak makanan yang telah diexploitasikan oleh pengeluar yang tak bertanggungjawab. pengeluar yang hanya fikirkan keuntungan semata. banyak dipasaran sekarang makanan yang dulunya asli yang banyak bagi manfaat kepada kita telah diubah suai dan ditambah dengan bahan-bahan lain dalam makanan tersebut.
Contoh paling utama ialah keaslian madu. sekarang banyak kes madu tiruan, madu yang bukan authetik lagi, telah ditambah dengan bahan lain oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Madu adalah makanan asli, dihasilkan secara semulajadi dan susah untuk menghasilkan madu asli dalam kuantiti yang banyak untuk menampung pasaran ada permintaan tinggi. jadi pengeluar makanan yang tak bertanggungjawab ni akan mengexploitasikan peluang yang ada untuk kaut keuntungan. sebab tu la, banyak dipasaran sekarang jual madu yang bercampur dengan gula.

Dalam pembentangan conference yang berlangsung baru-baru ni ada sebut mengenai food fraud. iaitu explotasi makanan oleh penggusa untuk kaut keuntungan. contoh selain dari madu ialah eels. atau belut. selalunya di jepun, negara yang banyak makan makanan mentah dan minimal sahaja maskannya. pun berlaku exploitasi, makanan asli selalunya banyak khasiat, kandungan mineral semulajadi yang tinggi dan kadang kandungan mineral yang exclusive hanya dalam makanan tersebut. macam eel yang dijual di jepun, kebanyakkan berkualiti tinggi. tapi untuk supply kepada world market demand yang tinggi, ada penggusaha yang jual eel yang diternak dari negara lain, tapi claim datang dari negara jepun. berlaku penipuan dalam urusan penjualan tersebut, dan akhirnya orang ramai tertipu dengan harga yang tinggi untuk kualiti makanan yang bukan authentik.

Banyak lagi contoh-contoh penipuan dalam penafian keaslian makanan yang berlaku sekarang ini. jadi kementerian kesihatan dengan inisiatif mereka telah wujudkan pensijilan authentik. untuk membantu pengeluar makanan supaya mendapat keyakinan dari pembeli dan dalam masa yang sama membantu pembeli atau pengguna dari terus diperdaya oleh pengeluar yang tak bertanggungjawab. sebab kebanyakan pengeluar akan kelirukan pengguna terhadap makanan tersebut dan akhirnya pengguna melabur untuk sesuatu yang tidak sepatutnya.
Antara contoh makanan yang dikenalpasti untuk program pensijilan ini ialah;
Madu
Kopi
Sarang burung
Daging
Telur

Tapi pihak kementerian masih dalam kajian. dan kalau ada penambahan makanan yang sesuai untuk kelas authentik ini, skop pensijilan akan ditambah dan tidak hanya terhad kepada 5 jenis makanan seperti dinyatakan diatas.



LOVE,
Mcdaa


1 comment:

  1. Terima Kasih.Mudah saya faham masa tgh buat assingment nie.Semoga dipermudahkan urusan ☺️

    ReplyDelete