Powered By Blogger

Tuesday, 20 December 2016

Penyakit Tyhpoid atau Demam Kepialu

Hai....

Hari ni nak bercerita tentang makanan dan kesihatan sikit. Walaupun aku ni bukan la seorang pakar dalam bidang perubatan dan seangkatan dengannya, tapi ada la sikit sikit ilmu tentang penyakit yang berkaitan dengan makanan ni. Tapi kalau nak dikirakan yang realitinya 'we are what we eat' maksudnya makanan memang mainkan peranan yang utama dalam aspek kehidupan kita.
Termasuklah dari segi kekuatan, kebolehupayaan, kebahagian dan keberkatan hidup pun ada berkait jugak dengan makanan. Jadi boleh disimpulkan yang makanan dan kehidupan kita ni sangat la berkait rapat.

Tapi aku taknak cerita tentang skop yang luas yang ada segala macam kaitan antara makanan dan kehidupan tu. Skop yang aku nak cerita kat sini ialah tentang penyakit tifoid atau demam kepialu atau matsalleh panggil typhoid fever.

Demam kepialu ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang dah dijangkiti oleh bakteria atau kuman terutamanya kuman yang bernama Salmonella Typhi. Bukan dalam makanan je bakteria ni boleh disebarkan dalam air minuman pun dia boleh hidup membiak dan tersebar ke tubuh manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria.

Sebabtu la kalau dalam akta makanan di Malaysia ni dah bagi syarat kepada penggusaha makanan supaya mereka dapatkan suntikan anti-tifoid ni terlebih dahulu. Supaya kuman atau penyebaran kuman dari penggendali makanan dapat dikurangkan ke tahap yang selamat.
Dan pengguna pulak ada tanggungjawab jugak, pengguna kena la pastikan kedai yang dipilih tu menyediakan makanan yang bersih, penggendali pun bersih dan persekitaran kedai makan tu pun kena bersih jugak.

Sebab banyak kes kes demam kepialu di kalangan kita ni, kalau kita nak elak dari terkena pada diri kita dan keluarga kita pastikan amalan kebersihan diri, kebersihan tempat penyediaan makanan dan premis kita sentiasa dalam keadaan bersih. Dan pengguna jugak dinasihkan berhati hati atau berwaspada jika kawasan kediaman atau taman yang korang tinggal tu dah diistiharkan ada wabak demam kepialu. Sebab wabak ni senang merebak dan tersebar.

Dan antara simptom yang biasa muncul bila seseorang tu dah disyaki terkena demam kepialu ni antaranya demam panas, muntah-muntah, sakit kepala berlarutan, badan terasa lemah, lenguh-lenguh sendi dan otot. Kalau diperhatikan simptom demam kepialu ni lebih kurang macam terkena keracunan makanan je, sebab kedua-duanya berkait dengan serangan atau jangkitan bakteria dalam badan kita. Sebab tu la simptom nya lebih kurang sama je. Dan ujian analisis bakteria perlu dilakukan untuk dapatkan kepastian simptom tu berkait dengan penyakit apa sebenarnya.

Sebab tu la, kalau demam berlarutan atau ada tanda-tanda kat atas yang berlarutan sebaiknya segerala ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Kalau betul la dijangkiti dengan bakteria demam kepialu ni, dia sangat cepat merebak dan takut silap haribulan boleh tergadai nyawa.

Tambahan pulak sekarang dihujung-hujung tahun ni musim hujan dan musim cuti sekolah. Kalau diperhatikan kedai makan tumbuh macam sendawan selepas hujan. Gerai tepi jalan tumbuh di segenap jalan, belum kira yang homemade punya produk pun banyak pilihan jugak tu. Tapi adakah diorang peniaga makanan ni tahu tentang kebersihan diri, premis dan makanan diorang? Adakah diorang jaga kebersihan ni semua? haaa....yang ni soalan yang kita tak dapat jawapan tapi kita kena fikir sendiri dan nilai sendiri keadaannya.

Sebagai contoh, kalau beli makanan frozen atau sejuk beku balik rumah nanti pastikan masak betul-betul. Kalau dikedai atau gerai, pilih gerai yang  bersih dan jauh dari punca pencemaran seperti habuk dan asap dari kenderaan, tak ada longgokan sampah atau jauh dari tempat pembuangan sampah. Dan pastikan jugak makanan yang hendak dibeli tu terutama yang di gerai di tepi jalan tu makanannya bertutup atau dalam bekas yang terlindung dari pencemaran.

Bagi mak aku pulak dia selalu cakap yang dia kalau nak beli makanan atau kuih muih kat kedai dia akan perhatikan orang yang menjual tu, dan dia lebih suka beli di kedai yang dia dah biasa dan kenal si pembuat makanan tu. Kalau kita tahu dan kenal si pembuat sekurangnya kita tahu sikit sebanyak macam mana orang tu handle makanan tu takde la kotot atau mencurigakan.

Sekian dulu......



LOVE,
Mcdaa

No comments:

Post a Comment