Powered By Blogger

Sunday, 8 January 2017

Kek Pisang Mudah

Hai....
Assalamualaikum.

Kali ni nak share resepi kek pisang pulak kat sini. Untuk rujukan dimasa akan datang. Entah kenapa angin takde ribut pun takde tapi tetiba je rasa nak makan kek pisang. Nak kata aku ni penggemar kek pisang, tak pun. Tapi teringin nak makan tu lain macam je..hihi. dah kalau teringin sangat nak makan aku pun rajinkan la diri buat kek pisang tu.

Balik dari kerja terus pergi cari pisang kat market. Dalam banyak banyak jenis pisang yang ada kat muka bumi ni, hanya a few je yang aku boleh kenal pasti. Yang lain semua kelaut. Sebelum aku share resepi kek pisang simple mudah senang aku tu meh kita berkenalan dulu dengan jenis jenis pisang yang aku kenal ya.

Pisang yang paling aku kenal dan cam tentu lah pisang berangan. Sebab pisang ni kan sedap, lepas tu senang nak dapat. Pisang berangan ni makan macam tu pun best. Sama jugak dengan pisang mas. Pisang mas aku kenal sebab rupa dia. Pisang mas ni kecik molek je rupanya. Pun best jugak kalau buat makan terus.

Pisang kapas sapa tak kenal kan. Dia adalah pisang yang paling mudah dijumpai dan paling banyak kot. Pisang kapas pun antara pisang yang murah la kalau bak bandingkan dengan lain lain pisang. Pisang kapas ni boleh je kalau nak buat makan terus pun tapi rasa dia agak kurang sedap sikit la berbanding pisang mas dan pisang berangan.

Seterusnya pisang nangka, jangan ingat pisang nangka ni ada rupa macam nangka ya sebab ianya langsung takde kaitan. Pisang nangka ni tak sedap makan macam tu je tapi sedap kalau dibuat goreng pisang. Aku pun tak faham jugak sebenarnya kenapa bila jadi goreng pisang je rasa dia terus lain sedap kot. Dan last pisang yang aku kenal ialah pisang tanduk. Yang ni sah sah sebab senang nak cam. Pisang tanduk kalau nak kenal senang je, sebab dia paling panjang dan besar antara semua pisang. Yang ni nak makan macam tu je pun sedap nak buat goreng lagi la sedap buat pengat pun sedappp jugak. Pisang tanduk susah nak jumpa dah tu kalau jumpa harga dia pulak boleh tahan mahal la. Barang rare memang la macam ni kaedah nya...huhu

Perghh dalam tak kenal pisang tu tapi bila di list kan pisang pisang yang aku tahu boleh tahan banyak jugak kan.hahhaha...aku kenal pun sebab selalu jumpa atau beli pisang pisang ni yang tak kenal tu sebab tak femes macam pisang yang aku senaraikan tu.

Semua pendapat dan pandangan aku tentang pisang pisang ni adalah berdasarkan dari pandangan aku semata mata ya. Sebab lain orang mungkin lain pendapat dia. Aku cakap pisang kapas tak sedap sangat macam pisang mas, tapi mana la tau kan kot ada yang gemarkan pisang kapas dan rasa pisang kapas lagi sedap dari semua pisang..haaa..ikut pandangan masing masing la ye..

Panjang pulak intro pasal pisang ni ya. Dah macam cara mengenal pisang pulak. Huhu..baikla meh tengok resepi senang versi aku yang serba serbi nak senang tapi sedap dan menjadi.


Resepi kek pisang mudah.

5 6 biji pisang dan dilenyek
1 dan 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak (minyak masak pun ok je)
1/2 cawan gula (3 @ 4 sudu pun ok)
2 biji telur
1 sudu soda bikarbonate
1 sudu baking powded
Garam secubit

Mula mula lenyek kan pisang tu. Kalau nak bagi sedap lagi jangan bagi hancur sangat. Biarkan ada sikit sikit ketulan pisang tu supaya nanti bila makan ada pisang dalam kek tu. Lepastu buat macam lubang kat tengah mangkuk pisang lenyek tu masukkan 2 biji telur. Pukul telur kat dalam mangkuk tu kemudian gaul sekali dengan pisang lenyek tu. Lepastu masukkan gula, minyak, garam dan last sekali masukkan tepung, soda bikarbonate dan baking powder. Kalau adunan pekat masukkan 3/4 cawan air dalam adunan tu supaya dia tak terlalu pekat. Dah siap adunan masukkan dalam loyang, aku punya just letak dalam cup muffin. Sebab malas nak basuh loyang.hihi. last sekali boleh letak pisang kat atas sebagai hiasan. 

Lepastu terserah nak kukus atau bakar. Aku suka kukus sebab kek lebih moist. Bagi aku kek pisang kukus lebih sedap dari kek pisang yang dibakar.
Kalau bakar macam biasa la suhu 180°c selama 20-25 min.








Dah siap kukus aku bagi nenek aku try dia cakap sedap. Mak aku pulak ingatkan aku guna tepung kek pisang segera. Sebab sebelum ni aku dapat dari kawan tepung segera tu. Yang tu senang je bancuh nya just masukkan telur dan minyak je tak payah sukat tepung. Tapi apa la sangat kalau buat sendiri pun sebab bukannya banyak jenis tepung pun. Satu adunan ni kalau guna cup muffin tu boleh dapat dalam 10 biji je. Kalau banyak ni sekali hadap pun dah habis. Jadi kalau nak buat makan untuk ramai boleh la doublekan atau triple kan adunan tu..
Ok lah tu je nak share tentang resepi kek pisang ni.

Thursday, 5 January 2017

Pengalaman Banjir 2017


Hai...

Saya nak share pengalaman suasana banjir di tempat saya ni, lebih spesifik lagi di kelantan..hihi. sepanjang hidup ni aku belum pernah lagi alami sendiri suasana banjir di sini. sebab kebanyakan tahun sebelum sebelum ni aku tak ada di kelantan, jadi agak excited jugak la bila boleh main air banjir ni.

tapi excited yang berlapik la, maksud aku bukan yang hu ha hu ha tu. suka sebab tengok orang ramai berkumpul dan bercerita keadaan banjir di tempat masing masing. sikit sikit tu ada la suka dengan air yang banyak melimpah limpah sampai atas jalan raya tu.

sebelum sebelum ni bukan tak pernah pun duk sini masa banjir, tapi dulu tu kalau ada pun memang kami tak pernah keluar dari kawasan kampung. ayah aku memang takut betul dengan keadaan banjir ni, mak pun sama. padahal kami belum pernah pun dilanda banjir atau jadi mangsa banjir. walaupun 2014 kelantan dilanda banjir besar, alhamdulillah rumah kami dan kampung kami langsung tak terjejas dengan air banjir tu. cuma terputus jalan keluar utama dan tiada bekalan letrik tu biasa la.

bila dah bekerja dan dah dewasa ni je baru berpeluang tengok tempat tempat lain yang dilanda banjir. bagi mereka yang tinggal dikawsan yang dah selalu banjir dan dinaiki air tu mungkin ni perkara biasa untuk diorang hadapi. dan diorang pun dah bersiap siaga dah dengan kemungkinan yang akan berlaku contohnya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.

atas tuntutan kerja, aku berpeluang la melawat mangsa banjir di sekitar kawasan aku ni. sempat la pergi melawat diorang, bertanya khabar dan tengok keadaan tempat pusat pemindahan tu. bagi aku ni adalah pengalaman pertama kali jejak kan kaki ke pusat penempatan sementara untuk mangsa mangsa banjir.
sebelum ni cuma berpeluang tengok dalam tv je, tak pun tengok dekat facebook. tapi bila berpeluang turun ke sana sendiri dan lihat sendiri perasaan tu lain dari pada cuma tengok dalam tv.

sekarang ni pusat penempatan untuk mangsa mangsa banjir dah agak selesa jika nak dibandingkan dengan suatu masa dahulu. banyak kemudahan yang dah disediakan dan kelengkapan harian seperti makan minum juga ada disediakan untuk mereka. maklum la rakyat malaysia kan memang prihatin jadi banyak bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa banjir ni. dari segi kesihatan dan keselamatan diorang pun terjaga.

Berikut aku share gambar gambar disekitar pusat pemindahan sementara untuk mangsa mangsa banjir di kelantan. daerah yang tak terjejas sangat dengan banjir kali ni ialah daerah Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai. daerah ni ada je mangsa banjir yang dilaporkan di pusat penempatan sementara tapi jumlah mangsa yang terlibat adalah sikit dan tak ramai.











Pelbagai agensi yang tampil dan ditugaskan semasa banjir melanda ni. jadi para mangsa banjir boleh dikatakan dijaga dan kebajikan mereka tetap diutamakan. ya la, diorang dah ditimpa dengan musibah yang tak dapat dielak, jadi bantuan dari pelbagai agensi dan bantuan dari orang ramai dah cukup untuk meringankan beban dan kesedihan mereka.

aku jugak ada pengalaman pertama kali hampir terkandas dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja. tapi nasib aku agak baik sebab kebetulan kawan aku pun ada follow sekali dengan kereta aku masa on the way nak balik.
dari tempat kerja ke rumah aku tu, jarak lebih kurang 60 km dah banyak jalan yang dah dinaiki air. kalau guna 4x4 wheel boleh la redah, ni setakat myvi tu memang azab la nak meredah air atas jalan tu.
dan ada jugak jalan yang dah ditutup terus untuk kenderaan. memang pening kepala jugak la cari jalan alternatif lain. masa tu hati dah cuak sangat sebab takut kalau kalau semua jalan dah tak boleh dilalui.
nasib baik la kawan aku yang follow sekali tu tahu jalan kampung. tapi masa tu dia pun teragak agak jugak dengan jalan kampung tu sebab ya la kalau dah jalan utama pun dah tak boleh dilalui jalan kampung lagi la berisiko.tapi kami tawakal jugak untuk cuba jalan alternatif kampung tu.
alhamdulillah...jalan kampung tu masih boleh dilalui, tapi air sungai di seberang jalan tu dah hampir cecah jalan dah. syukur sangat boleh lepas, dan lepas 3 jam duk pusing cari jalan akhirnya berjaya jugak sampi ke rumah dengan selamat.

banyak jalan yang jem sebab ada kereta yang rosak sebab redah air, ada yang kereta tak berani nak redah air kat atas jalan, dan ada jugak yang park kereta sebab nak perhatikan kereta yang pemandu hati kering redah air walaupun berisiko untuk enjin rosak. dalam cuak tu, seronok jugak perhatikan perlbagai ragam pengguna jalan raya dan orang kampung sekitar kawasan yang naik air tu.




LOVE,
Mcdaa

Resepi Bihun Sup Simple


Hai...

Makanan yang paling mudah, senang dan cepat untuk disediakan buat santapan suami tercinta. bukan takat suami je, si kecik tu pun suka sangat bila ibu buat sup. kebelakangan ni hujung minggu je kering idea nak masak apa, last lasti bihun sup jugak yang jadi pilihan.

biasa la kan orang perempuan, lagi lagi suri rumah yang suka masak macam aku ni (terutama yang bekerja la) asal hujung minggu je mesti akan berhajat nak masak makanan yang best best kan, nak jamu suami dan anak. tak kisah la yang renyeh ke senang ke asalkan suami dan anak makan akan digagahi jugak siap kan.

bagi kami pulak bihun sup simple ni la yang jadi hidangan hujung minggu dah berminggu minggu..hahahha. nasib baik suami belum cakap bosan lagi. kita tunggu dia komplen atau bunyi ayat bosan baru kita tukar menu lah ya...hihi. bukan apa, menu ni dah la senang nak disediakan lepas tu kuah sup tu boleh simpan sampai esok nya lagi. bihun pun sama boleh simpan stok kat dalam rumah tanpa risau akan rosak. maksud aku bihun kering la, yang dah direbus tu satu hari je tahan nya.

Resepi untuk sediakan bihun sup simple cara aku ni seperti berikut;

1 paket bihun kering
Ayam (sekor boleh, 1/2 ekor pun boleh)
Perencah sup segera (apa-apa brand pun boleh, yang serbuk atau cecair pun boleh)
Bawang merah 5 @ 6 biji
Bawang putih 2 @ 3ulas
Garam dan gula
Serbuk perasa (tak guna lagi bagus untuk kesihatan)

Panaskan minyak, tumis perencah sup dan masukkan bawang yang diblend. masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
bila ayam dah separuh masak, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

Untuk condiment;
1. Begedil
(resepi full begedil ni korang boleh google ya. tapi aku share jugak yang aku punya)
ubi kentan (3 biji) direbus
dilenyek dan campurkan dengan isi ayam , daun sup dan bawang merah dipotong halus
kalau lebik tambah tepung gandum sikit
bentukkan jadi bulat dan celup dalam telur
goreng

2. Sos kicap
4 sudu kicap pekat
4 sudu kicap cair
2 biji perahan limau nipis
cili secukupnya dan 2 ulas bawang putih ditumbuk
1 senduk kuah sup
kesemua bahan dicampurkan bersama. nak pedas lebihkan cili.

3. Bawang goreng.

Bawang goreng buat sendiri lagi sedap dari yang dah siap dipack tu. untuk dapatkan bawang goreng yang rangup, lepas mayang halus bawang merah tu campurkan 1 ke 2 sudu teoung gandum supaya menyelaputi bawang. kemudian goreng. memang sedap rangup dan manis.

4. Ikan bilis goreng







Kalau ikut step resepi yang aku share ni, semua nya simple je. dan kuah sup ni pun tak pekat atau terlalu berempah. resepi ni sup dia rasa macam kosong, maksud aku tak ada rasa pelbagai rempah ratus. kalau yang jenis suka plain sup resepi ni memang sesuai.

Kalau nak nampak lagi meriah sup korang tu, boleh la tambah bermacam condiment lagi. antaranya sayur sayur seperti timun, kobis, atau sawi. boleh jugak tambah suun goreng atau lada jeruk.

Kami sekeluarga makan bertambah tambah sebab tak muak. ya lah, sup memang la tak muak kan sebab tak ada santan atau lemak yang berlebihan. anak suka ibu pun gembira..haaa gituuu.




LOVE,
Mcdaa

Nasi dan Air Asam Perut di Suliza Kota Bharu

Hai...

Hari ni share makanan kegemaran suami aku. Dia ni jenis yang susah sikit kalau bab makan makan ni. bagi aku dia ni memilih tapi dia cakap bukan memilih. pening kan...mana tak pening, aku cakap memilih sebab dia cuma akan makan makanan yang dia suka dan dia biasa makanan. kalau bagi dia try makanan yang dia belum pernah makan, sah sah dia tak kan cuba. pujuk la macam mana sekali pun dia tetap tak kan jamah makanan tu walaupun cuma untuk merasa.
kalau dah perangainya macam tu, sah sah la tu namanya memilih makanan. apa yang dia makan cuma ayam, daging, sotong, kailan ikan masin dan ikan yang bersaiz besar. tu je makanan dia, kalau masak selain dari yang ni memang dia tolak.

dan air asam perut lembu ni pulak one of his favorite dish. maklum la orang kelantan memang famous dengan air asam perut ni. sape je yang tak suka makanan ni kan, boleh dikatakan ramai orang suka termasuk la aku sendiri. sedap sampai menghirup kuah hingga ke titisan terakhir..haaaa lebih kurang macam tu la perumpamaan sedapnya air asam perut ni.

tapi air asam perut ni ada macam macam jenis perut jugak. laki aku tu perut bulat dia tak suka. perut bulat ni kalau makan kena berhati-hati sikit. sebab bentuk dia bulat bulat takut orang yang masak perut ni tak cuci betul betul nanti masa makan terburai habis keluar isi perut yang tak cuci tu. korang tau kan apa yang berkemungkinan ada dalam perut bulat tu...hihihi. (kalau yang tak tahu, dalam bahasa sopan dalam perut tu mungkin ada sisa makanan lembu yang tak sempat dihadam lagi).
jadi kalau nak selamat dan tak nak benda asing merosakkan mood selera makan korang, sebaiknya pilih la perut lembu yang berlipat lipat tu. apa tah nama perut tu..

kalau korang datang kelantan, aku cadangkan korang try makan air asam perut ni. cari la kat mana mana kedai makan disekitar sini. banyak je kedai yang jua air asam perut ni. dan yang aku nak share ni yang latest kami makan di Kota Bharu tempoh hari. kedai suliza air asam kalau aku tak silap.
betul betul berhadapan dengan bangunan wisma kota bharu, senang je nak jumpa kedai ni.
kedainya tak la besar sangat, lot kedai biasa je. tapi time lunch hour agak padat jugak la.

harga makanan kat sini boleh tahan la, tak mahal sangat pun. untuk dua orang makan kurang dari rm20. dan pilihan menu dia pun tak banyak. jadi service kat sini pun agak cepat jugak la, ya la sebab menu tak banyak pilihan kan semua makanan dalam menu tu dah stanby tinggal nak serve bagi pelanggan je.
antara menu yang aku ingat ialah tentu tentu la air asam perut, daging bakar, dan ayam bakar. sebab ni menu yang kami order..huhu




Air asam perut ni simple dan mudah je bahan bahan nya. nak buat pun mudah je, tapi makan masa yang lama. makan masa tu sebab nak bersihkan dan masak perut lembu tu bukan sekejap je. berejam jugak la kena rebus perut tu supaya dia betul betul empuk dan boleh dihadam. kalau setakat rebus sekejap je memang lenguh la gigi korang nak mengunyah perut tu, silap gaya langsung tak boleh nak telan.

nak cuci perut lembu ni pun satu hal jugak. time korban lembu aku pernah jugak tolong tolong bersihkan perut lembu ni. makaihhh nak siap kan cuci perut tu mau nak patah pinggang aku nih punya la lenguh. ya la nak bagi betul betul cuci bersih putih mulus memang kene buat elok elok.

tapi pak cik aku pulak lain ceritanya, dia cakap kalau basuh perut tu jangan kasi cuci bersih bersih sangat, tinggal kan sikit kesan kesan perut lembu tu supaya ada bau bau lembu sikit baru la umphhh.macam ni pun ada....hahhaha

untuk resepi air asam perut lembu ni aku ada share di sini Air Asam Perut
yang aku share ni versi nenek aku punya. memang air asam terbaikkk lahh.


sekian dulu ya...


LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 3 January 2017

Resepi Chicken finger Mudah

Hai....

Hari ni nak share resepi chicken finger super duper senang mudah dan cepat. Haa...resepi nak cepat dan mudah untuk mereka yang tak suka renyeh renyeh dan benda yang menyukarkan kerja harian..hihi.

Al kisahnya tengahari semalam pergi ambik anak buah dari sekolah diorang. Sebab semalam hujan tak berhenti henti sampai la ke tengahari ke petang hingga seharian hujan turun. Jadi kesian kan budak budak tu dari naik motor maka aku offer kan diri pergi ambik diorang. Sambil tu bawak si ammar jalan jalan. Kemain suka lagi si kecik tu kalau boleh naik kereta. 

Dah sampai sana, si kakak nya bagitahu yang adik dia pergi beli ayam goreng satey tu. Ayam goreng yang macam uncle bob punya tu. Kat depan sekolah memang banyak la gerai gerai kecik duk berniaga makanan ringan dan macam macam gorengan. Bukan budak je yang tergoda, kadang ada jugak mak budak yang terlebih membeli..hahah

Dah si adik pulak beli 2 cucuk je ayam gorengnya. Kebetulan pulak aku tak bawak duit, meraung la si ammar nak jugak. Tapi anak aku ni kadang boleh puji, sebab dia makan dipujuk. Bila aku cakap nanti balik rumah ibu lain ya..terus dia stop meraung pastu membebel...nanti ibu buat ya, buat untuk ammar ya, buat banyak...bla bla bla...

Tak kuasa pulak aku nak keluar lagi semata mata nak pergi beli ayam cucuk tu. Jadi gagahkan la diri ni buat sendiri. Kebetulan sebelum keluar ambik budak budak tu aku dah siap beli ayam sekor. Dah siap basuh dan tunggu nak simpan dalam fridge je. 

Terus pergi asingkan ayam yang bahagian isi isi tu untuk digoreng ala ala chicken finger. Nak buat macam ayam cucuk tu aku tak pandai, dah tu mana nak cari lidi nak cucuk cucuk ayam tu. Buat chicken finger lagi senang.


Resepi chicken finger.

Isi ayam dipotong panjang panjang
Bread crumb
Telur
Tepung gandum
Garam dan papper

Mula mula salutkan isi ayam dengan tepung yang di campur dengan garam dan papper.
Lepastu celup dalam telur.
Kemudian golek golek kan dalam bread crumb.
Buat satu persatu isi ayam tu sampai habis. Kemudian baru goreng.
Tak sampai 1 jam pun  chicken finger simple dah siap. Nak lagi sedap cicah dengan sos cili tak pun mayonis.


Lain sikit la kalau nak bandingkan dengan ayam cucuk tu. Ayam cucuk tu bila dah siap goreng diorang akan taburkan serbuk perasa kat ayam tu. Rasa dia akan jadi macam masin masin sikit lepastu kalau nak pedas diorang taburkan serbuk pedas tu. Bagi aku serbuk masin tu macam tak berapa bagus sangat. Tak berapa nak menyihatkan badan...huhu.






Kalau ibu ibu yang prihatin pada pemakanan anak korang, perasa makanan segera macam tu sebenarnya tak berapa elok untuk diorang. Tapi tu la kan sebab penjualan makanan macam tu sangat berleluasa dan susah nak kawal. Kalau tak bagi kan kesian sebab diorang duk tengok budak budak lain makan. Jadi terpaksa la mengalah dengan permintaan anak anak. Kalau boleh jarang jarang sekali baik kita yang buat kan makanan tu  sendiri paling kurang nak sama dengan apa yang diorang suka pun dah cukup bagus. Jadi tak la diorang terdedah sangat dengan makanan yang kurang berkhasiat tu.

Tapi aku memang tabik spring la kepada parents yang memang betul betul tegas gila bab pemakanan anak anak diorang. sebab ada je parents yang memang larang terus anak diorang dari makan makanan yang tak berkhasiat ni, walaupun its just a piece of candy..haaaa hambikk kauu....aku tak kuat macam tu, senang sangat mengalah dengan budak kecik tu..

Sekian dulu...


LOVE,
Mcdaa

Basikal Exercise Lazada

Hai....

Just nak share pengalaman and experience guna one of product sold in lazada. Last month tertarik dengan basikal exercise ni tangan pun laju la mengoder. Tapi sebelum order tu aku ada jugak la tengok tengok komen pengguna yang dah beli. Macam macam komen la yang diorang bagi tentang produk ni.

Rata rata komen cakap ok la sebab produk ni dijual dengan harga yang munasabah kan jadi nak komen lebih pun dah memang ko bayar untuk kualiti macam tu jadi tak sesuai la kalau nak expect something yang sama level dengan produk beribu.

Maklum la sekarang kan badan aku makin hari makin naik, lepastu gaya hidup sihat memang tak de langsung. Gaya hidup sihat tu dalam erti kata lain senaman la. Mimpi je la kalau aku rajin nak buat exercise macam joging ke apa ke. Jadi bila nampak iklan basikal exercise dekat lazada dengan harga bawah rm200 memang berbaloi la kalau nak mencuba.

Bila barang sampai, macam biasa lah kena pasang sendiri. Tapi ikut arahan pada manual produk tu la, siap bergambar lagi. Macam aku yang tak terer bertukang ni pun boleh pasang, jadi pemasangan basikal tu bukan point penting yang perlu aku highlight kat sini. Aku cakap macam ni sebab kalau korang tengok komen kat produk ni ramai gak yang komplain susah nak pasang.

Dah siap pasang tu apa tunggu lagi try lah..hiihi. tapi kan macam aku cakap kat atas tu jugak, jangan nak expect lebih lebih dengan produk yang berharga rm200 ni. Sebab kalau ikut kan harga basikal exercise yang berkualiti mau harga paling murah pun rm beribu. Oleh sebab yang ni ada perbezaan harga maka fungsi dan kualiti pun berbeza ya.

Basikal yang ni masa kayuh tu langsung tak rasa pape pun...hahha. maksud aku ringan je kayuh nya sebab macam takde pemberat. Contoh macam korang kayuh basikal bertayar tu kat tanah rata. Kayuh nya flat je. Kaki takde beban. Kalau kayuh kat kawasan berbukit kan macam ada beban bertambah pada kayuhan tu, kayuhan jadi berat dan perlukan tenaga untuj terus kayuh. Haaaa...tapi basikal yang exercise ni langsung tak ada rasa bebanan tu. Jadi peluh memang tak kan keluar la...hahhahh. 

Lepastu dia punya seat duduk tu pun macam agak keras sikit. Dah nak naik kematu buntut ni kalau kayuh nak tunggu sampai berpeluh...hahhaha. berejam kayuh pun belum tentu lagi boleh keluarkan peluh. Aku pun terfikir jugak ni adakah pembakaran kalori dalam badan kita ni akan berkait langsung dengan penekuaran peluh? Maksud aku kalau badan tak berpeluh adakah kalori dalam badan masih tak berubah...hurmmm..sape boleh tolong jawab erkkk...huhu

Tapi ketinggian seat basikal ni boleh di adjust ikut ketinggian korang la. Nak tinggi ke nak rendah ke boleh laraskan sendiri ikut suka.  Tapi tinggi kanak kanak tak sesuai la dengan basikal ni. Dan kalau tak silap aku ada komen bagitahu kalau yang tinggi lebih dari 170 cm pun tak sesuai jugak. Basikal ni dikhaskan untuk yang sedang sedang je kot. 

Lagi tambahan komen tentang basikal ni ialah dia punya monitor. Walaupun cikai ke basikal ni tapi supplier bekalkan screen monitor sekali. Tapi yang aku punya ni langsung tak berfungsi. Bila tekan on screen monitor ni hidup je. Tapi apa benda yang dia baca aku pun tak pasti. Kejap keluar bacaan kalori kejap keluar bacaan masa, bacaan speed pun ada jugak. Tapi semua tu tak betul pun. Sebagai hiasan je la kot..hahhah.

Aku pun nak kata selalu atau hari hari guna memang tak de maknanya la. Bukan rajin sangat pun lepastu aku ni pun bukan spesis yang istiqamah dalam sesuatu hal. Kalau teringat nak buat aku buat la kalau tak tersimpan je kat dalam bilik tu. Konon masa beli tu nak exercise hari hari la, nak kecik kan paha la nak kuruskan badan la. Tapi berangan je lebih buat dan usaha nya tak seberapa pun..kahkahkah..

Bagi pendapat aku yang dah beli basikal ni hampir 2 bulan dan dah guna sendiri aku bagi rate 3/5..hihi. tapi ni base pada pandangan personal aku la. 
Kalau ada yang nak bagi 5/5 tak salah tu ikut pada pandangan dan kepuasan hati korang la kan.
Tapi kalau ada yang nak beli tu tak rugi pun. Maklum la nak beli basikal pixi tu dah la tak mampu sebab mahal. Lepastu malu beb nak kayuh basikal kat atas jalan, dengan bontot tertonggeng kat belakang. Memang tak la aku nak buat macam tu. Jadi kalau beli basikal ni slow slow boleh kayuh kat dalam rumah dan takde la malu sangat. Paling kurang pun kena nganjing dengan laki ko sebab tak kurus kurus. Yang ni aku dah alami....

Thursday, 29 December 2016

Kerepek Emping pahit

Hai...

Just nak share rare food, for me la. sebab till now still dont know the exact name kerepek ni. alkisahnya mak aku suka sangat dengan kerepek ni. sebab dulu dia pernah tinggal kat utara masa tu ikut ayah yang bertugas kat sana. masa dia menetap kat sana la dia kenal kerepek ni.
sejak dari tu, asal pergi belah sana je tak pun sape sape ahli keluarga yang kena dia mesti akan kirim kerepek ni.

rasa kerepek ni pahait, kami adik beradik memang tak pernah nak suka dengan kerepek ni.
dia suka la sebab makan tak berebut..hihihi...
tiap kali lepas goreng kerepok ikan untuk kami adik beradik, mak mesti akan goreng kerepek ni. tapi tu la, kerepek ni susah nak cari. kawan cakap ada je jual kat kelantan ni, tapi aku belum pernah jumpa lagi. tak silap nama kerepek ni malinja. entah betul ke tak.
oleh sebab kat sini susah nak dapat, terpaksa la dia berjimat cermat. tapi kadang kedai di stesen minyak ada jugak yang jual kerepek ni.

rasa kerepek ni sangat la pahit, memang tak sedap. tapi...guess what?? tiba tiba entah macam mana ceritanya aku dengan adik aku si zurah ni boleh pulak tersuka tanpa sengaja...hahhhaha
aku pun terkejut masa tahu yang dia pun suka jugak kerepek ni walaupun rasanya pahit.
dia boleh suka sebab katanya masa dalam perjalanan nak balik kelantan dari kl (kan dalam 6 ke 7 jam perjalanan) dia singgah stesen minyak pastu beli kudap-kudap nak makan masa dalam perjalanan. ternampak kerepek ni, teringat kat mak terus dia beli.
memang dah tau pahit, tapi sebab teringat kan kat mak dia beli jugak sebab nak rasa lagi sekali kenapa mak boleh suka sangat dengan kerepek ni.

bila dalam perjalanan tu boleh pulak dia tibai makan habis satu bungkus kerepek tu. lepas makan dia cakap takde pun rasa pahit melekat or any after taste yang wujud. tapi mulut rasa macam manis-manis pulak. sejak dari tu terus dia pun terjebak sama dengan mak aku.

tapi betul la, kerepek ni memang rasa pahit pada awal kita makan tu. tapi lepas lama-lama tu akan rasa manis di hujung hujung tunas rasa. bagi kami rasa yang macam tu sedap...hihi
mak aku suka benda pahit pahit ni, maksud aku apa apa jenis makanan yang pahit la sebab katanya benda pahit ni bagus untuk kesihatan dan banyak manfaat. 
sebab tu la kot dia walau umur dah lewat 50-an tapi alhamdulillah sihat dan tak ada penyakit.




warna dan rupa kerepek ni hampir sama macam keropok berperisa udang tu. tapi rasanya memang totally different la. agak keras sikit kalau nak banding dengan kerepok ikan atau keropok berperisa udang tu. harga kerepek ni untuk yang mentah sekilo rm16 - rm17, boleh tahan jugak la harga nya. tapi kalau yang dah siap goreng dan pack yang macam jual kat dalam kedai di stesen minyak tu agak mahal.

aku sendiri pun tak pasti apa nama kerepek ni yang sebenarnya dan dari apa asal kerepek ni. kalau keropok ikan tu aku tahu la, berasal dari tepung ubi dan isi ikan, yang keropok berperisa udang tu pulak haaaa....korang jangan tertipu ya. keropok berperisa udang tu asalnya dari tepung ubi atau tepung sagu atau apa-apa je tepung yang dicampurkan dengan perisa. perisa sintetik atau lebih senang cakap bahan kimia sebab bukan nya dari udang yang asli.

betul pepatah cakap....tak kenal maka tak cinta....tak rasa maka tak tahu la kenikmatan nya. haaaaa gitu....




LOVE,
Mcdaa

BIRTHDAY AMMAR FOR THE FIRST TIME

Hai....

Anak bujang ibu sekarang dah masuk 2 tahun 5 bulan. Alhamdulillah walau umur baru 2 tahun lebih tapi dah petah bercakap. almost know and understand everything yang ibu cakap. bila ibu bagi arahan tolong buat itu buat ini semua pun dia dah boleh buat dan mudah faham.

bukan niat ibu nak membangga diri atau apa pun, cuma ibu memang bangga sangat dengan anak ibu yang sorang ni. bila ibu bagi arahan atau mintak tolong buatkan sesuatu terus dia laksanakan dengan jaya nya...he such a clever boy! ya lah mak mana yang tak suka puji anak sendiri kan..hihi

bila ammar tumpahkan air, dia akan bagitahu ibu air tumpah, lepastu ibu cakap pergi dapur ambik kain pastu lap air yang tumpah tu...terus dia menuju ke dapur dan laksanakan arahan seperti yang diminta. bertuah sangat ibu bila tengok anak ibu pandai dan boleh buat. walaupun nampak macam its just a little thing, but it mean everything to me..

ibu bukan la ibu yang sempurna dalam mendidik anak. kadang ibu pun gagal, gagal kawal perasaan marah, gagal sabar dengan karenah anak ibu, kadang ibu tak berfikir secara rasional padahal anak ibu baru je umur 2 tahun, baru 2 tahun kenal dunia tapi ibu dah marah-marah macam ammar tahu semua benda, like you must understand to every single word i said.
bila ammar buat perangai, menangis, ibu cakap stop crying and listen to me, but you insist and ignorant i just like lost my mind and yelled at you. i expect you to listen understand and act as i said to you, but i forget that you just a small little boy not even know what to do and what was going on. ohh i beg your pardon my boy.....

despite all the nonsense thing i ever done to you, there just one thing that really matter to you, that i love you more than anything in this world. because you are my world, my soul, and my fullest life.

tahun pertama sambut birthday anak ibu ni kami semua macam excited sangat. sebab ammar ibu dah umur setahun, dah boleh berjalan dan bercakap, walaupun tak jelas sebutan tu tapi dah banyak perkataan yang ammar dah pandai guna.
ibu macam biasa la suka masak, semangat sungguh buatkan kek pelangi berlapi lapis untuk ammar. walaupun ibu tak la terer sangat bab bab membekaing dan mendeko kek ni tapi sebab ibu memang minat dan untuk ammar ibu gigih kan jugak siapkan sebijik kek birthday untuk ammar.



walaupun kek birthday pertama ammar ni tak cantik dan tak se fancy kek birthday yang dijual kat kedai tu, tapi kek ni hasil dari air tangan ibu sendiri tau. biarla, kecik kecik ni ammar tak faham lagi tentang erti pengorbanan bila dah besar nanti ammar tahu lah.
semua yang ibu buat ni sebab ibu sayang kan ammar, sebab ibu excited terima kehadiran ammar dalam hidup ibu tau.
harap anak ibu akan faham semua ni suatu masa akan datang. ingat tau, ibu sayang anak ibu sepenuh hati walaupun ibu berkasar atau garang dengan ammar.
ibu bukan la ibu yang terlebih manjakan anak, walaupun ammar la satu satunya anak ibu buat masa sekarang ni, tapi ibu takkan manjakan atau mewahkan ammar melampaui batas.

ibu tak bagi ammar main gadget bukan sebab ibu tak mampu nak beli, tapi ibu tak nak dedahkan ammar dengan teknologi yang boleh rosakkan perkembangan pembesaran anak ibu.
ibu jarang belikan baju baru yang mahal atau standard, bukan ibu tak mampu tapi ibu taknak biasakan anak ibu dengan benda-benda keduniaan atau memilih milih. hidup bergaya dengan pakaian yang trendy bukan pilihan ibu untuk ammar.
ibu takkan belikan ammar dengan mainan yang mahal, cukup la dengan kayu, batu, pasir dan mainan kampung untuk ammar. ibu takkan larang anak ibu untuk hidup seperti anak kampung dulu, lagipun memang kita tinggal kat kampung pun sekarang. tapi ibu tak kisah kalau anak ibu membesar dengan lumpur atau peluh bermain di padang sebab tu cara yang terbaik untuk anak ibu membesar dan kenal dunia sebenar.






ibu memang sempoi je dalam membesarkan ammar. langsung tak cerewet, dan ibu bersyukur sangat sebab anak ibu ni pun tak cerewet sangat. walau baru 2 tahun 5 bulan ibu belajar besarkan ammar, tapi ibu boleh berbangga dengan anak ibu ni yang dari kecik hingga sekarang jarang bagi masalah kepada ibu dan abi.

dari kecik ammar tak pernah kena sakit yang menakutkan ibu, tapi ada la demam demam biasa, selesema, perut kembung, tak berak 7 hari lamanya, telinga berair, dijangkiti HFMD dan pelbagai penyakit kanak-kanak yang tak kritikal. tapi ammar belum pernah kena tahan wad atau kena di rujuk dengan pakar atau doktor. mungkin sebab dugaan dan ujian dah ibu lalui sewaktu bersalinkan anak ibu, ibu terpaksa jalani pembedahan. mungkin sebab itu Allah mudahkan urusan pembesaran ammar.
syukur alhamdulillah dengan setiap percaturan dari Allah untuk keluarga kecil kita.

ibu sentiasa doakan anak ibu membesar dengan sihat dan cergas. cerdik dan pintar seperti kanak kanak lain dan jadi anak yang taat kepada agama dan ibu abi.
harapan ibu cuma satu je untuk anak ibu, semoga jadi anak yang soleh, anak yang sentiasa mendoakan ibu bapanya dan anak yang taat kepada agamanya.
ibu dan abi mungkin tak mampu untuk menjadi hamba yang soleh, tapi ibu berharap anak ibu mampu membawa ibu dan abi menuju ke jannah. aminnn.......

ibu akan cuba dan berusaha untuk didik anak ibu sebaik mungkin. itu janji ibu.



LOVE,
Mcdaa.







Tuesday, 27 December 2016

Bila Hati tersentap

Hai...

Masa buka facebook tadi, tiba-tiba terjumpa satu post yang kawan share mengenai seorang lelaki yang sangup berkahwin dengan pasangannya yang suffer cancer stage 4.
Tak tahu nak komen macam mana sebab macam macam andaian yang terfikir bila tengok post tu.
Bila ada seorang lelaki yang agak ada rupa dan mungkin bekerjaya bagus, tapi sangup untuk pilih jalan yang dia sendiri dah tahu endingnya macam mana.
Ya, hidup mati seseorang adalah ketentuan dari Allah swt, tapi kita masih diberi akal dan fikiran untuk berfikir dan menilai mana baik dan mana buruk. Jika jalan yang dipilih itu atas alasan yang sebaik-baiknya bagus la. Jangan jalan yang dipilih itu atas dasar dunia semata.

siapa aku untuk judge people, furthermore to those someone which is i really dont know anything. Baru tengok post kat facebook pastu terus buat judgement terhadap pilihan dia, not fair at all.

tapi bila buka link yabg berkaitan dengan mereka, terjumpa pulak blog si lelaki tu. dari blog dia aku rasa dia ni jenis yang menyendiri, macam aku pada suatu ketika dahulu. memyendiri tapi dalam masa yang sama mendambakan kasih sayang dari someone yang akan muncul.

dan dari link tu jugak jumpa blog si perempuan. dan dari situ pandangan aku terhadap lelaki tu terus berubah. tak sepatutnya aku judge dari awal. sama jugak pada mereka yang komen pada post si lelaki tu, mengata atau perli atau mempersoalkan perkara itu macam suatu kesalahan. sebab mereka hanya lihat sebahagian kecil je dari keseluruhan cerita hidup pasangan tu.

si perempuan dah lama menghidap cancer, tapi berkat kesabaran dan semangat juang yang tinggi dia masih mampu bertahan. meneruskan hidup macam orang yang normal dan sihat, jatuh cinta seperti kita dan akhirnya berkahwin dengan lelaki yang mampu mebahagiakan dia. dan dia jugak berjaya dalam hidupnya sebab dalam dia sakit tu dia berjaya capai impian untuk bergelar seorang doktor.

kita merancang, tapi Allah swt lah perancang yang sabik-baiknya. jangan pernah sekali pun rasa yang rancangan atau aturan yang kita pilih atau buat adalah yang terbaik. Sebab disebalik perancangan kita, Allah swt dah terlebih dahulu mengetahui dan merancang hidup kita.

sekuat mana pun impian kita untuk terus hidup, tapi kalau dah Allah swt tentukan kita hanya untuk saat ini, maka semua nya pasti berlaku atas aturan Allah swt. tapi kita sebagai manusia yang lemah dan percaya akan kekuasaan Allah swt tak boleh berputus asa dengan hidup kita sendiri.

jauh dalam hati aku ni terasa beruntungnya dia menjadi insan terpilih. bukan semua kita mampu untuk harungi ujian dan dugaan hidup yang amat berat sebegitu. kalau aku yang berada ditempat dia, belum tentu aku mampu ikut jejak langkah dia untuk menjadi seorang yang tabah dan sentiasa berfikiran positif.
ya hidup di dunia hanya sementara, kita sebagai hamba di dunia perlu yakin akan kehidupan akhirat nanti, itu yang pasti dan hakiki. Allah menguji hamba nya mengikut kemampuan mereka, menguji keimanan mereka di dunia untuk ganjaran yang tidak terhingga di akhirat kelak.

kepercayaan kita hanya satu, hanya kepada Allah swt. tapi mampu kah kita menjadi hamba yang taat kepada nya. mampukah kita benar benar redha dengan setiap kejadian yang berlaku ini adalah atas percaturan Allah swt. mampukah kita untuk sentiasa intiqamah dalam kehidupan kita dengan menjalankan tanggungjawab kita terhadap Allah swt jika kita tidak tergolong dalam orang orang yang sedang diuji.

dugaan dari Allah adalah ujian terbesar untuk hambanya yang terpilih..
jangan bila kita didatangi dengan dugaan dan ujian dari Allah swt baru kita nak ingat dan jalankan tangjungjawab sebagai muslimin sebenar, tak perlu tunggu semua tu berlaku baru kita nak mencari sang pencipta yang maha esa.

aku sendiri pun belum cukup baik, dan belum benar benar menjadi muslimin yang istiqamah.
doakan semoga kita semua sentisa dalam lindungan Allah swt dan hidup dalam keberkatan nya..aminn

Monday, 26 December 2016

Jalan jalan ke Farm In The City di Seri Kembangan

Hai...

Throwback cerita last week. Plan sebenarnya datang KL just nak datang ambik mak mertua je yang datang bercuti ke rumah anak dia iaitu selaku kak ipar aku yang tinggal di Puncak Alam. Tapi bila semua dah berkumpul lepastu dengan budak-budak pun ramai, macam kesian la kalau tak pergi bawak budak-budak ni berjalan.
Sebenarnya tak plan pun nak ke sini, cadangan last minit lepas puas berfikir tempat mana yang sesuai nak bawak budak-budak ni berjalan-jalan. Macam macam cadangan tempat yang ada, ya lah KL kot bandar serba maju dan canggih ni macam-macam ada. Tapi nak senang dan cepat tu yang kami datang sini.

Rupanya Farm In the City ni dekat dengan kawasan perumahan yang aku dan suami pernah sewa. Cehhh...memang masa kami sewa di Seri Kembangan ni dulu, setahun yang lalu je kot, kawasan ni takde pape pun. Kalau tak silap pernah diorang nak jadikan sebagai tapak pasar uptown atau downtown macam tu tapi macam tak hidup je.
Tak sangka pulak Farm In the City yang akhirnya muncul kat sini. Farm ni kat tengah-tengah jalan raya, maksud aku dikelilingi oleh jalan utama. Kalau duk dalam ni bukan terasa macam duk kat Farm pun, lebih macam masuk tempat pameran. Dah nama pun dalam city kan, bunyi kereta kat highway tak putus-putus..
Alang-alang dah sampai sini, terimbau pulak kenangan masa aku dengan suami menyewa disini. Kawasan perumahan kat sini best, tapi sekarang aku tengok pembangunan makin bertambah dah. Banyak apartment baru, dah makin sesak dengan kereta dan makin sibuk je suasana kat sini.
Banyak kenangan aku kat sini. Kenangan alam rumah tangga aku dengan suami. Dari aku mengandungkan Ammar, sampai la Ammar umur setahun kami tinggal menyewa disini.

Rombongan kali ni agak ramai jugak, semua ni belah suami. Mak dia saja-saja datang KL dah dekat 3 minggu jugak la dia duk kat Puncak Alam tu. Jadi last week plan asal kakak ipar aku yang tinggal kat kampung pergi ambik mak dia, kebetulan pulak abang ipar pun join jugak. Suami aku sah-sah la nak join jugak kalau dah ramai yang ke sana.
Balik kerja Khamis, petang tu terus bertolak ke KL. Sampai lebih kurang pukul 12 malam. Sampai je rumah kak ipar aku tu...makkkkaihhhh penuh satu rumah dengan anak beranak diorang, dengan riuh rendah nya...seronok je rasa, penat perjalanan dekat 7 jam tadi terus hilang bila duduk berkumpul ramai-ramai macam tu.

Esok nya pagi-pagi dah kene kejut sebab nak keluar berjalan. Budak-budak la paling excited. Lepas kelaur breakfast makan-makan terus ke Farm In The City. Kami sampai sana dalam pukul 12 lebih. Masa ni orang tak ramai sangat. Ya la, tengahari kan sebab mungkin diorang tak nak panas-panas duk dalam Farm tu.
Nak masuk macam biasa la kena bayor. Harga tiket agak mahal jugak la bagi aku..hihihi. Lupa pulak harga sebenarnya berapa sebab aku tak bayarkan. Kalau tak silap dewasa dalam RM30 + dan kanak-kanak belas belas ringgit je. Bawah 3 tahun free. Rombongan kami hari tu, 9 dewasa, 2 kanak-kanak dan 2 bawah 3 tahun, total semua dalam 300++.

Masuk je dalam Farm tu, terus excited gila tengok kura-kura yang besar dan real.Yang lawaknya bukan budak je yang teruja orang dewasa macam aku ni pun teruja gila kot....hahaha. Kura-kura dia lepas macam tu je, tapi ada pekerja yang awasi pergerakan kura kura tu. Menakutkan je tengok kura-kura yang bersaiz besar tu. Kat dalam tu, ada haiwan yang kita boleh bagi makan.
Antara haiwan yang boleh bagi makan macam kura-kura, arnab, ikan, biri-biri, burung, rusa dan rakun (aku pun tak pasti betul ke tak nama dia rakun).
Kat dalam tu ada mesin vending yang jual makanan haiwan. Kalau korang excited nak feed the animal, sila la beli banyak-banyak dan bawak sepanjang perjalanan kat dalam tu.

Aku ni jenis penakut dan geli, sekor haram pun aku tak bagi makan..hahhaha. Pernah masa kat dalam kawasan rusa dan kambing tu, aku duk seronok perhati budak-budak ni bagi makan tiba-tiba datang rusa jilat tangan aku...terkejut gila aku..hahhaha. Si Ammar pun sama, mula-mula ambik makanan burung letak kat tangan sekali burung patuk terus campak semua makanan tu..hahhaha. Penakut jugak ya anak ibu ni.



Kat dalam Farm ni agak panas jugak la. Kalau korang bawak baby baik sediakan kipas angin yang pakai bateri tu. Kalau tak jenuh nak kipas, sebab baby Harraz pun dah berpeluh-peluh kat dalam tu. Kat dalam Farm ada kedai yang jual air minuman, jadi kalau budak-budak dahaga ke apa ke boleh stop kejap kat gerai dalam tu. Lepastu sambung balik...



Muka acah acah berani sentuh rusa tu. Rusa ke kambing ke kancil ke semua nya jinak-jinak je. Eh jap..sebenarnya haiwan ni apa erk...rusa ke kancil? ahhhaha...kambing je yang aku tak tertukar yang lain semua out.


Masuk kat dalam ni kalau nak lagi mudah faham dan tak keliru, sebaiknya korang bawak peta kawasan ni. Sebab kat dalam tu dia dah buat maps untuk ke setiap check point yang ada kat dalam tu. Kalau ikut maps tu korang akan lalu semua tempat dan takde la lost sangat. Tapi tak lost sangat pun sebab tempatnya kecik je.

Kat dalam ni jugak ada disediakan horse ride. Tapi hanya untuk kanak kanak je la. Berat maksimum yang dibenarkan cuma 40 Kg ke bawah je. Tapi kan...kuda yang diorang sediakan untuk ride ni, aku tengok dah macam uzur je. Kesian pulak tengok kuda tu bila kena tunggang dengan budak-budak lepas tu duk pusing kat dalam kandang tu. Per ride kat dalam kandang tu RM7 untuk sekali pusing je. Kalau budak-budak nak naik tak payah takut sebab ada 2 orang pekerja yang akan bawak kanak-kanak pusing kandang tu. Jadi selamat la untuk budak-budak naik kuda tu.

Situ jugak ada buat pertunjukkan burung kakak tua. Tapi kami tak sempat tengok pun sebab pertunjukkan tu hanya pada masa tertentu je. Yang aku ingat pukul 3.30 petang, kami dah dekat 3 jam kat dalam tu nak tunggu lagi 30 minit dah macam tak larat sangat dah.


Masa beli tiket ni mungkin sebab bayar beratus dah untuk tiket sahaja, jadi dapat la jugak beberapa barang sampingan antaranya 2 kotak makanan haiwan (rumput je pun..huhu). Voucher makan di restoren kat dalam tu, diskaun untuk masuk ke Cat station (lupa apa nama tempat kucing-kucing tu sebab kami tak masuk) dan 3 button badge.


Tengah duk seronok bagi makan burung tiba-tiba datang cameraman snap gambar kami sekeluarga. Lepastu terus panggil yang lain pun berkumpul sama then dia snap gambar ramai-ramai. Macam biasa la gambar berbayar laa...bukan free. Dekat luar Farm tu ada booth gambar yang di snap oleh cameraman tu. Mula tu tak nak beli, tapi adik ipar cakap beli la kak buat kenangan, aku pun relakan la keluarkan duit bayar gambar tu.
Ada macam-macam saiz yang boleh request, ni aku ambik yang paling kecik sekali tu pun harga dah RM29 kalau ambik dua keping dapat diskaun jadi RM39. Takpe la bang, saya beli satu je, ni kat dalam phone masing-masing dah berlambak gambarnya..huhuhu


Gambar tu dia masuk kan dalam pamplet yang macam kat atas tu. Kalau nak print gambar dekat mug pun boleh je. Pun disediakan di kedai tu. Tak tanya pulak berapa harganya sebab aku tak berminat nak beli...
Dekat 3 jam jugak la kami menapak di Farm In the City ni. Walaupun sebenarnya kawasan dia tak la luas sangat pun. Tapi sebab banyak haiwan kat dalam ni, macam macam jenis yang kita tak pernah jumpa pulak tu. Dan tambahan pulak kita dapat berinteraksi secara dekat dengan kebanyakan haiwan dalam ni tu yang jadi seronok.

Walaupun tiket dia bagi aku agak mahal jugak la, tapi untuk masuk bawak kanak-kanak yang dalam lingkungan sekolah rendah tu memang sangat-sangat berbaloi la. Macam-macam haiwan boleh tengok dan sentuh...

Sekian dula ya...


LOVE,
Mcdaa

 

Tuesday, 20 December 2016

Impian 2016 forward ke 2017

Hai...

Sebenarnya aku agak kecewa jugak la dengan tahun 2016 ni. Sebab tahun ni macam langsung tak ada pape pencapaian yang boleh dibanggakan selain dari penubuhan semula belog peribadi aku ni. Tapi macam tak boleh dianggap sebagai pencapaian pun setakat belog je pun..hahhaa..sadisss

Kalau imbas balik dari Januari sampai la nak hujung December tahun ni, segala impian aku untuk tahun ni langsung satu pun tak berhasil. Teruk gila pencapaian ko nih ida weh...
Lagi teruk ada la kot nasib di tahun 2016 ni. Entah la, bila cakap macam tu dan bila difikirkan balik sebenarnya nampak macam tak bersyukur dengan nikmat pun ada...
Sebetulnya bukan macam tu bukan tak bersyukur atau mengeluh dengan nasib sendiri cuma meratapi kenapa aku tak berjaya..mungkin sebab utamanya Allah s.w.t belum rasa aku layak untuk dapat tu lagi.
Atau mungkin sebab aku belum cukup berusaha kearah itu kot sebab tu la semua tu tak tercapai. Baiklah ni sebagai rujukan aku dimasa akan datang. Yang semua impian aku ditahun 2016 ni akan diforwardkan ke tahun 2017. Nanti kita sama-sama tengok la di hujung tahun 2017 nanti sama ada impian ni akan terus diforwardkan ke tahun berikutnya atau macam mana...hihi

Ok lah, impian yang kecik kecik yang macam biasa je tu kita abaikan la. Contoh impian biasa biasa je tu macam teringin atau craving dengan makanan ke, teringin atau kemaruk nak berholiday ke suatu tempat dalam negeri ke tu dikira impian kecik-kecik yang bila bila je boleh padam dari senarai..hihi. Yang nak di senaraikan cuma perkara yang paling penting je.


1. Untuk dapat baby
Hujung tahun ni dah hampir setahun aku stop dari ambik pil perancang. Dulu terpaksa ambik pil perancang sebab lahirkan Ammar secara czer iaitu pembedahan dan tak dapat bersalin normal. Jadi atas nasihat doktor dan untuk keselamatan diri aku terpaksa jugak la ambik pil perancang walaupun hati tak rela sebenarnya. Bila Ammar dah setahun lebih aku dah stop, jadi sampai hujung tahun ni lebih kurang setahun aku tak ambik pil tapi tu lah belum ada rezeki belum lekat lagi.

Mungkin usaha belum bersungguh lagi kot. Sebab suami pun cakap rilek la tak payah gelabah lagi, sebab jarak aku dengan adik beradik aku semua 3 tahun, mana tahu kot aku ni ikut gen tren mengandung macam mak aku. Ammar sekarang 2 tahun jadi tahun depan kena betul betul berusaha untuk mengandung lah. Lagipun tahun depan aku dah masuk 3 series dah...



2. Rumah kediaman sendiri
Yang ni pun satu hal, boleh buat aku stress dan bad mood kalau fikirkan tentang rumah. Aku pun tak faham kenapa la proses ni lambat sangat berjalan. Sebab aku yang lambat bertindakkah? atau sebab suami macam tak bersungguh sangat kah? atau sebab kontraktor yang aku pilih tu memang slow gila?? Arghhhh....masa tulis ni pun dah boleh buat aku rasa stress. Aku ingatkan kalau pun tak dapat siap sebijik rumah dah muncul tapak sikit-sikit pun dah kira ok dah. Kiranya dah boleh buang dari list dah. Tapi hampehh...satu ape pun belum jalan lagi. Dekat 2 bulan dah bagi kontraktor uruskan pelan rumah tapi masih senyap sunyi takde berita langsung.

Nasib baik la tanah untuk tapak rumah tu dah dapat bayar almost 85% dah. Bayar dulu ke tuan tanah sebab takut diorang tiba tiba ubah fikiran atau up kan harga jadi makin mahal. Tanah tu macam hot spot je sejak kebelakangan ni. Oleh sebab tanah tu kepunyaan sepupu mak, jadi aku bayar dulu baki lagi beberapa ribu tu bayar tunggu bila dah nak start buat rumah. Dan geran tanah pun masih belum tukar nama lagi.



3. Bajet konon-konon nak ada business yang ok.
Impian yang ni berkadar langsung dengan keadaan suami aku sekarang. Sebab dia sekarang dah berhenti kerja tetap iaitu kerja pejabat dan dah beralih arah jadi peniaga pulak. Walau pun business dia ni kecik je, tapi kalau dia sungguh-sungguh nak berubah dan maju kehadapan insyaallah dia boleh. Cuma tu lah, impian aku untuk ada business jugak yang aku usahakan sendiri atau create sendiri pastu dari segi marketing or sales boleh mintak suami aku yang uruskan. Sebab aku tak leh nak 100% buat business aku ada kerja tetap.
Tapi tu lah, masih mencari lagi business apa yang aku nak buat. Antara jahitan atau bakery. Tapi semua tu aku takleh nak usahakan lagi sebab aku tinggal dirumah parents. Kalau aku buat business, stok atau ruang business kena ada nanti takkan nak sepahkan rumah parents aku pulak.
Dah la stok barang suami aku pun dah bertimbun tambah pulak dengan barang aku mau tak mengamuk nenek aku nanti..
Sebab tu la part ni terbantut, dan nampak gaya kena forward ke tahun 2017.



Perkara utama yang aku tak mampu capai pada tahun 2016 ni ialah 3 perkara seperti yang aku tulis kat atas tu.
Wahai diri sendir, usaha lah sedaya mungkin dan berdoa la mintak dengan Allah swt. Dan jugak jangan la kau sesekali pun berputus asa dengan kehidupan ni. Kalau kau masih tak dapat capai, tu tandanya Allah ada perancangan untuk kau atau pun tu tanda ko malas nak berusaha bersungguh janagan sesuka hati je salahkan orang lain dan merungut itu dan ini...hihi
Sendiri buat ingatan untuk diri sendiri. Ni la gunanya belog aku ni sebab macam best jugak bermonolog kat sini..hihhihii........

Sekian dulu....


LOVE,
Mcdaa

Penyakit Tyhpoid atau Demam Kepialu

Hai....

Hari ni nak bercerita tentang makanan dan kesihatan sikit. Walaupun aku ni bukan la seorang pakar dalam bidang perubatan dan seangkatan dengannya, tapi ada la sikit sikit ilmu tentang penyakit yang berkaitan dengan makanan ni. Tapi kalau nak dikirakan yang realitinya 'we are what we eat' maksudnya makanan memang mainkan peranan yang utama dalam aspek kehidupan kita.
Termasuklah dari segi kekuatan, kebolehupayaan, kebahagian dan keberkatan hidup pun ada berkait jugak dengan makanan. Jadi boleh disimpulkan yang makanan dan kehidupan kita ni sangat la berkait rapat.

Tapi aku taknak cerita tentang skop yang luas yang ada segala macam kaitan antara makanan dan kehidupan tu. Skop yang aku nak cerita kat sini ialah tentang penyakit tifoid atau demam kepialu atau matsalleh panggil typhoid fever.

Demam kepialu ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang dah dijangkiti oleh bakteria atau kuman terutamanya kuman yang bernama Salmonella Typhi. Bukan dalam makanan je bakteria ni boleh disebarkan dalam air minuman pun dia boleh hidup membiak dan tersebar ke tubuh manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria.

Sebabtu la kalau dalam akta makanan di Malaysia ni dah bagi syarat kepada penggusaha makanan supaya mereka dapatkan suntikan anti-tifoid ni terlebih dahulu. Supaya kuman atau penyebaran kuman dari penggendali makanan dapat dikurangkan ke tahap yang selamat.
Dan pengguna pulak ada tanggungjawab jugak, pengguna kena la pastikan kedai yang dipilih tu menyediakan makanan yang bersih, penggendali pun bersih dan persekitaran kedai makan tu pun kena bersih jugak.

Sebab banyak kes kes demam kepialu di kalangan kita ni, kalau kita nak elak dari terkena pada diri kita dan keluarga kita pastikan amalan kebersihan diri, kebersihan tempat penyediaan makanan dan premis kita sentiasa dalam keadaan bersih. Dan pengguna jugak dinasihkan berhati hati atau berwaspada jika kawasan kediaman atau taman yang korang tinggal tu dah diistiharkan ada wabak demam kepialu. Sebab wabak ni senang merebak dan tersebar.

Dan antara simptom yang biasa muncul bila seseorang tu dah disyaki terkena demam kepialu ni antaranya demam panas, muntah-muntah, sakit kepala berlarutan, badan terasa lemah, lenguh-lenguh sendi dan otot. Kalau diperhatikan simptom demam kepialu ni lebih kurang macam terkena keracunan makanan je, sebab kedua-duanya berkait dengan serangan atau jangkitan bakteria dalam badan kita. Sebab tu la simptom nya lebih kurang sama je. Dan ujian analisis bakteria perlu dilakukan untuk dapatkan kepastian simptom tu berkait dengan penyakit apa sebenarnya.

Sebab tu la, kalau demam berlarutan atau ada tanda-tanda kat atas yang berlarutan sebaiknya segerala ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Kalau betul la dijangkiti dengan bakteria demam kepialu ni, dia sangat cepat merebak dan takut silap haribulan boleh tergadai nyawa.

Tambahan pulak sekarang dihujung-hujung tahun ni musim hujan dan musim cuti sekolah. Kalau diperhatikan kedai makan tumbuh macam sendawan selepas hujan. Gerai tepi jalan tumbuh di segenap jalan, belum kira yang homemade punya produk pun banyak pilihan jugak tu. Tapi adakah diorang peniaga makanan ni tahu tentang kebersihan diri, premis dan makanan diorang? Adakah diorang jaga kebersihan ni semua? haaa....yang ni soalan yang kita tak dapat jawapan tapi kita kena fikir sendiri dan nilai sendiri keadaannya.

Sebagai contoh, kalau beli makanan frozen atau sejuk beku balik rumah nanti pastikan masak betul-betul. Kalau dikedai atau gerai, pilih gerai yang  bersih dan jauh dari punca pencemaran seperti habuk dan asap dari kenderaan, tak ada longgokan sampah atau jauh dari tempat pembuangan sampah. Dan pastikan jugak makanan yang hendak dibeli tu terutama yang di gerai di tepi jalan tu makanannya bertutup atau dalam bekas yang terlindung dari pencemaran.

Bagi mak aku pulak dia selalu cakap yang dia kalau nak beli makanan atau kuih muih kat kedai dia akan perhatikan orang yang menjual tu, dan dia lebih suka beli di kedai yang dia dah biasa dan kenal si pembuat makanan tu. Kalau kita tahu dan kenal si pembuat sekurangnya kita tahu sikit sebanyak macam mana orang tu handle makanan tu takde la kotot atau mencurigakan.

Sekian dulu......



LOVE,
Mcdaa

Sunday, 18 December 2016

Jalan-Jalan Singgah Melaka; Asam Pedas Claypot

Hai...

Bila hari rajin menaip datang, mula la episod throwback cerita-cerita lama..hihi. Atau dalam erti kata lain meng clearkan segala gambar kat dalam phone yang dah masuk beribu-ribu snap shot tu. Biasa la kan kalau dah ada phone berkamera macam pelik pulak kalau tak ambik gambar sebagai kenan kenangan untuk tatapan kemudian hari.
Tapi ye lah bila dah setiap benda pun kita anggap sebagai kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup kita, tu yang jadi phone asyik heng je dengan memori yang dah nak penuh tu.

Betul la kata orang kan, setiap gambar ada cerita yang tersendiri. Tiap-tiap gambar mesti ada cerita disebalik gambar tu. Sama ada kisah sedih, gembira, kecewa dan sebagainya ia tetap sebuah kisah yang pernah terjadi.

Ok lah, panjang nauuu mukadimahnya, padahal nak cakap nak clear gambar gambar dalam phone je pun..dia punya melalut kemainn haihhh..hahaha
Alkisah kali ni, just nak tepek gambar masa kami berjalan-jalan semalaysia. Asalnya aku dengan suami bercuti ke Shah Alam dan menumpang di rumah kakak ipar iaitu kaka kepada suami aku la..hihi. Dan kebetulan mak mertua pun ikut sekali.
Bila kami dah kat sini, abang ipar aku pulak kebetulan datang KL dan ajak kami pergi jalan-jalan kat Johor.
Kami on je pergi mana-mana pun asalkan ada yang nak bawakkan dan sponser..hihi. Maka nya bermula la trip kami dari Shah Alam ke Johor. Odw ke Johor tu kan lalu Seremban, dan dulu mak mertua aku sekeluarga ni pernah menetap di sini. Lama jugak la duk sini sebab ikut ayah diorang yang masa tu ditempatkan di kem tentera kat sini.

Kalau dah lama tak datang, lepastu lalu setelah sekian lama memang mengimbau kenangan habis lah. Dan mak mertua aku pulak terus terexcited sangat, maka kami pun pergi la melawat tapak rumah lama diorang tu. Sempat jugak singgah rumah jiran-jiran diorang suatu masa dulu. Tapi mak mertua aku cakap dah banyak berubah dari dulu masa diorang tinggal. Biasa la sekarang kan kat mana-mana tempat pun dah membangun, dengan taman-taman perumahan yang tumbuh macam cendawan la, dengan jalan raya yang makin lebar la dan macam macam lagi lah.

Sambil tu mak mertua dan suami asyik duk mengimbau kenangan lama diorang, macam-macam cerita yang keluar. Tapi aku perasan jugak la yang mak mertua aku tu macam sedih sikit, ye la sebab kan ayah mertua aku dah tak ada, mungkin dia teringat balik kenangan susah senang dia semasa bersama dengan arwah dulu.



Lepas dah puas pusing-pusing seremban tengok perubahan pembangunan dan mengimbau kenangan kat sana kami teruskan perjalanan dan singgah di Melaka pulak. Abag ipar aku ni memang kaki jalan, sama la dengan kakak ipar aku tu, tu yang best kalau keluar dengan diorang. Cakap je nak pergi mana, terus on..hihi
Di Melaka ni kami singgah kejap pergi kat dataran yang ada kapal tu. Lepak-lepak kat kedai tepi sungai tu (jap..sungai ke apa eh namanya..paham2 je lah). Selalu lalu Melaka tak pernah singgah pun, kali ni baru berkesempatan singgah dan jelajah bandar Melaka sekejap.






Lepas lepak kat sungai tu, jalan-jalan kat dataran kejap kami naik River Cruise pulak. Lupa pulak berapa harga tiket naik River Cruise tu. Bagi aku, nak cakap best tu takde la. Perasaan masa naik kapal tu biasa-biasa je. Tapi cantik jugak la hiasan kat dinding dinding bangunan di sepanjang laluan kami tu. Kiranya masa korang naik River Cruise ni, korang boleh tengok deretan kedai-kedai yang ala ala mewah gitu aka hipster, sepanjang laluan tu jugak ada hotel-hotel dan yang paling menarik masa lalu dekat deretan rumah-rumah sepanjang sungai tu.

Masa kami naik River Cruise tu hari dah petang nak gelap dah, jadi kami beruntung la dapat tengok lampu-lampu hiasa yang dipasang disepanjang kawasan perumahan tu. Kalau tak silap aku tu macam perkampungan terancang kot, sebab macam sebuah komuniti yang terpelihara.
Maklum la pelancong kan akan lalu ikut laluan tu, mestila kena bagi pandangan yang cantik, bersih dan aman kepada pelancong luar. Sebab tu la rumah diorang nampak cantik semacam je...hihi

Lepas dah selesai naik River Cruise tu kami teruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Restoran Asam Pedas Claypot yang femes kat Melaka tu. Ni kali kedua kami singgah makan kat kedai Asam Pedas ni. Bagi aku rasa dia sangat sedap dan tak rugi duit pun..hihi
Kalau korang nak tahu detail lokasi sila google la ya. Tapi seriua memang sedap dan berbaloi. Service pun boleh tahan la sebab tak perlu tunggu lama sangat pun untuk makanan sampai. Cuma mungkin kena tunggu meja je la kalau korang pergi time puncak atau time ramai orang.
Kat sini ada pelbagai pilihan lauk. Aku pilih asam pedas telur ikan, dan diorang pesan asam pesan ikan pari, kembung dan satu lagi aku lupa la...yang macam lemak lemak sikit, daging ke apa tah yang ni suami aku yang pesen, pun sedap jugak.





Lepas dah selesai makan kat sini, kami teruskan perjalanan kami yang masih jauh lagi tu iaitu Johor Bharu. Tapi kesian di driver sebab yelah dah seharian memandu, last-last tukar pemandu sebab dah penat tambahan perut dah penuh dengan asam pedas.
ok lah tu je nak share...huhu.


LOVE,
Mcdaa