Powered By Blogger

Thursday, 25 August 2016

Cheese Tart

Hai semua....

Hari ni saya nak cerita tentang cheese tart yang saya pertama kali buat. Biasalah, kalau nama nya pun pertama kali selalunya akan ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Bila dah buat sendiri tu, baru la kita tahu apa yang sepatutnya perlu dibuat, apa yang sepatutnya perlu dielakkan, macam mana cara yang sepatutnya dan macam-macam lagi lah.

Tambahan pulak, saya ni jenis yang suka main campak-campak je. Tak ikut sukatan resepi sangat pun. Sebab selalunya cuma nak mencuba je, lepastu nak cepat dan tak nak renyeh-renyeh.. Jadi hasilnya tu pulak, sendiri dah tau la kan...

Hari tu semangat pergi kedai bakery cari bekas acuan tart. Jumpa la bekas acuan yang comel-comel tu. 12 pcs RM6, ok la kot.. Hari tu ambik 24 pcs sebab nak beli banyak-banyak pun bukan nak buat berniaga ke apa, cuma nak mencuba je dulu. Tapi kalau senang, menjadi dan tak leceh mungkin boleh buat jual...hihi. otak ni asyik fikir tentang bisnes aje tapi satu habuk pun tak jalan..




Cheese tart yang ni versi filling chocolate. Tak letak blueberry or strawberry filling sebab bahan tu tak ada kat rumah..hihi. Guna apa yang ada sahaja tu la hasilnya perlu la diterima dengan seadanya..

Ok, meh nak cerita tentang kesalahan-kesalahan yang perlu diperbaiki untuk projek seterusnya.
Pertama, tart shell aka kulit tart tu. Yang saya punya ni agak keras sikit sebab tak ikut sukatan. Sepatutnya shell tu mesti la rangup dan lembap dan tak keras sangat baru la sedap. Ala macam kulit tart nenas tu kan rangup. Adunan pun sepatutnya macam tu la. Masa saya adun doh, memang dah agak hasilnya keras sebab kurang majren dan terlebih gandum. Saya guna majrin sepatutnya nak sedap guna butter.

Filling pulak, kalau boleh letak je banyak sikit. Dalam gambar tu boleh nampak kan filling coklatnya tak berapa nak banyak, kalau nak sedap biar sampai filling tu tutup dasar bawah tart shell tu, baru la terasa filling nya nanti.

Sama jugak masa letak adunan cream cheese. Kena letak biar macam sebumbu gitu aka biar macam nak melimpah tapi jangan sampai melimpah limpah keluar dari shell tu, nanti dah tak cantik dan comot pulak hasilnya. Sebab adunan cheese tu nanti lepas bakar dia macam mengecut sikit.

Tu je kesalahan yang saya nak komen. Lain-lain tak ada masalah sangat. Resepi dan cara kat bawah ya.

Resepi Cheese Tart

untuk shell (kulit tart)
300g tepung gandum
60g gula icing
180g mentega
1 biji kuning telur
garam
*campur semua bahan, gaul hingga jadi doh. Jangan adun terlalu lama sangat.

Bahan inti
Chocolate filling
atau blueberry filling
atau apa-apa boleh beli yang dah siap

Untuk cheese atas
250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
*lembutkan cream cheese, masuk kan semua bahan dan adun sebati.

Mula-mula buat shell tu dulu. Guna acuan tart, cucuk-cucuk sikit kat dasar tu pastu bakar dalam oven pada suhu 160c selama 15 minit. Agak-agak kuning jangan sampai masak semua. Sejukkan shell pastu masukkan filling, dan letak adunan cream cheese menutupi filling. Bakar lagi sekali lebih kurang 10-15 minit pada suhu 160c jugak.

Selamat mencuba ya.

Eh..eh...saya nak open order lah.
Kalau ada yang berminat boleh order dengan saya ya:



LOVE,
Mcdaa

No comments:

Post a Comment