Powered By Blogger

Tuesday, 12 July 2016

Biskut Tart Nenas dan Biskut Dahlia @ Semperit

Assalammualaikum....

Alhamdulillah...bermula dengan suka suka tapi akhirnya telah mendatangkan hasil yang sangat mengembirakan.
Langsung tak disangka dapat buat jualan biskut raya tahun ni. Asal nya buat untuk sendiri-sendiri makan, lepas tu jiran rumah mintak nak beli...dari situ la bermulanya projek tersebut.
Sebab kerana minat jadi tak la terasa penat dan bosan.
Tak sangka tempahan untuk pertama kali ni boleh cecah hampir seratus botol. Alhamdulillah...rezeki di bulan ramadhan.
Tu pun siapkan tempahan sendiri dan harga jualan pun memang murah sangat dari harga pasaran (ikut harga biskut yang freshly bake ya). Mak cakap harga salam pengenalan...
Insha Allah...kalau diberi kesempatan, tahun hadapan kena buat perancangan awal dan kena buat macam betul betul meniaga biskut raya la...
Siap di pack dan ready untuk delivery

Ni la rupa tart dan semperit yang kami buat.

Untuk resepi nya pulak, resepi semperit tu saya google je. Ada banyak dan macam-macam resepi yang boleh digunakan. Nasib agak baik jugak la sebab resepi yang mula-mula cuba tu menjadi, so saya teruskan la dengan resepi tu.

Resepi Semperit Gebu

1 buku butter cup (250 gm butter)
1 cawan gula aising (atau 1/2 cawan gula kastor)
1 cawan tepung gandum (apa-apa jenama pun boleh)
1 1/2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard 
1 kuning telur
sedikit esen vanilla
chocolate chip @ ceri merah untuk hiasan

Cara-caranya:
Kacau sebati kuning telur, butter dan gula supaya semuanya sekata. 
Masukkan esen vanilla. 
Kemudian masukkan tepung. Uli hingga adunan jadi doh dan tak melekat di tangan. 
Kalau doh masih lembik dan melekat kat tangan tu masukkan tepung kastard lagi.
Terap guna acuan semperit, dan siap bentuk cantik-cantik biarkan dulu sebentar dalam 10-15 minit sebelum bakar dalam oven.
Suhu oven 160-170C selama lebih kurang 15-17 minit. Ikut kesesuaian oven la.



Untuk resepi Biskut Tart Nenas

1 buku butter
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
esen vanilla
Jem nenas (bulat-bulatkan macam inti)
putih telur dan pewarna kuning untuk hiasan.

Cara-caranya:

Sama je macam buat semperit. Cuma kalau adunan lembik sangat tambah tepung jagung sikit sikit. Tapi untuk tart gulung adunan tak boleh terlalu keras sangat nanti susah nak tekan keluar dan rupa garisan nya tak cantik. 

Selamat mencuba ya kawan kawan.


No comments:

Post a Comment