Powered By Blogger

Thursday, 3 November 2016

Bubur Asyura; Majlis Sambutan Maal Hijrah di Pejabat


Assalamualaikum...

Tahun ni pejabat telah menganjurkan majlis Sambutan Maal Hijrah 1438. Kalau diikutkan tarikh yang sebetul nya, hari ni dah bukan dibulan awal muharam, kita dah masuk bulan safar dah pun. Majlis maal hijrah kali ni diadakan agak lewat sedikit, maklum la dah hujung-hujung tahun ni banyak aktiviti dan program yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya tahun ni.

Tapi alhamdulillah sebab berpeluang jugak adakan majlis sambutan ni walaupun lewat beberapa hari.
Berikut dikongsikan maklumat sambutan Maal Hijrah 2016 bersamaan dengan 1438 hijrah di Malaysia:
- Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Taman Expo Agropertanian, Serdang
- Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan ; Tun Dr.Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
- Anugerah Khas Maal Hijrah ; Allahyarham Datuk Dr. Harun Din

Tema tahun ini ialah ''Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah''.

Maal Hijrah atau awal muharam ni merupakan sambutan tahun baru bagi umat islam. 
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Manakala untuk sambutan Asyura ni pulak, dah menjadi amalan orang islam untuk melakukan majlis bubur Asyura.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.
 Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
  1. Jenis manis - Lazimnya di utara.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.
Ok, maklumat kat atas tu semua dicedok dari Mr.google ya. Alang-alang post tentang majlis buat bubur asyura ni, tak salah tambah maklumat sikit mengenai sejarah dan peristiwa terciptanya bubur asyura dan sambutan maal hijrah ni.








 Untuk sambutan peringkat pejabat daerah ni pulak, bos buat pertandingan memasak bubur asyura. Kriteria yang digunakan semasa mengadili kumpulan ni aku pun tak pasti sangat. Tapi yang pastinya sedap, bersih dan kreatif. Hari ni ada 10 kumpulan yang akan bertanding. Pertandingan ni bukan serius sangat pun, just for fun je.
And diorang ni memang sangat-sangat menunjukkan minat kesungguhan dan kerjasama yang amat tinggi. Bayangkan seawal pukul 5 pagi dah ada staff yang datang dan mulakan kerja-kerja penyediaan untuk bubur asyura ni. Bubur ni selalunya akan ambil masa yang agak lama untuk betul-betul masak dan boleh dihidangkan, sebab nak tunggu semua tu kering dan sebati memang sangat lama dan perlukan kesabaran yang tinggi. Bukan kesabaran je, ketahanan mental dan fizikal pun perlu tinggi jugak, sebab nak mengacau ni bukannya senang berat tu.


Part paling lawak bila ada group ni diorang punya kawah tiba-tiba terbocor. Memang riuh la staff-staff lain duk gelakkan diorang. Macam mana kawah punya tebal macam tu pun boleh bocor diorang kerjakan. Kuat betul ahli group diorang ni.


Dan aku pulak jadi tukang pemerhati je. Teruk kan budak sorang nih..huhu. Sebabnya aku keliru nak masuk group yang mana satu. Diorang ni kumpulan ikut department masing-masing, and my department pulak ramai men and aku tak kenal sangat dengan other staff. Macam segan pulak tiba-tiba nak masuk menyibuk dalam kumpulan tu padahal tak pernah cakap pun dengan staff-staff group tu. Selalu jumpa department tu pun time meeting pencapaian..hahahh teruk sangat kan hubungan aku dengan staff yang in same department. Next year i tolong okey..

OK tu je yang aku nak share sekitar majlis bubur asyura peringkat pejabat aku ni. Takde la happening sangat pun sebab aku tak involve direct dengan kerja-kerja masak bubur ni.

LOVE,
Mcdaa.

No comments:

Post a Comment