Powered By Blogger

Thursday, 6 October 2016

Anak Ibu dah pandai mengaji Al-Quran

Assalamualaikum...

Sejuk hati ibu bila dengar anak ibu ni dah pandai mengaji. walaupun sebutan nya tak berapa nak betul lagi, tapi alhamdulillah dia berminat dan dah faham sikit2. bila suruh pergi mengaji, terus pergi ambik al-quran dan raha mengaji..
Tapi tu lah, lepas dia dah siap mengaji dengan senang hati dia pergi kacau pulak kakak2 dan abang2 yang datang mengaji sekali. 
Nenek dan moyang ammar mengajar mengaji al-quran untuk budak2 kat kampung ni jadi ramai la jugak budak2 yang datang. datang bawak quran dan minat je, yang lain ditanggung beres...hihihi.

Beruntung jugak la si ammar ni sebab nenek dengan moyang dia yang mengajar. kalau upah mengaji dengan guru mengaji, budak umur 2 tahun macam ammar ni belum tentu lagi ada guru mengaji yang nak terima. ya lah, budak cakap pun tak pandai lagi, dia cuma tahu bermain je. lepastu ke hulu ke hilir sakat orang.
Kadang naik atas riba nenek la, main cucuk2 pelunjuk la, macam2 lah ragam si ammar ni..



Sekarang umur ammar baru 2 tahun 2 bulan. tapi boleh dikatakan semua benda dia dah tahu, dah faham dan dah boleh sebut dengan jelas. Kadang tu dia pandai2 nak buat kerja sendiri, macam la dia tu dah besar panjang...hihi

Harapnya anak ibu ni akan terus rajin selalu macam ni ya sayang. oh ya...ammar tak pernah pun makan apa2 supplement atau vitamin atau jus cergas otak semua tu. sebab ibu macam tak yakin nak bagi kat dia. biarlah dia membesar macam budak2 kampung dulu. yang tak banyak teknologi dan tak banyak sangat penjagaan. biarlah dia lasak dan bermain dengan sepuas hati. awak comot ke, luka ke, sakit ke ibu tak marah...buat lah asalkan tak membahayakan awak. ibu tak nak control awak dari semua hal, (kecuali hal2 berkaitan teknologi dan makanan segera) biarlah lasak macam budak kampung sejati...

Edamame; Young soybeans, kacang berkhasiat dan sedap


Hai..

Sape suka makan makanan Jepun? Korea? sape pernah makan kat sushi king? sapa yang tau nama kacang Edamame ni mesti la spesis yang suka makanan jepun atau korea kan.


Aku pulak takde la fanatik sangat dengan makanan korea atau jepun ni, sebab aku ni jenis yang suka makan segala macam makanan. asal halal dan boleh dimakan, semua pun rembat. sampaikan dulu masa zaman blaja, kami bila sampai time makan mesti ramai2 duk tanya nak makan kat mana, kedai mana sedap, makanan apa sedap blaa blaa tapi semua geng aku tu tak layan sangat soalan tu kat aku sebab diorang tahu bab komen makanan ni memang aku fail!!
Sebab kalau aku cakap sedap, semua macam...ko apa je yang tak sedap...hahhhahah. teruk kan citarasa orang macam aku nih. 


Banyak pulak merapu, sebenarnya nak bagitahu kegemaran terbaru aku sekarang nih. haaa...kacang edamame ni la. edamame ni kacang soya muda, yang masih dalam kulit dia lagi. Selalu rang korea atau jepun suka hidang kacang ni sebagai snack diorang. Serius sedap kot, dah la susah nak dapat kacang ni. Kacang ni berbeza dengan kacang buncis atau apa2 kacang yang hijau panjang macam ni yang ada jual kt supermarket jusco atau giant tu, lain sangat. rasa tak sama dengan edamame ni. pernah tanya kawan yang kerja dengan sushi king, diorang cakap kacang ni memang tak ada jual kat pasaran kalau ada pun susah nak jumpa. diorang mungkin beli direct dri supplier import kot.


Kacang edamame...my favorite!



Kacang ni rasa lemak2 manis gitu, lepastu kulit dia selalunya akan ada rasa masin2 garam sedapp okey. tu je yang aku boleh cakap tentang edamame ni..

The United States Department of Agriculture states that edamame beans are, "a soybean that can be eaten fresh and are best known as a snack with a nutritional punch".
Edamame and other preparations of soybeans are rich in protein, dietary fiber, and micronutrients, particularly folate, manganese, phosphorus and vitamin K (table).
The balance of fatty acids in 100 grams of edamame is 361 mg of omega-3 fatty acids to 1794 mg of omega-6 fatty acids.
As a significant source of plant protein, edamame beans are under research to establish whether a relationship exists for soy consumption with reduction of disease risk.

Petikan kat atas tu aku cedok dari wikipedia, tentang nutrien yang terdapat dalam edamame ni. Biasa la, kekacang kan memang banyak khasiat dan kebaikannya. tambah pulak kekacang yang dimasak stim atau kukus, takde kehadiran lemak dari minyak gorengan. bagus la tu....

Acah2 terror pegang stick tu..


Ni zaman kerja dengan Mas Awana sepang.


Gambar empunya blog tiada kaitan dengan kebaikan edamame ya kawan2. bukan bermaksud makan edamame boleh jadikan korang glow2 floless ke apa..sebab aku makan kesan tu tak muncul pun....hihi


Sekian.


LOVE,
Mcdaa.

Wednesday, 5 October 2016

Proses submit pelan rumah ke Majlis Daerah

Hai...

Sambungan untuk proses kerja-kerja pembinaan rumah. Eh belum bina rumah lagi, baru nak submit pelan rumah je ni. semalam kontraktor dah finalize pelan rumah ikut macam design yang kami mintak. ubah ruang bilik dan besarkan ruang dapur, dan buang tingkap dinding sisi rumah sebab aku tak berkenan.

Pelukis pelan tu dah siap kan pelan dan bagi wasap gambar kepada en.suami, kami dah berpuas hati dengan pelan tu jadi dia kan proceed submit pelan ke pihak majlis untuk kelulusan.
Dia jugak pesan mintak kami stanby duit dalam RM3K untuk proses kelulusan pelan dan kerja2 sampingan. Dia cakap nanti duit ni akan dapat balik lepas loan approved.
Kira macam kami bayar dulu, nanti dalam loan untuk buat rumah dia selaku kontraktor yang kami upah akan potong la jumlah tu..

En.suami jugak ada tanya tentang harga upah kalau dengan dia berapa sekaki dia akan cas. Lepas bincang2 dan nego dia setuju dengan harga RM110 sekaki. Alhamdulillah...kira murah la sikit, sebab harga pasaran sekarang kebanyakan nya dalam rm120 - rm140 sekaki.

Next week dia mintak kami ke pejabat untuk bincang perincian detail tentang design rumah yang kami nak. Mungkin nak bincang tentang spec rumah atau nak buat quotation untuk kemasan kot..

Tuesday, 4 October 2016

Kebaikan dan Khasiat GREEN TEA

Hai...


Mungkin ramai yang tahu kewujudan green tea ni atau teh hijau. Banyak kebaikan dari pengambilan teh hijau ni. Rasa dia agak pahit sikit kalau nak banding dengan teh biasa tu. Warna pun lain dari teh biasa. Aku mula kenal dengan green tea pun sebab tengok kawan satu office suka sangat minum green tea Lipton tu.


Masa mula-mula try tu memang la ada rasa lain sikit dari teh biasa kita minum tu. Tapi bila lama2 minum rasa sedap pulak. Ditambah pulak dengan khasiat dan kebaikan dari teh hijau tu lagi la menambahkan rasa sedap teh tu..ya lah, makanan kalau kita tahu khasiat dia tinggi dan bermacam2 sedaya upaya jugak akan makan atau minum, dan kemudian kesedapan tu akan muncul kemudian...ha lebih kurang macam tu lah maksud dia...



Ini adalah antara kebaikan Green Tea
  1. Membakar kalori dengan cepat
  2. Merendahkan kadar kolestrol yang bagus untuk penyakit jantung
  3. Mencantikkan dan menjaga kulit
  4. Dapat menghidarkan kita dari penyakit kanser kerana antioxidant nya
  5.  Elok untuk penyakit diabetes kerana ia membantu mengawal gula dalam darah

Banyak artikel mengenai kebaikan green tea ni. Untuk yang nak diet pun sesuai jugak amalkan pengambilan green tea. Tapi ingat, minum green tea tanpa gula ya kawan2. Bukan green tea yang dah ditambah dengan krimer, gula atau susu yang macam tengah hot kat pasaran sekarang ni.


Green tea ni kaya dengan antiokdisa, tinggi komponen bioaktif yang membantu menambahkan nutrien dalam badan. Green tea jugak mengandungi kafein sama macam kopi, tapi jumlah kandungannya lebih rendah. Jadi pengambilan green tea sehari tak boleh lebih dari 3 gelas sebab takut nanti akan ada kesan dari kafein yang tinggi dalam badan.


Komponen dalam green tea jugak dapat bantu dari segi proses penurunan berat badan. Sebab tu kebanyakan produk pelangsing mengandungi bahan green tea dalam ramuannya.
Dan banyak lagi kebaikan serta khasiat yang boleh kita dapat dari pengambilan minuman green tea ni.


Tapi apa yang aku nak share kat sini ialah tentang green tea dari Thailand yang hot kat pasaran tu. Memang kandungan produk tu ada ramuan green tea, tapi disamping tu jugak ada bahan tambahan lain. Seperti pewarna dan perasa. Kalau yang pernah try serbuk dalam paket tu, just tambah air dan kacau, tak pun tambah susu untuk bagi lebih berkrim tu, yang tu bukan menambah khasiat yang tu tambah penyakit ada lah..



Green Tea dari Thai yang hot kat pasaran sekarang.

Sebaiknya green tea asli

Yang senag nak cari brand lipton la. serta diyakini...


Lambakan produk minuman segera kat pasaran jugak boleh mengelirukan kita. Sebab kandungan serbuk minuman segera tu ada yang mengandungi pewarna tiruan, perasa tambahan dan bermacam bahan pengawet. Yang tu elok la dikawal pengambilan nya.

Bukan tu je, teh tiruan pun berlambak dipasaran sekarang ni. Ada pengusaha yang nak kaut untung berlipat ganda semata-mata, jadi diorang dengan cerdik pandainya mencipta makanan yang melampau-lampau. Contohnya kalau manis tu terlampau manis, kalau warna tu terlampau terang, kalau rasa tu terlampau kaw-kaw. Sebab makanan yang terlampau-lampau di bukan la makanan yang asli. Makanan yang asli selalu nya kurang rasa, kurang warna dan biasa2 sahaja.
Tepuk dada tanya selera, pilihla makanan yang betul2 selamat.

Oh ya...untuk nak tahu keaslian teh uncang atau serbuk teh yang kita beli tu kita boleh try test sendiri. Selalunya serbuk teh timbang yang buat teh tarik tu.

Ambik 2 gelas air kosong suam, satu gelas masukkan 2 atau 3 sudu serbuk teh yang disyaki dan satu gelas lagi masukkan teh lipton. Lepastu perhatikan warna yang keluar dari serbuk teh tu. Kalau warna nya turun laju je tu maksudnya ada pewarna tiruan, kalau gelas tu warna nya turun perlahan dan seragam tu maksudnya warna teh asli.

Sekian.............


LOVE,
Mcdaa

Monday, 3 October 2016

Pelan Lantai Rumah

Assalamualaikum...
hai...
Baru dapat wasap dari en.suami. Kontraktor aka arkitek lukis plan rumah dah hampir siap design rekabentuk pelan rumah seperti yang kami mintak. Sebenarnya pelan rumah arkitek ni dah ada, macam-macam design, tapi hari tu aku ada mintak perubahan sikit dekat pelan lantai dapur. Pelan asal ada 4 bilik, tapi sebab kami rancang nak buat rumah biasa-biasa je dulu jadi cukup la bilik 3 je. Inshaallah kalau ada rezeki masa akan datang baru kami tambah lahi..hihi. lagipun sekarang anak sorang je. si adiknya tak tahu bila baru akan muncul..
Oleh kerana luas rumah kami cuma 1200+ kps sajaha, makanya bilik perlu dikurangkan untuk bagi ruang kepada bahagian lain dalam rumah.




Ni pelan pandangan hadapan dan pandangan sisi ikut pada design yang kami mintak hari tu. Design biasa je sekadar cukup untuk bajet RM200K. Kami belum mampu lagi nak buat rumah banglo besar-besar. Dapat yang saiz ni pun dah syukur sangat2 dah...ehhh ehhh..macam la dah siap bina. baru je siap lukis pelan kak oiii...
Next, bila siap pelan sepenuhnya, kontraktor aka arkitek tu akan submit ke pihak majlis untuk kelulusan pulak. Sila bertabah lagi sebab proses menunggu masih panjang yaaa....
Ni kontraktor Muqis Resources yang buatkan pelan rumah. Proses pembinaan pun kami mungkin akan ambik dengan Muqis ni jugak.
Untuk lukin pelan lantai ni, harga yang dia ambik RM0.90 sekaki persegi. 
Kalau luas rumah 1200 kps  x RM0.90 Total RM1080 harga untuk sebuah pelan rumah.
Ada kontraktor yang ambik upah lukis pelan RM1.20 sekaki, ada yang RM1.0 bergantung pada diorang la nak letak harga berapa, tapi kebanyakannya memang seringgit dan keatas la. 
Tapi bab ni boleh jimat kalau kita upah kontraktor sekali dengan lukis pelan dan bina rumah. Kadang diorang bagi free jee...
Yang kami punya ni tak pasti lagi free atau kena bayar...tungguuuu...hihihihi



LOVE,
Mcdaa.