Powered By Blogger

Sunday, 9 October 2016

Dragon fruit juice berharga RM104

Hai...

Dugaan datang tanpa disedari. aku hanya insan yang lemah....cewah bermadah sedih jap. 
Tak tahu nak gelak ke nak ketawa terbahak ke
atau nak nangis je..

Alkisahnya aku teringin sangat la nak try beli minuman kat gerai tepi jalan yang baru bukak ni. 
Dah dekat sebulan aku duk lalu hari2 pengunjung kedai tu tak pernah putus. 
teringin jugak tekak ni nak merasa air minuman kat situ.
kebetulan pulak masa aku lalu tadi tak ada orang sangat pun cuma sorang dua. aku pun singgah la.

Dah siap beli air, masuk kereta balik terus drive balik office. Pastu teringat pulak selapas selekoh kat depan tu ada kedai jual pakaian cantik2 murah2 pulak tu, alang2 lalu nak singgah la kejap. sebab kat situ banyak baju blouse yang trendy. aku dah lama teringin nak beli baju dolly blouse, tapi belum berkesempatan. entah kenapa semua jadi nak beli hari ni. dah selekoh kedai depan tu je, aku pun malas la nak pakai seal belt. walaupun si putih myvi ni duk memekik2 tett...tett suh masukkan tali aku buat pekak je sebab kat depan tu je haaa..

Lepas je selekoh.....hambikkk kauuuuu! abang polis dah stanby. Gurlppp telan air liur aku masa tu sebab tak sempat nak tarik tali seat belt tu..gila ah gabra dia tak tahu nak cakap macam mana.
Aku redha je la, nak buat macam mana kan dah nasib aku nak kena dengan abang polis tu.

Aku sengih2 macam kerang busuk, tapi abang polis selamba je suruh g parking kat tepi..hmmmm dah tau dah...nak bagi resit berbayar la tu..

Dia tanya aku tahu kan kesalahan, aku cakap ya encik saya tahu salah saya. Padahal saya baru je berhenti beli air ni encik, tak sempat nak pakai tali sebab nak berhenti kat depan ni pulak haaa...sambil tunjuk kedai kain kat depan tu...hurmmm ada abang polis tu kesahhhh..takde nya...sambut la resit rasmi dari abang polis tu ya...huhuhu

Mungkin hari ni angin dia baik kot, jadi dia tanya aku tahu tak kesalahan tak pakai tali seat belt ni boleh kena denda berapa....RM150 kau...tapi sebab dia kesian dia cakap bagi atas kesalahan yang paling murah la. Jadi dia saman atas kesalahan gagal menunjukkan lesen memandu.
Denda nya bawah RM100 katanya..apa boleh buat, walaupun bawah seratus tu masih mahal gila nak mampos bagi aku yang tak berapa nak berduit sekarang ni...redha je la...

Dah la next week nak pergi berseronok2 ke Pulau Pinang...tiba2 down kejap..hmmmm



Aku cakap air minuman dragon fruit ni berharga RM104, yang sebenarnya harga air ni RM4 je. yang lagi 100 tu cas saman laaa....hahhhahahah



LOVE,
Mcdaa.

Dolly Blouse Murah


Sis jual baju Dolly Blouse Murah2
Kalau berminat boleh wasaap sis ya
013-4865676
Harga terbaik dengan design yang cantik2




Kek Coklat Berhantu



Hai.....

Just nak share kek berhantu...hihi. Bunyi macam scary je kan...
Nama je lebih sekarang ni.
Dah macam tren plak sekarang ni orang letak nama makanan tah pape je.
Nama mesti gempak baru orang perasan dan viral dengan senang je..

Yang ni kes sama la. Duk scroll fb tapi asyik duk nampak orang tu duk promote kek coklat hantu dia.
Teringin jugak nak try apa yang berhantu sangat tu...

Tapi memang berhantu pun...hihi. Sebab sedap sangat...kek coklat nya lembap ganache pun mewah sebab banyak gila, lepastu kat dalam kek tu ada 1 layer lagi iaitu cheese kek. Marvelous sangatttt...






 pack ni rm10.. Berbaloi sangat la sebab sedap dan banyak. Worth your money....




LOVE,
Mcdaa

Nasi Briyani segera guna perencah Nasi Briyani Maggi

Hai...

Semalam diri ini terasa nak makan nasi briyani. tapi dengan kemalasan yang ada ni gagah kan jugak buat nasi briyani ni dengan jayanya. kebetulan kat dapur ada serbuk perencah Nasi Briyani Maggi yang dah lama beli tapi tak terbuat-buat maka semalam jadi la nasi briyani.

Nenek aku pulak jenis yang tak suka makan nasi yang ada banyak rasa rempah ratus ni, kalau boleh dia nak nasi tu sebetulnya nasi kosong gitu je. kalau nak tumis rempah bagai tu, memang dia langsung tak berminat..orang zaman dulu2 la katakan. sama jugak kalau dia punyi versi nasi kerabu, nasi kerabu dia cuma warna biru dari bunga je semata, kadang nak harum dia letak daun pandan. setengah tu diorang suka letak daun limau purut, yang ni pun nenek aku tak suka jugak. 

Mungkin zaman dia muda2 dulu penggunaan daun limau purut ni tak meluas kat kelantan ni kot. daun limau purut kan macam pengaruh dari Thai je bagi dia..huhu. apa-apa la nek.

Makanya, ditambah aku malas nak merenyehkan diri kat dapur dengan pelbagai penyediaan rempah ratus yang sememangnya akan ambik masa yang lama jadi perencah brand maggi ni jalan penyelesaiaannya. senang sangat kot, semudah A B C 1 2 3 je...
Ikut arahan kat plastik pembungkus tu, cuma tumiskan ayam dengan perencah nasi briyani. lepastu masukkan beras yang dah dibersihkan, masak nasi...siap. Dalam tak sampai 30 minit dah siap nasi. 

Sambil tunggu nasi siap tu, boleh la sediakan sambal udang dan acar. lupa nak snap gambar acar timun dan carrot. sebab simple je kan, dalam masa 30 minit dah boleh makan nasi briyani segera.
Tapi kalau penyediaanya dihujung minggu, boleh la buat yang rumit nya. tambah kari daging ke, kari ayam ke, tak pun ayam masak pedas pun sedap jugak makan dengan nasi briyani


Nasi briyani segera guna perencah maggi

  Ni la rupanya.


Senang kan, semudah A B C je kalau tiba2 teringin nak makan nasi briyani dikala lewat malam. Tak sempat nak sediakan bawang, rempah2 semua tu. guna perencah segera campak dah siap. untuk makan tekak sendiri boleh la, jamu keluarga pun boleh diterima. tapi kalau untuk buat jamu tetamu tu sebolehnya buat la ikut resepi yang asli. baru la berbaloi kalau tetamu berpuas hati. ni sekadar nak lepaskan keinginan tekak boleh la layan...hihi.


LOVE,
Mcdaa


Pau Cendawan; pertama kali rasa dan buat


Hai...

Semalam terajin membuat pau cendawan. tapi cendawan yang ni kejadiaanya tak seberapa. maklum la pertama kali try, lepastu pulak aku sendiri pun belum pernah lagi rasa pau cendawan original yang jual kat putrajaya tu..hihihi...main belasah je.
Sebab asyik duk tengok resepi pau cendawan ni muncul dekat news feed fb jadi aku pun try la buat sendiri. tengok resepi dan cara macam senang je.
Tapi yang ni aku buat inti ikut suka hati je, tak ikut sangat resepi asal. pau cendawan ni kelainan nya ialah inti pau dan kulit yang diselaputi coklat tu je.
Biasala orang sekarang kan lebih suka kepada makanan yang berhias-hias lepas tu ala-ala hipster gitu, ada kelainan dari kebiasaan.


Rupa pau cendawan aku untuk pertama kali buat

Meh nak share resepi pau cendawan yang aku buat semalam. rasanya boleh tahan la, manis masin cukup rasa..

Resepi pau.

2 cawan tepung pau,
1 1/2 cawan air
1 sudu yis
1 sudu shortening
2 sudu gula

Masukkan semua bahan dalam mangkuk, dan uli hingga jadi doh. Air masukkan sikit2 je, takut nanti tak jadi doh. Rehatkan selama 10 minit.

Resepi inti.

1 tin cendawan
4 batang sosej
sedikit daging cincang
1 ketul kiub pati ayam
tepung gandum 1 sudu
bawang besar potong dadu
bawang putih potong halus

Tumis bawang dalam kuali dengan sedikit minyak, masukkan cendawan, sosej dan daging (atau apa2 inti pun boleh asalkan seangkatan dengan cendawan tu). Masak hingga semua dah masak sempurna, lepastu bancuh tepung gandum dengan sedikit air kemudian tuang dalam kuali yang ada inti tadi tu, supaya inti tadi kelihatan pekat, likat dan macam bersos sikit. (kalau nak senang dan sedap masukkan je 2 keping cheddar cheese gantikan tepung gandum ni).

Kulit pau.
2 sudu serbuk koko
2 sudu tepung beras
Bancuh dengan sedikit air, supaya jadi macam rupa coklat ganache.

Ambik doh pau, leperkan lepastu masukkan inti tadi. Bulatkan pau dan sapu permukaan dengan tepung coklat ala-ala ganache tu. Biarkan pau lebih kurang 40 - 45 minit, supaya pau tu mengembang dan coklat di permukaan tadi akan kelihatan seakan merekah. bila coklat kat permukaan tu merekah, dia akan kelihatan macam permukaan cendawan.
Lpeastu kukus pau lebih kurang 20 - 25 min, masa kukus pau ni pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain. sebab takut nanti air kukusan tu menitik kat atas permukaan kulit pau tu.




Adunan coklat dan tepung beras ni untuk permukaan kulit pau


Inti yang dah siap

Rehatkan doh selama 40 - 45 min


Rekahan pada permukaan pau. aku dah malas nak tunggu pau ni mengembang lagi jadi ala2 cendawan macam ni pun ok lah


Rupa pau yang dah masak. dan inti pau yang sangat sedap...puji diri sendiri..hihi







Sous chef ibu yang setia...


Untuk percubaan kali pertama ok la kejadiaanya tu. nak bangga sangat pun takde la, tapi ada la sikit2 rupa macam cendawan. rasa yang ni dengan yang original tu pulak, aku tak leh nak komen sebab aku sendiri pun belum try lagi...hahhahaha...

Baiklah, sekian dulu untuk kali ni.



LOVE,
Mcdaa