Powered By Blogger

Tuesday, 4 October 2016

Kebaikan dan Khasiat GREEN TEA

Hai...


Mungkin ramai yang tahu kewujudan green tea ni atau teh hijau. Banyak kebaikan dari pengambilan teh hijau ni. Rasa dia agak pahit sikit kalau nak banding dengan teh biasa tu. Warna pun lain dari teh biasa. Aku mula kenal dengan green tea pun sebab tengok kawan satu office suka sangat minum green tea Lipton tu.


Masa mula-mula try tu memang la ada rasa lain sikit dari teh biasa kita minum tu. Tapi bila lama2 minum rasa sedap pulak. Ditambah pulak dengan khasiat dan kebaikan dari teh hijau tu lagi la menambahkan rasa sedap teh tu..ya lah, makanan kalau kita tahu khasiat dia tinggi dan bermacam2 sedaya upaya jugak akan makan atau minum, dan kemudian kesedapan tu akan muncul kemudian...ha lebih kurang macam tu lah maksud dia...



Ini adalah antara kebaikan Green Tea
  1. Membakar kalori dengan cepat
  2. Merendahkan kadar kolestrol yang bagus untuk penyakit jantung
  3. Mencantikkan dan menjaga kulit
  4. Dapat menghidarkan kita dari penyakit kanser kerana antioxidant nya
  5.  Elok untuk penyakit diabetes kerana ia membantu mengawal gula dalam darah

Banyak artikel mengenai kebaikan green tea ni. Untuk yang nak diet pun sesuai jugak amalkan pengambilan green tea. Tapi ingat, minum green tea tanpa gula ya kawan2. Bukan green tea yang dah ditambah dengan krimer, gula atau susu yang macam tengah hot kat pasaran sekarang ni.


Green tea ni kaya dengan antiokdisa, tinggi komponen bioaktif yang membantu menambahkan nutrien dalam badan. Green tea jugak mengandungi kafein sama macam kopi, tapi jumlah kandungannya lebih rendah. Jadi pengambilan green tea sehari tak boleh lebih dari 3 gelas sebab takut nanti akan ada kesan dari kafein yang tinggi dalam badan.


Komponen dalam green tea jugak dapat bantu dari segi proses penurunan berat badan. Sebab tu kebanyakan produk pelangsing mengandungi bahan green tea dalam ramuannya.
Dan banyak lagi kebaikan serta khasiat yang boleh kita dapat dari pengambilan minuman green tea ni.


Tapi apa yang aku nak share kat sini ialah tentang green tea dari Thailand yang hot kat pasaran tu. Memang kandungan produk tu ada ramuan green tea, tapi disamping tu jugak ada bahan tambahan lain. Seperti pewarna dan perasa. Kalau yang pernah try serbuk dalam paket tu, just tambah air dan kacau, tak pun tambah susu untuk bagi lebih berkrim tu, yang tu bukan menambah khasiat yang tu tambah penyakit ada lah..



Green Tea dari Thai yang hot kat pasaran sekarang.

Sebaiknya green tea asli

Yang senag nak cari brand lipton la. serta diyakini...


Lambakan produk minuman segera kat pasaran jugak boleh mengelirukan kita. Sebab kandungan serbuk minuman segera tu ada yang mengandungi pewarna tiruan, perasa tambahan dan bermacam bahan pengawet. Yang tu elok la dikawal pengambilan nya.

Bukan tu je, teh tiruan pun berlambak dipasaran sekarang ni. Ada pengusaha yang nak kaut untung berlipat ganda semata-mata, jadi diorang dengan cerdik pandainya mencipta makanan yang melampau-lampau. Contohnya kalau manis tu terlampau manis, kalau warna tu terlampau terang, kalau rasa tu terlampau kaw-kaw. Sebab makanan yang terlampau-lampau di bukan la makanan yang asli. Makanan yang asli selalu nya kurang rasa, kurang warna dan biasa2 sahaja.
Tepuk dada tanya selera, pilihla makanan yang betul2 selamat.

Oh ya...untuk nak tahu keaslian teh uncang atau serbuk teh yang kita beli tu kita boleh try test sendiri. Selalunya serbuk teh timbang yang buat teh tarik tu.

Ambik 2 gelas air kosong suam, satu gelas masukkan 2 atau 3 sudu serbuk teh yang disyaki dan satu gelas lagi masukkan teh lipton. Lepastu perhatikan warna yang keluar dari serbuk teh tu. Kalau warna nya turun laju je tu maksudnya ada pewarna tiruan, kalau gelas tu warna nya turun perlahan dan seragam tu maksudnya warna teh asli.

Sekian.............


LOVE,
Mcdaa

Monday, 3 October 2016

Pelan Lantai Rumah

Assalamualaikum...
hai...
Baru dapat wasap dari en.suami. Kontraktor aka arkitek lukis plan rumah dah hampir siap design rekabentuk pelan rumah seperti yang kami mintak. Sebenarnya pelan rumah arkitek ni dah ada, macam-macam design, tapi hari tu aku ada mintak perubahan sikit dekat pelan lantai dapur. Pelan asal ada 4 bilik, tapi sebab kami rancang nak buat rumah biasa-biasa je dulu jadi cukup la bilik 3 je. Inshaallah kalau ada rezeki masa akan datang baru kami tambah lahi..hihi. lagipun sekarang anak sorang je. si adiknya tak tahu bila baru akan muncul..
Oleh kerana luas rumah kami cuma 1200+ kps sajaha, makanya bilik perlu dikurangkan untuk bagi ruang kepada bahagian lain dalam rumah.




Ni pelan pandangan hadapan dan pandangan sisi ikut pada design yang kami mintak hari tu. Design biasa je sekadar cukup untuk bajet RM200K. Kami belum mampu lagi nak buat rumah banglo besar-besar. Dapat yang saiz ni pun dah syukur sangat2 dah...ehhh ehhh..macam la dah siap bina. baru je siap lukis pelan kak oiii...
Next, bila siap pelan sepenuhnya, kontraktor aka arkitek tu akan submit ke pihak majlis untuk kelulusan pulak. Sila bertabah lagi sebab proses menunggu masih panjang yaaa....
Ni kontraktor Muqis Resources yang buatkan pelan rumah. Proses pembinaan pun kami mungkin akan ambik dengan Muqis ni jugak.
Untuk lukin pelan lantai ni, harga yang dia ambik RM0.90 sekaki persegi. 
Kalau luas rumah 1200 kps  x RM0.90 Total RM1080 harga untuk sebuah pelan rumah.
Ada kontraktor yang ambik upah lukis pelan RM1.20 sekaki, ada yang RM1.0 bergantung pada diorang la nak letak harga berapa, tapi kebanyakannya memang seringgit dan keatas la. 
Tapi bab ni boleh jimat kalau kita upah kontraktor sekali dengan lukis pelan dan bina rumah. Kadang diorang bagi free jee...
Yang kami punya ni tak pasti lagi free atau kena bayar...tungguuuu...hihihihi



LOVE,
Mcdaa.

BALIK KAMPUNG


PAJEON aka Korean Pancake

Hai....

Semenjak dua tiga hari ni, aku tak paham kenapa la tiba-tiba nak makan makanan jepun la korea la..padahal aku sendiri pun belum pernah sampai sana lagi. Peminat k-pop pun bukan, sorang pun aku tak kenal artis dari sana..kecuali Rain, yang aku kenal dalam cerita Full House tu. Lepastu geng2 running man. seronok layan running man sebab cerita dia lawak boleh buat aku tergelak golek guling-guling...hahhhahaa

Sebelum ni aku duk tergilakan Takoyaki, tapi sebab tak ada periuk takoyaki yang bulat-bulat jadi dapat alternatif buat okonomiyaki atau pancake korea. Rasa dia lebih kurang macam Takoyaki jugak la sikit-sikit tu. Lepas dah makan makanan Korea terasa nak makan makanan jepun pulak dahhh..vongek betul lah citarasa aku time nih. 
Lepastu terjumpa la nama makanan ni Pajeon aka pancake jepun. Macam lempeng la kalau kat malaysia ni.
Kalau okonomiyaki tu guna cabbage atau kubis yang ni pulak guna green onion, daun bawang sebagai ramuan utamanya.


Pajeon dengan sosnya...buatan sendiri..hihi


Nak buat pajeon ni senang sangat kot. main campak-campak je bahan nya lepastu masak atas kuali leper macam masak lempeng tu. Sos dia pulak guna sos tomato, soy sauce, dengan sos worcester.
Time2 malas dan terasa nak kelainan sikit dari lempeng yang biasa duk buat tu, tak salah cuba buat pajeon ni. sebab rasanya sedap, dan bahan nya menyihatkan sebab pakai banyak daun bawang.



LOVE,
Mcdaa.

ETAK; kerang kecik

Assalamualaikum..

Hai.. 
Etak atau di kelantan dipanggil sebagai etok. Ni makanan feberet aku. En.suami pun makan jugak benda ni, walaupun dia ada alahan dengan seafood tapi yang ni dia kebal, sebab lepas makan yang ni belum pernah ada kesan sampingan pun lagi.
Kat kelantan etak ni memang banyak ada di jual kat tepi-tepi jalan. Etak ni, lebih kurang macam kerang yang bersaiz kecik. Rasa dia...lain sikit dari kerang tu, entah la tau tau nak jelaskan rasanya macam mana, cuba sendiri baru la sendiri tahu macam mana rasanya.
Etak ni yang dah disalai. Diorang tak masak pun. Ada yang salai, atau jemur kat bawah matahari je dan ada jugak yang salai dengan asap api. Tapi sebelum disalai tu, etak ni mesti dibersih kan dahulu lepastu digaulkan dengan rempah ratus. Rempah ratus yang digunakan ni la yang menambahkan kesedapan etak tu. Ada yang buat manis, ada yang pedas sangat, masin dan macam-macam lah. Ikut pada resepi peniaga tu. Tapi bahan asasnya macam serai, bawang, garam gula dan cili.


Etak yang dah disalai masih tertutup.


Isi etak salai...



Pemakanan etak ni sebenarnya kena berhati hati dan berwaspada. sebab takut nanti terkena cirit-birit atau sakit perut. Al-maklum la, etak ni ada isu kebersihan sikit. Dari penyediaan hingga la ke jualannya. Bukan niat nak burukkan reputasi etak ke apa ni ya..tapi ni yang realiti sebenarnya. Sebab etak kan disalai, bukan dimasak jadi kemungkinan kuman tu banyak. Tambah pulak cara penyediaan kalau tak bersih cukup-cukup kuman mungkin boleh merebak dan membiak. Dan yang paling ketara ketika jualan la, terdedah kat tepi jalan. Lepastu kebanyakan penjual etak ni suka balut etak dengan surat khabar, aku pun tak tau kenapa tak nak masukkan dalam plastik atau guna kertas bungkus nasi tu...bagi aku kalau guna plastik atau kertas bungkus nasi tu tak kan jejaskan rasa etak kat dalam tu..
Entah la..mungkin sebab tiada kesedaran dikalangan penjual lagi kot. Dan penguna macam aku ni, teringin sangat nak makan main beli je walaupun dibungkus dengan surat khabar...huhu

Tapi secara keseluruhannaya, kalau korang jumpa kedai yang memang pandai salai etak ni, berbungkus-bungkus boleh habis tau..sedappp!

Sekian.......



LOVE,
Mcdaa