Powered By Blogger

Tuesday, 30 August 2016

Demong Beach Resort Terengganu

Hai semua..

Perkongsian kisah percutian kami di Demong Beach Resort, Kuala Terengganu. Tak ada la bercuti sangat pun, cuma datang menginap semalaman lepastu balik. Dari rumah ke Demong ni tak la jauh sangat. Aku pilih untuk bermalam kat Demong pun sebab ada kolam.
Ni kali kedua aku pergi Demong, yang first datang sini masa kursus anjuran Jabatan aku. Tempat dia ok la boleh tahan, selesa sebab ada kolam dan dekat dengan pantai. Tapi satu je la, bilik yang kami duduk bermalam tu tingkat dua. Adoiii...jenuh jugak la nak panjat tangga dia yang boleh tahan tinggi tu. Dah la hari tu bawak nenek aku sekali, kesian dia kena panjat tangga tingi-tinggi...huhuhu.

Sebab yang ni tak plan dari awal-awal, main terjah je datang tanya bilik kosong ada ke tak. Pastu terus check in...sempoi.. Budak-budak la yang seronok nya. Petang tu duk main kolam, jenuh panggil naik tak nak. Seronok sangat mandi kolam, budak-budak pun ramai. Kolam di buka untuk penggunjung luar yang tak menginap disini. Kebetulan pulak masa datang ni ada macam hari keluarga entah dari agensi mana tah. Pulak tu ada dua kumpulan yang berbeza, memang penuh la bilik ka sini hari tu. Bilik dia pulak tersusun macam bilik kat dorm..hihihi..Aku bagi 3.5/5 lah sebab bilik selesa, kemas, bersih dan ada breakfast sekali pakej...huhu.







Lepas dah puas main kolam, bawak budak-budak ni pergi kat kawasan belakang resort main pantai pulak. Tapi pantai kat sini macam tak berapa nak mesra pengunjung sikit...hahaha sebab pantai dia macam tak landai, dalam dan air laut pun agak kuat. Cuma main-main kat persisir pantai je yang mampu. Trip yang ni en.suami tak ikut sebab dia tak cuti, kami-kami yang perempuan aje yang pergi, tolak si kecik Ammar sorang yang laki-laki...hihi

Sekian dulu untuk kali ni. Next trip.....


LOVE,
Mcdaa.

Pulau Perhentian Kecil

Hai semua..

Ni nak throwback balik tentang percutian 3 bulan yang lalu. Waaahhhh...dah macam berzaman rasanya, tapi baru nak post tentang percutian kami ke Pulau Perhentian Kecil. Ya lah, blog kan baru muncul semula sebab tu la baru ada kesempatan nak post kat sini.

Ok, trip ni kami pergi dalam kumpulan. En.suami yang plan dengan kawan-kawan dia, bila dia ajak terus aku setuju. Aku tak kisah pergi ke mana sekali pun, asalkan bersama dia..hihihi..
Oleh kerana ni first time kami nak pergi bercuti di pulau, jadi kami buat keputusan untuk tinggal kan si kecik Ammar dengan nenek dia. Tak berani nak bawak budak kecik ke pulau, sebab ya lah macam-macam risiko bawak budak ke pulau ni. Antibodi dia pun baru nak berfungsi nantikan tak pasal dapat penyakit.

Percutian tu selama 3 hari 2 malam. Hari pertama tu, kami berkumpul di jeti kuala besut. Dalam pukul 10 lebih macam tu kami naik bot menghala ke pulau. Bot kawan en.suami dah tempah awal-awal, tapi kalau tak booked pun still ada je bot yang pergi ulang-alik ke pulau tu. Jadi tak payah risau sangat, asalkan datang awal pagi.

Tapi trip ni agak spoiled jugak la sebab rupanya kawan en.suami aku ni tak tempah bilik pun lagi sebenarnya. Bila dah sampai kat pulau baru nak cari. Memang la ada bilik, tapi kena sediakan wang lebih la. Semalam dalam dua ratus lebih kalau tak silap aku. Kalau dua malam dah nak dekat lima ratus, tu belum campur makan minum dan snorkeling bagai tu...memang tak la. Tapi nasib kami baik hari tu jadi jumpa la bilik ni, dah lupa apa nama resort ni, harga ok la seratus lebih untuk semalam. Tapi tak ada aircond, pastu kipas dan elektriknya pulak berfungsi ikut timing...hahahah. Tak tau nak gelak ke nak nangis...

 Ni la rupa bilik yang kami menginap hari tu. Bilik dia ok la, 2.5/5 rating aku bagi untuk bilik ni.
Sebab aircond tak ada, elektrik pulak ikut timing dan agak jauh sikit dari pantai.


 

 Aktiviti malam pulak just lepak kat tepi pantai sambil tengok orang main api, pastu ada la jugak yang duk menari nari kat tepi pantai tu. Lepas makan malam, lepak kejap terus masuk bilik tido..hahaha



Hari kedua baru kami pergi snorkeling. Tempah bot yang memang sedia ada kat sana, pastu pergi la bersnorkeling. Abang bot tu bawak kami ke lima hentian yang berbeza. Ada hentian yang dapat tengok penyu, hentian baby shark kalau tak silap, hentian ikan-ikan, dan apa tah lagi dah lupa. Lupa sebab aku tak pandai berenang dan tak berani duk dalam laut...yang ni lawakk gila. Rugi sangat sebenarnya kalau tak pandai dan penakut macam aku ni. Sebab langsung tak berpeluang nak menikmati keindahan ciptaan tuhan gitu..hahaha. Memang sekor ikan pun aku tak tengok.
Laki aku je yang kemain duk berenang ke hulu hilir. Aku tengok je la dari atas bot...huhu. Bila dah siap snorkeling tu kami ada singah kat tempat air tawar kalau tak silap aku. Kat sini tak ramai yang singah, tapi abang bot tu baik hati dia sudi bawak kami kesana. Tak ada buat apa pun, cuma mandi kejap kat tempat yang ada takungan air tawar tu. Air tu mungkin air bukit yang mengalir turun dari bukit, kemudian terus bersambung ke pantai. Gambar kat sana tak ada dalam simpanan aku, dalam handphone en.suami ada lah so tak leh nak share kat sini. Dia pun tak post gambar tu, mungkin sebab nak jaga sesuatu..tetttt...tak nak mengumpat kat sini...hahahha.

Percutian 3 hari 2 malam kat pulau perhentian kecil tanpa menggunakan ajen untuk 2 orang, ada la dalam tujuh ke lapan ratus lebih. Bagi aku agak mahal jugak la. Sebab kalau tengok tawaran yang iklan kat facebook tu sebenarnya boleh dapat lagi murah dari tu. Korang ikut trip yang sekali pakej dengan makan dan snorkeling, rasanya pakej lagi berbaloi dari kami yang main redah je ni. Tapi kalau poket tebal tak kisah la...

Sekian dulu dari saya.


LOVE,
Mcdaa

Monday, 29 August 2016

Kronologi Tentang Rumah Kami

Hai semua...

Hari ni aku nak cerita lanjutan dari proses untuk membina rumah impian kami.
1 Langkah dah terlangkah..ehh..ehh..maksud aku langkah nya dah bermula. Proses untuk dapatkan tanah dan geran sudah hampir selesai.

Sekarang tinggal nak tunggu tukar milik nama geran secara sah dan bertulis. Lepas tu baru kita sambung ke langkah seterusnya.
Walaupun proses dapat tanah belum selesai lagi, tapi aku dah lama buat gambaran dan senarai kerja-kerja serta keperluan berkaitan dengan proses untuk menjadikan rumah impian ke realiti..

Aku kongsikan senarai yang dah aku list kan untuk tindakan selanjutnya. Jangan ingat proses ni senang macam goreng pisang ya. Proses untuk jadikan rumah impian sesuatu yang realiti sangatlah tidak mudah. Banyak cabaran, dugaan dan paling menguji kesabaran ialah MASA. Proses ni boleh ambik masa berbulan bulan malah bertahun pun mungkin jika kita tak rancang dan uruskan dengan sebaik-baiknya...cewahhh...Macam pakar berbicara pulak...hihihi

Antara senarai yang aku rancang;
1. Proses jual beli tanah dan tukar nama geran
2. Urusan loan peribadi untuk pembelian tanah (Ogos 2016)
3. Jumpa peguam untuk urusan loan pembinaan rumah, S&P, perkara berkaitan guaman dll (September 2016)
4. Jumpa kontraktor untuk urusan pelan lantai rumah,(October 2016)
5. Urusan dokumen loan
6. Urusan detail dan kemasan reka bentuk rumah
7. Pendawaian elektrik
8. dan seterusnya......sebab aku tak tau apa langkah seterusnya...hihihi

Bila urusan tanah selesai, langkah seterusnya ialah jumpa peguam dan bincang untuk perkara seterusnya. Sekarang peguam dah ada, sebab pernah jumpa dan berbincang dengan dia. So far, ok la. Aku pilih peguam ni pun sebab dia memang ada pejabat di daerah Machang. Dan kontraktor yang dia cadangkan tu pun satu pejabat dengan dia. Jadi kalau ada apa-apa masalah atau pertanyaan senang boleh terus ke pejabat dan tanya.
Cari peguam dan kontraktor yang senang untuk dihubungi dan dekat dengan sekitar kita. Sebab yang ni memang sangat membantu kalau kita nak komen atau mengadu apa-apa dengan diorang. Kalau jauh, mungkin masalah kita lambat untuk diselesaikan dan akan makan masa lama pulak untuk siapkan rumah.

Sampai sini dulu untuk senarai perancangan aku. Nanti akan bersambung selepas progress yang seterusnya....


LOVE,
Mcdaa.

Thursday, 25 August 2016

Cheese Tart

Hai semua....

Hari ni saya nak cerita tentang cheese tart yang saya pertama kali buat. Biasalah, kalau nama nya pun pertama kali selalunya akan ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Bila dah buat sendiri tu, baru la kita tahu apa yang sepatutnya perlu dibuat, apa yang sepatutnya perlu dielakkan, macam mana cara yang sepatutnya dan macam-macam lagi lah.

Tambahan pulak, saya ni jenis yang suka main campak-campak je. Tak ikut sukatan resepi sangat pun. Sebab selalunya cuma nak mencuba je, lepastu nak cepat dan tak nak renyeh-renyeh.. Jadi hasilnya tu pulak, sendiri dah tau la kan...

Hari tu semangat pergi kedai bakery cari bekas acuan tart. Jumpa la bekas acuan yang comel-comel tu. 12 pcs RM6, ok la kot.. Hari tu ambik 24 pcs sebab nak beli banyak-banyak pun bukan nak buat berniaga ke apa, cuma nak mencuba je dulu. Tapi kalau senang, menjadi dan tak leceh mungkin boleh buat jual...hihi. otak ni asyik fikir tentang bisnes aje tapi satu habuk pun tak jalan..




Cheese tart yang ni versi filling chocolate. Tak letak blueberry or strawberry filling sebab bahan tu tak ada kat rumah..hihi. Guna apa yang ada sahaja tu la hasilnya perlu la diterima dengan seadanya..

Ok, meh nak cerita tentang kesalahan-kesalahan yang perlu diperbaiki untuk projek seterusnya.
Pertama, tart shell aka kulit tart tu. Yang saya punya ni agak keras sikit sebab tak ikut sukatan. Sepatutnya shell tu mesti la rangup dan lembap dan tak keras sangat baru la sedap. Ala macam kulit tart nenas tu kan rangup. Adunan pun sepatutnya macam tu la. Masa saya adun doh, memang dah agak hasilnya keras sebab kurang majren dan terlebih gandum. Saya guna majrin sepatutnya nak sedap guna butter.

Filling pulak, kalau boleh letak je banyak sikit. Dalam gambar tu boleh nampak kan filling coklatnya tak berapa nak banyak, kalau nak sedap biar sampai filling tu tutup dasar bawah tart shell tu, baru la terasa filling nya nanti.

Sama jugak masa letak adunan cream cheese. Kena letak biar macam sebumbu gitu aka biar macam nak melimpah tapi jangan sampai melimpah limpah keluar dari shell tu, nanti dah tak cantik dan comot pulak hasilnya. Sebab adunan cheese tu nanti lepas bakar dia macam mengecut sikit.

Tu je kesalahan yang saya nak komen. Lain-lain tak ada masalah sangat. Resepi dan cara kat bawah ya.

Resepi Cheese Tart

untuk shell (kulit tart)
300g tepung gandum
60g gula icing
180g mentega
1 biji kuning telur
garam
*campur semua bahan, gaul hingga jadi doh. Jangan adun terlalu lama sangat.

Bahan inti
Chocolate filling
atau blueberry filling
atau apa-apa boleh beli yang dah siap

Untuk cheese atas
250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
*lembutkan cream cheese, masuk kan semua bahan dan adun sebati.

Mula-mula buat shell tu dulu. Guna acuan tart, cucuk-cucuk sikit kat dasar tu pastu bakar dalam oven pada suhu 160c selama 15 minit. Agak-agak kuning jangan sampai masak semua. Sejukkan shell pastu masukkan filling, dan letak adunan cream cheese menutupi filling. Bakar lagi sekali lebih kurang 10-15 minit pada suhu 160c jugak.

Selamat mencuba ya.

Eh..eh...saya nak open order lah.
Kalau ada yang berminat boleh order dengan saya ya:



LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 24 August 2016

Baked fries bolognese

Hai semua....

Semalam rajin benor memasak untuk adik laki bongsu... Maklum la sekarang dia tengah cuti semester, sementara tu jugak la dia suka ambik kesempatan request macam macam makanan...
Tapi best jugak ada dia, nak masak macam macam pun seronok la sikit sebab ada tukang makan..hihihi. Harapkan anak aku si ammar yang baru 2 tahun tu, banyak mana sangat la kalau makan pun.

Sebab kan adik laki aku nih suka makanan yang ala-ala western gitu, tak pun apa-apa makanan yang dibakar atau digoreng..jadi semalam terajin nak buat Baked fries bolognese...hihihi...nama ni aku yang cipta hokeyyy...tapi makanan ni sebenarnya dah diwujudkan atau dicipta oleh sape ntah..
Ala-ala masakan orang bujang, nak simple dan main campak-campak aje...huhu




Resepi dan cara-caranya ya:

Kentang goreng a.k.a french fries
Sosej
Daging kisar (aku guna daging burger ramli je)
Bawang hollend
Sos speghetti bolognese Kimball nak guna prego pun boleyy
(tak kuasa nak buat sos speghetti sendiri..)

Mula-mula goreng fries, pastu letak dalam loyang. Sambil tu buat sos ala-ala macam
sos speghetti bolognese tu..
Tumis bawang, lepastu masukkan sosej, daging kisar aka daging burger yang dah dicarik-carik
kasi saiz kecik. Pastu bila sosej dan daging dah masak, masukkan la sos speghetti.
Kacau pastu seasoning sikit, tambah garam, blackpepper dan pape la yang korang rasa
sesuai.
Bila da siap, tuang sos bolognese tu kat dalam loyang yang ada fries tu. Susun cheese yang korang suka, ikut banyak mana, kemudian bakar dalam oven...
Suhu dan masa pun suka hati je..hihihi. Yang aku buat tu 170C selama 15 min je.
Asalkan cheese tu melt sudah, sebab lain-lain semua dah masak kan.

Fries yang siap digoreng terus masukkan dalam loyang


Sos ala-ala sos speghetti.

Tuang sos tadi kat dalam loyang yang ada fries tu. pastu tabur cheese kat atas. Sorry gambar lepas letak cheese lupa nak snap.

Ni la rupanya. Dari gambar ni pun dah tau betapa tak sabarnya nak makan...hihi

Okey...sekian dulu resepi masakan untuk hari ini.


LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 23 August 2016

Tapak Rumah

Assalammualaikum....

Kalau ikut tajuk tu nak cerita tentang rumah idaman aku.. tapi yang sebenarnya sampai sekarang masih belum mula apa-apa pun lagi. Dalam erti kata lain, nak buat rumah idaman apa nya kalau tapak rumah pun belum ada lagi....hukhukhuk...nangis japp.

Okeh...alkisahnya dah ada tanah kepunyaan dua sepupu yang nak dijual, dan kami laki bini pun dah setuju nak beli...cumanya sekarang sangkut tang Loan yang aku mohon untuk bayar tanah tu..

Hadoii...proses nak mohon loan tu satu hal, nak nego-nego harga tanah pun satu hal, nak mula kan permohonan loan tu yang makan tahun baru aku buat...aku pun tak paham dengan diri sendiri, kenapa asyik nak tanguh-tanguh je mohon loan tu...

Sekarang dah mohon, loan pun bank pun dah lulus, tapi masih tak masuk akaun aku lagi sebab surat pengesahan lantikan bos tak sign lagi....yang ni satu hal..uwaaaaaa.... nak meraung plak rasanya..
Tak kan la aku nak pergi paksa bos suruh sign borang permohonan aku tu cepat-cepat, nanti tak pasal kena sound dengan dia..ok...mungkin dia tak sound cuma macam tak elok la anak buah p paksa bos dia...hahhaahaha...ohhh bertabah lah...surat dah submit seminggu kot.

Baiklah....tak leh nak cerita panjang-panjang lagi tentang rumah idaman aku tu sebab hal tanah pun tak setel lagi sampai sekarang. Tunggu tanah dah bertukar milik, geran dah dapat kat tangan....pastu bermula episod cerita Rumah Idaman...ambik kau...berepisod bagai...hhuhuuhuuhu.
Dalam kepala otak ni dah macam macam angan-angan dan idea timbul...tak sabar dan rasa excited semacam je nih...hihihihi...

Sementara tu meh aku tunjuk sikit rupa rumah-rumah yang menarik perhatian aku dalam masa terdekat ni... Almaklum la, tiap kali tengok rumah-rumah kat tepi jalan yang sedang dalam pembinaan tu...perasaan dia...haisshhhh tau tau nak gambar apa..terawang awang kat dalam kepala rumah sendiri would be like.....








Cantikkkk kannnn........





LOVE,
Mcdaa