Powered By Blogger

Sunday 8 January 2017

Kek Pisang Mudah

Hai....
Assalamualaikum.

Kali ni nak share resepi kek pisang pulak kat sini. Untuk rujukan dimasa akan datang. Entah kenapa angin takde ribut pun takde tapi tetiba je rasa nak makan kek pisang. Nak kata aku ni penggemar kek pisang, tak pun. Tapi teringin nak makan tu lain macam je..hihi. dah kalau teringin sangat nak makan aku pun rajinkan la diri buat kek pisang tu.

Balik dari kerja terus pergi cari pisang kat market. Dalam banyak banyak jenis pisang yang ada kat muka bumi ni, hanya a few je yang aku boleh kenal pasti. Yang lain semua kelaut. Sebelum aku share resepi kek pisang simple mudah senang aku tu meh kita berkenalan dulu dengan jenis jenis pisang yang aku kenal ya.

Pisang yang paling aku kenal dan cam tentu lah pisang berangan. Sebab pisang ni kan sedap, lepas tu senang nak dapat. Pisang berangan ni makan macam tu pun best. Sama jugak dengan pisang mas. Pisang mas aku kenal sebab rupa dia. Pisang mas ni kecik molek je rupanya. Pun best jugak kalau buat makan terus.

Pisang kapas sapa tak kenal kan. Dia adalah pisang yang paling mudah dijumpai dan paling banyak kot. Pisang kapas pun antara pisang yang murah la kalau bak bandingkan dengan lain lain pisang. Pisang kapas ni boleh je kalau nak buat makan terus pun tapi rasa dia agak kurang sedap sikit la berbanding pisang mas dan pisang berangan.

Seterusnya pisang nangka, jangan ingat pisang nangka ni ada rupa macam nangka ya sebab ianya langsung takde kaitan. Pisang nangka ni tak sedap makan macam tu je tapi sedap kalau dibuat goreng pisang. Aku pun tak faham jugak sebenarnya kenapa bila jadi goreng pisang je rasa dia terus lain sedap kot. Dan last pisang yang aku kenal ialah pisang tanduk. Yang ni sah sah sebab senang nak cam. Pisang tanduk kalau nak kenal senang je, sebab dia paling panjang dan besar antara semua pisang. Yang ni nak makan macam tu je pun sedap nak buat goreng lagi la sedap buat pengat pun sedappp jugak. Pisang tanduk susah nak jumpa dah tu kalau jumpa harga dia pulak boleh tahan mahal la. Barang rare memang la macam ni kaedah nya...huhu

Perghh dalam tak kenal pisang tu tapi bila di list kan pisang pisang yang aku tahu boleh tahan banyak jugak kan.hahhaha...aku kenal pun sebab selalu jumpa atau beli pisang pisang ni yang tak kenal tu sebab tak femes macam pisang yang aku senaraikan tu.

Semua pendapat dan pandangan aku tentang pisang pisang ni adalah berdasarkan dari pandangan aku semata mata ya. Sebab lain orang mungkin lain pendapat dia. Aku cakap pisang kapas tak sedap sangat macam pisang mas, tapi mana la tau kan kot ada yang gemarkan pisang kapas dan rasa pisang kapas lagi sedap dari semua pisang..haaa..ikut pandangan masing masing la ye..

Panjang pulak intro pasal pisang ni ya. Dah macam cara mengenal pisang pulak. Huhu..baikla meh tengok resepi senang versi aku yang serba serbi nak senang tapi sedap dan menjadi.


Resepi kek pisang mudah.

5 6 biji pisang dan dilenyek
1 dan 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak (minyak masak pun ok je)
1/2 cawan gula (3 @ 4 sudu pun ok)
2 biji telur
1 sudu soda bikarbonate
1 sudu baking powded
Garam secubit

Mula mula lenyek kan pisang tu. Kalau nak bagi sedap lagi jangan bagi hancur sangat. Biarkan ada sikit sikit ketulan pisang tu supaya nanti bila makan ada pisang dalam kek tu. Lepastu buat macam lubang kat tengah mangkuk pisang lenyek tu masukkan 2 biji telur. Pukul telur kat dalam mangkuk tu kemudian gaul sekali dengan pisang lenyek tu. Lepastu masukkan gula, minyak, garam dan last sekali masukkan tepung, soda bikarbonate dan baking powder. Kalau adunan pekat masukkan 3/4 cawan air dalam adunan tu supaya dia tak terlalu pekat. Dah siap adunan masukkan dalam loyang, aku punya just letak dalam cup muffin. Sebab malas nak basuh loyang.hihi. last sekali boleh letak pisang kat atas sebagai hiasan. 

Lepastu terserah nak kukus atau bakar. Aku suka kukus sebab kek lebih moist. Bagi aku kek pisang kukus lebih sedap dari kek pisang yang dibakar.
Kalau bakar macam biasa la suhu 180°c selama 20-25 min.








Dah siap kukus aku bagi nenek aku try dia cakap sedap. Mak aku pulak ingatkan aku guna tepung kek pisang segera. Sebab sebelum ni aku dapat dari kawan tepung segera tu. Yang tu senang je bancuh nya just masukkan telur dan minyak je tak payah sukat tepung. Tapi apa la sangat kalau buat sendiri pun sebab bukannya banyak jenis tepung pun. Satu adunan ni kalau guna cup muffin tu boleh dapat dalam 10 biji je. Kalau banyak ni sekali hadap pun dah habis. Jadi kalau nak buat makan untuk ramai boleh la doublekan atau triple kan adunan tu..
Ok lah tu je nak share tentang resepi kek pisang ni.

Thursday 5 January 2017

Pengalaman Banjir 2017


Hai...

Saya nak share pengalaman suasana banjir di tempat saya ni, lebih spesifik lagi di kelantan..hihi. sepanjang hidup ni aku belum pernah lagi alami sendiri suasana banjir di sini. sebab kebanyakan tahun sebelum sebelum ni aku tak ada di kelantan, jadi agak excited jugak la bila boleh main air banjir ni.

tapi excited yang berlapik la, maksud aku bukan yang hu ha hu ha tu. suka sebab tengok orang ramai berkumpul dan bercerita keadaan banjir di tempat masing masing. sikit sikit tu ada la suka dengan air yang banyak melimpah limpah sampai atas jalan raya tu.

sebelum sebelum ni bukan tak pernah pun duk sini masa banjir, tapi dulu tu kalau ada pun memang kami tak pernah keluar dari kawasan kampung. ayah aku memang takut betul dengan keadaan banjir ni, mak pun sama. padahal kami belum pernah pun dilanda banjir atau jadi mangsa banjir. walaupun 2014 kelantan dilanda banjir besar, alhamdulillah rumah kami dan kampung kami langsung tak terjejas dengan air banjir tu. cuma terputus jalan keluar utama dan tiada bekalan letrik tu biasa la.

bila dah bekerja dan dah dewasa ni je baru berpeluang tengok tempat tempat lain yang dilanda banjir. bagi mereka yang tinggal dikawsan yang dah selalu banjir dan dinaiki air tu mungkin ni perkara biasa untuk diorang hadapi. dan diorang pun dah bersiap siaga dah dengan kemungkinan yang akan berlaku contohnya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.

atas tuntutan kerja, aku berpeluang la melawat mangsa banjir di sekitar kawasan aku ni. sempat la pergi melawat diorang, bertanya khabar dan tengok keadaan tempat pusat pemindahan tu. bagi aku ni adalah pengalaman pertama kali jejak kan kaki ke pusat penempatan sementara untuk mangsa mangsa banjir.
sebelum ni cuma berpeluang tengok dalam tv je, tak pun tengok dekat facebook. tapi bila berpeluang turun ke sana sendiri dan lihat sendiri perasaan tu lain dari pada cuma tengok dalam tv.

sekarang ni pusat penempatan untuk mangsa mangsa banjir dah agak selesa jika nak dibandingkan dengan suatu masa dahulu. banyak kemudahan yang dah disediakan dan kelengkapan harian seperti makan minum juga ada disediakan untuk mereka. maklum la rakyat malaysia kan memang prihatin jadi banyak bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa banjir ni. dari segi kesihatan dan keselamatan diorang pun terjaga.

Berikut aku share gambar gambar disekitar pusat pemindahan sementara untuk mangsa mangsa banjir di kelantan. daerah yang tak terjejas sangat dengan banjir kali ni ialah daerah Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai. daerah ni ada je mangsa banjir yang dilaporkan di pusat penempatan sementara tapi jumlah mangsa yang terlibat adalah sikit dan tak ramai.











Pelbagai agensi yang tampil dan ditugaskan semasa banjir melanda ni. jadi para mangsa banjir boleh dikatakan dijaga dan kebajikan mereka tetap diutamakan. ya la, diorang dah ditimpa dengan musibah yang tak dapat dielak, jadi bantuan dari pelbagai agensi dan bantuan dari orang ramai dah cukup untuk meringankan beban dan kesedihan mereka.

aku jugak ada pengalaman pertama kali hampir terkandas dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja. tapi nasib aku agak baik sebab kebetulan kawan aku pun ada follow sekali dengan kereta aku masa on the way nak balik.
dari tempat kerja ke rumah aku tu, jarak lebih kurang 60 km dah banyak jalan yang dah dinaiki air. kalau guna 4x4 wheel boleh la redah, ni setakat myvi tu memang azab la nak meredah air atas jalan tu.
dan ada jugak jalan yang dah ditutup terus untuk kenderaan. memang pening kepala jugak la cari jalan alternatif lain. masa tu hati dah cuak sangat sebab takut kalau kalau semua jalan dah tak boleh dilalui.
nasib baik la kawan aku yang follow sekali tu tahu jalan kampung. tapi masa tu dia pun teragak agak jugak dengan jalan kampung tu sebab ya la kalau dah jalan utama pun dah tak boleh dilalui jalan kampung lagi la berisiko.tapi kami tawakal jugak untuk cuba jalan alternatif kampung tu.
alhamdulillah...jalan kampung tu masih boleh dilalui, tapi air sungai di seberang jalan tu dah hampir cecah jalan dah. syukur sangat boleh lepas, dan lepas 3 jam duk pusing cari jalan akhirnya berjaya jugak sampi ke rumah dengan selamat.

banyak jalan yang jem sebab ada kereta yang rosak sebab redah air, ada yang kereta tak berani nak redah air kat atas jalan, dan ada jugak yang park kereta sebab nak perhatikan kereta yang pemandu hati kering redah air walaupun berisiko untuk enjin rosak. dalam cuak tu, seronok jugak perhatikan perlbagai ragam pengguna jalan raya dan orang kampung sekitar kawasan yang naik air tu.




LOVE,
Mcdaa

Resepi Bihun Sup Simple


Hai...

Makanan yang paling mudah, senang dan cepat untuk disediakan buat santapan suami tercinta. bukan takat suami je, si kecik tu pun suka sangat bila ibu buat sup. kebelakangan ni hujung minggu je kering idea nak masak apa, last lasti bihun sup jugak yang jadi pilihan.

biasa la kan orang perempuan, lagi lagi suri rumah yang suka masak macam aku ni (terutama yang bekerja la) asal hujung minggu je mesti akan berhajat nak masak makanan yang best best kan, nak jamu suami dan anak. tak kisah la yang renyeh ke senang ke asalkan suami dan anak makan akan digagahi jugak siap kan.

bagi kami pulak bihun sup simple ni la yang jadi hidangan hujung minggu dah berminggu minggu..hahahha. nasib baik suami belum cakap bosan lagi. kita tunggu dia komplen atau bunyi ayat bosan baru kita tukar menu lah ya...hihi. bukan apa, menu ni dah la senang nak disediakan lepas tu kuah sup tu boleh simpan sampai esok nya lagi. bihun pun sama boleh simpan stok kat dalam rumah tanpa risau akan rosak. maksud aku bihun kering la, yang dah direbus tu satu hari je tahan nya.

Resepi untuk sediakan bihun sup simple cara aku ni seperti berikut;

1 paket bihun kering
Ayam (sekor boleh, 1/2 ekor pun boleh)
Perencah sup segera (apa-apa brand pun boleh, yang serbuk atau cecair pun boleh)
Bawang merah 5 @ 6 biji
Bawang putih 2 @ 3ulas
Garam dan gula
Serbuk perasa (tak guna lagi bagus untuk kesihatan)

Panaskan minyak, tumis perencah sup dan masukkan bawang yang diblend. masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
bila ayam dah separuh masak, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

Untuk condiment;
1. Begedil
(resepi full begedil ni korang boleh google ya. tapi aku share jugak yang aku punya)
ubi kentan (3 biji) direbus
dilenyek dan campurkan dengan isi ayam , daun sup dan bawang merah dipotong halus
kalau lebik tambah tepung gandum sikit
bentukkan jadi bulat dan celup dalam telur
goreng

2. Sos kicap
4 sudu kicap pekat
4 sudu kicap cair
2 biji perahan limau nipis
cili secukupnya dan 2 ulas bawang putih ditumbuk
1 senduk kuah sup
kesemua bahan dicampurkan bersama. nak pedas lebihkan cili.

3. Bawang goreng.

Bawang goreng buat sendiri lagi sedap dari yang dah siap dipack tu. untuk dapatkan bawang goreng yang rangup, lepas mayang halus bawang merah tu campurkan 1 ke 2 sudu teoung gandum supaya menyelaputi bawang. kemudian goreng. memang sedap rangup dan manis.

4. Ikan bilis goreng







Kalau ikut step resepi yang aku share ni, semua nya simple je. dan kuah sup ni pun tak pekat atau terlalu berempah. resepi ni sup dia rasa macam kosong, maksud aku tak ada rasa pelbagai rempah ratus. kalau yang jenis suka plain sup resepi ni memang sesuai.

Kalau nak nampak lagi meriah sup korang tu, boleh la tambah bermacam condiment lagi. antaranya sayur sayur seperti timun, kobis, atau sawi. boleh jugak tambah suun goreng atau lada jeruk.

Kami sekeluarga makan bertambah tambah sebab tak muak. ya lah, sup memang la tak muak kan sebab tak ada santan atau lemak yang berlebihan. anak suka ibu pun gembira..haaa gituuu.




LOVE,
Mcdaa

Nasi dan Air Asam Perut di Suliza Kota Bharu

Hai...

Hari ni share makanan kegemaran suami aku. Dia ni jenis yang susah sikit kalau bab makan makan ni. bagi aku dia ni memilih tapi dia cakap bukan memilih. pening kan...mana tak pening, aku cakap memilih sebab dia cuma akan makan makanan yang dia suka dan dia biasa makanan. kalau bagi dia try makanan yang dia belum pernah makan, sah sah dia tak kan cuba. pujuk la macam mana sekali pun dia tetap tak kan jamah makanan tu walaupun cuma untuk merasa.
kalau dah perangainya macam tu, sah sah la tu namanya memilih makanan. apa yang dia makan cuma ayam, daging, sotong, kailan ikan masin dan ikan yang bersaiz besar. tu je makanan dia, kalau masak selain dari yang ni memang dia tolak.

dan air asam perut lembu ni pulak one of his favorite dish. maklum la orang kelantan memang famous dengan air asam perut ni. sape je yang tak suka makanan ni kan, boleh dikatakan ramai orang suka termasuk la aku sendiri. sedap sampai menghirup kuah hingga ke titisan terakhir..haaaa lebih kurang macam tu la perumpamaan sedapnya air asam perut ni.

tapi air asam perut ni ada macam macam jenis perut jugak. laki aku tu perut bulat dia tak suka. perut bulat ni kalau makan kena berhati-hati sikit. sebab bentuk dia bulat bulat takut orang yang masak perut ni tak cuci betul betul nanti masa makan terburai habis keluar isi perut yang tak cuci tu. korang tau kan apa yang berkemungkinan ada dalam perut bulat tu...hihihi. (kalau yang tak tahu, dalam bahasa sopan dalam perut tu mungkin ada sisa makanan lembu yang tak sempat dihadam lagi).
jadi kalau nak selamat dan tak nak benda asing merosakkan mood selera makan korang, sebaiknya pilih la perut lembu yang berlipat lipat tu. apa tah nama perut tu..

kalau korang datang kelantan, aku cadangkan korang try makan air asam perut ni. cari la kat mana mana kedai makan disekitar sini. banyak je kedai yang jua air asam perut ni. dan yang aku nak share ni yang latest kami makan di Kota Bharu tempoh hari. kedai suliza air asam kalau aku tak silap.
betul betul berhadapan dengan bangunan wisma kota bharu, senang je nak jumpa kedai ni.
kedainya tak la besar sangat, lot kedai biasa je. tapi time lunch hour agak padat jugak la.

harga makanan kat sini boleh tahan la, tak mahal sangat pun. untuk dua orang makan kurang dari rm20. dan pilihan menu dia pun tak banyak. jadi service kat sini pun agak cepat jugak la, ya la sebab menu tak banyak pilihan kan semua makanan dalam menu tu dah stanby tinggal nak serve bagi pelanggan je.
antara menu yang aku ingat ialah tentu tentu la air asam perut, daging bakar, dan ayam bakar. sebab ni menu yang kami order..huhu




Air asam perut ni simple dan mudah je bahan bahan nya. nak buat pun mudah je, tapi makan masa yang lama. makan masa tu sebab nak bersihkan dan masak perut lembu tu bukan sekejap je. berejam jugak la kena rebus perut tu supaya dia betul betul empuk dan boleh dihadam. kalau setakat rebus sekejap je memang lenguh la gigi korang nak mengunyah perut tu, silap gaya langsung tak boleh nak telan.

nak cuci perut lembu ni pun satu hal jugak. time korban lembu aku pernah jugak tolong tolong bersihkan perut lembu ni. makaihhh nak siap kan cuci perut tu mau nak patah pinggang aku nih punya la lenguh. ya la nak bagi betul betul cuci bersih putih mulus memang kene buat elok elok.

tapi pak cik aku pulak lain ceritanya, dia cakap kalau basuh perut tu jangan kasi cuci bersih bersih sangat, tinggal kan sikit kesan kesan perut lembu tu supaya ada bau bau lembu sikit baru la umphhh.macam ni pun ada....hahhaha

untuk resepi air asam perut lembu ni aku ada share di sini Air Asam Perut
yang aku share ni versi nenek aku punya. memang air asam terbaikkk lahh.


sekian dulu ya...


LOVE,
Mcdaa

Tuesday 3 January 2017

Resepi Chicken finger Mudah

Hai....

Hari ni nak share resepi chicken finger super duper senang mudah dan cepat. Haa...resepi nak cepat dan mudah untuk mereka yang tak suka renyeh renyeh dan benda yang menyukarkan kerja harian..hihi.

Al kisahnya tengahari semalam pergi ambik anak buah dari sekolah diorang. Sebab semalam hujan tak berhenti henti sampai la ke tengahari ke petang hingga seharian hujan turun. Jadi kesian kan budak budak tu dari naik motor maka aku offer kan diri pergi ambik diorang. Sambil tu bawak si ammar jalan jalan. Kemain suka lagi si kecik tu kalau boleh naik kereta. 

Dah sampai sana, si kakak nya bagitahu yang adik dia pergi beli ayam goreng satey tu. Ayam goreng yang macam uncle bob punya tu. Kat depan sekolah memang banyak la gerai gerai kecik duk berniaga makanan ringan dan macam macam gorengan. Bukan budak je yang tergoda, kadang ada jugak mak budak yang terlebih membeli..hahah

Dah si adik pulak beli 2 cucuk je ayam gorengnya. Kebetulan pulak aku tak bawak duit, meraung la si ammar nak jugak. Tapi anak aku ni kadang boleh puji, sebab dia makan dipujuk. Bila aku cakap nanti balik rumah ibu lain ya..terus dia stop meraung pastu membebel...nanti ibu buat ya, buat untuk ammar ya, buat banyak...bla bla bla...

Tak kuasa pulak aku nak keluar lagi semata mata nak pergi beli ayam cucuk tu. Jadi gagahkan la diri ni buat sendiri. Kebetulan sebelum keluar ambik budak budak tu aku dah siap beli ayam sekor. Dah siap basuh dan tunggu nak simpan dalam fridge je. 

Terus pergi asingkan ayam yang bahagian isi isi tu untuk digoreng ala ala chicken finger. Nak buat macam ayam cucuk tu aku tak pandai, dah tu mana nak cari lidi nak cucuk cucuk ayam tu. Buat chicken finger lagi senang.


Resepi chicken finger.

Isi ayam dipotong panjang panjang
Bread crumb
Telur
Tepung gandum
Garam dan papper

Mula mula salutkan isi ayam dengan tepung yang di campur dengan garam dan papper.
Lepastu celup dalam telur.
Kemudian golek golek kan dalam bread crumb.
Buat satu persatu isi ayam tu sampai habis. Kemudian baru goreng.
Tak sampai 1 jam pun  chicken finger simple dah siap. Nak lagi sedap cicah dengan sos cili tak pun mayonis.


Lain sikit la kalau nak bandingkan dengan ayam cucuk tu. Ayam cucuk tu bila dah siap goreng diorang akan taburkan serbuk perasa kat ayam tu. Rasa dia akan jadi macam masin masin sikit lepastu kalau nak pedas diorang taburkan serbuk pedas tu. Bagi aku serbuk masin tu macam tak berapa bagus sangat. Tak berapa nak menyihatkan badan...huhu.






Kalau ibu ibu yang prihatin pada pemakanan anak korang, perasa makanan segera macam tu sebenarnya tak berapa elok untuk diorang. Tapi tu la kan sebab penjualan makanan macam tu sangat berleluasa dan susah nak kawal. Kalau tak bagi kan kesian sebab diorang duk tengok budak budak lain makan. Jadi terpaksa la mengalah dengan permintaan anak anak. Kalau boleh jarang jarang sekali baik kita yang buat kan makanan tu  sendiri paling kurang nak sama dengan apa yang diorang suka pun dah cukup bagus. Jadi tak la diorang terdedah sangat dengan makanan yang kurang berkhasiat tu.

Tapi aku memang tabik spring la kepada parents yang memang betul betul tegas gila bab pemakanan anak anak diorang. sebab ada je parents yang memang larang terus anak diorang dari makan makanan yang tak berkhasiat ni, walaupun its just a piece of candy..haaaa hambikk kauu....aku tak kuat macam tu, senang sangat mengalah dengan budak kecik tu..

Sekian dulu...


LOVE,
Mcdaa

Basikal Exercise Lazada

Hai....

Just nak share pengalaman and experience guna one of product sold in lazada. Last month tertarik dengan basikal exercise ni tangan pun laju la mengoder. Tapi sebelum order tu aku ada jugak la tengok tengok komen pengguna yang dah beli. Macam macam komen la yang diorang bagi tentang produk ni.

Rata rata komen cakap ok la sebab produk ni dijual dengan harga yang munasabah kan jadi nak komen lebih pun dah memang ko bayar untuk kualiti macam tu jadi tak sesuai la kalau nak expect something yang sama level dengan produk beribu.

Maklum la sekarang kan badan aku makin hari makin naik, lepastu gaya hidup sihat memang tak de langsung. Gaya hidup sihat tu dalam erti kata lain senaman la. Mimpi je la kalau aku rajin nak buat exercise macam joging ke apa ke. Jadi bila nampak iklan basikal exercise dekat lazada dengan harga bawah rm200 memang berbaloi la kalau nak mencuba.

Bila barang sampai, macam biasa lah kena pasang sendiri. Tapi ikut arahan pada manual produk tu la, siap bergambar lagi. Macam aku yang tak terer bertukang ni pun boleh pasang, jadi pemasangan basikal tu bukan point penting yang perlu aku highlight kat sini. Aku cakap macam ni sebab kalau korang tengok komen kat produk ni ramai gak yang komplain susah nak pasang.

Dah siap pasang tu apa tunggu lagi try lah..hiihi. tapi kan macam aku cakap kat atas tu jugak, jangan nak expect lebih lebih dengan produk yang berharga rm200 ni. Sebab kalau ikut kan harga basikal exercise yang berkualiti mau harga paling murah pun rm beribu. Oleh sebab yang ni ada perbezaan harga maka fungsi dan kualiti pun berbeza ya.

Basikal yang ni masa kayuh tu langsung tak rasa pape pun...hahha. maksud aku ringan je kayuh nya sebab macam takde pemberat. Contoh macam korang kayuh basikal bertayar tu kat tanah rata. Kayuh nya flat je. Kaki takde beban. Kalau kayuh kat kawasan berbukit kan macam ada beban bertambah pada kayuhan tu, kayuhan jadi berat dan perlukan tenaga untuj terus kayuh. Haaaa...tapi basikal yang exercise ni langsung tak ada rasa bebanan tu. Jadi peluh memang tak kan keluar la...hahhahh. 

Lepastu dia punya seat duduk tu pun macam agak keras sikit. Dah nak naik kematu buntut ni kalau kayuh nak tunggu sampai berpeluh...hahhaha. berejam kayuh pun belum tentu lagi boleh keluarkan peluh. Aku pun terfikir jugak ni adakah pembakaran kalori dalam badan kita ni akan berkait langsung dengan penekuaran peluh? Maksud aku kalau badan tak berpeluh adakah kalori dalam badan masih tak berubah...hurmmm..sape boleh tolong jawab erkkk...huhu

Tapi ketinggian seat basikal ni boleh di adjust ikut ketinggian korang la. Nak tinggi ke nak rendah ke boleh laraskan sendiri ikut suka.  Tapi tinggi kanak kanak tak sesuai la dengan basikal ni. Dan kalau tak silap aku ada komen bagitahu kalau yang tinggi lebih dari 170 cm pun tak sesuai jugak. Basikal ni dikhaskan untuk yang sedang sedang je kot. 

Lagi tambahan komen tentang basikal ni ialah dia punya monitor. Walaupun cikai ke basikal ni tapi supplier bekalkan screen monitor sekali. Tapi yang aku punya ni langsung tak berfungsi. Bila tekan on screen monitor ni hidup je. Tapi apa benda yang dia baca aku pun tak pasti. Kejap keluar bacaan kalori kejap keluar bacaan masa, bacaan speed pun ada jugak. Tapi semua tu tak betul pun. Sebagai hiasan je la kot..hahhah.

Aku pun nak kata selalu atau hari hari guna memang tak de maknanya la. Bukan rajin sangat pun lepastu aku ni pun bukan spesis yang istiqamah dalam sesuatu hal. Kalau teringat nak buat aku buat la kalau tak tersimpan je kat dalam bilik tu. Konon masa beli tu nak exercise hari hari la, nak kecik kan paha la nak kuruskan badan la. Tapi berangan je lebih buat dan usaha nya tak seberapa pun..kahkahkah..

Bagi pendapat aku yang dah beli basikal ni hampir 2 bulan dan dah guna sendiri aku bagi rate 3/5..hihi. tapi ni base pada pandangan personal aku la. 
Kalau ada yang nak bagi 5/5 tak salah tu ikut pada pandangan dan kepuasan hati korang la kan.
Tapi kalau ada yang nak beli tu tak rugi pun. Maklum la nak beli basikal pixi tu dah la tak mampu sebab mahal. Lepastu malu beb nak kayuh basikal kat atas jalan, dengan bontot tertonggeng kat belakang. Memang tak la aku nak buat macam tu. Jadi kalau beli basikal ni slow slow boleh kayuh kat dalam rumah dan takde la malu sangat. Paling kurang pun kena nganjing dengan laki ko sebab tak kurus kurus. Yang ni aku dah alami....