Hai semua...jumpa lagi kita dalam ruangan blog ni ya. Hari ni saya nak share sikit cara-cara nak buat kek coklat karamel. Ala kek yang puding karamel atau puding gula hangus di lapisan atas kek coklat. Proses penghasilannya agak remeh jugak la kalau nak bandingkan dengan kek coklat atau puding gula hangus tu sendiri. Sebab 2 langkah yang berbeza dimasukkan dalam satu resepi, bercantum sekali. Fuhh...remeh. Namun begitu hasilnya sangat memuaskan hati dan perasaan korang tau..
Ni rupa kek masa pertama kali kejadian |
Ni pulak rupa kek untuk kejadian yang kedua. Agak berbeza sikit, tapi yang penting rasa tetap sama je. |
Tapi bagi yang tak suka rasa hangus aka pahit-pahit tu boleh la cuba cara yang kedua tu. Tak rasa pahit sangat, rasa manis-manis puding...yang ni pun sedap jugak..
Resepi Kek Coklat Karamel:
1. Buat gula hangus aka puding karamel dulu.
Bahan-bahannya:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
esen vanila
Cara-caranya:
Pukul telur supaya sekata
kemudian campurkan kesemua bahan-bahan
Kemudian sediakan gula hangus.
3 sudu gula dimasak atas api.
*Ada 2 cara buat gula hangus, yang pertama macam kat atas tu, cara kedua bila gula dah hampir cair masukkan air dalam jumlah yang sama dengan gula tu. Jadi rupa gula hangus tu akan cair sedikit dan tidak mengeras macam cara yang pertama. Cara pertama rupa puding akan jadi macam dalam gambar yang atas tu.
Gula yang dah jadi karamel atau dan cair tu, cepat-cepat tuang ke dalam loyang kek. Kemudian tunggu gula hangus tadi tu mengeras sikit lepastu masukkan adunan puding tadi.
Kalau nak puding yang tebal macam gambar kat atas sekali tu masukkan semua adunan. Tapi kalau tak nak tebal macam tu, masuk kan separuh adunan tadi.
Dan dikukus separuh masak.
* Masa nak mula kukus puding karamel ni, pastikan adunan kek coklat sudah selesai diadun dah sedia untuk digunkan. Maksudnya, sedia kan semua adunan dulu baru kita mula mengukus.
2. Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-bahannya:
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan air
1 cawan gula (kurangkan gula 3/4 pun ok)
1 cawan serbuk koko ( kurangkan koko 3/4 pun ok)
Masak atas api kecil hingga gula larut.
2 biji telur
*1 cawan tepung gandum
*1/2 sudu soda bikarbonate
*1/2 sudu baking powder
*ayak
esen vanilla
Cara-caranya:
Bila adunan cecair dah larut dan sebati, sejukkan sebentar sebelum masukkan 2 biji telur dalam adunan tu.
Kemudian masukkan bahan yang dah diayak tadi. Kalau malas ayak bahan kering tu pun boleh. Masukkan terus dalam adunan kacau-kacau pastu tapis adunan kek ni supaya tiada ketulan tepung.
Bila dah kukus puding karamel separuh masak, tuang adunan kek coklat kat lapisan atas puding tersebut, dan kemudian sambung kukus lagi.
Kalau puding tu terkukus sehingga masak sepenuhnya pun tak ada masalah, cuma bila dah siap masak nanti takut puding karamel tu tertanggal dari kek, sebab akan jadi dua lapisan yang berbeza dan tak melekat antara satu sama lain. Sebab tu saya nasihatkan cuma kukus puding sehingga separuh masak sahaja kemudian tuang adunan kek kat atas dia.
Selesai.
Resepi dan bahan-bahan untuk membuat kek coklat karamel tak ada la susah atau mahal sangat pun. Cuma langkah-langkah pembuatannya yang agak remeh dan leceh sedikit.
Selamat mencuba ya.