Powered By Blogger

Tuesday, 20 December 2016

Impian 2016 forward ke 2017

Hai...

Sebenarnya aku agak kecewa jugak la dengan tahun 2016 ni. Sebab tahun ni macam langsung tak ada pape pencapaian yang boleh dibanggakan selain dari penubuhan semula belog peribadi aku ni. Tapi macam tak boleh dianggap sebagai pencapaian pun setakat belog je pun..hahhaa..sadisss

Kalau imbas balik dari Januari sampai la nak hujung December tahun ni, segala impian aku untuk tahun ni langsung satu pun tak berhasil. Teruk gila pencapaian ko nih ida weh...
Lagi teruk ada la kot nasib di tahun 2016 ni. Entah la, bila cakap macam tu dan bila difikirkan balik sebenarnya nampak macam tak bersyukur dengan nikmat pun ada...
Sebetulnya bukan macam tu bukan tak bersyukur atau mengeluh dengan nasib sendiri cuma meratapi kenapa aku tak berjaya..mungkin sebab utamanya Allah s.w.t belum rasa aku layak untuk dapat tu lagi.
Atau mungkin sebab aku belum cukup berusaha kearah itu kot sebab tu la semua tu tak tercapai. Baiklah ni sebagai rujukan aku dimasa akan datang. Yang semua impian aku ditahun 2016 ni akan diforwardkan ke tahun 2017. Nanti kita sama-sama tengok la di hujung tahun 2017 nanti sama ada impian ni akan terus diforwardkan ke tahun berikutnya atau macam mana...hihi

Ok lah, impian yang kecik kecik yang macam biasa je tu kita abaikan la. Contoh impian biasa biasa je tu macam teringin atau craving dengan makanan ke, teringin atau kemaruk nak berholiday ke suatu tempat dalam negeri ke tu dikira impian kecik-kecik yang bila bila je boleh padam dari senarai..hihi. Yang nak di senaraikan cuma perkara yang paling penting je.


1. Untuk dapat baby
Hujung tahun ni dah hampir setahun aku stop dari ambik pil perancang. Dulu terpaksa ambik pil perancang sebab lahirkan Ammar secara czer iaitu pembedahan dan tak dapat bersalin normal. Jadi atas nasihat doktor dan untuk keselamatan diri aku terpaksa jugak la ambik pil perancang walaupun hati tak rela sebenarnya. Bila Ammar dah setahun lebih aku dah stop, jadi sampai hujung tahun ni lebih kurang setahun aku tak ambik pil tapi tu lah belum ada rezeki belum lekat lagi.

Mungkin usaha belum bersungguh lagi kot. Sebab suami pun cakap rilek la tak payah gelabah lagi, sebab jarak aku dengan adik beradik aku semua 3 tahun, mana tahu kot aku ni ikut gen tren mengandung macam mak aku. Ammar sekarang 2 tahun jadi tahun depan kena betul betul berusaha untuk mengandung lah. Lagipun tahun depan aku dah masuk 3 series dah...



2. Rumah kediaman sendiri
Yang ni pun satu hal, boleh buat aku stress dan bad mood kalau fikirkan tentang rumah. Aku pun tak faham kenapa la proses ni lambat sangat berjalan. Sebab aku yang lambat bertindakkah? atau sebab suami macam tak bersungguh sangat kah? atau sebab kontraktor yang aku pilih tu memang slow gila?? Arghhhh....masa tulis ni pun dah boleh buat aku rasa stress. Aku ingatkan kalau pun tak dapat siap sebijik rumah dah muncul tapak sikit-sikit pun dah kira ok dah. Kiranya dah boleh buang dari list dah. Tapi hampehh...satu ape pun belum jalan lagi. Dekat 2 bulan dah bagi kontraktor uruskan pelan rumah tapi masih senyap sunyi takde berita langsung.

Nasib baik la tanah untuk tapak rumah tu dah dapat bayar almost 85% dah. Bayar dulu ke tuan tanah sebab takut diorang tiba tiba ubah fikiran atau up kan harga jadi makin mahal. Tanah tu macam hot spot je sejak kebelakangan ni. Oleh sebab tanah tu kepunyaan sepupu mak, jadi aku bayar dulu baki lagi beberapa ribu tu bayar tunggu bila dah nak start buat rumah. Dan geran tanah pun masih belum tukar nama lagi.



3. Bajet konon-konon nak ada business yang ok.
Impian yang ni berkadar langsung dengan keadaan suami aku sekarang. Sebab dia sekarang dah berhenti kerja tetap iaitu kerja pejabat dan dah beralih arah jadi peniaga pulak. Walau pun business dia ni kecik je, tapi kalau dia sungguh-sungguh nak berubah dan maju kehadapan insyaallah dia boleh. Cuma tu lah, impian aku untuk ada business jugak yang aku usahakan sendiri atau create sendiri pastu dari segi marketing or sales boleh mintak suami aku yang uruskan. Sebab aku tak leh nak 100% buat business aku ada kerja tetap.
Tapi tu lah, masih mencari lagi business apa yang aku nak buat. Antara jahitan atau bakery. Tapi semua tu aku takleh nak usahakan lagi sebab aku tinggal dirumah parents. Kalau aku buat business, stok atau ruang business kena ada nanti takkan nak sepahkan rumah parents aku pulak.
Dah la stok barang suami aku pun dah bertimbun tambah pulak dengan barang aku mau tak mengamuk nenek aku nanti..
Sebab tu la part ni terbantut, dan nampak gaya kena forward ke tahun 2017.



Perkara utama yang aku tak mampu capai pada tahun 2016 ni ialah 3 perkara seperti yang aku tulis kat atas tu.
Wahai diri sendir, usaha lah sedaya mungkin dan berdoa la mintak dengan Allah swt. Dan jugak jangan la kau sesekali pun berputus asa dengan kehidupan ni. Kalau kau masih tak dapat capai, tu tandanya Allah ada perancangan untuk kau atau pun tu tanda ko malas nak berusaha bersungguh janagan sesuka hati je salahkan orang lain dan merungut itu dan ini...hihi
Sendiri buat ingatan untuk diri sendiri. Ni la gunanya belog aku ni sebab macam best jugak bermonolog kat sini..hihhihii........

Sekian dulu....


LOVE,
Mcdaa

Penyakit Tyhpoid atau Demam Kepialu

Hai....

Hari ni nak bercerita tentang makanan dan kesihatan sikit. Walaupun aku ni bukan la seorang pakar dalam bidang perubatan dan seangkatan dengannya, tapi ada la sikit sikit ilmu tentang penyakit yang berkaitan dengan makanan ni. Tapi kalau nak dikirakan yang realitinya 'we are what we eat' maksudnya makanan memang mainkan peranan yang utama dalam aspek kehidupan kita.
Termasuklah dari segi kekuatan, kebolehupayaan, kebahagian dan keberkatan hidup pun ada berkait jugak dengan makanan. Jadi boleh disimpulkan yang makanan dan kehidupan kita ni sangat la berkait rapat.

Tapi aku taknak cerita tentang skop yang luas yang ada segala macam kaitan antara makanan dan kehidupan tu. Skop yang aku nak cerita kat sini ialah tentang penyakit tifoid atau demam kepialu atau matsalleh panggil typhoid fever.

Demam kepialu ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang dah dijangkiti oleh bakteria atau kuman terutamanya kuman yang bernama Salmonella Typhi. Bukan dalam makanan je bakteria ni boleh disebarkan dalam air minuman pun dia boleh hidup membiak dan tersebar ke tubuh manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria.

Sebabtu la kalau dalam akta makanan di Malaysia ni dah bagi syarat kepada penggusaha makanan supaya mereka dapatkan suntikan anti-tifoid ni terlebih dahulu. Supaya kuman atau penyebaran kuman dari penggendali makanan dapat dikurangkan ke tahap yang selamat.
Dan pengguna pulak ada tanggungjawab jugak, pengguna kena la pastikan kedai yang dipilih tu menyediakan makanan yang bersih, penggendali pun bersih dan persekitaran kedai makan tu pun kena bersih jugak.

Sebab banyak kes kes demam kepialu di kalangan kita ni, kalau kita nak elak dari terkena pada diri kita dan keluarga kita pastikan amalan kebersihan diri, kebersihan tempat penyediaan makanan dan premis kita sentiasa dalam keadaan bersih. Dan pengguna jugak dinasihkan berhati hati atau berwaspada jika kawasan kediaman atau taman yang korang tinggal tu dah diistiharkan ada wabak demam kepialu. Sebab wabak ni senang merebak dan tersebar.

Dan antara simptom yang biasa muncul bila seseorang tu dah disyaki terkena demam kepialu ni antaranya demam panas, muntah-muntah, sakit kepala berlarutan, badan terasa lemah, lenguh-lenguh sendi dan otot. Kalau diperhatikan simptom demam kepialu ni lebih kurang macam terkena keracunan makanan je, sebab kedua-duanya berkait dengan serangan atau jangkitan bakteria dalam badan kita. Sebab tu la simptom nya lebih kurang sama je. Dan ujian analisis bakteria perlu dilakukan untuk dapatkan kepastian simptom tu berkait dengan penyakit apa sebenarnya.

Sebab tu la, kalau demam berlarutan atau ada tanda-tanda kat atas yang berlarutan sebaiknya segerala ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Kalau betul la dijangkiti dengan bakteria demam kepialu ni, dia sangat cepat merebak dan takut silap haribulan boleh tergadai nyawa.

Tambahan pulak sekarang dihujung-hujung tahun ni musim hujan dan musim cuti sekolah. Kalau diperhatikan kedai makan tumbuh macam sendawan selepas hujan. Gerai tepi jalan tumbuh di segenap jalan, belum kira yang homemade punya produk pun banyak pilihan jugak tu. Tapi adakah diorang peniaga makanan ni tahu tentang kebersihan diri, premis dan makanan diorang? Adakah diorang jaga kebersihan ni semua? haaa....yang ni soalan yang kita tak dapat jawapan tapi kita kena fikir sendiri dan nilai sendiri keadaannya.

Sebagai contoh, kalau beli makanan frozen atau sejuk beku balik rumah nanti pastikan masak betul-betul. Kalau dikedai atau gerai, pilih gerai yang  bersih dan jauh dari punca pencemaran seperti habuk dan asap dari kenderaan, tak ada longgokan sampah atau jauh dari tempat pembuangan sampah. Dan pastikan jugak makanan yang hendak dibeli tu terutama yang di gerai di tepi jalan tu makanannya bertutup atau dalam bekas yang terlindung dari pencemaran.

Bagi mak aku pulak dia selalu cakap yang dia kalau nak beli makanan atau kuih muih kat kedai dia akan perhatikan orang yang menjual tu, dan dia lebih suka beli di kedai yang dia dah biasa dan kenal si pembuat makanan tu. Kalau kita tahu dan kenal si pembuat sekurangnya kita tahu sikit sebanyak macam mana orang tu handle makanan tu takde la kotot atau mencurigakan.

Sekian dulu......



LOVE,
Mcdaa

Sunday, 18 December 2016

Jalan-Jalan Singgah Melaka; Asam Pedas Claypot

Hai...

Bila hari rajin menaip datang, mula la episod throwback cerita-cerita lama..hihi. Atau dalam erti kata lain meng clearkan segala gambar kat dalam phone yang dah masuk beribu-ribu snap shot tu. Biasa la kan kalau dah ada phone berkamera macam pelik pulak kalau tak ambik gambar sebagai kenan kenangan untuk tatapan kemudian hari.
Tapi ye lah bila dah setiap benda pun kita anggap sebagai kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup kita, tu yang jadi phone asyik heng je dengan memori yang dah nak penuh tu.

Betul la kata orang kan, setiap gambar ada cerita yang tersendiri. Tiap-tiap gambar mesti ada cerita disebalik gambar tu. Sama ada kisah sedih, gembira, kecewa dan sebagainya ia tetap sebuah kisah yang pernah terjadi.

Ok lah, panjang nauuu mukadimahnya, padahal nak cakap nak clear gambar gambar dalam phone je pun..dia punya melalut kemainn haihhh..hahaha
Alkisah kali ni, just nak tepek gambar masa kami berjalan-jalan semalaysia. Asalnya aku dengan suami bercuti ke Shah Alam dan menumpang di rumah kakak ipar iaitu kaka kepada suami aku la..hihi. Dan kebetulan mak mertua pun ikut sekali.
Bila kami dah kat sini, abang ipar aku pulak kebetulan datang KL dan ajak kami pergi jalan-jalan kat Johor.
Kami on je pergi mana-mana pun asalkan ada yang nak bawakkan dan sponser..hihi. Maka nya bermula la trip kami dari Shah Alam ke Johor. Odw ke Johor tu kan lalu Seremban, dan dulu mak mertua aku sekeluarga ni pernah menetap di sini. Lama jugak la duk sini sebab ikut ayah diorang yang masa tu ditempatkan di kem tentera kat sini.

Kalau dah lama tak datang, lepastu lalu setelah sekian lama memang mengimbau kenangan habis lah. Dan mak mertua aku pulak terus terexcited sangat, maka kami pun pergi la melawat tapak rumah lama diorang tu. Sempat jugak singgah rumah jiran-jiran diorang suatu masa dulu. Tapi mak mertua aku cakap dah banyak berubah dari dulu masa diorang tinggal. Biasa la sekarang kan kat mana-mana tempat pun dah membangun, dengan taman-taman perumahan yang tumbuh macam cendawan la, dengan jalan raya yang makin lebar la dan macam macam lagi lah.

Sambil tu mak mertua dan suami asyik duk mengimbau kenangan lama diorang, macam-macam cerita yang keluar. Tapi aku perasan jugak la yang mak mertua aku tu macam sedih sikit, ye la sebab kan ayah mertua aku dah tak ada, mungkin dia teringat balik kenangan susah senang dia semasa bersama dengan arwah dulu.



Lepas dah puas pusing-pusing seremban tengok perubahan pembangunan dan mengimbau kenangan kat sana kami teruskan perjalanan dan singgah di Melaka pulak. Abag ipar aku ni memang kaki jalan, sama la dengan kakak ipar aku tu, tu yang best kalau keluar dengan diorang. Cakap je nak pergi mana, terus on..hihi
Di Melaka ni kami singgah kejap pergi kat dataran yang ada kapal tu. Lepak-lepak kat kedai tepi sungai tu (jap..sungai ke apa eh namanya..paham2 je lah). Selalu lalu Melaka tak pernah singgah pun, kali ni baru berkesempatan singgah dan jelajah bandar Melaka sekejap.






Lepas lepak kat sungai tu, jalan-jalan kat dataran kejap kami naik River Cruise pulak. Lupa pulak berapa harga tiket naik River Cruise tu. Bagi aku, nak cakap best tu takde la. Perasaan masa naik kapal tu biasa-biasa je. Tapi cantik jugak la hiasan kat dinding dinding bangunan di sepanjang laluan kami tu. Kiranya masa korang naik River Cruise ni, korang boleh tengok deretan kedai-kedai yang ala ala mewah gitu aka hipster, sepanjang laluan tu jugak ada hotel-hotel dan yang paling menarik masa lalu dekat deretan rumah-rumah sepanjang sungai tu.

Masa kami naik River Cruise tu hari dah petang nak gelap dah, jadi kami beruntung la dapat tengok lampu-lampu hiasa yang dipasang disepanjang kawasan perumahan tu. Kalau tak silap aku tu macam perkampungan terancang kot, sebab macam sebuah komuniti yang terpelihara.
Maklum la pelancong kan akan lalu ikut laluan tu, mestila kena bagi pandangan yang cantik, bersih dan aman kepada pelancong luar. Sebab tu la rumah diorang nampak cantik semacam je...hihi

Lepas dah selesai naik River Cruise tu kami teruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Restoran Asam Pedas Claypot yang femes kat Melaka tu. Ni kali kedua kami singgah makan kat kedai Asam Pedas ni. Bagi aku rasa dia sangat sedap dan tak rugi duit pun..hihi
Kalau korang nak tahu detail lokasi sila google la ya. Tapi seriua memang sedap dan berbaloi. Service pun boleh tahan la sebab tak perlu tunggu lama sangat pun untuk makanan sampai. Cuma mungkin kena tunggu meja je la kalau korang pergi time puncak atau time ramai orang.
Kat sini ada pelbagai pilihan lauk. Aku pilih asam pedas telur ikan, dan diorang pesan asam pesan ikan pari, kembung dan satu lagi aku lupa la...yang macam lemak lemak sikit, daging ke apa tah yang ni suami aku yang pesen, pun sedap jugak.





Lepas dah selesai makan kat sini, kami teruskan perjalanan kami yang masih jauh lagi tu iaitu Johor Bharu. Tapi kesian di driver sebab yelah dah seharian memandu, last-last tukar pemandu sebab dah penat tambahan perut dah penuh dengan asam pedas.
ok lah tu je nak share...huhu.


LOVE,
Mcdaa

Melawat Nenek di HUSM

Assalamualaikum...

Saat aku menaip entry ni nenek belah suami aku dah kembali mengadap Ilahi. Al-fatihah untuk beliau semoga rohnya tenang disana. Dan semoga arwah ditempat dalam golongan hamba-hamba yang beriman dan bertakwa..Aminn..


Alkisah cerita kali ni masa aku masukkan gambar ni arwah masih di hospital lagi. Tapi gambar-gambar ni semua ada dalam draf belum sempat nak menaip lagi masa tu. Dan hari ni baru nak menaip dan bercerita sikit.

Ayah mertua aku aka ayah kepada suami aku tu merupakan anak sulung yang dilahirkan oleh nenek ni, ohh nenek ni kami panggil dengan panggilan 'mok'. Ayah mertua aku telah dijemput Ilahi terlebih dahulu sebelum ibunya. Aku pun tak sempat nak kenal ayah mertua sebab masa aku kenal dengan suami ni ayah dia dah pun meninggal dalam setahun atau 2 tahun sebelum kami kenal.

Mok ni ada ramai anak, termasuk dengan ayah mertua aku tu ialah 10 orang. Tapi dah tinggal 9 la lepas ayah mertua aku tu meninggal. Mok ni masih sihat tubuh badan, tak ada penyakit kronik pun walaupun usia dia dah 80 lebih. Masih kuat lagi, tak nyanyok dan masih suka bekerja dan jugak siap boleh kayuh basikal lagi. Betapa hebat kan gaya hidup orang tua dulu-dulu. Amalan kehidupan mereka tu yang banyak menyumbang kepada usia dan kesihatan mereka.

Mok tinggal sendirian kat rumah dia di kampung. Anak-anak ada yang ajak tinggal sekali tapi dia tak nak. Sekali sekala je dia akan pergi rumah anak-anak dia, tapi kebanyakan masa dia suka duk rumah sendiri. Biasalakan, kalau orang tua ni jarang yang nak tinggalkan rumah diorang, lagi-lagi yang dah biasa hidup sendiri dan suka buat kerja sendiri memang tak boleh duduk lama rumah orang. Rumah sendiri jugak yang lebih selesa walaupun tak berteman.

Tapi tu lah, takdir dia timba kemalangan yang tak diduga. Suatu hari tu dia keluar menoreh getah, kebun cuma kat belakang rumah dia je tak jauh pun. Tiba-tiba dia rebah kat dalam kebun tu dan tak boleh bangun. Dari apa yang aku dengar dia dapat strok, tu yang rebah dan tak boleh bangun. Hari ketiga dia terlantar kat dalam kebun tu baru la dia dijumpai.
Kuasa Tuhan kan, bayangkan la orang tua yang kudrat tak seberapa tu boleh bertahan 2 malam 3 hari terlantar kat dalam kebun getah, dengan nyamuk lagi semut lagi, tambah pulak waktu malam dengan hujan renyai-renyai, embun pagi...Tapi dia masih ada kekuatan dan masih hidup. 
Masa diorang jumpa, dia terlantar kat sebelah pokok getah. Badan dia dah penuh dengan semut dan kesan-kesan gigitan nyamuk, bawak balik rumah terus bersih kan dia.
Lepastu dia dimasukkan dalam wad di HUSM.

Masa di HUSM tu la aku dan keluarga belah suami sempat pergi melawat. Dan masa kami melawat dia tu, dia sedar, masih boleh bercakap dan masih boleh ingat lagi. Sungguh kuat kan dia walaupun dalam keadaan macam tu. 
Tapi tu lah, aku pelik sikit bila tengok keadaan dia dalam wad tu. Sebab di katil dia ada sign berpuasa. Aku dengan suami dah macam tertanya tanya pehal pulak nak kena berpuasa. Dah la orang tu 3 hari terlantar kat dalam hutan tak makan, sah sah la perlukan tenaga untuk terus bertahan lagi. Tapi aku dengan suami bukan dalam bidang perubatan jadi pertanyaan kami mati kat situ je la. Dan rupanya bukan kami je yang tertanya-tanya orang lain pun sama jugak. Tapi sebab kita ni dari kalangan yang bukan spesis yang voice out jadi masing masing cakap sesama sendiri je tak berani nak persoal cara doktor merawat.

Dan setelah seminggu bertarung nyawa, akhirnya mok meghembuskan nafas yang terakhir di HUSM. Semoga Allah s.w.t lindungi beliau dan merahmati rohnya. Semoga dia tenang disana.












Mok ramai kenalan, dia jugak baik dengan ramai orang. Tambahan pulak dengan anak 10 orang yang semua pun dah berkahwin dan ada anak masing-masing, pengunjung yang datang melawat dia tak putus-putus. Saudara mara yang jauh dekat pun datang, boleh dikatakan tiap kali masa melawat pasti akan ada orang yang datang melawat ke katil dia. Memang penuh dengan sanak saudara dan kenalan dia.

Pepatah ada berbunyi, emak sorang boleh jaga anak yang ramai, anak yang ramai belum tentu boleh jaga mak yang sorang tu. Kadang kalau pun mak menolak untuk tinggal dengan anak, anak perlu jugak sentiasa mengawasi mak lagi lagi kalau yang dah berumur.
Untuk kes ni pulak, anak-anak semua dah usaha segala yang termampu tak kalau dah Allah sudah tentukan cara sedemikian hayat kita akan berakhir, siapa kita untuk mempersoalkan setiap kejadiannya. Anak-anak dah lakukan yang terbaik, tapi akhirnya semua tu adalah kerja Allah. Hanya Allah yang Maha Berkuasa keatas setiap kejadian. Kita sebagai anak hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t agar sentiasa melindungi dan memelihara ibu bapa kita hingga ke akhir hayat mereka. Yang pasti sebagai anak kita kena sentiasa kirimkan doa kita untuk mereka agar tenang disana...


LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 14 December 2016

Kursus di Avillion Admiral Cove Port Dickson

Hai....

Kali ni share tentang tempat kursus yang aku pergi bulan lepas. Hari ni baru ada mood nak bercerita kat dalam belog ni. Bajet macam ada yang baca kan...hahhaha...lantak la ada yang baca atau tak, dah memang aku ni suka bercerita jadi kat sini la tempat yang sesuai nak bercerita tanpa ada yang rasa annoying...hihi

Bulan lepas aku attend kursus di Avillion Admiral Cove Port Dickson (AAC). Masa dapat surat kursus tu, macam terkejut jugak la sebab buat kat PD lepas tu pulak dengar nama hotel AAC tu macam best je kan. Selama ni aku belum pernah dengar pun nama hotel ni, jadi memang tak tahu nak expect macam mana. Tapi tak kisah la sebab datang pun atas tiket kursus aka free of charge kan jadi takde la aku beriya sangat nak google keadaan tempat ni. 
Tapi ada jugak la survey sikit-sikit. Well as we all know la kan, banyak dengar cerita hotel kat area PD ada yang hunting. Aku ni spesis penakut teramat jadi survey la jugak kot-kot AAC ni salah satu hotel yang haunted ke apa ke kan. Tapi alhamdulillah nan hadoo sebarang haunted happen here. Selamat...fuhhh

Tentang kejadian masa kurus berlangsung tak payah la aku nak hurai secara detail kot. Macam biasa la kalau attend kursus ni, lagi-lagi kalau penginapan disediakan selalunya program akan bermula dari pagi hingga malam la. Lepastu ko jangan mimpi nak diet kalau dah datang kursus, sebab dekat 6 kali sehari akan hadap makanan. Takkan la nak tolak makanan kan, paling kurang pun ambik rasa..hahahhah. ayat komam untuk elak rasa bersalah pada diri sendiri..


Tapi...sebagai kenangan macam nak bercerita jugak la tentang apa yang dah terjadi semasa kursus tempoh hari..hihi. Sebab ada kejadian yang sememangnya telah memalukan diri sendiri tu yang macam malas nak ulas kat sini. Tapi biasala kan, setiap perkara yang berlaku kita kena la jadikan sebagai pengalaman hidup baru la hidup ni meriah dan ceria. 
Al-kisahnya masa program tu berlangusng, aku dah ditugaskan untuk buat tugasan pembentangan khas yang dah disenaraikan oleh pihak urus setia. Kiranya pihak urus setia dah maklumkan sebelum kursus bermula kepada para peserta yang terlibat dengan tugasan pembentangan ni untuk sediakan slide pembentangan masing-masing mengikut pada tajuk yang diberikan. Urus setia pilih nama secara rawak je, kebetulan pulak nama aku pun tersenarai. Tentang nama aku terpilih tu dah dimaklumkan awal, aku pun ada call pihak urus setia nak kena buat persediaan apa-apa tak macam material untuk pembentangan ke slide ke apa ke, tapi masa tu ursu setia cakap tak payah buat apa-apa pun. Pembentangan biasa je, selamber badak je dia cakap macam tu. Aku pun rilek je lah. Lepas tu seminggu sebelum tarikh bermula kursus boleh pulak urus setia email dan maklumkan yang kami kena sediakan material pembentangan sendiri. Mampos la kau...huhu
Kebetulan pulak 2 3 hari sebelum ke sana aku sakit, tak masuk office. Tapi ada kebetulan lain pulak, iaitu tiket flight kawan aku tempah tu awal gila kot. Flight awal pagi, jadi sampai sana ada la masa untuk aku buat slide, buat yang simple-simple pun ok lah dari langsung tak ada.

Nak dijadikan cerita ni panjang lebar, masa hari kejadian kami dah tertinggal flight! Kau rasa...?? time tu aku dah memang tawakal je la. Nak marah pun tak guna sebab sendiri yang bodoh sangat tak pandai naik flight..hahhaha. Lastnya kami booked tiket petang hari yang sama, dan sampai sana pun dah agak lewat gila dah. Check in makan lepas tu dah mula taklimat sampai pukul 10 malam. Balik hotel pukul 10 lebih baru nak start buat slide...tergodek-godek la cari info sana sini. Pukul 1 2 pagi dah mula mengantuk. Hmmm memang terbengkalai la slide aku tu. Dah la aku kena buat pembentangan esok hari ni sebelah petang, memang tawakal dah dengan slide yang tah pape tu. Langsung takde maklumat yang berguna. Lantak lah, janji siap.
Sebab guna slogan janji siap la aku dapat malu...hahhhaha. Sebab lepas je buat pembentangan terus kena komen sebab slide simple sangat dan tak menarik, macam buat tak ikhlas..memang pun...huhu



Dah lah cerita tentang pembentangan hampeh tu. Aku nak share tentang AAC ni pulak. Bagi aku tempat ni memang cantik dan tenang sangat. Sebab hotel memang mengadap pantai, tapi macam ada teluk sikit. Sebab kat kawasan depan hotel tu ada park bot-bot mewah kepunyaan persendirian.
Bilik kat sana pun sangat luas dan selesa. Kemudahan kat dalam bilik pun lengkap ada peti ais, iron board dan iron, hair dryer dan lain-lain kelengkapan yang biasa disediakan oleh pihak hotel. Kemudahan lain jugak temasuklah kolam, gym, taman permainan dan macam-macam lagi sama ada disediakan secara percuma atau berbayar. Dan makanan yang disediakan di hotel ni pun boleh tahan menarik jugak, sedap la jugak bagi tekak aku ni. Cuma part pencuci mulut tu macam tak banyak pilihan sangat pun, tapi overall not bad.













Akhirnya tamat jugak kursus selama 5 hari non-stop dari pagi petang sampai ke malam. Banyak sangat ilmu dan perkongsian dari rakan-rakan di negeri lain. Sebab dah setahun berkidmat jadi masing-masing dah ada cerita dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama.
Tambahan diorang semua pulak happening dan sangat supportive memang tak terasa sangat lah walaupun terpaksa berkampung kat sana selama 5 hari.

Hotel Avillion Admical Cove ni pun boleh tahan cantik dan selesa. Dan harga pun tentu-tentu la boleh tahan jugak dengan suasana kat sana. 



LOVE,
Mcdaa