Powered By Blogger

Wednesday, 7 December 2016

Sambutan Hari mental

Hai...

Cerita yang dah lama terbengkalai nih...huhu. 
Bila ada mood nak bercerita baru la boleh nak menaip dan mengarang kat entry blog ni.
Just nak share pengalaman dan nak ceritakan pengalaman apa yang berlaku semasa sambutan hari mental yang dah berlangsung baru-baru ni.
Dan jugak untuk dijadikan sebagai rujukan untuk diri sendiri kalau-kalau la akan datang akan ada lagi sambutan ni, jadi masa tu nanti boleh la tengok dan flashback balik aktiviti apa yang berlangsung pada majlis sambutan tersebut...

Sambutan Hari Mental hari tu telah berlangsung di perkarangan UMK Bachok. Sambutan hanya sehari sahaja, bermula dari pagi hingga la petang. Tapi sebelum hari pelancaran tu berlangsung, team Medical dah 2 hari buka booth untuk health screening test di perkarangan UMK tersebut.
Dan untuk hari pelancarannya pulak, sebelah pagi ada buat senan aerobik, lepas tu 10 000 langkah berjalan kaki. Yang ni aku tak join, sebab malas...jujur gila kan..hahhhah

Sambil tu jugak ada pameran dari perlbagai department jugak sedang berlangsung pada masa yang sama. Antara pameran yang ada pada hari tu, pergigian, pemakanan, keselamatan makanan, farmasi, fisoterapi dan banyak lagi yang aku lupa. 

Lepas selesai 10, 000 langkah tu. Majlis perasmian sambutan hari mental pun bermula. Gimik perasmian ialah dengan melepaskan 4 ekor burung merpati. Sebagai simbolek kepada kebebasan untuk pesakit yang pernah menghidap sakit mental. Kat situ jugak ada pameran dari persatuan bekas-bekas pesakit mental. 
Sebenarnya, kat negara kita ni kes-kes pengidap penyakit mental dah semakin meningkat. Cuma sebab kurang perhatian dari media massa jadi isu ni kurang dipertengahkan atau dihebohkan. Sebab kes pengidap penyakit mental sekarang ni dah menular dalam kalangan golongan muda seawal belasan tahun. Jangan ingat dah dewasa atau makin tua je senang hidap penyakit mental ni, yang muda tak banyak masalah pun boleh dapat penyakit ni. Mungkin sebab keadaan sekeliling yang tidak sihat, ditambah pulak tak ada sokongan moral dan dengan dunia sekarang yang semakin mencabar, sebab tu la ramai yang tewas dan dapat penyakit mental ni.
Bila tahu perihal kes mental yang makin meningkat ni rasa gerun pulak. Nauzubillahiminzalik....
Kita kena sentiasa berpegang teguh dengan syariat islam dan tuntutan Allag s.w.t supaya diberikan kekuatan fizikal, dan mental yang kuat untuk hadapi sebarang ujian.
Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang alpa dan lupa akan kekuasaan Allah s.w.t
Kita jugak kena sentiasa ingat bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup kita adalah ketentuan dan suratan dari yang maha esa.









Lepas selesai gimik perasmian majlis, VIP semua akan turun dan melawat booth pameran. Dia singgah satu-satu booth. Macam-macam aktiviti pameran yang telah disediakan oleh pihak yang terlibat. Maaf lah lupa pulak nama VIP yang terlibat masa perasmian sambutan hari mental ni..pelupa gila..huhu. 
Tak silap aku dia wakil Dato Awang Adik yang tak dapat hadir. Naib timbalan kalau tak silap la...hihihi
Ok lah...tu je nak cerita pengalaman sambutan hari mental.



LOVE,
Mcdaa

Thursday, 1 December 2016

Kedai KEK Viral Di Bachok

Hai...

Just nak share apa yang tengah hot sekarang dekat area sini. Tak tau la kalau ada yang dah pernah jumpa facebook or dari mana-mana blog tentang kek viral ni.
Tapi rasanya masih baru sangat-sangat lagi kek viral ni muncul kat laman sosial. Dan peniaga ni pun baru je buat promosi kek murah ni.
Di Bachok ni, memang banyak sangat orang yang berniaga kek, roti dan pelbagai lagi. Setiap pelusok kawasan kot mesti ada kedai kek. Sama ada kedai kek yang macam outlet tu, yang buat lepastu terus jual kat kedai tu jugak, tak pun ada jugak yang buat di bengkel dan dipasarkan ke luar. 

Tak kisah la buat kat kedai ke atau kat bengkel ke, yang penting kek yang dihasilkan sedap-sedap dan murah. Murah tu paling penting. Sebab tu la muncul kek viral yang murah ni. Ok, satu kedai ni kek dia sebijik cuma RM9.90 je. Ada pelbagai jenis pilihan kek. Murah kan...mana nak dapat sebijik cuma RM9.90 je. Dah la sekarang ni semua barang naik harga, tapi tu lah strategi diorang kan pandai cari peluang dan berfikiran kreatif.

Kedai kek yang sebijik RM9.90 ni pukul 9 pagi diorang dah beroperasi dah. Dan orang ramai pun datang seawal pagi lagi untuk dapatkan kek murah ni. Kalau lambat, atau sampai time puncak memang kena beratur la jawabnya. Penangan viral kan...huhu
Dan murah dan sedap...sah sah la berduyung orang yang datang dan sangup beratur panjang.





Dan satu kedai ni pulak pun sama jugak, jual kek murah. Tapi dia ada masa-masa jugak untuk jualan kek tu. Kedai kek seringgit ni, untuk 1 slice diorang jual seringgit. Tapi ada jugak jual sebijik, RM7.00. Pun murah jugak kan. Untuk yang RM1 per slice tu, diorang cuma buat untuk certain amount kek je. Maksudnya kalau dah habis diorang tak kan tambah stok lagi. Dan untuk yang kek sebijik atau kek keluarga tu pun sama jugak. Untuk sehari ada kuantiti tertentu je, sebab tak cukup manpower. Siapa cepat dia dapat la. Kek keluarga atau sebijik ni dia mula jual dari pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang kalau tak silap aku la. Dah lupa dah...hihi

Tak rugi pun beli kek ni sebab memang sedap, berkualiti dan murah. Kek yang sama macam ni kalau kat tempat lain mungkin harga sekali ganda. Atau berganda-ganda, sebab bukan yang premium macam kek secret tu, kek yang macam kat kedai kek yang biasa-biasa tu, tapi penggusaha ni sangup turunkan harga.
Tapi sebenarnya kan, nak cakap diornag dapat untung sikit je dari jualan ni tak jugak. Sebab bagi aku, kalau ko produce kek premium dalam kuantiti yang sikit, tapi ada certain customer yang willing to pay for higher prices, then sama kes macam you produce cake with low price but in high quantity then you still can generate money...rite??


Ni gambar kek yang aku dapat merasa, kalau tak silap kek tiramisu kot sebab ada macam rasa kopi sikit. Yang ni dari kedai kek RM9.90 sebiji, walaupun harga murah tapi kualiti tetap ada sebab sedap dan berbaloi dengan harganya. Sekali hadap sorang pun boleh habis makan, tak macam sesetengah kek yang murah tu, dah la tak sedap lepastu bila makan terus 'out' sebab macam tak boleh nak telan. Yang ni ok, tambahan diorang guna whipping cream sebagai topping kat atas kek tu bukan guna aising atau butter sebagai topping sebab tu la sedap dan tak cepat muak. Tak rugi pun kalau nak try beli kek ni.



LOVE,
Mcdaa

Pengalaman bagi Talks, Ceramah, Taklimat


Hai...

Terasa nak menulis tentang pengalaman menjadi seorang penceramah. Bukan nak riak ke apa cuma nak tulis pengalaman sendiri macam mana aku boleh terjebak dengan aktiviti ini. ehh ehh bunyi macam aktiviti pelik je kan...hihi
Dulu aku ni jenis yang sangat gemuruh dan jarang muncul ke depan. Bukan dulu je sekarang pun masih jugak ada gemuruh, takut dan malu tu. Tapi alkisahnya bermula bila dah sandang jawatan sekarang nih.
Atas tuntutan kerja semata-mata, aku terpaksa memberanikan diri muncul ke depan dan bagi taklimat atau berdiskusi dalam kumpulan pengurusan tertinggi. Kauuu rhaseeee...mula-mula tu memang cuak yang amat bila aku diarahkan bagi ceramah. Dah la ilmu baru secoet je, lepastu nak kena ngadap dengan audien yang dewasa dan berpengalaman. Memang terasa sangat sangat mencabar dan dalam masa yang sama menakutkan jugak lah.

Tapi, aku kena jugak berani kan diri dan berlagak cool je depan audien. Kalau aku menggelabah semacam tak tau lah apa akan jadi. Tapi untuk jadi cool tu bukan senang dan tak semudah abc 123 tau. Ada cara-cara dan amalan yang perlu dipraktikkan dulu sebelum kita mula bagi taklimat atau ceramah tu.

Untuk aku yang baru setahun jagung sandang jawatan ni, dan dalam masa setahun jagung ni jugak aku ditugaskan untuk bagi taklimat kepada orang awam, meh aku kongsikan serba sedikit apa yang boleh dipraktikkan untuk nampak kan diri kita ni cool je bila duk kat depan audien sambil pegang microphone..

Pertama sekali mestilah kena buat persediaan yang secukupnya. Persediaan dari segi ilmu tentang tajuk ceramah yang akan disampaikan tu. Sebelum sampaikan ceramah tu pastikan kita dah 2 3 kali tengok slide pembentangan yang nak digunakan. Supaya kita tahu gambaran keseluruhan ceramah hari tu. Disamping tu jugak membantu kita untuk dapatkan idea tiap kali kita nak tukar ke next slide. Jadi takde la kering sangat idea masa kita duk berceloteh tu.

Persedian kedua ialah peralatan yang berkaitan. Contoh kalau kita ada risalah atau hadiah untuk kuiz spontan dan sebagainya. Kalau nak lagi selamat sediakan risalah dan edarkan kepada peserta atau audien jadi takde la diorang bosan sangat dan segala maklumat boleh disampaikan dengan jelas. Pastikan jugak slide tu berbentuk interaktif. Ada gambar yang boleh tarik perhatian audien. 
Dan dari pemerhatian aku sepanjang duk bagi ceramah ni, audien lebih tertarik bila kita kaitkan maklumat dalam slide tu dengan isu semasa atau isu disekeliling. Bila aku bagi contoh je, semua macam terus bagi perhatian penuh dan kadang ada maklum balas spontan dari audien.

Persedian seterusnya ialah penampilan dan pemakaian. Tak dinafikan lagi, cara penampilan dan pemakaian kita banyak beri kesan terhadap keyakinan diri kita semasa berada dihadapan audien. Kalau hari tu pakai baju baru atau tudung baru, keyakinan yang ada tu lain macam sikit...hihhihii.

Dan yang terakhir aku selalu buat ialah sebelum mula tu aku akan baca ayat2 penenang hati. Beristifar banyak-banyak, selawat dan baca la apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas masa tu. Ada je ayat-ayat khas untuk dibaca, kalau yang memang dah hafal bagus la. Tapi bagi orang yang macam aku ni pelupa boleh amalkan baca apa-apa je insha allah tenang. Dan kalau dah kedepan tu muka tu jangan la ketat sangat. Bila kita awal-awal dah muka ketat, sepanjang proses pun audien akan turut buat muka ketat dan kalau boleh nak cepat-cepat habis...hahhahah






Time ni kena buat pembentangan dengan budak-budak lantikan batch aku. Last minit buat slide, memang teruk gila rasa...huhu

Ni bagi ceramah dekat budak-budak sekolah. Kalau dengan diorang memang kena sediakan banyak hadiah untuk buat kuiz spontan.



Tu je yang aku nak share dekat sini tentang bagaimana nak nampak cool bila kena bagi ceramah atau taklimat. Sebenarnya bergantung pada orang tu jugak. Kalau jenis dari zaman sekolah lagi memang suka pegang mic dan duduk di hadapan, setakat bagi ceramah macam ni apadehal kan...small matter je ni bagi korang. Tapi bagi yang gemuruh macam aku nih, its a big issue!! 

Sebenarnya serius never expecting yang jawatan nya perlukan aku untuk menjadi pencerah. Ingatkan dapat pergi consult orang je, sekali rupanya macam-macam lagi unexpected task yang bakal ditempuhi...huhu.



LOVE,
Mcdaa

Monday, 28 November 2016

Berkelah di Pantai Melawi Bachok

Hai...

Edisi throwback kembali...
Hari tu mood berkelah datang dengan secara membuak-buak, padahal musim hujan tapi mood berkelah tu datangnya macam entah..nak jugak berkelah walaupun tahu tu musim hujan.
Mula-mula mak membantah sebab musim hujan kan, tak kan nak berkelah dalam hujan. Tempat berkelah pun sah sah la basah. Tapi aku tetap jugak berdegil nak pergi. Lagipun tempat yang aku nak pergi ni dia ada sediakan wakaf, jadi kalau hujan boleh berteduh kat wakaf yang disediakan tu.

Makanya, aku rajin kan diri siapkan makan minum dan barang-barang untuk berkelah macam pinggan mangkuk, dapur BBQ, arang, tikar dan lain-lain kelengkapan berkelah. Dah kalau semua dah ready, takkan la mak aku nak tolak pulak kan. Mesti dia kesian kat anak dia yang duk bersungguh siapkan semuanya. Dan akhirnya kami bertolak menuju ke tempat perkelahan yang aku pilih tu, Pantai Melawi Bachok.

Masa on the way nak ke sana, hujan punya la lebat selebatnya turun. Masa tu aku pasrah je. Lpeastu sedapkan hati cakap kat diorang...takpe sini je hujan nya, kat sana tak hujan kot.
Tak pun sini hujan, sana dah berhenti kot..
Dan alhamdulillah sampai je sana matahari dah muncul dan sana baru lepas hujan. Jadi kiranya kami bertuah jugak la sebab hujan pagi kat Pantai tu, kami bertolak dari rumah time pagi...sampai sana hujan reda...rezeki la tu...huhu

Pantai Melawi ni ok dan sesuai sangat kalau nak berkelah. Kalau nak mandi-mandi pantai tu aku tak syor kan sangat. Sebab walaupun air pantai dia tu landai dan macam tak berbahaya tapi tahap kebersihan air di kawasan tu kurang menyakinkan.




Berkelah dan BBQ bagai kan ombak dan pantai yang memang tak dapat dipisahkan...hihihii


Ayam BBQ tu aku main hentam perap je. Sekali perghhhhh sedap kot. Pandai jugak walau main campak je bahan-bahan perapan ayam tu. Kalau nak tau resepi boleh rujuk sini ya...





Tengok la cuaca tu...mendung je baru lepas hujan...best sangat.

Pantai Melawi ni panjang, bersambung dengan Kandis jugak la. Sepanjang pantai tu jugak ada resort yang agak popular tu Villa Danella dan Sutra Beach Resort. Pantai yang kami singgah berkelah ni sebenarnya dalam kawasan persendirian. Jadi masa nak masuk ke kawasan tu kami kena bayar RM3 per kereta. Ok la harga tu dengan kemudahan yang ada. Ada tandas, surau, wakaf dan paip air. Kalau nak berkelah yang free boleh je, tapi kemudahan tu memang sendiri kena cari la.

Ingatkan hari tu aku je yang meroyan nak berkelah kat pantai, tapi rupanya ramai je orang yang mood seperti aku. Berkelah di musim tengkujuh..hiihihi. Sebabnya, masa kami duk lepak-lepak tu datang rombongan dari mana tah buat reunion kat situ. Lepastu 4 5 biji kereta lain pun join berkelah jugak. Mula-mula sampai dalam pukul 12 macam tu, tempat macam sunyi sikit. Ada 2 keluarga je, bila dah agak petang lepas pukul 2 orang yang datang makin meriah pulak.

Lupa pulak, owner ni ada sediakan resort jugak. Tapi resort nya tak la famous, tapi jadi pilihan untuk sekolah buat aktiviti berkhemah kat sini. Ada la 2 bangunan yang macam dorm, tapi bilik macam resort la. Dan kat depan sikit dengan pantai tu ada resort yang sebijik sebijik tu, tapi design macam yang lama punya. Tak pulak aku berminat nak tanya harga resort tu. Tapi kalau yang macam dorm tu harga per night RM100.  Nama resort ni Pantai Perkasa kalau aku tak silap..Lupa nama tempat tapi ingat jalan je. hahhhhaha

Tu je la nak share pengalaman berkelah kat Pantai Melawi Bachok. 



LOVE,
Mcdaa

Monday, 14 November 2016

Resepi BBQ Ayam Madu sedap

Hai...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share resepi Bbq ayam madu yang super duper sedap dan simple.
Tak sampai 5 minit dah siap resepi nya. Tapi masa perapnya takde la 5 minit je, paling kurang pun mau sejam dua baru la rasa perapannya tu.

Resepi ni aku main campak-campak je. sebab last minute buat pelan nak buat ayam panggang madu ni. Mula-mula ingat nak perap guna sos perapan bbq yang dah ready made dalam botol tu je, tapi malas pergi kedai cari sos tu last-last ambik je apa yang ada kat dapur. but then still marvelous gituu...😋

Bahan perap nya ialah (untuk seekor ayam):
4 @ 5 sudu kicap pekat
3 sudu sos wostershire
5 sudu madu 
3 sudu minyak masak / olive oil
4 sudu garam
3 sudu gula
sedikit serbuk black papper
Siap!

Masukkan dalam bag plastik saiz besar kedua-dua ayam dan sos perapan ni. Goncang sampai korang puas hati lepastu biarkan atau perap dalam sejam dua sebelum bakar.
Digalakkan lebihkan sos perapan tu, sebab masa kita bakar nanti boleh sapu atau renjis-renjis kan kat atas ayam tu. jadi ayam yang dibakar tu takde la kering sangat, akan jadi lembap dan berjuicy..wallahhh...😍😍😍😍



Menarik kan rupa ayam madu ni. Kena selalu balik-balik kan dan selalu jugak sapu lebihan sos perapan kat permukaan ayam tu supaya ayam tak terlampau kering.

Ikan tu hiasan sampingan..hihi

Resepi sos perapan ringkas ni, bila-bila masa pun boleh buat kan. sebab ramuannya senang dan tak payah nak tumbuk ke blend ke apa ke, campak kacau siap. Motif sangat kan orang zaman sekarang nih, semua benda nak cepat je kan, quality time la katakan..
Sekian dulu ya.


LOVE,
Mcdaa